"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Saturday, September 28, 2013

saat rindu berbisik

Jejak bertapak Ezu warkah 9/28/2013 11:10:00 PM 0 kata azimat
Kala rindu berbisik
Seakan angin berlagu
Antara kenangan dan khayalan
Aku terpaku

Kala rindu berbisik
Antara sukma dan kalbu
Seakan kasih berbunga
Aku keliru

Kala rindu berbisik
Terbayang seraut wajah
Bermain di mata
Aku pilu

Saat rindu berbisik
Jasadnya entah di mana
Menanti penuh harapan
Aku sendu

Saat rindu berbisik
Terukir sebuah nama
Menjadi melodi hati
Berbaur syahdu

Saat rindu berbisik
Menyulam impian
Antara angan dan sedar
Usah berlalu..

Saat rindu berbisik
Kau ku puja
Kau ku nanti
Entahkan ada
Entahkan tiada

Saat rindu berbisik
Rayuanku pada yang satu
Mohon jagakan hati
Lindungi dia, jagakan dia
Semoga kan baik2 sahaja..

Saat rindu berbisik
Ku himpunkan doa
Moga kau dan aku bersatu
Dalam ijab dan qabul
Penuh harapan dan restu 
Kekal abadi hingga syurgaNya...




I blog with BE Write

Monday, September 23, 2013

penangan orang lain yang kawen..

Jejak bertapak Ezu warkah 9/23/2013 07:17:00 PM 0 kata azimat
Badan ni sakit2..
Demam masih tak kebah..
Penangan kenduri kawen sepupu..

Macam banyak sangat buat kerja..
Walhal duduk je..

Entah la..

Semalam gagah jugak nak balik malam..
Sampai umah kol 10..
Terasa sangat lama drive..
2 jam dari desa petaling ke seremban..
Mana taknya, 80km/j

Akhirnya
Bangun pagi tadi
Badan semua sakit..
Kepala da berpusing2...

Maka, tido je la sampai sekarang..
Nak makan, malas..
Rasa nak tido je..

Seblm ke kemduri, 
Orde pavlova n red velvet..
Sedap..
Kononnye untuk bagi pengantin la red velvet tu..
Lastnye, 
Aku bagi mak2 sedara aku..
Pavlova tu i punye..

Serious sedap!
Tapi, pavlova tu dah bawak dari seremban ke kL
Dia cair..

Terliur tak?
Memang best! 
Tempah kat kak masliana!
Akhirnye! Dapat jugak!

P la cari dalam my FB!



I blog with BE Write

Wednesday, September 18, 2013

jiwa yang menjiwang

Jejak bertapak Ezu warkah 9/18/2013 09:42:00 PM 0 kata azimat
di sini hati yang menanti..
menanti tanpa pasti
di sana dia yang menunggu..
menunggu tanpa jemu

kau, aku dan waktu
kau, aku dan rindu

uh.. Tuhan tolonglah..
aku pinta cuma satu nyawa
agar dapat aku sebut namamu

Tuhan tolonglah..
aku pinta cuma satu cinta
aku sebenarnya rindu
##############################################

Teringin untuk berjiwa di malam hari..

Entah kenapa
Aku rasa rinduku semakin mendapat sambutan
Mungkinkah mendapat jawapan tak lama lagi..

Hahaha!
Ok.. Aku sekadar berangan dalam sedar..

Nanti update lagi...




I blog with BE Write

Saturday, September 14, 2013

inikah takdir ku?? aku benci!!!

Jejak bertapak Ezu warkah 9/14/2013 08:31:00 AM 0 kata azimat
Feeling depressed, sadness, unimportant!

Pagi2 mood dah swing..

Kenapa harus ada perasaan sebegini..

Ya tuhan... 
Anak derhaka kah aku ini!

Aku punya alasan tersendiri

Ya, mungkin alasan kereta paling utama
Tapi, hal2 disebaliknya tetap ada..

Orang kata, apalah sangat berkecil hati dengan ibu bapa sendiri..
Tak kemana..
Aku akui hal itu..

Ahhh... 
Sukarnya aku untuk memahami dan memenangi hati orang tua ku..

Hujan air mata semakin laju mencurah tika ini..

Selamat berangkat ke Lipis wahai ayahbonda..
Menghantar di hari pernikahan anak buahnya..
Tahniah sepupu lelaki ku!
Semoga menjadi suami soleh untuk isterimu itu..

Maaf.. Aku tak dapat menghantar kamu..
Minggu hadapan aku akan ke rumah mu..
Insyaallah..

Aku tak tahu apa yang aku rasa sekarang..

Sudah aku khabarkan
Aku tak dapat menghantar ke Lipis..
Lantaran kereta aku perlu di service major tak lama lagi..
Amaunt yang diperlukan lebih kurang rm500++

Sudahlah majlisnya di tengah bulan..
Hari gaji jauh lagi..
Mana lubang yang harus aku korek untuk rm500 itu..
Aku perlu menabung seketika..

Sudahlah Lipis itu jauh..
Minyak sudah naik 20 sen..
Semua barang semakin naik..
Aku terbeban!

Tapi, wajarkah aku war2 kan keadaan aku?

Aku tahu ibu nak sangat pergi..
Aku katakan, kalo nak pergi, tumpanglah sesiapa..
Aku memang tak boleh nak kemana2 waktu ni..
Abah pula sampai 2 3 kali ulang
Kalo dapat pegi, pegi lah...

Ahhh...
Susarkah untuk memikir kekusutan aku sekarang!

Aku sebanrnya trauma ingin berjalan jauh dengan mereka!
Halnya bila aku menghantar sewaktu bertunang dulu.
Dari sabak bernam, ke Kuala Lumpur
Terus ke Tanjung Gahai balik semula ke kL
Ke Usim pula dan pulang ke sabak bernam!
Aku penat memandu berseorangan!

