Saat yang aku rasakan sekarang, adalah saat yang entah ape2..
Sepanjang tempoh itu, aku mengeraskan hati..
Aku seakan hilang punca dan hilang percaya..
Andai aku termenung sekalipun, apa yang aku dapat..
Kalau aku mngeluh sekalipun, apa yang aku boleh buat..
Aku akui, dua bulan kebelakangan ni, aku membawa diri..
Sendiri menjalani aktiviti harian
Sendiri tanpa teman disisi
Dan sendiri tanpa sesiapa memujuk hati..
Gencatan suara yang aku lancarkan pada dia,
Yang aku anggap sebagai kakak tersayang
Betol2 membuat hati aku tak keruan..
Kebetulan yang memungkinkan masalah peribadi sendiri
Dan terbawa pada emosi sendiri
Menyebabkan salah faham timbul..
Akhirnya kedua2nya menderita..
Ingatkan hanya sekejap, rupanya berlarutan hingga 2 bulan!
Sesuatu yang masih belum sempat aku rungkaikan bersama dia..
Hanya beberapa perkara yang terbongkar tadi..
Selebihnya, masa tak mengizinkan untuk berbincang..
Hanya tunggu waktu itu tiba..
Sepanjang tempoh itu, aku mengeraskan hati..
Diam membatu tanpa banyak bicara..
Baik dengan dia, atau dengan yang lain..
Sungguh, aku terasa hati dengan mereka..
Maka, jalan dan keputusan yang drastik aku ambil
Aku membawa haluan hidupku di mahkamah itu secara sendirian..
Apa yang berlaku pada aku, aku diamkan..
Apa yang berlaku pada orang lain juga, aku diamkan..
Aku tiada kuasa untuk bercerita dan beramah-tamah seperti dulu..
Perkara paling utama,
Aku hilang rasa kepercayaan pada mereka!
Entah, hati kecil aku berbisik, usah percayakan lagi pada sesiapa..
Bila bersendiri, aku akui, terasa kehilangan
Tarasa sunyinya tanpa teman disisi
Terasa peritnya bila aku menghadapi ujian yang getir berseorangan..
Aku rasa rimas bila kisah aku yang pernah aku kongsikan bersama
Diketahui orang lain!
Aku sangat benci keadaan ni!
Aku benci dengan orang bermuka2!
Apakah salahnya simpan sahaja perkara itu dalam hati..
Kenapa harus ada orang lain yang tahu!
Dunia ni mahu terbalik aku rasakan
Satu persatu kisah itu terkeluar!
Aku sudah berubah katanya!
Dan
Sehingga ada yang menyebut mahu melagakan kami!
Apakah ini????!!!
Ya Allah!! Itu sahabat atau apa???
Aku ni apa pada korang ha?
Aku ni hina sangat ke pada korang?
Aku ni dah berubah sangat ke?
Maaf, aku tak pernah nampak aku berubah!
Dan maaf kalau aku ada menyakiti!
Tak semena2 hubungan baik kami menjadi bertambah hancur!
Dek mulut kalian!
Benarlah...memfitnah itu lebih teruk dari membunuh!
Ya, hati dan jiwa aku hampir mati!
Aku hidup dengan tenang hanya kerana aku ada tuhan sahaja!
Aku tak perlu bergantung pada kalian!
Maaf.. Seandainya benar aku berubah..
Aku benar2 mohon maaf....
Aku tak tahu dimana silapnya keadaan ni sampai kalian katakan aku sudah berubah..
Dan aku juga tak tahu kenapa aku berubah..
Sedangkan, kalian kenal aku lebih dari segalanya..
Maaf juga seandainya sepanjang aku berubah 6 bulan lalu,
Aku terlalu banyak menyakitkan hati kalian..
Kita sama2 mendiamkan diri..
Mana tahu apa yang terjadi sebenarnya...
Kerana itu,
Dan kerana kejadian 2 bulan lalu...
Aku mengambil sikap bersendiri..
Aku menjadi orang lain...
Menjadi seorang yang pendiam
Menjadi seorang yang perahsia
Dan menjadi seorang yang betol2 berubah seperti sangkaan kalian..
Perit yang aku tanggung, menggunung dihati..
Siapa kata aku bhagia dengan keadaan itu
Siapa kata aku gembira menjadi orang lain..
Walang hati aku, aku pendam sendiri..
Norlidiawatie.. Kanda, maafkan aku...
Aku kehilangan selama 2 bulan!
Aku keseorangan selama 2 bulan!
Aku menjadi orang lain selama 6 bulan!
Keadaan yang memaksa aku untuk menurut kata hati!
Yang menjadi paparazi, aku harap, kau berhentilah bersikap begitu..
Sesuatu perkara itu, akan menjadi terlalu serius bila orang lain mendengar...
Silap aku terlalu mempercayai kau...
Mungkin kau hanya ingin bercerita kepada mereka,
tapi soal peribadi aku janganlah dijaja sekali...
Porak peranda aku rasakan sekarang..
0 kata azimat:
Post a Comment