"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Sunday, November 13, 2011

MOga Ok

Jejak bertapak Ezu warkah 11/13/2011 05:14:00 PM
menjelang hujung tahun dan awal tahun..
agenda yang agak menarik untuk manusia yang sedang meniti kehidupan..
samada final exam, SPM, budget tahun depan, imbuhan tahun hadapan
dan paling best nak cakap adalah perjalanan sisa hidup bersama yang tersayang..


kepada adik watashi:
selamat menjawab peperiksaan SPM esok dengan tenang, tabah, dan doa..
semoga dapat keputusan yang terbaik..
risau dengan ko yang asyik dok keje kat kedai tu..
esok nak exam pon ko ada lagi kat kedai tu..
entah bila ko nak study aku pon x tau..
atau mungkin ko lelaki, maka ko x de la nak study lelebih..

nak kompare dengan watashi dlu,

watashi dok asrama sekejap untuk exam..
time tu bulan puasa..dan seperti biasa ibu akan meniaga kat bazaar ramadhan..
bukan setakat meniaga, tapi siap dengan bermacam2 jenis kuih..
maka dengan segala kudrat yang ada, aku memang menolong sejak dari aku tingkatan 2..

dan oleh kerana aku nak amik spm, abah aku masukkan aku kat asrama sekolah..
rasenye dia takot aku asyik menolong je, entah bila nak study..
dan aku bukan jenis nak biarkan diorang wat sume tu..
akhirnya ade pembantu untuk tolong semua tu..
maka aku amik spm sebagai penghuni asrama wat pertama kalinya seumur hidup.
hurmm..lain macam je jadi budak asrama ni..

maka, ko yang nak amik spm bukan time puasa ni,
buatlah elok2..demi masa depan ko..
yang berjaya pon ko..yang senang pon ko..
maka aku akan tumpang kesenangan ko...
wahahaha..

kepada azi:
selamat pengantin baru dengan jejaka pilihan..

azi & zul : moga bahagia hingga syurga

semalam ke batu kikir untuk tengok ko bersanding dan untuk mengenyangkan perut aku aku juga..mujur di dewan..kalo x, memang pengantin dan tetamu bermandi hujan..
walau apepon, semuanya terbaik..makanan pon ok..tempat pon ok..segalanya ok..
syabbas bethe!

mengimbau kenangan watashi..
kalo ade jodoh dlu mengkin tahun ni atau tahun depan watashi akan kawen..
tapi apakan daya, Allah tak merestui aku berkawen dengan dia..
Alla jodohkan dia dengan pempuan lain, yang mana aku rasa, itu memang kehendak dia
dan keinginan dia..

ade beberapa hari kebelakangan ini, aku mesej dia minta doakan aku..
seperti biasa dan berlagak macho, dia membalas..doa dia tetap bersama aku..sbgai sahabat dia..dia jugak kata, doakan dia dengan pempuan tu..kawen dia nanti, dia jempot aku..
apa yang kau rasa bile ditempat aku???
agak gila dan macam x de perasaan kan..
dulu janji dengan aku yang aku takkan kehilangan dia, dahnye dia yang selingkuh..
tapi time aku terima ayat tu,
aku dah x de rase ape2..
dan aku jugak tak pernah nak doakan dia..
kejam??
kalo ko boleh jahanamkan hati aku, aku jugak boleh membiarkan kau sendiri..
kalo dlu kita kawan rapat, sekarang aku boleh hidup sendiri...
dan kalo ko boleh bahagia, aku lebih bahagia sekarang...
hahaha..

dan sekarang,
aku masih menghitung budget2 yang akan diberi seperti yang terbentang dalam belanjawan 2012..
beberapa perkiraan aku kene buat..
dan beberapa anjakan paradigma akan aku lalui..

dan sahabat yang lain..
usah risau...
aku dalam keadaan yang amat baik ketika ini..
dan amat tenang ketika ini..

dan sebenarnya,bagai terasa diri ini disayangi..wahahaha

Nota : woit..nape ko nak jugak milo ais aku tu?? dengan selamba je pakai cawan aku tu..dan, kenapa ko sorang je lelaki yang asyik kondem aku buat air??susu x cukup la, gula terlebih la..haish2... orang lain sume kata aku buat air ok je..ko nak soh aku tiru stail mamak.. hurmm, aku bukan anak mamak wahai...

0 kata azimat:

 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review