"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Monday, September 09, 2013

igauan atau mimpi.. aku tak pasti..

Jejak bertapak Ezu warkah 9/09/2013 08:24:00 PM



Usia yang semakin menginjak tua
Yang merasakan diri semakin hanyut dibuai masa..
Yang merasakan dunia seakan kosong menari depan tabir

Akukah manusia yang malang?
Yang cuba untuk merasai nikmat hadirnya sang suami disisi
Sedangkan dia, entah ada entahkan tiada..

Langkah aku semakin kaku
Meladeni arus yang berlalu..
Sedangkan yang lain sedang menghitung hari
Menari mempersandingkan hari bahagia..

Aku??
Puas berdoa..
Mencari dia.. Menemukan dia lewat doa ku..
Tapi...

Rabb.........
Berputus asakah aku pada takdirmu!
Yang telah kau tetapkan segalanya di luh mahfuz itu!

Rabb.. Aku tak ingin sendiri!
Tolong lah wahai tuhan ku....

Menjeruk rasa, memendam jiwa
Menerima undangan dua hati menjadi satu..

Walau secara lantangnya
Aku tiada kisah untuk hal ini,
Jauh di sudut nyawaku, aku semakin layu..

Arghhh!!! 
Sukarnya aku menyantuni hati sendiri!

Kenangan bersama adam,
Masih utuh di jiwa..
Lelaki itu yang telah ku robek hatinya
Lelaki itu yang terlalu baik pekertinya
Lelaki itu yang terlalu menyayangi dan mencintai aku
Aku tinggalkan dia tanpa kasihan
Kerana ego bertapak di hati..

Jujur aku akui
Takdir ini yang paling aku sesali..
Dia terlalu lembut menyayangi aku
Dia terlalu bagis sebagai penasihat aku
Dia adalah manusia terbaik yang pernah aku jumpa..
Dan aku paling menyesal meninggalkan dia!

Tiada lelaki yang terlalu berlembut pada aku
Tiada lelaki yang terlalu berkorban untuk aku
Tiada lelaki yang terlalu bersabar dengan aku
Tiada lelaki yang terlalu menyanjungi aku

Hanya adam!
Hanya dia melepasi piawaian aku..
Solat dan masjid dalam jiwanya..
Ibu dan ayah dalam hatinya..
Kesabaran dan kekuatan semangat jatung hidupnya..

Dan seandainya dunia bertanya pada aku
Siapa lelaki yang terbaik pernah aku temui selain ayah aku
Tanpa ragu, aku akan laung2kan namannya!

Sesiapa pun takkan mampu mengungguli dia 
Dia yang pertama bertakhta di hati..
Dia memberi aku makna hidup
Dia memberi aku makna akal
Dia memberiku semangat dan dorongan yang jitu..

Dimana lagi akan ku jumpa pengganti seperti dia?
Yang terlalu agung pada aku...

Maafkan aku..
Aku menyesali keegoanku yang dulu!

Rabb..
Kau jagakan muhammad adam itu..
Berikan dia kebahagiaan dan kesempurnaan dalam hidup...
Semoga dia sentiasa dalam jagaanMu..

Dan aku,
Kerana dia pernah menjadi yang terhebat
Aku terlalu memilih kali ini
Kerana, orang kedua 
Telah menghancurkan segala kepercayaan aku pada lelaki..

Seandainya takdir menemukan 
Aku dengan insan seiras pekerti adam,
Lelaki itu, tidak akan aku lepaskan..
Tapi, aku takkan pertahankan insan itu
Andai dia mahu pergi..

Pergilah..
Aku penat berdansa atas pentas dunia 
Untuk memilih dan dipilih!


I blog with BE Write

0 kata azimat:

 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review