"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Sunday, July 31, 2011

Kerana Terluka

Jejak bertapak Ezu warkah 7/31/2011 01:15:00 PM 1 kata azimat



Beratnya rasa hati nak melangkah pergi
Tetapi apakan daya aku terpaksa
Buat kali terakhir inginku mengucapkan
Semoga dirimu berbahagia selalu
Tentang diriku ini
Terserah padaMu Tuhan menetukan...

Tak perlui kau bertanya ke mana ku pergi
Pandailah aku menjaga diriku ini
Sekali kumelangkah oh biarlah ku teruskan
Perjalanan ini walaupun sendirian
Hanya Tuhan yang tahu dukalara hidupku ini
Tak terkata, aduhai sayang...

Ku masih lagi teringat
Bicaramu yang terakhir
Pedihnya hinggamenikam kalbu
Bisanya...

Selamat tinggal sayangku
Selamat tinggal kasihku
Aku terpaksa pergi dahulu
Kerana terluka hati ini

Kiranya tempias membasahi jendelamu
Itulah airmata yang jatuh di pipiku
Kiranya sang bayu menyentuhi paras wajahmu
Oh itulah rinduku yang menyebut namamu
Setelah sekian lama tak jumpa

bersabarlah...

Jejak bertapak Ezu warkah 7/31/2011 11:51:00 AM 0 kata azimat
Allah
entah mengapa..
tiba2 ku rasa sepi..
apa yang tidak kena dan apa yang kurang sekarang ni ya Allah...

makin dekatnya ramadhan ini,
makin lain ku rasakan..
apakah tanda ini tuhan ku??

ya Allah...
ku akui, aku masih mengenang dia..
makin kuat aku menjauhkan diri ini,
makin datang rasa ini..

"meski sejuta cinta menyapa, masih cenderung ku padanya"

apakah yang ingin kau tunjukkan Ya Allah???
moga ini adalah bisikan syaitan semata-mata..

aku x mampu ya Allah..
menganyam cinta yang bukan milikku..
aku x mampu ya Allah..
mentafsir jalan cerita mu..

"astaghfirullah al-azim, al-lazi la ila ha illa hual hayyul qayyum wa atubu ilaik..."

moga ada yang terbaik untukku..

ya Allah,
kau jauhkanlah dia dari aku,
dari hatiku, dari pandangan mataku,
jauhkan dia dari ingatan ku,
jauhkan dia dari kenangan yang tercipta,

Ya Allah,
hapuskanlah dia sebersih2nya dari hidupku..
buang dia sejauh2nya dari lubuk hatiku,

benar, aku kecewa..
sehingga kekecewaan ini menghilangkan segala perasaan aku padanya..
sehingga tiada rasa ape2 lagi..
tiada lagi rindu
tiada lagi cinta
tiada lagi sayang
tiada lagi benci
tiada lagi dendam
tiada juga doa kebahagiaan untuknya
seumpama dia tidak pernah ku kenali
seumpama dia tidak penah hadir dalam hidupku..

aku menjalani hidup yang kosong...
hanya berteman air mata..
tapi aku x tahu untuk apa air mata ini??
apa perlunya air mata ini lagi?
apa sebenarnya air mata ini?

'zulaikha, kau sedang melawan rasa yang pernah hadir..kau menutup segala kenangan yang tercipta, dan kau menolak dia sekeras2 dari hidup kau...

zulaikha bersabarlah.. sesuatu yang allah jadikan itu, ada pengajaran disebaliknya..usah dikesalkan..ini adalah jalan yang pernah kau pilih..hadapi dengan tenang..Allah ada bersamamnu..kalau kau masih beriman, percayalah pd Qada' dan Qadar Ilahi...tidak dia menjadikan sesuatu itu dengan sia2..malah, mungkin menambahkan lagi rasa iman kau padanya yang telah hampir luntur ketika cinta kau berputik pada dia..

zulaikha, redha dan bersyukurlah dengan apa yang terjadi...allah masih sayangkan kau..bertaubatlah..waktu ini adalah milik kau yang allah anugerahkan pada kau agar engkau tidak tersesat lebih jauh lagi...

