"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Tuesday, September 06, 2011

makcik!!!

Jejak bertapak Ezu warkah 9/06/2011 09:20:00 PM

Semalam aku merinduimu..

Hari ini aku masih merinduimu..

Esok,

Apakah aku akan merinduimu lagi...


Benar,

Gentar hati yang menjelma

Seakan memadamkan sengketa yang pernah menjelma

Antara aku dan dia..


Tapi, antara kita

Seakan ada kasih yang tersimpul

Apakah mungkin hanya aku bermain dengan hati

Atau mungkin rasa ini sudah tersemai sejak dulu


Mengenalimu satu keindahan

Menyayangimu satu rahmat

Merinduimu satu kesukaran!!!


Makcik, saya rindukan makcik!!!!!


Maafkan saya makcik!

Terkadang x mampu menolak rasa yang hadir..

Maaf andai rasa yang ada ini mengganggu hatimu..

Maaf andai ada hati yang terasa.


Bukan niat dihati ingin merampasmu dari dia..

Tak..

Cuma hati seorang anak atau bakal menantu tak jadi ni

Merindui kasih yang pernah kau curahkan!

Hahaha...


Benar, merindui mu satu kesyahduan makcik!

Umpama rindu saya pada ibu saya..

Sama!!


Dia x pernah saya rindukan lagi makcik..

Telah jauh dia dari hati ini makcik..

Tiada apa lagi yang ada untuk dia makcik..

Hanya kita..


Makcik,

Terima kasih kerana pernah berkongsi cerita

Terima kasih kerana pernah menyayangi

Terima kasih kerana pernah menerima diri ini..


Makcik..

Doakan kebahagiaan saya..

Doakan saya akan mendapat seorang mak lagi, seperti makcik..


Saya sayang makcik...

Jaga diri sebaiknya..

Jodoh kita disini sahaja makcik..

Tapi ikatan yang pernah terpatri,

Akan diingatan selamanya..


Sayang makcik Aisah Thani!

0 kata azimat:

 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review