"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Friday, September 11, 2009

Kisah Syaitan bernama Khanaz

Jejak bertapak Ezu warkah 9/11/2009 10:01:00 AM
Kisah Syaitan bernama Khanaz. pernah dengar tak?

Cerita nya macam nie.
Masa mula-mula Nabi Adam dan Hawa di Bumi.Syaitan yang tak pernah mengenal putus asa untuk menghancur kan anak cucu Adam. dok pikir2 cara nak kacau anak Adam agar tidak patuh dengan suruhan Allah.

Suatu hari si Ibu Syaitan nie, tengah dok pikir
"Macammana aku nak kena kan anak cucu Adam"
dan tiba2 dia nampak anak dia yang bernama Khanaz. Lalu di panggilnya
"Khanaz....mari sini ikut mak"
Lalu di pun pergi menuju ke rumah Adam dan Hawa. Yang pada ketika itu Nabi Adam baru saja meninggal kan rumah untuk pergi kerja. Dan tinggal lah Hawa keseorangan di rumah. tiba-tiba pintu rumah di ketuk.

lalu dibuka oleh Hawa dan bertanya "Siapa kamu.."
Ibu Syaitan menjawab "Tolong jaga kan anak saya. nanti saya akan datang untuk ambil dia balik"

Hawa yang tidak mengetahui apa-apa memberi pertolongan. Apabila Adam pulang,
Adam terperanjat dan bertanyakan Hawa "Anak siapa nie..?"

Lalu Hawa menjawab "Tak tahu lah..tadi ada seorang wanita menyuruh kita menjaga anak ini."

Adam berpikir " Ini mesti anak Syaitan,yang mahu menganggu anak cucu kita."

"Apa harus kita lakukan sekarang..?"tanya Hawa pada Adam.

Setelah berfikir..."Kita potong-potong dagingnya sehingga kecil dan gantungkan isi2 dagingnya di pokok luar rumah kita. Nanti bila Ibunya datang biar dia nampak dan tahu anaknya sudah tak de." Idea Adam .

Keesokkan pagi harinya, Ibu syaitan itu pun datang lagi ketika Adam sudah keluar pergi kerja.
"Mana anak aku...." Tanya Ibu syaitan pada Hawa.

Hawa pun menjawab dan menerangkan apa yang telah meraka lakukan terhadap anak syaitan. "Oh.....iye ker?.." jawab Ibu Syaitan dengan nada yang tidak risau.

Kemudian Ibu Syaitan meneriak memanggil anak nya "Khanazzzzz!!! "
Tiba2 daging2 khanaz yang telah dikerat bergantungan di atas pokok itu pun bercantum kembali dan hidup menjadi Khanaz kembali.

Ibu Syaitan masih tidak berputus asa dan masih meminta Hawa menjagakan Khanaz dan ia berpesan akan kembali lagi esok hari nya. Apabila Adam pulang dan terlihat lah ia akan anak Syaitan yang bernama Khanaz itu lagi dan bertanya kan pada Hawa kenapa anak Syaitan itu masih berada di rumah meraka. Hawa menerang apa yang berlaku.

"Kita tak boleh biar kan usaha Syaitan untuk menganggu hidup anak cucu kita.." kata Adam .
"Apa harus kita laku kan lagi.." tanya Hawa.

"kita bakar anak Syaitan ini dan abu nya kita buangkan ke Laut, biar abunya dibawa arus laut dan Ibu nya tidak akan dapat mendapatkan anaknya ini lagi." terang Adam.

Keesokan paginya datang lah lagi Ibu Syaitan ini bertanya kan Khanaz ketika Adam sudah keluar bekerja.

"Mana anak aku?" tanya Ibu Syaitan.
"Anak kamu sudah kamu bakar dan abunya kami buang ke Laut!" jawab Hawa..

"Oh Iye ker? Kata Ibu Sayitan lalu meneriak mamanggil "Khanaz!!!"

kemudian bercantum lah kembali daging Khanaz dari abu, dan menjadi Khanaz kembali.
kemudian diserahkankan kembali pada Hawa untuk menjaga Khanaz. Apabila Adam pulang, mendapati anak Syaitan itu masih berada dirumahnya

"Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biar kan mereka ganggu anak cucu kita"kata Adam.
"Apa harus kita laku kan ?" tanya Hawa.

"Begini saja lah.kita belah dua anak dia nie.kamu telan sebelah, aku telan sebelah. Habis cerita! " Cadang Adam.

Keesokan pagi, datanglah lagi Ibu Syaitan bertanyakan anak nya ketika Adam sudah keluar bekerja.

"Mana anak aku" tanya Ibu Syaitan.
"kali ini kamu tak dapat balik anak kamu.." jawab Hawa.

"Kenapa..?" tanya Ibu Syaitan.
"Anak kamu telah kami telan.!" Jawab Hawa dengan penuh yakin.

"Iye ke...? Lalu Ibu Syaitan memanggil anak nya ˝Khanaz !!!
"Iye Mak...." jawab Khanaz dari dalam badan Hawa.

"Bagus anak ku. kamu duduk sana, jangan keluar2." Arah Ibu Syaitan pada Khanaz.

Duduklah Khanaz dalam tubuh badan manusia dari hari ini dan hinggá hari kiamat.

tugas Syaitan Khanaz:
Bila kita makan ia pun makan
kita minum ia pun minum.
Apa jer aktiviti kita buat dia kan menyertai
JIKA KITA TAK BACA BISMILLAH.

Bila kita solat dia akan berusaha supaya kita was-was.
tulah mana yang tengah solat tu tiba2 tak ingat berapa rakaat dah kita solat.
Buat kerja kita keliru dan ingat2 lupa "Eh dah buat ke Belum yer.."
ubatnya banyakkan dengan BERISTAGAFAR.

Khanaz akan belari, bermain dalam darah kita.
Ubatnya, banyakkan ZIKIR

Sahabat Rasulullah pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khanaz ini.
Pesan Rasulullah:
setiap apa yang hendak kita laku kan mulakan dengan BISMILLAH dan Doa.
Khanaz akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi bertambah kurus.
Dan mana suami isteri tu sebelum BERSAMA, Baca lah doa2. nanti Khanaz dan the geng akan ikut serta.

Tengok bagaiman Syaitan yang tak pernah putus asa untuk memperdaya anak cucu Adam. Surah An Nas jua mencerita kan hal Syaitan bernama Khanaz yang sentiasa buat kita was-was.

Walllahualam.
Apa-apa pun mulakan setiap kerja aktiviti dengan nama Allah BISMILLAH

0 kata azimat:

 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review