"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Sunday, August 28, 2011

Salam Aidilfitri 1432H

Jejak bertapak Ezu warkah 8/28/2011 12:02:00 PM
Tetamu Ramadhan bakal berpenghujung..

Rahmat berganda yang akan dibawa pergi

Semakin dekat langkahnya di pintu syawal..

Meninggalkan diri kesorangan penuh kesayuan...


Pada Sahabat Seilmuan :

J SK Khir Johari, Sabak Bernam (1993-1998),

J SRA Muhammadiah Bt.40, Sabak Bernam (1993-1998),

J SAM Muhammadiah Bt.40, Sabak Bernam (1999-2003),

J SAMT SSAAS Bt. 38, Sabak Bernam (2004),

J UTM Jalan Semarak, Kuala Lumpur (2004-2007).


Pada Sahabat Sekerja :

© Madani Excell, Balkis, Shah Alam (2007),

© Musleh Berhad, Taman Melawati, Kuala Lumpur (2008),

© JKSNS, Negeri Sembilan (2009-sekarang),


Kepada Orang Perseorangan :

Ajun

Mama Ezai , A.K dan Mya

Kak Siti serta Anak2

∞ Muhammad Adam dan keluarga

∞ Muhammad Zzulkhibrie dan keluarga

∞ S dan keluarga

Serta

Salam Kasih dan sayang yang tak berpenghujung pada

Bonda dan ayahanda ku...

Salam aidilfitri, Salam selaut rindu dan Salam semanis kurma..

Terima kasih kerana menyayangi diri ini dan meredhai diri ini..

Redhamu, redha Allah..


Terima Kasih Abah dan ibu..

Azri dan keluarga,

Maaf zahir batin. Tiada apa lagi yang akan terjadi antara kita.

Perkara yang lalu, telah dilupakan.. Terima Kasih atas segalanya..

(aku tau kau membac a blog ni..maaf untuk caci dan maki yang telah tertulis)


Salam Aidilfitri diucapkan..


Maaf salah silap yang pernah diukirkan selama ini..

Ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki atas luka yang ditoreh..

Andai salah yang diukirkan meluluhkan rasa yang pernah bertandang di hati mu,

Andai luka yang tertoreh itu menghasilkan kepedihan sehingga mengalirkan air mata,

Maafkan aku teman..


Aku hanya seorang manusia biasa..

Dan aku tahu, aku tak mampu memuaskan hati semua makhluk di bumi ini..


Maaf teman...

Maaf sesungguhnya...


Semoga Syawal yang bakal hadir ini memberikan seribu kebaikan

Memberikan seribu kekuatan

Memberikan seribu kasih dan sayang buat kita

Hasil madrasah Ramadhan yang kita lalui...


Moga Allah merahmati kalian

Moga Allah menyayangi kalian

Moga Allah meredhai kalian..


Selamat bergembira..moga kita dapat bersama lagi...

zulaikha@ezukama


0 kata azimat:

 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review