Tahu tak, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik wanita masuk ke neraka?
sungguh menggerun kan hati aku sebagai wanita. adakah lelaki-lelaki yang aku sayang ini akan aku heret ke neraka??? moga aku menjadi yang terbaik untuk kehidupan lelaki-lelaki yang aku sayang ini, samada di dunia ataupun akhirat, walau aku bukanlah yang terbaik...
1. AYAHNYA
Apabila dia tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.
Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya.
Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, bergaul bebas, dia ditarik oleh anaknya ke dalam neraka.
2. SUAMINYA
Apabila dia tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.: memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram.
Apabila suami mendiam diri dan tidak menegur kesalahan isterinya dengan sewajarnya,walaupun dia seorang alim maka dia akan ditarik oleh isterinya ke dalam neraka.
3. ADIK BERADIK LELAKINYA
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita adalah adik beradik lelakinya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja tetapi adik beradik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adik beradik permpuannya di neraka kelak.
4. ANAK LELAKINYA
Apabila dia membiarkan ibunya melakukan perkara-perkara yang terkeluar dari batasan syariat.
Apabila dia tidak menjaga kebajikan ibunya apabila ibunya sudah tua.
tunggulah tarikan ibunya di neraka kelak.
***********************************************************
:- apabila kita inginkan orang-orang yang kita sayang mendapat yang terbaik dalam hidup di dunia atau di akhirat, kita perlu menjadi yang terbaik dahulu, walaupun kita bukanlah yang terbaik...
:- kalau kita nak masuk syurga, kita juga nak orang yang kita sayang masuk syurga kan? tak mau langsung dia di seksa atas kesalahan yang telah kita lakukan di yaumul akhirah nanti.
:- hidup di dunia adalah persinggahan yang terlalu singkat. sesingkat perjalanan ini, memerlukan kita membuat bekalan yang secukupnya untuk perjalan yang lebih jauh lagi. destinasi kita adalah akhirat. andai kurang bekalan ke sana, bagaimana kita ingin menampung segala kekurangan kita di sana...
:- moga kita akan menjadi hambaNya yang paling taat...
Ya Allah, aku mohon pada Mu, jadikanlah aku dikalangan hamba-hamba mu yang soleh dan solehah. peliharalah maruahku, jagalah hatiku, kuatkan semangat ku, perbaharuilah iman ku. bimbinglah aku menuju cintamu, permudahkan aku dalam mebuat setiap keputusan yang sukar.
Ya Allah, ampunkan dosa ku, ibu bapaku, adik-adikku, kaum kerabat ku, sahabat-sahabat ku, kaum muslimin dan muslimat. jauhkan aku dari sifat keluh kesah dan kesedihan yang berpanjangan, dari dengki dan malas,dari sifat bakhil dan kedekut, dari hutang piutang dan cengkaman lelaki yang jahat. jauhkan aku dari azab api neraka. berikan aku pengakhiran yang terbaik dalam hidupku dalam menuju Mu ya Allah.. Ameen.. padaMu aku memohon...
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
2 days ago
0 kata azimat:
Post a Comment