"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Thursday, May 02, 2013

kecewa dan pedih

Jejak bertapak Ezu warkah 5/02/2013 07:38:00 PM 0 kata azimat
Terlalu penat untuk mentafsir sesuatu yang berlaku
Menjadi hina pada pandangan manusia
Tak terdaya menanggung pilu di jiwa
Rakusnya merobek sanubari

Kejamnya menjadikan aku sebegitu
Mencarik hati yang kian berkecai
Hilang gembira timbul duka
Bahagiakah kau melihat...

Tiadalah aku si cantik rupawan
Apatah lagi si kaya hartawan
Bukan juga si manusia berpangkat melangit..

Kalau itu salah diriku
Tegurlah dengan hikmah
Aku terima segalanya dengan hormat..

Tapi 
Andai teguran dengan amukan
Dimanakah maruah aku?
Dimalukan dihadapan pegawai2 lain...
Malu tahu...

Dimanakah hati aku saat ini
Untuk bekerja dibawah pimpinan mu lagi..
Hati ini semakin tawar
Semakin tidak ikhlas

Hilang sudah keceriaan aku
Kemusnahan yang kalian ciptakan..
Bencinya melihat aku berbaik dengan yang lain..
Itu tak bermakna aku menceritakan keburukan kalian..

Keburukan kau hadir
Saat yang lain bekerjasama dengan kalian
Mereka lihat gerak laku yang terbit dari kalian
Dan mereka beritakan pada aku..

Nah, nampak sekarang?
Aku bukan manusia yang menceritakan keburukan manusia lain
Saat aku berkawan dengan mereka..

Maaf, 
Aku bukan pengadu domba atau penyebar fitnah!

Sekali aku tercalar
Maka, 
Selamanya keburukan kalian yang aku nampak..
Hilang sudah kepercayaan yang diberikan
Hilang juga rasa kasih dan sayang yang diberikan..

Andai itu cara habuan dan balasan
Atas Kepercayaan dan kehormatan yang diberikan
Maaf..
Aku hanya manusia biasa 
yang hanya ada satu hati dan tidak maksum
Begitu juga kau..

Kalau kalian rasa kalian pemberi rezeki
Dan penentu masa hadapan aku
Terpulang..

Aku masih ada Allah
Yang Maha Melihat dan Maha Kaya..
Hanya DIA yang Maha Tahu..

Kembalilah pada Tuhan mu
Usah berkiblatkan pada pangkat semata..
Kelak kau akan dipersoalkan di akhirat kelak..

Namun,
Ketahuilah.. Apa yang terjadi
Samada pada aku atau pada rakan sekerja
Aku terlalu kecewa dengan situasi ini..
Sangat bersedih hati dan berjauh hati dengan kalian...
Kerana
Terlalu tega mempercayai hasutan manusia lain...
Yang entah berapa lama dikenali..

Manusia,
Yang cantik molek bergaya bermulut manis
Memang disanjung..
Yang buruk hodoh bermulut busuk
Memang dihina..
Kerana aku juga begitu...
Jangan bohong dengan aku,
Kerana aku juga manusia seperti kau!




I blog with BE Write

Wednesday, May 01, 2013

20 april 2013 di pD

Jejak bertapak Ezu warkah 5/01/2013 09:28:00 PM 0 kata azimat
Nak hupdate cerita yang agak basi..
Terlambat hupdate sebab emosi tak stabil
Jiwa kacau
Hati gelisah..

Cerita ni seminggu sebelum ke Padang.
20hb april hari tu..
Ke Tanjung Biru, Port Dickson
Sehari semalam disitu..

P dengan ajun, kak ezai dan si comel dhaniatul mia..
Lama sungguh tak jumpa..
Rindu rasenye..

Sesi luahan perasaan bermula selepas mia tidur..
Hampir jam 2 selesai..
Kira ending sangat la tu sebab masing2 da mengantok..
Ye lah.. Dah redah pasar malam tu yang seluas alam..
Mia pon mengamok
Makanan pon dah beli dengan banyaknye
Memang best la sesi luahan hati..

Gambar xde..
Sebab guna phone.. Xde dalam ipad ni..

Gambar ni je ada..hehe..

