"hormat la sikit cakap dengan orang tua.."
Tuesday, September 27, 2011
u r tOO Rude!!
"hormat la sikit cakap dengan orang tua.."
Saturday, September 24, 2011
Hurt to Me!!
Seperti yang diketahui, seseorang yang agak rapat apabila bercinta dan putus hati, tak mampu untuk menjadi sahabat semula..kecuali hati benar2 seteguh besi.
mengutusi hari2 mendatang dengan rasa kesepian...sesepi alam di lembah Arizona..
terkadang berteman pilu dihati..sepilu koyakan kulit antara jasad dan roh..
menjentik kabus kesuraman jiwa dengan zikir dan doa
terdetik masa untuk mengakhiri segalanya..
tersenyum hambar melewati kenangan lalu..
bangkit dengan kepayahan..menterjah segala kepayahan mengubati cedera cinta..
andai dahulu masa yang panjang, kali ini 2 minggu kecederaan terubat..
tapi, kecederaan kali ini entah mengapa terlalu sulit untuk diubati..
melepaskan seseorang amat mudah daripada membuang segala memori yang pernah tercipta..dia telah pergi, tapi kenangan yang tertinggal..moga kebekuan ini memadamkan segalanya..
merangkak untuk bangun, bertatih untuk terus berjalan..
berlari untuk menjauhi dari segalanya...
dan aku terus beku dari apa yang dikatakan..terus mempasifkan diri dengan keadaan yang akan berlaku..mengeraskan kepala dengan impian dan angan yang berkecai..
ahhh...terlalu lembutkah hati sehingga mengingati bayangan yang telah rapuh?
Terlalu istimewakah dia sehingga dunia ini umpama kiamat?
Dan terlalu apakah dia sehingga mata hati umpama tertutup untuk yang lain?
Dan aku tak mampu semua itu..walau terkadang hati ingin mengalah, walau terkadang hati ingin kembali seperti sediakala, tapi hati ini mengingkari..walau hati ini telah lelah!!!
Tapi, untuk apa aku masih mengungkit cinta lama..sampai bilakah harus aku ulang dan ulang lagi kekecewaan dihati..sedang buktinya, memang dia tidak penah menganggap aku sebahagian daripadanya..malah kehadiran aku menyusahkan!!!
Berbahagialah dengan kehancuran ini wahai diri..terkadang, dia perlu membuatkan kita kecewa kerana dia memberi peluang kepada kita untuk mendapat yang lebih baik lagi..
Ya, cinta itu tak boleh dipaksa hadirnya dan tak boleh dihalang pemergiannya.. kalau itu bahagia padanya, aku juga layak untuk bahagia..dan, seandainya cinta itu terjadi padaku, moga aku terus menghormatinya dan tidak mempermainkan perasaannya umpama cinta aku dipermainkan..
Ingin aku ulang dan ulang sehingga berjuta kali walau kemaafan ini masih diawangan..benar dia bukan jodoh aku..tapi jalan dia untuk mendapatkan cinta itu terlalu kejam!!! Sekejam pemilik hati yang dia ingin miliki!!! Melatakah makhluk seperti itu??? Macam sangat sial!!
Ezukama...pasrah, redha, sabar!!! Untuk apa lagi..seandainya termeterai ikatan pernikahan antara mereka, engkau tiada hak untuk mengungkit..malah, engkau tidak ada hak untuk mempersoalkan kejadian yang berlaku...saat itu, dia miliknya! Maka, redhalah dari sekarang!
Sudah2lah mengingati dia..tiada kebahagian dengannya..carilah kembali hatimu yang hilang..cantumkan kembali luka yang tersiat..ada bahagia yang sedang menunggu..
“Cinta itu milik Allah, andai dianugerahkan pada kita, semua jalan akan jadi mudah dan teratur..maka, biarkan dia yang bukan anugerah kita, untuk mendapatkan cinta itu..”
Friday, September 23, 2011
Celebrated my Besday!
best2!!!
Thursday, September 22, 2011
Rubbish!!!
Belajarlah...
seseorang ni la yang watasi pernah posting, bahawa dia menggembirakan hari watashi..
Tuesday, September 20, 2011
Terima Aje
Sunday, September 18, 2011
Back to Being Me
Saturday, September 17, 2011
Congratulation!
setelah sehari suntuk mengerjakan blog ni
Thursday, September 15, 2011
jatuh!
