“mcm mn kalau ko dpt laki yg tk solat tp die baik. ko dah jatuh cinta sgt dgn die. dn dh jdk suami pon. andaikan ajela. skrg ko dah kawen dah. dr yg lain2 mmg die baik. time ko sakit die jga ko. mkn die masak. yg lain smue perfect tp bab solat tu. die diam je. ko dah suruh tp die tak jwb pape dan die diam je. ape ko buat”
tersentap aku dengan persoalan seorang teman. terdiam aku untuk memberikan jawapan terbaik. monolong ku tibe-tibe bersuara, “apa yang aku harus lakukan”
yup,kemungkinan2 seperti ini, aku harus akui, mungkin aku akan teruji.
andai kerana cinta, mungkin aku tetap menerima dia sebagai suami ku. sememangnya kerana sayang, dia tidak aku ku lepaskan. keyakinan hati ku, aku boleh mengubahnya. dan tidak boleh tidak, aku wajib meluruskan hatinya, kembali taat kepada penciptanya. harus aku akui walau sekeras manapun usahaku untuk mengubah dirinya, allah akan ada bersama-sama aku, lebih2 lagi apabila aku berlaku taat pada perintah suamiku, dia kan berubah juga. walau masa itu terlalu lama.
andai kerana iman, mungkin aku akan tinggalkan dia, mencari yang lebih baik. keyakinan hatiku, sebagai pemimpin keluarga dia perlu lurus terlebih dahulu. pencongnya perjalanan hidupnya, pencong juga perjalanan hidupku. manakan mampu dia meluruskan aku sebagai seorang wanita. dan aku juga tidak mampu untuk merubah dirinya. keegoan seorang lelaki, x mampu dilenturkan walau sekuat mana iman wanita itu. sehingga tahap kesabaran yang mana aku harus memujuk suami ku untuk tidak angkuh pada allah. tuhan yang telah memberikannya nafas untuk berjalan di bumi allah ini. wanita ini, perasaannya 9, akalnya 1.
sekadar monolog yang tidak aku lepaskan padanya..
perkahwinan adalah percaturan hidup. seawal permulaan telah tersilap, sukar untuk langkah2 yang seterusnya. benar atau tidak, kita ada kuasa memilih. lakukan istikharah untuk memilih yang tepat dan terbaik. janji allah, pasangan kita itu, sama dengan kita. buruk baik dia yang ada, itulah cermin diri kita yang sebenarnya.
terkadang ujian allah itu, sengaja diturunkan untuk kita semata-mata untuk melihat sejauh mana penerimaan kita terhadap ujian itu. dan sejauh mana perasangka baik kita kepada allah terhadap ujian ini.
jangan dilupakan, selalu diingati, kita bukan terlalu sempurna untuk merendahkan orang lain. hidayah yang allah bagi kepada kita, bila2 masa saja dia akan tarik balik. hati manusia sering berbolak balik. orang yang baik belum tentu akan baik selamanya, dan orang yang jahat belum tentu akan jahat selamanya.
dan, andai kata aku dapat yang begitu, aku perlu bermuhasabah diri semula. mungkin ada kesalahan ku yang lampau, menyebabkan aku diuji sebegitu. apakah rasional disebalik yang terjadi, tepuk dada, tanyalah iman. dan apakah ikhlas perlu juga diselitkan dalam konteks ini.
apakah kita akan bahagia? apa makna bahagia? bahagia itu ketenangan. apa itu ketenangan?ketenangan itu menerima dengan keterbukaan. apa iu keterbukaan? keterbukaan itu keredhaan. andai rasa bahagia, dia ada disepanjang perjalanan kehidupan. bukan diawal, ditengah atau diakhir.
apa kesimpulan dari persoalan ini? leraikan lah sendiri. antara baik dan buruk, antara iman dan amal, antara dosa dan pahala, antara bahagia atau tidak antara pengorbanan dan terkorban.
0 kata azimat:
Post a Comment