zulaikha, benar engkau telah melakukan istikharah itu..dan dengan istikharah itu engkau menerimanya tanpa banyak persoalan..tapi zulaikha, mungkin itu hanya perasaan ..atau mungkin Allah ingin menemukan kau dengan orang yang salah sebelum engkau memiliki insan yang lebih baik akhlaknya dan lebih bertanggungjawab..kerana istikharah itu, hanya engkau yang lakukan..allah lebih tahu...dan dia sebagai lelaki, dia yang harus membuat keputusan...maka, apabila bercelarunya dia, yakinlah, dia bukan yang tercipta untuk kau..

zulaikha, biarkan dia pergi bersama cintanya..dia bahagia..maka untuk apa kau bersedih lagi dan untuk apa rase kecewa itu??? istikharah la..usah berputus asa lagi...sebagai mana yang telah kau lakukan sebelum ini..sandarkanlah pada Allah sebagaimana kau sandarkan pada Dia sebelum ini.. yakinlah pada Allah sebagaimana engkau yakin sebelum ini..

zulaikha...sabar, redha dan syukur... biarkan dia...dia bukan milikmu! ingat! dia bukan milikmu sampai bila2!

zulaikha...carilah pengganti lain yang lebih mengharapkan kau zulaikha!
doa lah, ada yang sedang menanti mu!'

Rapuh...

Jejak bertapak Ezu warkah 7/31/2011 11:44:00 AM 0 kata azimat

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Friday, July 29, 2011

Biar terbuang, Tetap berjuang!

Jejak bertapak Ezu warkah 7/29/2011 11:07:00 AM 0 kata azimat


maafkan aku...
telah lalai aku dalam memuja Mu
sementelah cintaku terpaut padanya...

Ya Allah..
Andai takdir ini yang kau ciptakan
untuk memberi kekuatan dan ketahanan hatiserta meningkatnya iman yang telah jatuh merundum ini,
aku pasrah ya Allah!

terima kasih tuhanku...
masih lagi kau menyayangi diri ini...
sebelum aku terus lalai dan jatuh lebih terduduk...

Tuhanku..
moga kebaikan ini berkekalan selamanya..

benar...
aku ingin aku yang dahulu..yang tidak terpalit dengan cinta manusia..
yang suci dari segala dosa..aku bukan manusia yang sempurna..
hanya kau yang tahu
akan aku...
seorang yang telah kau jadikan
telah sempurna segalanya sejak dalam rahim bonda ku..

Tuhanku...ampun aku..
ampunkan segala dosa aku..
sekecil2 dosa sehingga sebesar2 dosa..
aku x mampu ya Allah..
x mampu mengenang neraka mu..
namum aku tau, aku x mampu ke syurga mu...
oleh itu ya allah..
peliharalah aku...
sepanjang hayat ku hingga negeri abadi di sana..

Tuhan ku,
hilangkanlah segala rasa cinta yang telah terbungkam dihatiku..
hilangkan dia yang pernah aku sayang
hilangkanlah dia yang pernah ku cinta
hilangkan segala rasa pilu dan keluh kesah di hati aku..
biarlah dia degan dunianya..walau aku tau aku teranaiya..
hanya padamu aku pinta..
moga ada yang terbaik
sepanjang perjalanan hidupku

jadikanlah perlakuanku sebelum ini
sebagai pengjaran yang paling bermakna dalam hidupkumoga aku tidak tumpas di tangan seorang lelaki
semoga aku tidak mudah mempercayai kata2 lelaki
dan semoga aku terpelihara dari laki2 yang jahat..

aku pohon padamu..
tenangkan aku
tabahkan aku
dan kuatkan semangat ku..
moga kebahagiaan itu sentiasa mengalir dalam hati dan hayat ku..
amin..

Tuesday, July 26, 2011

Perempuan yang baik untuk lelaki yang jahat?

Jejak bertapak Ezu warkah 7/26/2011 09:31:00 AM 0 kata azimat
Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”(an-Nur’:26)

Jelas telah Allah janjikan dalam ketetapan jodoh.. bahawa Allah telah siapkan jodoh kita dari kalangan diri kita sendiri.. Walau telah tercatat namamu untukku di Loh Mahfuz dan namaku untukmu sejak azali lagi. Hanya Allah yang tahu, tak siapa di antara kita yang tahu..
Aku untuk menulis sebuah warkah khas untukmu yang lahir dari sudut hati ini.. Hanya untukmu.. Yang Allah telah jadikan aku dari tulang rusukmu..

