"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Wednesday, September 30, 2009

nak k****

Jejak bertapak Ezu warkah 9/30/2009 12:07:00 PM 0 kata azimat
kadang kala kesepian mengulit tangkai hati
kadang kala hati menepis keinginan diri
kadang kala emosi menguasai diri

entah apa yang aku perlukan
entah apa yang aku angankan
entah apa yang aku khayalkan

hati mengapa kau begini
hati mengapa kau bersedih
hati mengapa kau terluka

pedih benarkah luka yang tercipta
sarat benarkah masalah yang tertanggung
sukar benarkah laluan yang ada

apalah dayaku menentang suratan
apalah dayaku menolak takdir
apalah dayaku menyesali qada n qadar

jiwa ku kosong
hati ku parah
akal ku menewaskan segalanya

aku perlu kuat untuk mneruskan hari hari mendatang
tak perlu menoleh kebelakang lagi

aku terlalu terluka dengan apa yang terjadi
hingga ku padamkan segalanya

pergilah..
pergilah menurut hatimu
kebahagian terbentang dihadapan mu
**************************************************
watashi nak kawin.
watashi nak kawin.
watashi nak kawin.

Tuesday, September 29, 2009

pergilah

Jejak bertapak Ezu warkah 9/29/2009 11:45:00 AM 0 kata azimat
Sebenarnya, hati ini rindu kepadamu,
sebenarnya diri ini cinta kepadamu,
tapi aku,
tidak mengerti
mengapa kau semakin menjauh dan jauh serta jauh dari hatiku.

kau kejam.
hati ku berkata,
diam mu kerana menjaga hati
diam mu kerana memelihara agama
diam mu kerana memikirkan hari depan

arghhh......
sakit hati
sakit jiwa
sakit otak

sampai hati kan...
buatlah sesuka hati mu...
nekad.
aku takkan berpaling lagi pada mu.
maafkan aku.

Friday, September 18, 2009

Salam Lebaran

Jejak bertapak Ezu warkah 9/18/2009 11:11:00 AM 0 kata azimat
video

Monday, September 14, 2009

Cinta Pertama + my apple

Jejak bertapak Ezu warkah 9/14/2009 11:35:00 AM 0 kata azimat
Aku terima ketentuan ini
Engkau menghilang lenyap dari hariku
Aku menempuh liku dalam liku
Tubuh langkah kesal lindungku

Sepi kusepi panjang dan berbatu
Pedih hancur lena dalam mimpiku
Aku mendengar keluhan darimu
Namun kini segala berlalu

Cinta pertama hanya dirimu
Cinta pertama mengajar aku
Cinta pertama sekadar waktu
Sedangkan aku mencintaimu

Maafkan aku
Maafkan aku
Meluka hatimu
Kini ke mana tiada lagi hidup aku
Hanya rintih meneman hari-hariku
Biar bertahun ku inginkan

Kekal harum cinta padamu
Cinta pertama hanya dirimu
Cinta pertama mengajar aku
Cinta pertama sekadar waktu
Sedangkan aku mencintaimu

Aku perlukan tuhan yang tahu
Aku melara menentang waktu
Maafkan aku dosa-dosaku
Maafkan aku oh kasihku

apple, rindunya watashi kat apple...
apple tahu orang rindu kat apple.
tapi apple saje wat x tau..
apple apple...
apple x tau kan orang ade blog?
kalaulah apple tahu...
apple bagi komen tau kalau jumpe blog ni..

Friday, September 11, 2009

Kisah Syaitan bernama Khanaz

Jejak bertapak Ezu warkah 9/11/2009 10:01:00 AM 0 kata azimat
Kisah Syaitan bernama Khanaz. pernah dengar tak?

Cerita nya macam nie.
Masa mula-mula Nabi Adam dan Hawa di Bumi.Syaitan yang tak pernah mengenal putus asa untuk menghancur kan anak cucu Adam. dok pikir2 cara nak kacau anak Adam agar tidak patuh dengan suruhan Allah.

