wah, wah, wah... menggemparkan jugak tajuk ni dalam hati watashi.
mengapa tajuk ini yang dipilih?
apakah watashi telah mempunyai kekasih? lantas membelakangkan sahabat watasahi yang telah melalui susah senang dengan watashi? dan perlukah semua orang perlu tahu apa yang watashi telah hadapi..
pada watashi, sahabat itu sejati. ia tetap di hati, walau seribu kemungkinan yang terjadi. bersama dia, watashi melalui susah senang bersama. dia banyak membantu, dia banyak memberi. dia yang amat memahami, dia juga yang amat mengenali siapa watashi yang sebenar.
walau kadangkala watashi sering menjadi pengebom berani mati, dia tetap di sisi, memberi segala patah dan alur nasihat. seringkali diri ini menjadi pemberontak dalam hati, dia tetap tega memahami. sesekali, bila perang meletus antara kami, air mukanya akan berubah. diamnya penuh seribu pertanyaan.
maaf sahabat. bukan sengaja melakukan sebegitu.terlalu banyak yang difikirkan. mencari kebenaran disebalik kedinginan, mencari ketenangan di sebalik kekusutan. andai kau tahu sahabat. andai kau tahu sahabat...
bagi watashi, watashi akan bergolok bergadai demi kebahagiaan sahabat.kerana watshi terlalu sayangkan sahabat watsashi.
walau tenampak oleh penglihatan mu, seakan keegoan menyelubungi diri, itulah pengorbanan yang telah difikirkan terbaik. mungkin tidak pada dirimu.
kekasih pada watashi, itulah bakal peneman hidup mati watashi. sama kepentingannya dengan sahabat sejati. atau mungkin, kekasih hati perlu didahului demi menjaga kepentingan dan hubungan yang telah terjalin.
kekasih, walau dia selalu mendengar segala keluh kesah, lemah dan lelah, dia tetap yang pertama tempat mencurah masalah. walau seribu kebosanan yang diperdagangkan, namun hati kekasih perlu dijaga. dia yang layak untuk mendengar segalanya. kerana dia yang akan menjadi sebahagian dalam hidup watashi.
*******************************************************
apa yang watshi ingin jelaskan?
mengapa terselit seribu keluhan yang terpendam?
sahabat, harus kau ketahui, bila aku diantara kau dan dia, hati ini, bagai menggeletek ingin menjauhkan diri darimu. andai kekasih mu itu terluka, bagaimana harus aku meletakkan diri aku di tahap yang selesa. bagaimana harus aku tertawa riang melihat kekasihmu itu terluka. dia juga sahabat ku.
mungkin, padamu kita sekadar sahabat. tapi, hanya perempuan yang tahu hati perempuan.walau riak di wajah itu riang, hatinya siapalah tahu. sekali terjadi, aku tak ingin terjadi lagi. cukuplah fitnah yang terjadi membuatkan dia terluka.
pernah aku terfikir untuk menjauhkan diri darimu. dan apakah ini jawapan yang terbaik untuk mengelakkan sebarang fitnah bakal terjadi lagi?
sahabat, kegembiraan mu itu, satu hadiah buatku. telah ku lihat kekecewaanmu yang dulu.dan aku tak mahu kau kecewa lagi. semoga kau terus berbahagia dan terus tertawa bersamanya.
andai kau tahu sahabat, betapa hati ini remuk terluka dengan segala yang terjadi, harus ku gagahkan jua perjalanan ini, kerana kau tahu, aku akan kehilangan mu, yang menjadi tonggak penggerak utama ku, yang menjadi guru kekuatan ku..kemana kau saat aku kesedihan sekarang.. kau tiada lagi disisi..
"maafkan aku sahabat, biar aku sendiri membawa luka dihati"
0 kata azimat:
Post a Comment