baris2 ayat yang membina
semakin aku hadam
di kotak minda dan dasar hati
ya Allah,
berikan aku ketenangan hati..
"Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti"
"Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. "
Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran,
maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
aku tahu,
aku perlu merawat hati ini..
agar kembali tenang seperti dahulu..
agar kembali bersemangat seperti dahulu..
Tuhan,
rapuhnya hati ini
hanya kerana cinta manusia..
lemahnya jiwa ini
hanya kerana seorang manusia..
lunturnya iman ini
hanya kerana dia pernah hadir
membahagiakan hati ini..
hilangnya perasaan inihanya kerana dia selalu hadir usai istikharah ku dahulu..
dan
sesungguhnya aku bersyukur
dengan kehilangan ini
aku dapat kembali padaMu
yang kurasakan
telah ku tinggalkan MU sekian lama..
tanpa pengaduan dan harapan padaMU..terima kasih Ya Allah..
aku bersyukur..
kerana kau telah kembalikan aku menjadi diri aku yang lalu
yang aku rasakan aku semakin hanyut apabila bersamanya..
aku yakin Ya Allah..
kau dengar kegusaran hatiku..
lantas kau pisahkan kami
demi menja
ga aibku
demi menjauhkan aku dari perkara yang buruk..
terima kasih ya Allah
atas kesih sayangMU yang bertimpa2..
aku masih memohon padamu ya Allah..
permudahkan lah untuk aku memberi kemaafan pada dia..
mendoakan kebahagiaanya..
menjauhkan diri darinya..
terlalu pilu di sudut hati ini
melihat dia bersama yang lain..
bergembira dan menyulam kasih dengan yang lain..
sedangkan aku terdampar kesoranganaku tekad ya allah..
aku akan keluar dari gelombang sedih ini!
aku x mampu hidup dalam kesedihan ini..
redhakanlah aku ya Allah
untuk melihat kegembiraan dia dan insan pilihannya!
0 kata azimat:
Post a Comment