Suatu hari si Ibu Syaitan nie, tengah dok pikir
"Macammana aku nak kena kan anak cucu Adam"
dan tiba2 dia nampak anak dia yang bernama Khanaz. Lalu di panggilnya
"Khanaz....mari sini ikut mak"
Lalu di pun pergi menuju ke rumah Adam dan Hawa. Yang pada ketika itu Nabi Adam baru saja meninggal kan rumah untuk pergi kerja. Dan tinggal lah Hawa keseorangan di rumah. tiba-tiba pintu rumah di ketuk.

lalu dibuka oleh Hawa dan bertanya "Siapa kamu.."
Ibu Syaitan menjawab "Tolong jaga kan anak saya. nanti saya akan datang untuk ambil dia balik"

Hawa yang tidak mengetahui apa-apa memberi pertolongan. Apabila Adam pulang,
Adam terperanjat dan bertanyakan Hawa "Anak siapa nie..?"

Lalu Hawa menjawab "Tak tahu lah..tadi ada seorang wanita menyuruh kita menjaga anak ini."

Adam berpikir " Ini mesti anak Syaitan,yang mahu menganggu anak cucu kita."

"Apa harus kita lakukan sekarang..?"tanya Hawa pada Adam.

Setelah berfikir..."Kita potong-potong dagingnya sehingga kecil dan gantungkan isi2 dagingnya di pokok luar rumah kita. Nanti bila Ibunya datang biar dia nampak dan tahu anaknya sudah tak de." Idea Adam .

Keesokkan pagi harinya, Ibu syaitan itu pun datang lagi ketika Adam sudah keluar pergi kerja.
"Mana anak aku...." Tanya Ibu syaitan pada Hawa.

Hawa pun menjawab dan menerangkan apa yang telah meraka lakukan terhadap anak syaitan. "Oh.....iye ker?.." jawab Ibu Syaitan dengan nada yang tidak risau.

Kemudian Ibu Syaitan meneriak memanggil anak nya "Khanazzzzz!!! "
Tiba2 daging2 khanaz yang telah dikerat bergantungan di atas pokok itu pun bercantum kembali dan hidup menjadi Khanaz kembali.

Ibu Syaitan masih tidak berputus asa dan masih meminta Hawa menjagakan Khanaz dan ia berpesan akan kembali lagi esok hari nya. Apabila Adam pulang dan terlihat lah ia akan anak Syaitan yang bernama Khanaz itu lagi dan bertanya kan pada Hawa kenapa anak Syaitan itu masih berada di rumah meraka. Hawa menerang apa yang berlaku.

"Kita tak boleh biar kan usaha Syaitan untuk menganggu hidup anak cucu kita.." kata Adam .
"Apa harus kita laku kan lagi.." tanya Hawa.

"kita bakar anak Syaitan ini dan abu nya kita buangkan ke Laut, biar abunya dibawa arus laut dan Ibu nya tidak akan dapat mendapatkan anaknya ini lagi." terang Adam.

Keesokan paginya datang lah lagi Ibu Syaitan ini bertanya kan Khanaz ketika Adam sudah keluar bekerja.

"Mana anak aku?" tanya Ibu Syaitan.
"Anak kamu sudah kamu bakar dan abunya kami buang ke Laut!" jawab Hawa..

"Oh Iye ker? Kata Ibu Sayitan lalu meneriak mamanggil "Khanaz!!!"

kemudian bercantum lah kembali daging Khanaz dari abu, dan menjadi Khanaz kembali.
kemudian diserahkankan kembali pada Hawa untuk menjaga Khanaz. Apabila Adam pulang, mendapati anak Syaitan itu masih berada dirumahnya

"Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biar kan mereka ganggu anak cucu kita"kata Adam.
"Apa harus kita laku kan ?" tanya Hawa.

"Begini saja lah.kita belah dua anak dia nie.kamu telan sebelah, aku telan sebelah. Habis cerita! " Cadang Adam.

Keesokan pagi, datanglah lagi Ibu Syaitan bertanyakan anak nya ketika Adam sudah keluar bekerja.