Maafkan aku jika warkah ini tak sehebat yang engkau harapkan.. Aku bukanlah wanita yang sehebat Khadijah,, bukan secantik Aisyah, bukan seteguh seperti cinta Zulaikha dan Yusuf... aku adalah seorang Zulaikha...



Aku masih tertanya-tanya siapakah dirimu yang Allah telah ciptakan sebagai peneman hidupku, pelengkap hidupku, pembimbingku, ketua keluargaku serta abah kepada anak-anakku nanti..
Siapakah dirimu ? Yang mana satukah dirimu ? Adakah kau sudah hadir dalam hidupku ? Adakah kau belum hadir dalam hidupku ? Adakah kita pernah bersama dan sudah berpisah ? Mungkinkah kau akan hadir kembali dalam hidupku ? Hanya Allah yang tahu.. Pengetahuan Allah meliputi seluruh alam..

Pertama sekali, aku ingin memohon maaf darimu. Mungkinkah kau akan memaafkanku ? Aku sepatutnya menjaga diriku, akhlak ku, menutup pintu aib dengan sempurna, memelihara diriku, seluruh kehormatanku hanya untukmu. Di dunia yang tanpa sempadan ini, kadang kala aku tewas. Aku terpengaruh dengan maksiat di sekeliling.. Seringkali aku berfikir, masihkah kau akan menerima diriku yang penuh dengan dosa noda ini ? Aku pasti, semestinya kau
mengharapkan seorang perempuan yang suci, yang hatinya belum di isi oleh mana-mana lelaki, yang dirinya belum di sentuh oleh mana-mana lelaki walaupun hujung jari..

Andainya aku dapat ulang semula waktu dulu, pasti akan terpelihara segala milikku hanya untukmu.. Diriku.. bukan seindah segar yang kau harapkan.. Untukku persembahkan, menghadiahkan padamu sebagai lambang sucinya cintaku padamu..

Alangkah indahnya jika kau boleh menerima diriku seadanya. Alangkah indahnya jika kau mengatakan “usah dipersoalkan keterlanjuran di masa silam.. Aku sedia menerimamu seadanya sebagai isteriku.. Kerana kita hanya insan biasa.. Aku tak pernah menyesal memilihmu” Terima kasih dan segala sujud syukur pada Ilahi yang telah membuka hatimu untukku dan menerima diriku seadanya..

Sayangku.. Kasihku.. Cintaku.. Hatiku.. Rinduku.. Kata-kata indah ini sepatutnya hanya aku ucapkan padamu. Hanya kau yang berhak, yang selayaknya menerima kata-kata cintaku, ayat-ayat cinta dariku. Maafkan aku jika kau bukan yang pertama aku ucapkan kata-kata sebegini. Maafkan aku.. Sungguh, aku telah mengucapkan kata-kataku pada orang lain yang pasti bukan milikku. Maafkan aku bakal suamiku..

Sepatutnya aku simpan semua kata-kata romantis itu hanya untukmu, hanya untuk dipersembahkan pada hari-hari selepas aku di ijab Kabul denganmu.. Kata-kata yang terlalu berharga, yang lahir dari hati yang ikhlas.

Maafkan aku lagi jika kau bukan yang pertama yang bertakhta di hati ini. Maafkan aku. Aku tak berniat nak membiarkan dia yang bukan untukku berada dalam hatiku. Ia datang tanpa dapat aku mengawalnya.. Maafkan aku kerana sudah tersalah memberi cinta pada orang lain, sedangkan cinta ini, hati ini hanya layak untukmu.. Hanya milikmu.. Maafkan aku.. Dalam perjalanan untuk bertemu denganmu, aku tergelincir di saat ingin mendaki ke puncak mahligai kita.. Aku di heret oleh sifat rakus lelaki yang mengaburi mataku. Di mana kau pada waktu itu ? Di mana kau untuk melindungiku ? Adakah kau juga turut sama membiarkan aku lalai, leka dengan syaitan yang bertopengkan manusia ?

