January 1st, 2009 by ezuezu
firstly, as mama to all my daughters, i wish all happy new year wit blessing of allah… may this year will make you happy n make ur dreams come true..
to:farah nurfilza,fatihatul, tahun ni tahun untuk PMR. selama 2 tahun berjuang dengan pelbagai dugaan, moga tahun ini kamu dapat melakarkan segalanya yang terindah, demi masa depanmu dan juga merealisasikan harapam keluarga kandungmu..
noor azimah, nor afidah, efizatul faiera tahniah atas kejayaan yang cemerlang untuk PMR tahun lepas! walau ape pun halangan lepas ni, usahakan lagi untuk mencapai yang terbaik. SPM tahun hadapan, diharapkan agar kecemerlangan yang sama dikekalkan. tahun ini bukan tahun honeymoon ye..usah terlalu asyik dengan kejayaan yang sedikit ini…moga usahamu menjadi kebanggaan semua.
nur dina iffah dan siti hajar. SPM dah lepas, just tunggu keputusan kan.. semoga kecemerlanagn itu milik antum. semoga usahamu, berjaya ke menara gading. lanjutkan dengan kerjaya yang terbaik..
anak2 ku. kisah yang berlalu, biarkan berlalu… perjalananmu masih jauh dan panjang lagi. erti kehidupan bukan semudah yang disangka. pengorbanan, ketabahan dan usaha perlu ada dalam diri kita untuk melangkah lebih jauh lagi. bukan terdampar di medan ini tanpa perjuangan yang berpanjangan. lakukan semuanya atas keikhlasan diri.
sebagai remaja yang sedang mekar di taman, ku harapkan dikau berjaya menjadi insan solehah yang bisa menggegarkan dunia dengan kehebatamnu di medan jihad allah. moga kesabaranmu mendidik hati ini bisa menjadikan mu wanita agung. dan moga sifat malu itu akan menjadi benteng pertahanan dirimu walau di mana engkau berada.
sebagai insan yang sedang mencari identiti diri, aku tahu, jiwa mu seringkali memberontak. menolak semua suruhan yang baik. mencari kebebasan yang hakiki, mencari perhatian yang suci kononnya…
anakku, bukan aku mahu meluahkan segala keburukan mu. ketahuilah anak ku, hati ini seringkali menagis andai ada salah seorang antara mu yang merajuk. membawa diri. bila ketegasan ku pamerkan, kau berkata ‘relex la bu.. orang lain pun macam tu jugak’… aduhai anakku…itu orang lain.. kenapa ingin disamakan dengan diri sendiri…
kadangkala kedegilanmu membuatkan aku digeletek perasaan ingin memarahi. tapi, suara hati aku berkata, kau belum matang dalam menzahirkan nasihatku. bila kepedihan ku mengocak hati, aku cuba untuk mengingatkan kembali keceriaan kita. makan bersama.tidur bersama,belajar bersama, ke sekolah bersama. aku rindukan detik itu!
aku tahu, aku tak pandai menunjukkan sayangku. tapi hati ni dan bibir ini sering merinduimu dan menyayangi mu…
peritnya menjadi ibu ini, akan kau ketahui bila kau telah menjadi ibu kelak.walaupun kau adalah anak2 angkat ku, tapi kau adalah yang terbaik untukku.
aku merindui dina yang pada mulanya sukar menerima aku. entah apa yang ada dalam pikirannya ketika itu.. bila ku peluk anak itu, dirinya diam terkaku. tanda menolaknya dia dari ku. ku biarkan dia dan ku jaga dengan mata ku. seringkali aku tersenyum bersendirian, dia akan tersipu bila aku tersedar dia memandangku. akhirnya, sebelum pemergianku, dia menerima aku setulusnya. walaupun masa itu terlalu singkat aku bersyukur aku mampu mengecap kasih sayangnya. ‘ibu, kak dina menagis.dia kata dia banyak dosa kat ibu’. seawal pagi kau ke sekolah dan terus memencilkan diri di dalam perut bas itu. maaf dina. kita tak sempat berjumpa disaat akhir.
hajar, yang kurang karenah dan sentiasa disisi aku. telah aku cuba yang terbaik untuk memperbaikai dirinya. sedikit2 usahaku berjaya walau tidak sepenuhnya.. terima kasih atas kasih sayangmu..
efi yang agak lincah. selalu bersama kembarnya kemana2.. masih dalam perhatianku kerana dia umpama sang merpati. mendekati aku bila perlukan sesuatu, menjauhi aku seketika bila perhatiannya beralih arah..
azimah yang pendiam. tekun bila melakukan sesuatu. semuanya bersistematik. pembersih, pengemas dan suka membebel. ayatnya ‘ish.. kak uda ni…’ belajarnya di sisiku, tidurnya di ketiakku. memiliki daya pemahaman yang panjang dan sering menegurku ketika aku bersedih.
afidah. sama seperti azimah. lebihnya dia pada rajuknya.. tiba2 sahaja berada di sebelahku. dengan senyuman dan lirikan matanya. seringkali termenung mengenangkan kesusahan hidup keluarganya. jarang berkongsi. tapi aku tahu, tindakannya tidak pernah menghancurkan hati sesiapa.
farah yang kecik molek. mengadu dengan muncung yang paling panjang diantara yang lain. kecik tapi petah berkata2. bising serata alam bila kau tidak dijumpai. ada saja yang ingin dibincangkan. pemikirannya yang matang membuatkan aku kagum dengan dirinya.
atul,kerana kemanjaannya, dia tak mampu ku tegur berulangkali. sekali ku tegur, selamanya dia kan merajuk. aku tahu dia memarahi aku. kerana aku pernah membela rakannya. bukan dia.. menyalami aku dengan seribu ketidakikhlasan..tapi aku tahu, lirikan matanya seringkali pada ku..
belum cukup kuat rasanya aku ingin menjadi seorang ibu. betapa yang 7 orang ini pelbagai ragam. baru ku tahu, pedihnya hati seorang ibu, bila aku melakukan banyak perkara yang sering menyakiti hatinya…
maafkan kak ika ibu. maafkan kak ika abah.. bukan ku tak tahu derita nya hatimu bila aku membantah kata2mu. tapi kekuatan ku x secekal yang kau fikirkan.. pintaku seringkali berdasarkan kemahuanku tanpa ku memikirkan masa hadapan. janjiku, akan ku turuti kemahuannmu.akan juga dirimu bila engkau tua kelak.
terima kasih ibu abah. kerana membahagiakan ku sepajang perjalanan hidup aku. sayang………… sangat2… mmmmuuuuaaaahhhhh..
0 kata azimat:
Post a Comment