"Mana anak aku" tanya Ibu Syaitan.
"kali ini kamu tak dapat balik anak kamu.." jawab Hawa.

"Kenapa..?" tanya Ibu Syaitan.
"Anak kamu telah kami telan.!" Jawab Hawa dengan penuh yakin.

"Iye ke...? Lalu Ibu Syaitan memanggil anak nya ˝Khanaz !!!
"Iye Mak...." jawab Khanaz dari dalam badan Hawa.

"Bagus anak ku. kamu duduk sana, jangan keluar2." Arah Ibu Syaitan pada Khanaz.

Duduklah Khanaz dalam tubuh badan manusia dari hari ini dan hinggá hari kiamat.

tugas Syaitan Khanaz:
Bila kita makan ia pun makan
kita minum ia pun minum.
Apa jer aktiviti kita buat dia kan menyertai
JIKA KITA TAK BACA BISMILLAH.

Bila kita solat dia akan berusaha supaya kita was-was.
tulah mana yang tengah solat tu tiba2 tak ingat berapa rakaat dah kita solat.
Buat kerja kita keliru dan ingat2 lupa "Eh dah buat ke Belum yer.."
ubatnya banyakkan dengan BERISTAGAFAR.

Khanaz akan belari, bermain dalam darah kita.
Ubatnya, banyakkan ZIKIR

Sahabat Rasulullah pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khanaz ini.
Pesan Rasulullah:
setiap apa yang hendak kita laku kan mulakan dengan BISMILLAH dan Doa.
Khanaz akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi bertambah kurus.
Dan mana suami isteri tu sebelum BERSAMA, Baca lah doa2. nanti Khanaz dan the geng akan ikut serta.

Tengok bagaiman Syaitan yang tak pernah putus asa untuk memperdaya anak cucu Adam. Surah An Nas jua mencerita kan hal Syaitan bernama Khanaz yang sentiasa buat kita was-was.

Walllahualam.
Apa-apa pun mulakan setiap kerja aktiviti dengan nama Allah BISMILLAH

Thursday, September 10, 2009

Penantian LailatulQadr

Jejak bertapak Ezu warkah 9/10/2009 10:40:00 AM 1 kata azimat

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Qur’ān) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadr). Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadr itu? Lailatul Qadr itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” [Al-Qadr: 1 - 5]







Dari ‘Āisyah, bahwa Nabi ` bersabda:

تَحَرّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنْ الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
“Carilah malam Lailatul Qadr di malam ganjil pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.”
HR. Al-Bukhāri



TANDA LAILATUL QADR


“Tanda Lailatul Qadr pagi harinya matahari tampak putih dengan sinar yang tidak menyengat.” HR. Muslim


“(Malam) Lailatul Qadr adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, (dan) keesokan harinya cahaya sinar mataharinya melemah dan kemerah-merahan.”


FADHILATNYA


Rasulullah ` bersabda:

مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيْمَاناً وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Barangsiapa berdiri (shalat) pada malam Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” HR. Al-Bukhari



BERDOALAH


اللّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Ya Allah, Engkaulah Sang Maha Pemaaf dan mencintai orang yang meminta maaf, maka maafkanlah aku.

******************************************************************************

menjelang hari-hari terakhir ramadhan, terlalu cepat rasanya tetamu ini ingin pergi.
serasa bagai ada kekurangan dalam menzahirkan pengalu-aluan kehadirannya.


ya allah, masih lagikah aku boleh bertemu dengan tetamu mulia Mu ini pada tahun-tahun yang akan datang? tetamu yang penuh keberkatan, tetamu yang penuh rahmat, tetamu yang penuh pengharapan, tetamu yang penuh pahala dan tetamu yang penuh pengampunan...
ahlan, ahlan, ahlan ya ramadhan!!!
kehadiran mu ku tunggu, pemergianmu ku tangisi...
ya allah...


fasa ketiga ramadhan, perlumbaan dalam mencari lailatulqadr...
apakah aku berpeluang menemuinya???
10 hari lagi dari tarikh ini...


izinkan aku ya allah...izinkan aku menemuinya. jagalah malam itu untuk aku, sebagaimana malam-malam yang sebelumnya...
bangkitkan aku, supaya aku tidak terlepas peluang tersebut.
malam yang penuh keampunan, pahala yang berlipat kali ganda, doa yang dimakbulkan...

izinkan aku ya allah...
ameen, ameen, ameen...