Adakah kau saja membiarkan aku begitu dan juga merasai mempergunakan aku ? Jika tidak, Di mana kau untuk mempertahankan aku dari mereka ? Jika kau tahu, apakah tindakanmu untuk menghalang mereka dari terus mengheret aku ke lembah kemaksiatan ? Mengapa kau biarkan aku diperlakukan sebegitu, mengapa kau membiarkan seorang demi seorang dari mereka menghancurkan hati ini, melukakan hati ini, mengguris hati ini, mengecewakan hati ini, mencincang hati ini tanpa belas kasihan ? Di mana kau bakal suamiku…

Aku tak mengharapkan kesempurnaan darimu. Aku tak mengharapkan paras rupa sehebat Umar dan seteguh Yusuf. Aku tak mengharapkan harta bertimbun darimu, biarlah ianya semua bersederhana. Apa yang paling penting aku harapkan ialah agamamu.
Itu yang paling aku harapkan. Kelak nanti, kau yang akan membantuku, anak-anakku menuju ke Jannah. Jika kau tak mendidik keluarga kita dengan ajaran agama sebaiknya, kelak musnahlah kehidupan anak-anak kita.

Indahnya bila kita dapat beribadat bersama-sama. Solat berjemaah, Solat-solat sunat, Tahajud Cinta di Sepertiga Malam, Puasa Sunat, Membaca Al-quran, Membaca Tafsir, Menghidupkan bacaan hadith dalam rumah kita. Pasti indah bila semuanya di lakukan bersama. Aku memerlukanmu, selama ini aku keseorangan mengamalka
n semua itu. Kadangkala juga aku tidak mempunyai kekuatan untuk mengamalkan semua tu, aku lemah, ada yang aku tertinggal, aku tak istiqamah. Aku menzalimi diri aku sendiri. Jika kau bersamaku, pasti kau akan memberi semangat padaku, mengingatkanku, menasihatiku..

Maafkan aku semaaf-maafnya jika permintaanku ini sungguh keterlaluan. Salahkah aku mengimpikan rumahtangga yang di redhai Allah, diberkati Allah ? Salahkah aku ingin mengecapi manisnya iman bersamamu dan zuriat kita? Aku mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia, yang berlandaskan syariat, yang bersandarkan pada Ilahi. Aku tak sanggup melihat keluarga yang akan terbina nanti akan kucar-kacir..

“keluarga yang soleh bermula dari hubungan yang suci”

Bagaimana nak menghasilkan sebuah keluarga yang soleh jika hubungan sebelum akad pun sudah di kotori dengan dosa noda, titik-titik hitam, debu-debu kekotoran ? Ku mengharapkan hubungan yang suci denganmu sebelum akad. Jika kau sudah pasti, sudah mendapat petunjuk bahawa benar aku adalah untukmu, dekatilah aku dengan cara yang baik, dengan cara yang halal, dengan penuh hikmah. Aku tahu kau juga tahu apakah cara yang paling baik itu. Aku tak ingin hubungan ini di cemari dengan benda-benda lagha. Selagi kita belum disatukan dalam ikatan yang sah, selagi itu kita tak sepatutnya bercakap melalui telefon, ber ‘sms’ , berjumpa bertentangan mata, menjeling antara satu sama lain.

Kita hamba Allah yang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Aku juga begitu. Maka, segeralah bertaubat. Lakukanlah solat sunat taubat. Aku juga begitu, sentiasa melakukan dosa. Tak siapa tahu jika kesalahan yang pernah aku lakukan lebih besar darimu. Aku sedia menerimamu. Yang lepas biarlah lepas. Asalkan kau betul-betul menginsafi diri dan berazam tidak akan melakukannya lagi. Kerana kau pelengkap diriku, aku juga pelengkap dirimu..
Aku di sini.. Aku tahu kau memerlukanku.. Dan aku juga memerlukanmu.. Aku masih menunggumu.. Sabar menanti.. Kita sama-sama memerlukan antara satu sama lain..

Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia seperti mana ayat diatas tadi. Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya. Seandainya anda masih meragui kalimah ilahi, kalimah siapakah lagi yang tinggal untuk anda ikuti?

**Dari hati yang tulus ikhlas.. hanya untukmu.. Bakal suami ku yang aku belum tahu siapakah dirimu yang sebenarnya..

Sunday, July 24, 2011

PERGI LAH.....