Monday, September 12, 2011
Raya dan Kawan
paham kan??
bagus..
sile tengok gambar je...
well2...rase macama malas nak update..
tapi disebabkan kenangan ni mahal, maka aku tulis la jugak sebagai ingatan sepanjang zaman..
ok..
jumaat..
aku samapai AU2 dalam kol 8.30malam..
jams teruk gile..
macam aku lak bawak kete..
walhal naik komuter je..
dalam komuter pon jams..
sampai ade budak UM kene sepit dengan pintu komuter tu!
nagis dah..
padan muka!!!
dah tau memang x leh masuk, nak gak menyempit..
blaja tinggi2 tapi otak sempit..
hahaha..habis sume budak UM aku hamun sebab aku teringat seorang makhluk tu.
nasiblah...hihihihi..
nway,
my ajun amik kat setiawangsa sebelom kol 8mlm..
punyelah jams kat jalan tu..hadoi..
rumah sekangkang beruk pon, punye lah lambat sampai sana..
sampai ade orang kene wat qada' maghrib. bukan jamak ke qasar ke ape..
fine lah..
sampai jusco p solat dlu..
satel solat qada' maghrib n isyak,
beli la sikit roti untuk kudap2..
walaupon x nak makan, tapi paksa gak perut ni makan sikit..
parut dah x mampu makan banyak2 lagi sejak 3 bulan lalu..
x pe2...memang elok la..aku leh kurus! hahaha..
sebenarnye nak p wat clorok mulut..
jam 9.30 meluru cari tempat..
setelah sejam, tambah lagi sejam..
lastnye, nak balik pintu gate kuar dah kunci!!!
alamak...camne ni ajun!!!
hahaha.. pusing la cari pintu...
dapat2...
tinggal aku ngan ajun je pelanggan kat situ..
yang lain sume pekerja dia..tu pon dah nak balik..
karoke punye pasal!hilang dunia!
allah bagi cash! amik kau berdua!
hhahha..
aku akui..
aku sedang gile karok!!!
Thursday, September 08, 2011
bertabahlah.. Allah itu sentiasa di sisimu
Tuesday, September 06, 2011
makcik!!!
Semalam aku merinduimu..
Hari ini aku masih merinduimu..
Esok,
Apakah aku akan merinduimu lagi...
Benar,
Gentar hati yang menjelma
Seakan memadamkan sengketa yang pernah menjelma
Antara aku dan dia..
Tapi, antara kita
Seakan ada kasih yang tersimpul
Apakah mungkin hanya aku bermain dengan hati
Atau mungkin rasa ini sudah tersemai sejak dulu
Mengenalimu satu keindahan
Menyayangimu satu rahmat
Merinduimu satu kesukaran!!!
Makcik, saya rindukan makcik!!!!!
Maafkan saya makcik!
Terkadang x mampu menolak rasa yang hadir..
Maaf andai rasa yang ada ini mengganggu hatimu..
Maaf andai ada hati yang terasa.
Bukan niat dihati ingin merampasmu dari dia..
Tak..
Cuma hati seorang anak atau bakal menantu tak jadi ni
Merindui kasih yang pernah kau curahkan!
Hahaha...
Benar, merindui mu satu kesyahduan makcik!
Umpama rindu saya pada ibu saya..
Sama!!
Dia x pernah saya rindukan lagi makcik..
Telah jauh dia dari hati ini makcik..
Tiada apa lagi yang ada untuk dia makcik..
Hanya kita..
Makcik,
Terima kasih kerana pernah berkongsi cerita
Terima kasih kerana pernah menyayangi
Terima kasih kerana pernah menerima diri ini..
Makcik..
Doakan kebahagiaan saya..
Doakan saya akan mendapat seorang mak lagi, seperti makcik..
Saya sayang makcik...
Jaga diri sebaiknya..
Jodoh kita disini sahaja makcik..
Tapi ikatan yang pernah terpatri,
Akan diingatan selamanya..
Sayang makcik Aisah Thani!
Sunday, September 04, 2011
Izinkan aku mencintainya...
Apabila..
♥♥♥ Apabila kamu teringatkan seseorang, perbanyaklah olehmu ISTIGHFAR,
apabila kamu lupa tentang apa yg kamu pelajari, perbanyakkanlah SELAWAT,
apabila kamu ingin wajah berseri & sejuk mata memandang, perbanyaklah SOLAT DHUHA,
apabila kamu inginkan perlindungan & kekuatan hati, perbanyaklah TAHAJUD dan
apabila kamu inginkan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu syaitan, hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan BERWUDHU ♥♥♥
Raya di Kampung!
Salam sayang seluas laut china selatan..
Salam rindu sedalam jurang mariana..
Salam kasih setinggi gunung everest..