Ape pon, percutian ni best..

Ukhuwah yang ada, bukan mudah untuk dikekalkan..
Dan sangat sukar untuk dibuang..
Terima kasih kerana menerima diri yang tak sempurna ini..
Terima kasih atas budi baik dan kesabaran kalian
Sewaktu menjadi kekanda yang terbaik untuk aku..

Semoga allah berikan balasan yang terbaik untuk kalian..
Di dunia dan akhirat..

Salam sayang...


I blog with BE Write

Monday, April 29, 2013

terlalu lemah atau terlalu bodoh?

Jejak bertapak Ezu warkah 4/29/2013 07:04:00 PM 0 kata azimat
Senyuman lantang menari dibibir..
Hakikatnya, hati menderita siapa yang peduli..

Bicaralah seluas alam sekalipun,
Manusia takkan pernah tahu
Bahu yang menanggung pedih
Jiwa yang menadah luka

Terima kasih kepada yang memahami
Menjadi penawar kesakitan hati
Setelah menjadi mangsa tabrakan pegawai sendiri..

Saat kau mengherdik aku dihadapan pegawai yang lain,
Menyuruh aku melatakkan jawatan dengan bersungguh-sungguh
Sedangkan perkara ini telah diperbincangkan!

Aku tak mintak semua jawatan ni
Juga aku tak melobi kepada hakim2 lain untuk sebarang jawatan dalam jabatan!
S/U Audit Dalam ISO, S/U 5S pon, bukan permintaan aku!
Aku hanya pelaksana!
Kalau ko nak jawatan tu, amik!!

Mungkin kau rasa kau paling berkuasa untuk mengherdik aku..
Melahirkan rasa tidak puas hati kerana aku tak mampu bekerjasama dengan kau
Juga melahirkan kemarahan engkau sebgai pegawai aku kerana aku mengata kau..
Semata- mata kerana jawatan TIMB S/U KEJASA!

Aku cuba bermuhasabah diri..
Kenapa mudah kau kata pada mereka
Aku tak boleh bekerjasama dengan kau?
Kau katakan juga aku lambat buat kerja, aku asyik membengkeng kau..

Aku yang tak boleh bekerjasama dengan engkau atau engkau yang tak boleh bekerjasama dengan aku?

Kenapa saat itu kau hilang pertimbangan?
Selama menjadi pegawai aku dalam unit sendiri, kenapa engkau tak pernah berkeras sebegitu
Sedangkan kau tahu aku memang kaki melawan...
Tapi, pernahkah kerja yang engkau bagi itu, terbengkalai??
TIDAK!

Bagaimana arahan yang engkau bagi pada aku?
Melalui shakila? Shakila bagi arahan guna kertas pada aku.
Tak boleh bercakap kah? Sedangkan aku selalu masuk ke bilik bawah!
Hey! Kerja apa ni??

Dari riak muka dan mata engkau,
Aku tahu kau tak pernah ikhlas pada aku..
Apatah lagi pada 2 rakan yang lain..

Maaf, kami bukan kaki mengampu
Apatah lagi kaki membodek!

Saat mata engkau aku renung
Aku dapat tahu, kemarahan itu bukan dari hati..
Kemarahan itu hanya ego engkau sebagai pegawai perempuan..
Juga kemarahan itu akibat hasutan bazilah!

Benar kata orang
Kita akan bertemu dengan manusia yang spesis dari diri kita
Untuk bekerjasama dengan baik tanpa sebarang permusuhan..
Kalau kita bertemu dengan orang disebalik diri kita
Inilah jadinya..
Perkara kecil diperbesarkan!

Dengan hentakan besar
Bos lelaki aku mengatakan akulah punca kucar kacir dijabatan!

Apa ni??
Aku sekadar mohon ditempatkan di ruangan pentadbiran di belakang kaunter..
Bukan di ruangan menunggu sulh dan bsk..
Kalau dapat, dapat lah.. Tak dapat, x apa...
Kenapa berkaitan dengan kucar kacir jabatan???

Satunya, ruangan tu, tak selamat untuk barangan peribadi juga rahsia unit sendiri..
Ruangan kerja aku adalah ruangan laluan klient!
Ya, mungkin itu bukan masalah besar pada kau
Tapi masalah besar pada penghuni tetap disitu..