Jejak bertapak Ezu warkah 7/24/2011 09:38:00 PM 0 kata azimat
hari ni...
genap sebulan perpisahan aku dengan dia..

aku akui,
aku sudah melepaskan dia
jauh..
jauh dari hati...

benarlah kata orang:
memerlukan seminit untuk tertarik kepada seseorang, sejam untuk menyukai seseorang, sehari untuk mencintai seseorang tetapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakan seseorang yang dicintai.

andai bahagia bersama perempuan itu yang dia cari, pergilah..aku x halang..
aku dah belajar erti kekejaman seorang lelaki yang x berhati perut macam kau..
seorang lelaki yang menurut kata hati
seorang yang x mampu membuat keputusan dalam hidup
dan seorang yang selalu tewas dengan perempuan!

aku pernah tatang kau umpama minyak yang penuh..
x pernah aku membanding kau dengan sesiapa
x pernah aku berniat meninggalkan kau bile aku aku terkena penyakit tu..
hurmmm...
manusia yang x tau diuntung..
manusia yang x tau bersyukur..
boleh x aku cakap kau macam tu???

tapi akhirnya kau kata
"abang sangat2 mencintai dia...dia cinta pandang pertama..dia sangat baik..
antara cinta dan sayang itu lain."


baiklah...
aku dengan rela hati dan segala macam rasa ini, lepaskan kau pergi
menyemai bahagia dengan dia

aku juga bukan manusia yang sempurna..
banyak lemahnye
banyak kurangnya..
tapi kau lupa..
kau juga tidak sempurna...
kau mengharapkan semua orang sempurna..
bila ketidaksempurnaan itu terbit,
kau menjauhkan diri dan mencari cinta lain..

dan aku x pernah lupa kata kau pada kawan2 aku:
“zu adalah pilihan terakhir saya bila dah x de orang yang nak saya”

Kalo aku tahu, sumpah aku xterima kau!
Sampai mampos aku x hingin kau!

Aku ni sandaran rupenye kan, azri mohd hamdan!
Hahaha...
Pergilah...
Semoga bahagia dengan angan2 tu...

Jangan sesekali kita melukan hati dan perasaan insan lain
hanya untuk kebahagian dan kepentingan diri sendiri.
Sesungguhnya setiap hati dan perasaan itu adalah hak Allah…
Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Allah Maha Adil.
Setiap apa yang kita lakukan pasti balasannya..

Tuesday, July 19, 2011

Ya Allah, Aku berdo'a untuk seorang lelaki...

Jejak bertapak Ezu warkah 7/19/2011 09:08:00 PM 0 kata azimat

Ya Allah,

Aku berdo'a untuk seorang lelaki yang akan menjadi sebagian dari hidupku

Seorang lelaki yang sungguh mencintai-Mu lebih dari segala sesuatu

Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada tempat kedua di hatinya setelah Engkau

Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri dan berusaha menjadikan sifat-sifat-Mu ada pada dirinya

Seorang lelaki mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia

Seorang lelaki yang memiliki hati yang bijak tidak hanya otak yang cerdas

Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tapi juga menghormatiku

Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi juga dapat menasihatiku ketika aku berbuat salah

Seorang lelaki yang mencintaiku bukan karana kecantikanku tapi karana hatiku

Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi

Seorang lelaki yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika aku di sisinya


Ya Allah...

Aku tidak meminta seorang lelaki yang sempurna,

walau dia seorang lelaki yang tidak sempurna, moga aku dapat membuatnya sempurna di mata-Mu

Seorang lelaki yang memerlukan semangatku sebagai peneguhnya

Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya

Seorang lelaki yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya

Seorang lelaki yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna


Ya Allah...

Aku juga meminta,

Biarlah aku menjadi wanita yang dapat membuatnya bangga

Berikanlah aku hati yang sungguh mencintaiMu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku

Berikanlah sifat yang lembut sehingga kecantikanku datang dari-Mu

Berikanlah aku tangan sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya

Berikanlah aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya

Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana

yang mampu memberikan semangat setiap saat dan tersenyum untuk dirinya setiap pagi


Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan:

"Betapa Maha Besarnya Engkau karena telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna."

