"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Friday, April 12, 2013

Allah tak zalim....

Jejak bertapak Ezu warkah 4/12/2013 09:09:00 PM
Aku tak tahu
Kenapa aku jadi sensetip
Dengan ayat
"Anak sulung kena kuat"

Azri pernah bagi ayat ni pada aku
Takkala aku dilanda pelbagai masalah..
Dan masalahnya sekarang
Ayat ni betol2 membunuh aku!

Aku tak tahu kenapa jadi macam ni..

Aku akui, aku tak kuat...
Sehebat mana ketabahan dan keegoan seorang perempuan
Akhirnya dia pasti kecundang!

Kecundang bersama penat dan air mata..

Aku?
Entah apa yang dipikir..
Tibe2 aku rasa keseorangan..
Emosi aku semakin tak menentu...

Kurang kasih sayang?
Admited! 

Jiwa aku semakin keliru
Kehendak ibu dan ayah yang ingin aku berkahwin!
Saat ni, aku rasa sangat tertekan!

Ada seseorang yang inginkan aku menjadi suri hidup sahabatnya...
Lelaki itu, duda anak satu..
Berumur 38 atau 39 tahun...
Aku rasa tak perlu untuk aku perkenalkan dia dengan lebih lanjut..
Cukup sekadar itu..

Dlam ramai2 orang, tetiba sahaja seseorang ini terkenangkan aku..
Dengan keadaan terkejut dan pelik, aku balas email tu..
Setelah seseorang ni dapat no.phone aku selepas 3 hari dari email itu,
Dia terus call..
Suaranya sangat teruja...

Bercerita tentang lelaki itu, 
Keadaannya, masa hadapannya
Aku hanya mampu tersenyum dan mengiyakan...
Impian lelaki itu, andai dia berkenan, mahu terus berkawin!
Satu sahaja yang aku beritahu pada dia,
Jangan bagi harapan pada lelaki itu...

Aku semakin tak keruan..
Aku menangis semahu2nya malam tu...
Nanar ketika itu...
Tak tau kenapa aku harus menangis..
Aku sujud pada Rabbul Jalil
Mohon petunjuk yang paling agung!



 
Di pejabat, Aku minta pendapat kak lidia, kak norli, tn.mizan, tn.razak, kak aisyah
Semuanya tak mengizinkan..
Aku? Yup, berat hati ni untuk menerima lamaran orang tengah itu..

Nak menolak, tak sampai hati...
Nak diterima, aku sendiri tak boleh terima..
Berat sungguh rasa hati

Saat itu, aku terpandangkan dia!
Sebak hati waktu itu...
Kenapa bukan dia yang melamar aku...

Tuhan.....
Saat itu, aku sedar dan sangat sedar
Aku tak mampu menipu hati aku lagi
Aku sangat menyayangi dan mengharap dia!
Allahu Rabbi...
Petunjuk apakah ini.......

Dan,
Sehingga sekarang, lelaki itu tak pernah menghubungi aku...
Dan orang tengah tersebut diam seribu bahasa...

Diusulkan juga cerita ini pada ibu dan abah
Dalam keadaan lawak..
Takot juga andai berita ini mengundang pelbagai andaian...
"Dah desperate sangat ke"
Amik ko.... Ibu yang tak pernah cakap inggeris, terus keluar desperate dia..
Abah hanya gelak dan memang tak amik port langsung!

Dah ada yang nak aku, aku pulak taknak...
Yang aku nak, diam seribu bahasa..

Perancangan tuhan, ada yang terbaik...
Aku yakin hal itu...
Doa dan mintak apa yang kita nak pada dia..
Insyaallah, dia akan bagi..
Samada cepat atau lambat, pasti dia bagi!
Percayalah!


I blog with BE Write

0 kata azimat:

 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review