Keduanya, aku diletakkan sebagai pendaftar dikaunter..
Kan mudah untuk aku menjaga kedua-dua kaunter tersebut..
Tidaklah aku berulang alik untuk menguruskan dua kaunter!
Dan kenapa semasa perbincangan dengan KP engkau tidak katakan
Aku ni, hanya digunakan sehingga pegawai baru melapor diri...
Setelah pegawai itu melapor diri, aku akan diletakkan kembali ke unit aku...

Tuhan!!
Manusia2 ini telah hilangkah akalnya hanya disebabkan jawatan??
Sukarnya untuk aku memahami gerak tuju pegawai aku sendiri..
Aau mereka sendiri tidak jelas pada kerja mereka?

Aku akui, mulut aku terlalu lantang untuk menidakkan sesuatu yang tidak benar..
Tunggu je markah skt aku tahun ni.. 70% lagi ke puan?

Puan, tahukah kau kenapa aku semakin membenci?
Kerana engkau tak pernah berkomunikasi secara jelas.
Engkau juga terlalu keras untuk memahami pekerja sendiri.
Engkau juga tak pernah bertanya tentang kerja samada dalam tekanan atau selesa.
Yang engkau tahu, kehendak engkau perlu diikuti..
Kalau tak ikot, tak buat kerja..
Bersabar la... Bukan sentiasa kalut setiap pagi...

Iya.. Aku tahu..
Demi menjalankan dan menyelesaikan tugas dengan bagus..
Tetapi, seandainya perkara yang engkau inginkan itu tak dapat dalam masa yang ditetapkan
Bukan bermakna aku tak buat kerja atau buat kerja lambat...
Kita bekerja dengan manusia lain..
Kalau dia manusia lain itu lambat, apa yang perlu aku buat!
Maki orang tu, marah orang tu???
Kalau benda itu memang direct dan aku laksanakan sendiri dari awal sampai akhir
Engkau akan tahu cara kerja aku..

Sungguh aku terkilan
Bukan sehari dua kau mengenali aku sebagai pekerja..
Tapi, kau dan kau, termakan hasutan bazilah!

Aku juga menyesal membawa bazilah bergaul dalam unit itu!
Selama dia keseorangan, aku cuba bawa dia berkawan..
Rupanya, perempuan cantik itu, sangat tajam lidahnya dan busuk hatinya!

Patutlah dia tiada kawan..
Dlu aku tak percaya kak aisyah dan kak qemar dikenakan bazilah..
Sendiri terkena, padan muka!

Mungkin cara dia menjatuhkan orang lain untuk mendapat kepercayaan orang lain..
Mungkin cara engkau memalukan aku dihadapan pegawai lain untuk menunjukkan kekuasaan engkau
Tapi jangan lupa pegawai sekalian,
Engkau akan dipersoalkan dengan apa yang dipertanggungjawabkan atas dunia ni di akhirat..

Kalau betol aku yang salah tak perlu menjadi batu api neraka
Dan tak perlu menconteng api neraka di muka orang lain..

Allah itu ada..
Sekali kau buat aniaya pada orang lain,
Tuhan tu balas.. Kalau bukan tadi, mungkin esok atau lusa..
Aku juga tahu, ketiga2 itu ada kepentingan antara satu sama lain..
Kerana, apa yang lahir dari hati, akan sampai kedalam hati...

Nak jawatan tu ke bazilah???
Amiklah! Tapi Aku takkan lepaskan!
Berkeras dengan aku, aku juga akan berkeras.

Maaf.. Setelah apa yang berlaku
Aku semakin benci dan benci!


I blog with BE Write

Wednesday, April 17, 2013

meluat!

Jejak bertapak Ezu warkah 4/17/2013 08:02:00 PM 0 kata azimat
Tiba2 pelbagai rasa negatif yang datang pada aku
Aku rasa nak marah dengan takdir aku
Aku rasa benci dengan takdir aku
Aku rasa bosan dengan takdir aku
Dan aku rasa
Aku nak gelak guling2 sampai esok...

