"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Tuesday, August 04, 2009

Kesempatan atau Pilihan

Jejak bertapak Ezu warkah 8/04/2009 11:50:00 AM 0 kata azimat
saat kita bertemu dengan seseorang yang sempurna yang kita cintai di saat yang tepat, di tempat yang tepatdan di waktu yang tepat, itu adalah kesempatan.

saat kita bertemu seseorang yang membuatkan kitatertarik, itu bukan pilihan itu adalah kesempatan.

selalu bersama/bertemu dalam suatu waktu (dan banyak hubungan yang terjalin kerana ini) bukanlah suatu pilihan, itu juga suatu kesempatan.

perbezaannya adalah setelah semuanya itu terjadi. bila kita akan membawa rasa cinta, suka, ketertarikan tersebut naik ke aras selanjutnya? pada saat akal tenang kembali, duduk dan neracai apakah kita inginmelanjutkan hubungan tersebut atau melepaskannya.

jika kita memilih untuk mencintai seseorang, meskipun dengan segala kekurangannya, itu bukanlah kesempatan itu adalah pilihan.

di saat kita memilih untuk bersama dengan seseorang,tidak peduli dengan hal lainnya, itu adalah pilihan.

meskipun kita tahu banyak orang di luar sana yang lebih menarik, pintar, dan lebih kaya daripada pasangan kita, dan tetap kita memutuskan untuk terus mencintai pasangan kita dengan apa adanya, itu adalah pilihan.

cinta, suka, ketertarikan datang kepada kita dari KESEMPATAN.
tetapi cinta sejati itu adalah sungguh-sungguh suatu PILIHAN.

“kita lahir ke dunia ini bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk mencintai… tetapi untuk belajar bagaimana mencintai seseorang dengan sempurna…”
by ezu's friendster

Sejuta Harapan : Dai nada

Jejak bertapak Ezu warkah 8/04/2009 11:40:00 AM 0 kata azimat
Sejuta Harapan : Dai nada
Sejuta harapan yang aku sandarkan
Seberkas cahayaMu untuk terangi jalanku
Tanpa rahmat ampunMu
Tanpa kasih sayangMu
Hampa terasa hidupku
Ku ingin bersamaMu
Dekat selalu denganMu
Bahagia bersamaMu

Ya Allah
Terangilah gelap hitam hatiku
Sucikanlah hati ikhlas untukMu
Terangilah gelap hitam jalanku
Sucikanlah hati ikhlas untukMu
by ezu's friendster

ikhlas

Jejak bertapak Ezu warkah 8/04/2009 11:38:00 AM 0 kata azimat
“zu, kalo nak buat ape2, kene ikhlas, terbitkan sifat ikhlas dalam diri. insyaallah, semua kerja akan menjadi mudah. walupun kadang2 xterasa tapi ia akan hadir tanpa di sedari”
kata2 yang satu ini muncul daripada insan yang aku sayang.

betul katanya. da betul juga kalam allah. ikhlas, walau ia sukar.
impak daripada sifat ini, aku rasai. walau pun kadang kala keluh kesah melanda, capat2 aku beristighfar, memberi laluan hadir nya rasa ikhlas. hasilnya, aku menerima sesuatu dengan tenang tabah dan redha.

apliksi dalam kehidupan seharian. terutamanya dalam bidang pekerjaan. hahaha. walupun kadang2 rasa menyampah dan x puas hati dengan sesuatu kerja itu, walaupun teringin brsungut berlebih2an,walaun rasa benci menular dalam hati, aku cuba untuk redha dan ikhlas.

menerima sifat dan sikap seseorang, menerima tanggungjawab yang berpanjangan, menerima segalanya dengan rasa yang terbuka. mungkin itu sifatnya dan sikapnya, terimalah kita dengan hadiah yang telah allah bagi pada dia untuk kita. mungkin tanggungjawab yang kita pikul ini, adalah untuk lebih mendisiplinkan dan mendekatkan diri kita pada allah.

ape yang allah bagi dan hadirkan untuk kita,adalah pengajaran untuk kita. sama ada kita sedar ataupun tidak.kalo kite selalu berfikir dengan apa yang dah jadi, kita akan tau apa yang allah nak bagi. allah x akan uji kite dengan benda yang kita x mampu lakukan. dia akan uji kite mengikut kemampuan kita.