Aku mengetahui bahwa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat

Dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan


Ya Allah,

aku mohon segala kebaikan dariMu

Amin....Ya Rabbal 'Alamin

Monday, July 18, 2011

Janji Allah itu pasti...

Jejak bertapak Ezu warkah 7/18/2011 01:01:00 PM 0 kata azimat
akhirnya...

dia telah selamat merisik perempuan tu..
sabtu lepas...
16/7/2011

aku???
aku x tau ape yang aku rasa...
marah..
sesal..
kecewa..
geram...
sakit hati..
sedih...
dendam..
serabut..
tenang..
gila..

aku menangis akhirnya...
kerana
aku hanya sandaran sewaktu menunggu yang lain..
bukan kerana aku sayang lagi pada dia..
dan bukan juga kerana aku masih menaruh harapan..
cuma,
kegilaan dia dan sikap dia yang membuatkan aku sangat menderita..
terlalu terburu2...

semua tindakan dia adalah terburu2
dan juga mengikut hati semata2..
akhirnya...
semua disekelilinganya kecewa...

duhai hati...
bersabarlah sayang..
moga Allah memberi sinar kebahagiaan selepas ini..
tenang dan doalah pada Allah..
dia takkan memberatkan hambanya..

itu adalah ujian untuk menanbahkanlagi keimananmu..
itu juga adalah penghapus dosa yang lalu..

maka bersabarlah...

jangan bersedih..allah bersama kita...
yakinlah...
janji allah itu pasti..

Wednesday, July 06, 2011

kau tipu aku!

Jejak bertapak Ezu warkah 7/06/2011 10:02:00 AM 0 kata azimat
hari ni aku baru dapat cerita.

aku adalah pilihan dia yang terakhir
bile dah x de sape lagi orang yang nak kat dia.
so?

memang betol la ape yang aku sangka ni?
aku ingat dia da berubah.
aku ingat dia betol2 nak kan aku.
sampai dah bawak jumpe mak bapak!
dia leh cakap macam tu..

patut la dia tinggalkan aku tanpe sebarang rasa bersalah!
malah dia semakin bahagia!

dasar jantan sial!!!
jantan penipu!
memang menderita ko!
ko tengok la...
sampai mana rase yang ko ade tu!

memang sah la!
kau penipu!
memang dasar penipu!!!

bongok!!!

moga allah balas korang dengan ape yang korang dah buat!
memang aku x dapat terima pembohongan tu!

dlu beria2 ko nak aku..
pastu
ko buat aku cam ni!
memang sial la!!!!!!

ko tunggu je la..
balasan allah tu,kejap je..
tunggu je hukum karma ni..

dan terima kasih ya Allah..
kerana kau telah menyedarkan aku
dan membuka mata aku tentang apa yang telah terjadi.
terima kasih kerana telah menunjukkan diri kau yang sebenarnya!

Tuesday, July 05, 2011

Sayangi Diri Sendiri

Jejak bertapak Ezu warkah 7/05/2011 09:34:00 PM 1 kata azimat

Allah itu Maha Mendengar.

Jejak bertapak Ezu warkah 7/05/2011 09:30:00 AM 0 kata azimat
Kenapa Aku Masih Solo? <==untuk bacaan selanjutnya.

baris2 ayat yang membina
semakin aku hadam
di kotak minda dan dasar hati
ya Allah,
berikan aku ketenangan hati..

"Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar."

"Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti"

"Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan
. "

Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran,
maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

aku tahu,
aku perlu merawat hati ini..
agar kembali tenang seperti dahulu..
agar kembali bersemangat seperti dahulu..


Tuhan,
rapuhnya hati ini
hanya kerana cinta manusia..
lemahnya jiwa ini
hanya kerana seorang manusia..
lunturnya iman ini
hanya kerana dia pernah hadir
membahagiakan hati ini..
hilangnya perasaan ini
hanya kerana dia selalu hadir usai istikharah ku dahulu..

dan
sesungguhnya aku bersyukur
dengan kehilangan ini
aku dapat kembali padaMu
yang kurasakan
telah ku tinggalkan MU sekian lama..
tanpa pengaduan dan harapan padaMU..


terima kasih Ya Allah..
aku bersyukur..
kerana kau telah kembalikan aku menjadi diri aku yang lalu
yang aku rasakan aku semakin hanyut apabila bersamanya..

