"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Monday, April 29, 2013

terlalu lemah atau terlalu bodoh?

Jejak bertapak Ezu warkah 4/29/2013 07:04:00 PM
Senyuman lantang menari dibibir..
Hakikatnya, hati menderita siapa yang peduli..

Bicaralah seluas alam sekalipun,
Manusia takkan pernah tahu
Bahu yang menanggung pedih
Jiwa yang menadah luka

Terima kasih kepada yang memahami
Menjadi penawar kesakitan hati
Setelah menjadi mangsa tabrakan pegawai sendiri..

Saat kau mengherdik aku dihadapan pegawai yang lain,
Menyuruh aku melatakkan jawatan dengan bersungguh-sungguh
Sedangkan perkara ini telah diperbincangkan!

Aku tak mintak semua jawatan ni
Juga aku tak melobi kepada hakim2 lain untuk sebarang jawatan dalam jabatan!
S/U Audit Dalam ISO, S/U 5S pon, bukan permintaan aku!
Aku hanya pelaksana!
Kalau ko nak jawatan tu, amik!!

Mungkin kau rasa kau paling berkuasa untuk mengherdik aku..
Melahirkan rasa tidak puas hati kerana aku tak mampu bekerjasama dengan kau
Juga melahirkan kemarahan engkau sebgai pegawai aku kerana aku mengata kau..
Semata- mata kerana jawatan TIMB S/U KEJASA!

Aku cuba bermuhasabah diri..
Kenapa mudah kau kata pada mereka
Aku tak boleh bekerjasama dengan kau?
Kau katakan juga aku lambat buat kerja, aku asyik membengkeng kau..

Aku yang tak boleh bekerjasama dengan engkau atau engkau yang tak boleh bekerjasama dengan aku?

Kenapa saat itu kau hilang pertimbangan?
Selama menjadi pegawai aku dalam unit sendiri, kenapa engkau tak pernah berkeras sebegitu
Sedangkan kau tahu aku memang kaki melawan...
Tapi, pernahkah kerja yang engkau bagi itu, terbengkalai??
TIDAK!

Bagaimana arahan yang engkau bagi pada aku?
Melalui shakila? Shakila bagi arahan guna kertas pada aku.
Tak boleh bercakap kah? Sedangkan aku selalu masuk ke bilik bawah!
Hey! Kerja apa ni??

Dari riak muka dan mata engkau,
Aku tahu kau tak pernah ikhlas pada aku..
Apatah lagi pada 2 rakan yang lain..

Maaf, kami bukan kaki mengampu
Apatah lagi kaki membodek!

Saat mata engkau aku renung
Aku dapat tahu, kemarahan itu bukan dari hati..
Kemarahan itu hanya ego engkau sebagai pegawai perempuan..
Juga kemarahan itu akibat hasutan bazilah!

Benar kata orang
Kita akan bertemu dengan manusia yang spesis dari diri kita
Untuk bekerjasama dengan baik tanpa sebarang permusuhan..
Kalau kita bertemu dengan orang disebalik diri kita
Inilah jadinya..
Perkara kecil diperbesarkan!

Dengan hentakan besar
Bos lelaki aku mengatakan akulah punca kucar kacir dijabatan!

Apa ni??
Aku sekadar mohon ditempatkan di ruangan pentadbiran di belakang kaunter..
Bukan di ruangan menunggu sulh dan bsk..
Kalau dapat, dapat lah.. Tak dapat, x apa...
Kenapa berkaitan dengan kucar kacir jabatan???

Satunya, ruangan tu, tak selamat untuk barangan peribadi juga rahsia unit sendiri..
Ruangan kerja aku adalah ruangan laluan klient!
Ya, mungkin itu bukan masalah besar pada kau
Tapi masalah besar pada penghuni tetap disitu..

Keduanya, aku diletakkan sebagai pendaftar dikaunter..
Kan mudah untuk aku menjaga kedua-dua kaunter tersebut..
Tidaklah aku berulang alik untuk menguruskan dua kaunter!
Dan kenapa semasa perbincangan dengan KP engkau tidak katakan
Aku ni, hanya digunakan sehingga pegawai baru melapor diri...
Setelah pegawai itu melapor diri, aku akan diletakkan kembali ke unit aku...

Tuhan!!
Manusia2 ini telah hilangkah akalnya hanya disebabkan jawatan??
Sukarnya untuk aku memahami gerak tuju pegawai aku sendiri..
Aau mereka sendiri tidak jelas pada kerja mereka?

Aku akui, mulut aku terlalu lantang untuk menidakkan sesuatu yang tidak benar..
Tunggu je markah skt aku tahun ni.. 70% lagi ke puan?

Puan, tahukah kau kenapa aku semakin membenci?
Kerana engkau tak pernah berkomunikasi secara jelas.
Engkau juga terlalu keras untuk memahami pekerja sendiri.
Engkau juga tak pernah bertanya tentang kerja samada dalam tekanan atau selesa.
Yang engkau tahu, kehendak engkau perlu diikuti..
Kalau tak ikot, tak buat kerja..
Bersabar la... Bukan sentiasa kalut setiap pagi...

Iya.. Aku tahu..
Demi menjalankan dan menyelesaikan tugas dengan bagus..
Tetapi, seandainya perkara yang engkau inginkan itu tak dapat dalam masa yang ditetapkan
Bukan bermakna aku tak buat kerja atau buat kerja lambat...
Kita bekerja dengan manusia lain..
Kalau dia manusia lain itu lambat, apa yang perlu aku buat!
Maki orang tu, marah orang tu???
Kalau benda itu memang direct dan aku laksanakan sendiri dari awal sampai akhir
Engkau akan tahu cara kerja aku..

Sungguh aku terkilan
Bukan sehari dua kau mengenali aku sebagai pekerja..
Tapi, kau dan kau, termakan hasutan bazilah!

Aku juga menyesal membawa bazilah bergaul dalam unit itu!
Selama dia keseorangan, aku cuba bawa dia berkawan..
Rupanya, perempuan cantik itu, sangat tajam lidahnya dan busuk hatinya!

Patutlah dia tiada kawan..
Dlu aku tak percaya kak aisyah dan kak qemar dikenakan bazilah..
Sendiri terkena, padan muka!

Mungkin cara dia menjatuhkan orang lain untuk mendapat kepercayaan orang lain..
Mungkin cara engkau memalukan aku dihadapan pegawai lain untuk menunjukkan kekuasaan engkau
Tapi jangan lupa pegawai sekalian,
Engkau akan dipersoalkan dengan apa yang dipertanggungjawabkan atas dunia ni di akhirat..

Kalau betol aku yang salah tak perlu menjadi batu api neraka
Dan tak perlu menconteng api neraka di muka orang lain..

Allah itu ada..
Sekali kau buat aniaya pada orang lain,
Tuhan tu balas.. Kalau bukan tadi, mungkin esok atau lusa..
Aku juga tahu, ketiga2 itu ada kepentingan antara satu sama lain..
Kerana, apa yang lahir dari hati, akan sampai kedalam hati...

Nak jawatan tu ke bazilah???
Amiklah! Tapi Aku takkan lepaskan!
Berkeras dengan aku, aku juga akan berkeras.

Maaf.. Setelah apa yang berlaku
Aku semakin benci dan benci!


I blog with BE Write

0 kata azimat:

 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review