"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Sunday, November 20, 2011

selamat meruntuhkan hubungan manusia lain!

Jejak bertapak Ezu warkah 11/20/2011 08:58:00 PM
Pergilah jauh..
Andai itu yang kau mahu..
Tidak ku halang..

Jika benar pilihanmu..
Tak guna dirajuk..
Di benak perasaan..
Kelak padahnya menyiksakan..

Tidakkan teguh pertalian yang dibina..
Andai jiwamu masih bergelinting..
Tak putus mengenang pada dia yang tiba..

Di mana tempat ku sebenar..
Aku sedar kewujudanku padamu..
Tiada lebih dari itu..
Hanya sekadar penampal ruang luka..
Di saat dikau tak punya siapa..

Kini masa terbukti..
Kejujuran di hati..
Pergi jangan dipandang..
Kau telah temui jalan tersendiri..

Berjalan aku menakluki..
Pada darat dan laut yang terhampar..
Mengintai jalan hakiki..
Agar ketenangan hati..
Berbuai lagu..

Terpalu pilu di jiwa..
Kerobekan hati nan bersepai..
Mogakan tidak bertabrakan..
Saat kini yang semakin damai..


nota : dari sahabat karib kepada kekasih..dari kekasih kepada musuh..
bukan mustahil untuk menjadi sebegitu..untuk hati yang tidak kuat, biarkan dia..rasanya kita telah berikan yang terbaik..dan apabila katanya kita pilihan terakhir apabila tiada sesiapa yang boleh cintakan dia lagi, itu adalah sangat hina..kerana dia telah pergi sewaktu ada hati lain yang ingin menakluki cintanya..sedang hati itu juga telah tahu siapa aku pada lelaki itu.. ketahuilah, dia bahagia atas sengsara ku.. itu dahulu..aku semakin bangkit setelah 5 bulan kesengsaraan bermain dijiwa.. selamat meruntuhkan kepercayaan dan cinta manusia lain!

tetibe emo??
eh..mane ade...
saje mengungkit... hahah

okbai...

0 kata azimat:

 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review