Susah, kan bila jadi kuli ni...
Susah jugak bila jadi orang menumpang ni...
Ye la...
Sape kita...

Kuli je kan...
Merangkap pencacai orang atasan..
Kerja suruh buat..
Kebajikan tak pernah nak amik tahu...

Biasalah..
Orang tak pernah hidup susah....
Mana tahu kesusahan orang lain kan...

Ada bos pon, tak boleh nak pertahankan anak buah..
Kalo dah salah aku tu,
Sampai kesudahlah nama aku naik sampai putrajaya..
Bos memang takkan backup...
Lagi memburukkan lagi nama aku adalah...
Kesian..
Itu bos aku punye peel la...

Anak buah dikuli2 kan...
Yang kaki kipas, memang disanjung..
Maaf la tuan dan puan..
Aku bukan kaki kipas atau kaki aircond...
Kalo aku rasa tak kena aku akan bagitau..

Konon la..
Kalo ada masalah, selesai adik beradik...
Sudahlah!
Selesai ape benda, kalo belakang aku ko mengumpat!

Nampak salah orang je..
Ko jadi bos pon x betol..
Berat sebelah..
Masuk opis pon lambat kalo dah bawak kes...
Kes start kol 9 pagi, ko balik kol 4 petang...
Kadang2 satu kes je pon...
Ingat aku tak tau perangai mengular ko tu???
Kalo salah aku tu,
Kemain lagi cepat ko tangkap...

Wah2... Tak sedar diri!
Mentang2 ko pegawai, gaji besar
Sesuka je nak cari salah orang kan!
Mentang2 aku tak pandai kipas, kemain berlemak ko pijak aku kan!

Lebih mengecewakan
Korang tak boleh nak backup aku kan...
Aku mintak je partition kat area mrs...
Senang aku dekat dengan LS 27 aku..
Lagipon barang peribadi aku terjaga kat situ................

Kalo aku duduk kat ruang legar kilent sulh tu,
Barang aku dengan kak shidah tak selamat la!
Ko dengar je cakap KP tu buat ape!
Dia bukan amik tau hal kebajikan orang lain!
Korang pikir tak kebajikan aku???
Memang tak la......

Masing2 dengan rasa hebat sebagai pegawai
Sume bawah telunjuk ko...
Yang paling hampeh
Xdenye orang bsk jksm tu nak buat access penggunaan id esyariah kitorang..
Kalo dia nak access, dia kena mintak tolong ict negeri.....

Hadoi la.......
Napela bos2 aku ni senteng sangat pemikiran..
Dah bos ict sendiri cakap macam tu, betol la..
Yang nak ikot sangat cakap KP apesal??

Bos rekod dengan ict tu
Pon menumpang..
Kalo tak betol, diorang cakap je tak betol..
Xde nak kipas pon KP tu...
Boleh je dapat keistimewaan lain...

Ko kipas kemain,
Cakap pon macam tahu semuanya,
Lastnye, ape dapat???
X de....

Kenapa suke betol nak susuh aku menghadap muka ko??
Dah la jauh dari orang lain..
Duduk pulak kat tempat tak strategik..
Nak barang hilang dulu baru nak buat tindakan ke???

Kenapa??
Kalo aku dok tempat lain, ko tak boleh tengok kerja aku??
Susah nak bagi markah SKT kat aku???
Bangga sangat la ko kalo dapat bagi markah SKT rendah kat aku..
Senang la ko nak bagi alasan aku tak buat kerja??

Aku tau hati busuk ko tu...
Aku dah lama kerja dengan ko...
Bukan sehari dua aku kerja dengan ko...

Tu la...
Percayakan orang yang kuat mengipas sangat..
Sampai orang lain ko tak percaya...
Dan ko,
Ada pernah bermanis mulut naktanya pasal kerja??
Tak de......

Memang hebat penangan ko sebagai bos...
Dan memang sangat malang lagi menderita aku dapat bos macam ko
Yang tak reti nak backup anak buah
Dan yang tak percaya anak buah sendiri...

Bagos!
Bos paling bagos abad ini!
APC tahun depan!

Makin lama, aku makin meluat dan naik benci tengok muka bos aku!


I blog with BE Write

 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review