"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Monday, July 04, 2011

menyintai tak bererti memiliki..

Jejak bertapak Ezu warkah 7/04/2011 09:03:00 AM

4 Julai 2011

hati ingin menulis..
tapi,
entah apa yang sedang ku terokai..
menerobos masuk ke seluruh ruang zarah tanpa sebarang medium yang menjadi perantara..
ruang2 vakum itu, aku jelajahi..
namun,
entah apa yang ada..
kosong..

fikiran ku kosong..
melayang jauh entah kemana..
sering kali aku termenung
entah apa yang aku sesalkan..

ya Allah...
aku mohon segala kekuatan padamu..
aku berharap padamu..
berikan aku ketabahan hati
semangat jiwa
yang x putus2..

semoga aku masih di kalangan hamba yang Kau sayangi..
kesedihan aku ini
moga dibangkitkan kembali dengan kegembiraan
kegembiraan bukan untukku..
tapi untuk ibu dan abah..

maafkan kak ika ibu..
maafkan kak ika abah...
dia x mampu menjadi yang terbaik dalam hidup kak ika..
kak ika x mampu bawa dia ke dalam keluarga kita..
kak ika juga tak mampu menahan hatinya..
kak ika mintak maaf dan minta ampun banyak2...

moga selepas ini akan hadir seseorang
sebagai menantu yang kalian inginkan..
yang dapat menyayangi dan menghormati kalian..
yang dapat mencintai kalian dan menerima segala kekurangan kalian..
andai dia mampu menerima kalian,
dia tentu mampu menerima kak ika..
bersabarlah ibu abah..

doakan, moga dengan kehilangan ini
Allah akan menggantikan dengan insan yang lebih baik
untuk kalian dan untuk diriku jua..

sahabat2 yang banyak membantu aku..
ajun, kak ezai, nasruha, kak ezi dan semuanya..
terima kasih kerana memberi sokongan padu..
mama asmah, ibu sapiah, kak ita..
dan rakan sekerja..
terima kasih yang tak terhingga kerana menyedarkan diri ini..

yup
dia bukan jodoh ku..
aku harus redha..

dan ketahuilah..
untuk aku mencapai tahap redha itu adalah teramat payah!
moga aku diberikan kekuatan dan semangat serta kesabaran yang tak putus2..
keranan aku juga manusia biasa yang tidak sempurna untuk sesiapa..

0 kata azimat:

 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review