Abah tidur sepanjang perjalanan
Ke usim mengambil adik yang sedang bercuti semsta
Ibu tak nak tidur di KL..
Alasannya kucing di rumah!
Ya! Kucing itu lebih utama dari aku yang kepenatan!

Manakan aku tak makan hati untuk semua yang terjadi!
Aku ini anak apa??

Anak yang digunakan waktu susah
Dan dibiarkan waktu senang??

Sekarang, waktu ini mereka di kL
Sikit pon aku tak diberitahu!

Aku pada mulanya takut untuk menghubungi mereka..
Takut disembur atas ketidakhadiran
Takut untuk mendengar rajuk si ibu..

Tapi, semua sangkaan aku meleset..
Seumpama aku tidak dihargai walau sedikit pon!

Telah aku rasai semua itu dari dulu..
Tapi aku diamkan saja..
Entah kenapa sekarang pula rasa sensetif yang teramat..

Dalam diam, bila aku renung semula,
Patutlah jodohku sukar sekali..
Parents aku masih mengharap aku untuk segala urusan
Banyak tanggungjawab yang perlu aku penuhi..
Mungkin jauh di hati mereka, mereka tak ingin melepaskan aku..
Bila aku tak mampu penuhi uursan mereka
Tentunya kecil hati..
Maka, doa aku akan terhijab...

Sepupu lelaki aku ini
Sebaya dengan aku..
Adik beradik kami juga 3 orang
Kenapa dia yang kawen dulu??
Kenapa bukan aku??

Ya, mak ayahnya telah melepaskan dia..
Dia jugak tak punya tanggungjawab yang besar..
Mudahlah jodohnya datang..

Aku ini..
Sudahlah jodoh susah nak dapat
Keluarganya tak mendoakan pula..
Akhirnya tidak kemana2..
Sebegilah sampai hujung usia..

Entah! Aku benci semua yang terjadi!
Aku benci!!!!

Rabbbbb!
Apa semua ini????





I blog with BE Write

Monday, September 09, 2013

igauan atau mimpi.. aku tak pasti..

Jejak bertapak Ezu warkah 9/09/2013 08:24:00 PM 0 kata azimat



Usia yang semakin menginjak tua
Yang merasakan diri semakin hanyut dibuai masa..
Yang merasakan dunia seakan kosong menari depan tabir

Akukah manusia yang malang?
Yang cuba untuk merasai nikmat hadirnya sang suami disisi
Sedangkan dia, entah ada entahkan tiada..

Langkah aku semakin kaku
Meladeni arus yang berlalu..
Sedangkan yang lain sedang menghitung hari
Menari mempersandingkan hari bahagia..

Aku??
Puas berdoa..
Mencari dia.. Menemukan dia lewat doa ku..
Tapi...

Rabb.........
Berputus asakah aku pada takdirmu!
Yang telah kau tetapkan segalanya di luh mahfuz itu!

Rabb.. Aku tak ingin sendiri!
Tolong lah wahai tuhan ku....

Menjeruk rasa, memendam jiwa
Menerima undangan dua hati menjadi satu..

Walau secara lantangnya
Aku tiada kisah untuk hal ini,
Jauh di sudut nyawaku, aku semakin layu..

Arghhh!!! 
Sukarnya aku menyantuni hati sendiri!

Kenangan bersama adam,
Masih utuh di jiwa..
Lelaki itu yang telah ku robek hatinya
Lelaki itu yang terlalu baik pekertinya
Lelaki itu yang terlalu menyayangi dan mencintai aku
Aku tinggalkan dia tanpa kasihan
Kerana ego bertapak di hati..

Jujur aku akui
Takdir ini yang paling aku sesali..
Dia terlalu lembut menyayangi aku
Dia terlalu bagis sebagai penasihat aku
Dia adalah manusia terbaik yang pernah aku jumpa..
Dan aku paling menyesal meninggalkan dia!

Tiada lelaki yang terlalu berlembut pada aku
Tiada lelaki yang terlalu berkorban untuk aku
Tiada lelaki yang terlalu bersabar dengan aku
Tiada lelaki yang terlalu menyanjungi aku

Hanya adam!
Hanya dia melepasi piawaian aku..
Solat dan masjid dalam jiwanya..
Ibu dan ayah dalam hatinya..
Kesabaran dan kekuatan semangat jatung hidupnya..

Dan seandainya dunia bertanya pada aku
Siapa lelaki yang terbaik pernah aku temui selain ayah aku
Tanpa ragu, aku akan laung2kan namannya!

Sesiapa pun takkan mampu mengungguli dia 
Dia yang pertama bertakhta di hati..
Dia memberi aku makna hidup
Dia memberi aku makna akal
Dia memberiku semangat dan dorongan yang jitu..

Dimana lagi akan ku jumpa pengganti seperti dia?
Yang terlalu agung pada aku...

Maafkan aku..
Aku menyesali keegoanku yang dulu!

Rabb..
Kau jagakan muhammad adam itu..
Berikan dia kebahagiaan dan kesempurnaan dalam hidup...
Semoga dia sentiasa dalam jagaanMu..

Dan aku,
Kerana dia pernah menjadi yang terhebat
Aku terlalu memilih kali ini
Kerana, orang kedua 
Telah menghancurkan segala kepercayaan aku pada lelaki..

Seandainya takdir menemukan 
Aku dengan insan seiras pekerti adam,
Lelaki itu, tidak akan aku lepaskan..
Tapi, aku takkan pertahankan insan itu
Andai dia mahu pergi..

Pergilah..
Aku penat berdansa atas pentas dunia 
Untuk memilih dan dipilih!


I blog with BE Write

 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review