aku yakin Ya Allah..
kau dengar kegusaran hatiku..
lantas kau pisahkan kami
demi menja
ga aibku
demi menjauhkan aku dari perkara yang buruk..
terima kasih ya Allah
atas kesih sayangMU yang bertimpa2..

aku masih memohon padamu ya Allah..
permudahkan lah untuk aku memberi kemaafan pada dia..
mendoakan kebahagiaanya..
menjauhkan diri darinya..

terlalu pilu di sudut hati ini
melihat dia bersama yang lain..
bergembira dan menyulam kasih dengan yang lain..
sedangkan aku terdampar kesorangan


aku tekad ya allah..
aku akan keluar dari gelombang sedih ini!
aku x mampu hidup dalam kesedihan ini..

redhakanlah aku ya Allah
untuk melihat kegembiraan dia dan insan pilihannya!

Monday, July 04, 2011

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!

Jejak bertapak Ezu warkah 7/04/2011 09:12:00 PM 0 kata azimat



ya allah..
tenangkan aku atas kehilangan ini..
aku serahkan segalanya padamu..

menyintai tak bererti memiliki..

Jejak bertapak Ezu warkah 7/04/2011 09:03:00 AM 0 kata azimat

4 Julai 2011

hati ingin menulis..
tapi,
entah apa yang sedang ku terokai..
menerobos masuk ke seluruh ruang zarah tanpa sebarang medium yang menjadi perantara..
ruang2 vakum itu, aku jelajahi..
namun,
entah apa yang ada..
kosong..

fikiran ku kosong..
melayang jauh entah kemana..
sering kali aku termenung
entah apa yang aku sesalkan..

ya Allah...
aku mohon segala kekuatan padamu..
aku berharap padamu..
berikan aku ketabahan hati
semangat jiwa
yang x putus2..

semoga aku masih di kalangan hamba yang Kau sayangi..
kesedihan aku ini
moga dibangkitkan kembali dengan kegembiraan
kegembiraan bukan untukku..
tapi untuk ibu dan abah..

maafkan kak ika ibu..
maafkan kak ika abah...
dia x mampu menjadi yang terbaik dalam hidup kak ika..
kak ika x mampu bawa dia ke dalam keluarga kita..
kak ika juga tak mampu menahan hatinya..
kak ika mintak maaf dan minta ampun banyak2...

moga selepas ini akan hadir seseorang
sebagai menantu yang kalian inginkan..
yang dapat menyayangi dan menghormati kalian..
yang dapat mencintai kalian dan menerima segala kekurangan kalian..
andai dia mampu menerima kalian,
dia tentu mampu menerima kak ika..
bersabarlah ibu abah..

doakan, moga dengan kehilangan ini
Allah akan menggantikan dengan insan yang lebih baik
untuk kalian dan untuk diriku jua..

sahabat2 yang banyak membantu aku..
ajun, kak ezai, nasruha, kak ezi dan semuanya..
terima kasih kerana memberi sokongan padu..
mama asmah, ibu sapiah, kak ita..
dan rakan sekerja..
terima kasih yang tak terhingga kerana menyedarkan diri ini..

yup
dia bukan jodoh ku..
aku harus redha..

dan ketahuilah..
untuk aku mencapai tahap redha itu adalah teramat payah!
moga aku diberikan kekuatan dan semangat serta kesabaran yang tak putus2..
keranan aku juga manusia biasa yang tidak sempurna untuk sesiapa..

Saturday, July 02, 2011

salahkah istikharah ku dahulu..

Jejak bertapak Ezu warkah 7/02/2011 10:34:00 PM 0 kata azimat



Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a
Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
diistikharah cinta..

*******************************************

tuhan,
salahkah istikharah
yang pernah ku lakukan dahulu
sebelum memilihnya...

tuhan,
andai dia bukan jodohku
redhakanlah aku
pada ujian mu..

tuhanku,
rawatlah hati ini
agar tidak selalu rawan

tuhan,
temukanlah aku dengan jodohku
aku tak mampu dengan cinta yg tiada kesudahan..
andai ada,
dekatkanlah dia padaku
andai tiada
aku mohon kebaikan darimu..

ya allah..
padamu ku harap..
 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review