walaupun aku sendiri selalu keluh kesah dengan segala kekurangn manusia, aku x harus lupa, wajib mengingati, bahawa aku juga manusia yang tidak sempurna.
jadi, aku memesan kepada diriku sendiri, terimalah segala yang terjadi dengan penuh rasa redha dan ikhlas. insyaallah,kita akan menerima kekurangan manusia dan manusia akan menerima kekurangan kita.
By ezu's Friendster

Apa Tindakan Mu

Jejak bertapak Ezu warkah 8/04/2009 11:35:00 AM 0 kata azimat
“mcm mn kalau ko dpt laki yg tk solat tp die baik. ko dah jatuh cinta sgt dgn die. dn dh jdk suami pon. andaikan ajela. skrg ko dah kawen dah. dr yg lain2 mmg die baik. time ko sakit die jga ko. mkn die masak. yg lain smue perfect tp bab solat tu. die diam je. ko dah suruh tp die tak jwb pape dan die diam je. ape ko buat”

tersentap aku dengan persoalan seorang teman. terdiam aku untuk memberikan jawapan terbaik. monolong ku tibe-tibe bersuara, “apa yang aku harus lakukan”
yup,kemungkinan2 seperti ini, aku harus akui, mungkin aku akan teruji.

andai kerana cinta, mungkin aku tetap menerima dia sebagai suami ku. sememangnya kerana sayang, dia tidak aku ku lepaskan. keyakinan hati ku, aku boleh mengubahnya. dan tidak boleh tidak, aku wajib meluruskan hatinya, kembali taat kepada penciptanya. harus aku akui walau sekeras manapun usahaku untuk mengubah dirinya, allah akan ada bersama-sama aku, lebih2 lagi apabila aku berlaku taat pada perintah suamiku, dia kan berubah juga. walau masa itu terlalu lama.

andai kerana iman, mungkin aku akan tinggalkan dia, mencari yang lebih baik. keyakinan hatiku, sebagai pemimpin keluarga dia perlu lurus terlebih dahulu. pencongnya perjalanan hidupnya, pencong juga perjalanan hidupku. manakan mampu dia meluruskan aku sebagai seorang wanita. dan aku juga tidak mampu untuk merubah dirinya. keegoan seorang lelaki, x mampu dilenturkan walau sekuat mana iman wanita itu. sehingga tahap kesabaran yang mana aku harus memujuk suami ku untuk tidak angkuh pada allah. tuhan yang telah memberikannya nafas untuk berjalan di bumi allah ini. wanita ini, perasaannya 9, akalnya 1.

sekadar monolog yang tidak aku lepaskan padanya..

perkahwinan adalah percaturan hidup. seawal permulaan telah tersilap, sukar untuk langkah2 yang seterusnya. benar atau tidak, kita ada kuasa memilih. lakukan istikharah untuk memilih yang tepat dan terbaik. janji allah, pasangan kita itu, sama dengan kita. buruk baik dia yang ada, itulah cermin diri kita yang sebenarnya.

terkadang ujian allah itu, sengaja diturunkan untuk kita semata-mata untuk melihat sejauh mana penerimaan kita terhadap ujian itu. dan sejauh mana perasangka baik kita kepada allah terhadap ujian ini.

jangan dilupakan, selalu diingati, kita bukan terlalu sempurna untuk merendahkan orang lain. hidayah yang allah bagi kepada kita, bila2 masa saja dia akan tarik balik. hati manusia sering berbolak balik. orang yang baik belum tentu akan baik selamanya, dan orang yang jahat belum tentu akan jahat selamanya.

dan, andai kata aku dapat yang begitu, aku perlu bermuhasabah diri semula. mungkin ada kesalahan ku yang lampau, menyebabkan aku diuji sebegitu. apakah rasional disebalik yang terjadi, tepuk dada, tanyalah iman. dan apakah ikhlas perlu juga diselitkan dalam konteks ini.

apakah kita akan bahagia? apa makna bahagia? bahagia itu ketenangan. apa itu ketenangan?ketenangan itu menerima dengan keterbukaan. apa iu keterbukaan? keterbukaan itu keredhaan. andai rasa bahagia, dia ada disepanjang perjalanan kehidupan. bukan diawal, ditengah atau diakhir.

apa kesimpulan dari persoalan ini? leraikan lah sendiri. antara baik dan buruk, antara iman dan amal, antara dosa dan pahala, antara bahagia atau tidak antara pengorbanan dan terkorban.
 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review