Siapa yang aku heret ke sana?

Jejak bertapak Ezu warkah 9/10/2009 07:56:00 AM 0 kata azimat
Tahu tak, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik wanita masuk ke neraka?

sungguh menggerun kan hati aku sebagai wanita. adakah lelaki-lelaki yang aku sayang ini akan aku heret ke neraka??? moga aku menjadi yang terbaik untuk kehidupan lelaki-lelaki yang aku sayang ini, samada di dunia ataupun akhirat, walau aku bukanlah yang terbaik...


1. AYAHNYA

Apabila dia tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.
Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya.
Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, bergaul bebas, dia ditarik oleh anaknya ke dalam neraka.

2. SUAMINYA

Apabila dia tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.: memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram.
Apabila suami mendiam diri dan tidak menegur kesalahan isterinya dengan sewajarnya,walaupun dia seorang alim maka dia akan ditarik oleh isterinya ke dalam neraka.

3. ADIK BERADIK LELAKINYA

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita adalah adik beradik lelakinya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja tetapi adik beradik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adik beradik permpuannya di neraka kelak.

4. ANAK LELAKINYA

Apabila dia membiarkan ibunya melakukan perkara-perkara yang terkeluar dari batasan syariat.
Apabila dia tidak menjaga kebajikan ibunya apabila ibunya sudah tua.
tunggulah tarikan ibunya di neraka kelak.

***********************************************************

:- apabila kita inginkan orang-orang yang kita sayang mendapat yang terbaik dalam hidup di dunia atau di akhirat, kita perlu menjadi yang terbaik dahulu, walaupun kita bukanlah yang terbaik...

:- kalau kita nak masuk syurga, kita juga nak orang yang kita sayang masuk syurga kan? tak mau langsung dia di seksa atas kesalahan yang telah kita lakukan di yaumul akhirah nanti.

:- hidup di dunia adalah persinggahan yang terlalu singkat. sesingkat perjalanan ini, memerlukan kita membuat bekalan yang secukupnya untuk perjalan yang lebih jauh lagi. destinasi kita adalah akhirat. andai kurang bekalan ke sana, bagaimana kita ingin menampung segala kekurangan kita di sana...

:- moga kita akan menjadi hambaNya yang paling taat...

Ya Allah, aku mohon pada Mu, jadikanlah aku dikalangan hamba-hamba mu yang soleh dan solehah. peliharalah maruahku, jagalah hatiku, kuatkan semangat ku, perbaharuilah iman ku. bimbinglah aku menuju cintamu, permudahkan aku dalam mebuat setiap keputusan yang sukar.
Ya Allah, ampunkan dosa ku, ibu bapaku, adik-adikku, kaum kerabat ku, sahabat-sahabat ku, kaum muslimin dan muslimat. jauhkan aku dari sifat keluh kesah dan kesedihan yang berpanjangan, dari dengki dan malas,dari sifat bakhil dan kedekut, dari hutang piutang dan cengkaman lelaki yang jahat. jauhkan aku dari azab api neraka. berikan aku pengakhiran yang terbaik dalam hidupku dalam menuju Mu ya Allah.. Ameen.. padaMu aku memohon...

Monday, September 07, 2009

Kenangan Semalam...

Jejak bertapak Ezu warkah 9/07/2009 08:46:00 AM 0 kata azimat
1stly, thanks to 1827: ajun, k.djah n k.ezai.. kenangan bersama waktu berbuka puasa hari tu, akan bersemadi dalam diri. teringat waktu dahulu, ketika kita masih bersama di 1827.

kini, masing-masing mempunyai komitmen dan membawa haluan tersendiri. k.ezai di damansara, watashi di n9. tapi alhamdulillah, Allah masih mempertemukan kita, kan...

