"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Thursday, March 18, 2010

Cinta Masuk Akal

Jejak bertapak Ezu warkah 3/18/2010 01:12:00 PM
cinta sejati bukan bermakna ia cinta yang masuk akal.
Cinta sejati itu biasanya terus daripada hati,
picu cinta itu biasanya daripada benda yang abstrak dan subjektif.
Misalnya pada fizikal ataupun kata-kata.
Ia ada perkara cukup abstrak dan subjektif.
Ia langsung tidak menyangkut pada sesuatu yang kukuh dan objektif.

Selepas beberapa ketika, cinta sejati itu walaupun masih membara,
terpaksa juga dilepaskan kerana sifatnya itu yang tidak masuk akal.
Sebab itulah ada ungkapan,
‘cinta tidak semestinya bersatu’
‘cinta tidak bermakna memiliki’
‘cinta perlukan pengorbanan’.
Semua ungkapan itu adalah tepat bagi menggambarkan cinta sejati.

Kunci kejayaan cinta adalah cuba menjadikan cinta sejati itu menjadi cinta yang masuk akal. Cinta monyet sekalipun sekiranya ia mampu dijadikan cinta yang masuk akal.
Begitu juga halnya dengan cinta yang masuk akal,
ia tetap boleh berubah menjadi cinta yang sejati
sekiranya tahu maknanya redha dan mensyukuri.
Tetapi kuasa Tuhan tetap jugalah menjadi penentu akhir.
Periksa kembali cinta, cinta masuk akal ataupun cinta sejati?



#Cinta sering kali sudah tidak masuk akal.
Misalnya,
dia bercinta dengan gadis cantik yang tertarik kepadanya.
Kerana wajah yang kacak, dan dia tertarik pada gadis dengan wajah yang cantik.
Tetapi gadis itu juga mahu bercinta dengan hidup yang selesa,
maksudnya lelaki itu perlu bekerja dan banyak wang.
Sedangkan dia sendiri masih belajar lalu belum bekerja dan mahu cinta yang seiring dengan cita-citanya.

#Pada saat ini cinta sudah lagi tidak masuk akal.
Bagaimana mereka hendak bersatu?
Salah satunya perlu beralah tetapi pada saat ini, biasanya tidak ada yang mahu mengalah dan akhirnya cinta pun bubar.
Akhirnya si gadis terus menikah dengan lelaki kaya.
Walaupun mungkin ia bukan cinta sejati, tetapi itu cinta yang paling masuk akal. Begitu juga dia, dia akan menikah dengan gadis yang sealiran dengannya.
Mungkin ia bukan juga cinta sejati, tetapi ia tetap cinta yang paling masuk akal.

ah...watashi ni...
walaupun cinta itu cinta sejati,
tapi dia bukan cinta yang masuk akal!

0 kata azimat:

 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review