Seminggu sudah awal tahun 2013 berlalu..
Aku masih sihat dan memulakan awal tahun baru dengan penuh rasa kesyukuran..
Perlukan azam ke?
Setiap tahun ada azam yang selalu diperbaharui..
Tahun ni, aku nak berusaha jadi wanita solehah!
Yup.. Walaupon dressing aku semakin dasyat (aku sedar),
Aku harap, Iman, islam dan ihsan aku semakin bertambah...
Insyaa allah, aku akan jadi yang terbaik untuk diri aku..
Dak de lagi sifat terasa hati, x de lagi sifat kecik hati, xde lagi rasa malas..(Termasuk ke?? Boleh la..)
Keduanya, aku berazam nak buat duit lebih tahun ni..
Walau apa pon jadi, aku kena usaha untuk tambah pendapatan..
Makin hari, aku semakin boros rasanya..
Seminggu boleh habis rm200... Naya kalo macam ni...
Ketiga, aku nak enjoy sakan tahun ni..
Apa yang bakal jadi tu, pandai2 la aku preparekan..
Enjoy dengan kehidupan, enjoy dengan perasaan, enjoy dengan kerja..
Enjoy dengan kerja??? Owhhhh... Semoga aku ikhlas...
Last sekali, aku nak kawen..
Azam yang aku baharui setiap tahun tanpa ada usaha!
Serius.. Aku nak kawen.. Tahun ni aku dah 27 tahun, tuan2 dan puan2!!
Hahaha.. 27????
Rasa macam tak sedia lagi nak kawen sebenarnye..
Memang zero.. Kalo dulu mungkin tak sabar nak kawen..
Tapi tahun ni, memang x rasa dah..
Mana nak handle sifat kebudak2 aku,, mana nak handle kerimasan aku dengar benda yang hisisng2
Mana nak hanlde aku yang selalu tido je kerjanya, mana nak handle sikap malas yang semakin menjadi2...
Sebab tu, kawen ni, jadi azam last!
Aku tak boleh pikir kalo aku jadi isteri orang! Mati kebulor anak orang tu..
Lagi2 kalo ustaz!!!
Apa yang jadi, aku harap, tahun ni tahun yang terbaik untuk aku dan semua ahli keluarga aku..
Semoga yang baik2 juga untuk kalian...
0 kata azimat:
Post a Comment