2nd, wanna wish congratulation to k.djah n k.ezai they will get marriage end of last year. k.ezai on november n k.djah on december 2009...im so happy n glad about this news..hope u'll be a solehah's wife n mother in ur life..

3rd, happy sangat berbuka puasa dengan kak siti dan anak2: shada,ina n afiq. kegembiraan yang x kan dapat diperoleh dimana-mana. thanks kak siti, sudi masak n berbuka dengan kitorang. pengalaman watashi buat kuih apam senyum kali pertama, berjaya!!! tahniah watashi! hahah...

amacam, cantik tak, jadi tak? ni yang bangga ni!! hahah

yang ni pulak, diantara juadah hidangan berbuka puasa kami...erm, udang goreng tepong,sayur campur,sambal udang, ayam goreng berempah, sup ikan merah, laksa, puding roti... yummmiii


ni pulak, sambungan makanan tadi, murtabak, kuih cara manis, seri muka, nasi n apam senyum tu..heheh

sekali lagi, thanks to all, sebab sudi meraikan watashi...sedapnye masakan hari tu.. raya nanti, boleh ke kite bersama macam dlu??? huhuh..

hari ni nak berbuka puasa dengan budak-budak JKSNS yang bujang. erk, ye ke bujang?hahaha. sendiri mau tau..

ok la.dapat post artikle ni pun da puas hati.. sayang semua...

Friday, September 04, 2009

sahabat...

Jejak bertapak Ezu warkah 9/04/2009 10:40:00 AM 0 kata azimat

Myspace Lover Letter

Thursday, September 03, 2009

Antara Sahabat dan Kekasih

Jejak bertapak Ezu warkah 9/03/2009 01:18:00 PM 0 kata azimat
wah, wah, wah... menggemparkan jugak tajuk ni dalam hati watashi.
mengapa tajuk ini yang dipilih?
apakah watashi telah mempunyai kekasih? lantas membelakangkan sahabat watasahi yang telah melalui susah senang dengan watashi? dan perlukah semua orang perlu tahu apa yang watashi telah hadapi..
pada watashi, sahabat itu sejati. ia tetap di hati, walau seribu kemungkinan yang terjadi. bersama dia, watashi melalui susah senang bersama. dia banyak membantu, dia banyak memberi. dia yang amat memahami, dia juga yang amat mengenali siapa watashi yang sebenar.
walau kadangkala watashi sering menjadi pengebom berani mati, dia tetap di sisi, memberi segala patah dan alur nasihat. seringkali diri ini menjadi pemberontak dalam hati, dia tetap tega memahami. sesekali, bila perang meletus antara kami, air mukanya akan berubah. diamnya penuh seribu pertanyaan.
maaf sahabat. bukan sengaja melakukan sebegitu.terlalu banyak yang difikirkan. mencari kebenaran disebalik kedinginan, mencari ketenangan di sebalik kekusutan. andai kau tahu sahabat. andai kau tahu sahabat...
bagi watashi, watashi akan bergolok bergadai demi kebahagiaan sahabat.kerana watshi terlalu sayangkan sahabat watsashi.
walau tenampak oleh penglihatan mu, seakan keegoan menyelubungi diri, itulah pengorbanan yang telah difikirkan terbaik. mungkin tidak pada dirimu.
kekasih pada watashi, itulah bakal peneman hidup mati watashi. sama kepentingannya dengan sahabat sejati. atau mungkin, kekasih hati perlu didahului demi menjaga kepentingan dan hubungan yang telah terjalin.
kekasih, walau dia selalu mendengar segala keluh kesah, lemah dan lelah, dia tetap yang pertama tempat mencurah masalah. walau seribu kebosanan yang diperdagangkan, namun hati kekasih perlu dijaga. dia yang layak untuk mendengar segalanya. kerana dia yang akan menjadi sebahagian dalam hidup watashi.
*******************************************************
apa yang watshi ingin jelaskan?
mengapa terselit seribu keluhan yang terpendam?
sahabat, harus kau ketahui, bila aku diantara kau dan dia, hati ini, bagai menggeletek ingin menjauhkan diri darimu. andai kekasih mu itu terluka, bagaimana harus aku meletakkan diri aku di tahap yang selesa. bagaimana harus aku tertawa riang melihat kekasihmu itu terluka. dia juga sahabat ku.
mungkin, padamu kita sekadar sahabat. tapi, hanya perempuan yang tahu hati perempuan.walau riak di wajah itu riang, hatinya siapalah tahu. sekali terjadi, aku tak ingin terjadi lagi. cukuplah fitnah yang terjadi membuatkan dia terluka.
pernah aku terfikir untuk menjauhkan diri darimu. dan apakah ini jawapan yang terbaik untuk mengelakkan sebarang fitnah bakal terjadi lagi?
sahabat, kegembiraan mu itu, satu hadiah buatku. telah ku lihat kekecewaanmu yang dulu.dan aku tak mahu kau kecewa lagi. semoga kau terus berbahagia dan terus tertawa bersamanya.
andai kau tahu sahabat, betapa hati ini remuk terluka dengan segala yang terjadi, harus ku gagahkan jua perjalanan ini, kerana kau tahu, aku akan kehilangan mu, yang menjadi tonggak penggerak utama ku, yang menjadi guru kekuatan ku..kemana kau saat aku kesedihan sekarang.. kau tiada lagi disisi..
"maafkan aku sahabat, biar aku sendiri membawa luka dihati"

