"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Saturday, January 19, 2013

aku pon banyak masalah!

Jejak bertapak Ezu warkah 1/19/2013 09:53:00 PM
Listen! Listen! Listen!
When i speak, u listen!
Lets me speak now!

Haaaa...
Fenomena listen! Kelakar jugak bila tengok video tu..
Sakit hati, sewel dan semua perkataan yang tak baik terbit..

Bila mempolitikkan semua yang ada,
Tak kira dari sistem pendidikan hingga sistem kawin lain,
Tu la habuannya pada yang buta mata hati..
Buta mata, tak nampak x pe lagi..
Kalo dah buta hati, memang susah la nak paham apa yang orang kata..

Aku memang teruja nak komen pasal tu..
Teruja dengan speaker dia, teruja dengan student dia, dan teruja kepada pemberi soalan..


Biasalah student, kalo berdebat, nak menang je..
Lantang mulut tu bersuara..
Hebatnya dia, dia berani bersuara
Soalannya berdasarkan fakta.. 
Mungkin terdedah pada minor law, maka, tak dinafikan kebolehannya..

Kalo student di malaysia ni, diberikan hak untuk bersuara
Mungkin pemikiran meraka tak tepu..
Yes, ada pro n con..
Tapi tu biasa.. Masa muda ni la nak didik jiwa, semangat dan ehsan mereka untuk sayangi negara..
Auku bukan simbol student sayangkan negara!
Lawak tu.. Haha..

Kerana auku, mereka hanya diam menerima tanpa bantahan..
Akhirnya, mereka malas untuk ambik tahu kejadian yang terjadi..
Dan amik final just untuk dapat degree kelas pertama..
Bila bekerja, meraka angkuh dan kosong
Walau menjawat jawatan sebagai pegawai..
Sebab, tak pernah tahu apa terjadi dan cara untuk bersosial dengan orang ramai..

Tengok sendiri pegawai yang ada..
Semakin tinggi pangkat, semakin ego dan bongkak..

Cerita sedikit pengalaman aku..
Mungkin aku dulu terlalu aktif dalam persatuan dan kolej..
Bersama rakan yang lain..
Di situ saat perkenalan dengan manusia lain yang sangat berlainan dengan diri kita..

Aku belajar untuk memahami dan mengerti kehendak orang lain..
Begitu juga rakan yang lain..
Disitu, terpupuknya sikap toleransi, kasih sayang dan respect!

Bila masuk alam pekerjaan, masing2 bercerita tentang pengalaman lalu dan keadaan sekarang..
Mana yang menjadi pegawai atasan, mereka dihormati..
Mana yang jadi kuli macam aku, disayangi..
Kerana sikap dan sifat yang terbina selama berjauhan dari keluarga..
Cara berkomunikasi dan tanggungjawab yang berbeza, itu yang membezakan..

Mereka masih humble, masih caring dan masih menerima kekurangan orang lain..
Berlain sekali dengan rakan yang ulat buku..
Jauh sekali untuk beramah tamah dan berkomunikasi dengan baik..

Ya, tidak disalahkan..mungkin itu cara mereka..
Kita hanya perlu meraikan kejadian allah, terhadap orang sombong itu..hahah
Pengalaman seseorang, membawa dia melihat alam yang lebih luas..

Berbalik kepada cerita listen tadi,
Aku akui, mungkin speaker dia bertaraf o-level maka, dia tidak sesuai untuk menerima pendapat orang lain.
Dan yang lebih memalukan, akhlak dia kepada non muslim!
What are shame u!
Dah la tak respect orang, jawapan tak menepati soalan..
Lagi haru biru, jawapan macam orang tak pernah ada o-level! Mungkin zero level! Mana tahu!

Student dalam hall tu pon masalah..
Macam lalang..sekjap sokong member sendiri, sekejap sokong pempuan tu..
Aih, pelik...
Mungkin student tahun satu.. Ahhh.. Tahun satu ke, tahun akhir, apasal macam x de pendirian??
Dah tua bangka, takkan tak paham isu?? Ke main masuk je hall tu sebab terpaksa??
Takkan tak paham bahasa inggeris? Atau....
Memang dah buta mata hati??

Ya!!! Mereka lah bakal student yang akan jadi rakyat menerima sahaja!
Kerana yang menjawab soalan tu, kemain kemah keming bunyinya
Kerana yang menjawab tu, perempuan yang lebih berusia
Kerana yang menjawab soalan itu, nak bagi galaxy note pada akhirnya??

Listen ya!
Walaupon kamu memili PHD sekalipon, bila jawapan tu merapu, orang akan cakap kamu ke laut!
Apatah lagi bila berkomunikasi dengan remaja awal 20-an, bila tak reti nak kasihi dia,
Lebih2 lagi pada non muslim, U are TOO RUDE!
Tak payah bangga sangat dengan o-level yang kamu miliki
Tak payah kamu bangga sangat dengan jawatan yang kamu miliki
Dan tak payah bangga sangat dengan kehebatan mengetahui masalah haiwan, sedangkan, masalah hati kamu sendiri tak selesai...


Kesian.. Ahli politik yang sangat ujub ni, memang selalunya kurang akhlak..
Seperti yang sedia maklum, ahli politik biasanya memmiliki taraf pendidikan yang tak sampai PHD..
Kalo dapat sebarang anugerah pon atas ehsan universiti yang terbabit..

Jadi isu ke??? Ni hanya pendapat..
Kalo tak terima, x pe lah..


I blog with BE Write

0 kata azimat:

 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review