Tuesday, September 01, 2009

terlalu mencintai mu

Jejak bertapak Ezu warkah 9/01/2009 10:56:00 AM 1 kata azimat
1] Aku yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa aku mencintai kamu. aku juga tidak mengharap cinta dibalas. Yang aku tahu di hati dan mata hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, aku tidak perduli! Bagi ku yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impian.- wahh, bahaya ni...

3] aku yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya, di hati dan mata kamu selalu yang terbaik.

4] aku yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini.
5] aku yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS 'selamat pagi', 'selamat malam', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas. kerana dengan kiriman SMS itu lah aku menyatakan cinta.

6] Jika kamu menyambut ulangtahun kelahiran, setidak-tidaknya aku akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] aku yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang di lalui bersama. bahkan mungkin kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuk aku. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] aku yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana aku menyematkan kata-kata mu di hati, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan pada ku, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan aku yang mencintai kamu.

9] aku yang mencintai kamu akan belajar menggemari apa kegemaran kamu.walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya aku berjaya.

10] aku akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu kerana aku bimbangkan tentang kamu.

11] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripada aku atau memberi reaksi menolak, aku akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu,walaupun hal itu membunuh hati ku..

12] Jika suatu saat aku merindui mu dan ingin mengambil semula kesempatan adakah kau akan menunggu ku?kerana sebenarnya aku tak pernah mencari orang lain.aku sentiasa menunggu kamu.

13] aku yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberi sebab dan alasan, walaupun hatia ku meronta ingin mengetahui, kerana aku tidak mahu kamu terbeban dengan karenah ku. saat kau pinta aku berlalu,aku pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana aku benar-benar mengerti apa itu cinta.

**************kerana aku terlalu mencintai mu*******************

ibu dan abah

Jejak bertapak Ezu warkah 9/01/2009 08:55:00 AM 0 kata azimat
terasa lagi kasih sayang mu dan gelak tawamu semalam. ku rasa, hampir seluruh masalah ku hilang bila berdepan dengan mu.. rindunya aku pada mu.. bila la boleh berjumpa lagi...

balik je ke seremban. satu persatu masalah yang lalu muncul tiba-tiba... betapa aku tak kuat untuk menghadapi perkara-perkara ini. betullah... kasih ibu sampai ke syurga, kasih ayah sepanjang hayat... adoiiiiii... betapa manja anak ini...

ya allah, kau jagalah, peliharalah, lindungilah mereka dari azab kubur dan seksaan api neraka. dan kau berilah mereka kebahagian kepada mereka dunia akhirat. ameen..
 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review