"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Thursday, December 25, 2014

Menunjuk

Jejak bertapak Ezu warkah 12/25/2014 02:39:00 PM 0 kata azimat

Dulu-dulu
Mak ayah selalu pesan..

kalau ada barang baru, jgn tunjuk depan kawan, nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayahnya x mampu.

Kalau makanan ada sedikit, jgn makan depan kawan nnti dia terliur....

Betapa indah pembentukan akhlak anak2 ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati org lain.

Tapi kini
Tanpa kita sedari,
melalui fb dan laman2 sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk2 atas kata2 'share'..

beli barang baru, upload gambar.. sebelum makan, upload gambar.. perah susu banyak2, upload gambar...
dapat komisen, elaun or gaji lebih, upload gmbr cek, slip gaji, slip bank, ..
anak dapat result exam bagus, upload gambar buku penyata anak
dan banyak dan banyak lagi.

Tjuannya
Untuk share kegembiraan, kemenangan,
Tp realitinya tanpa kita sedar dan mungkin kita x ambil peduli ada antara yang lihat gambar makanan yg kita uploaad mungkin dah beberapa hari tak makan,
ada yang tengok gambar slip gaji kita di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja..
ada yang tengok gambar buku penyata anak kita di kalangan ibu bapa yg dikurniakan anak yang lembam..
ada yang tengok gambar susu perahan kita mungkin di kalangan ibu yang mempunyai penyakit tak dapat hasilkan susu, dan banyak lagi.

Maka :-
"Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerna mungkin ada yang sedang berduka"..

"Sembunyikanlah kekayaan kita kerna mungkin ada yang papa kedana"..

"Sembunyikanlah kesihatan kita kerna mungkin ada yang sedang sakit"..

"Sembunyikanlah kejayaan kita kerna mungkin ada yang merana."

Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak suka menunjuk-nunjuk itu amalan yang mulia.

Yang sudah tu sudah
Kerana bila kita meninggal nnti ilmu yg kita sampaikan itulah yg bermanfaat utk kita

Wednesday, December 24, 2014

Fragile again

Jejak bertapak Ezu warkah 12/24/2014 12:03:00 PM 0 kata azimat
Kadang-kadang
Sesuatu yang kita sayang
Akan menjauh tiba-tiba
Dan kadang-kadang
Akan menghampiri secara tiba-tiba

Kita cuba untuk berlagak normal
Seumpama tiada apa yang berlaku
Walhal dalam hati
Hati berkocak kuat umpama
Tsunami di laut..

Baru beberapa hari bersama
Seakan dipilih untuk bersama
Kau pula akan pergi..

Walau tidak jauh 
Tapi cukup untuk aku rasakan kehilangan

Tidak ku nafikan
Walau cuba untuk aku jauhkan kau 
Rupanya kau akan kembali dalam doa..

Jauh aku cuba untuk lupakan kan
Tapi
Kau hadir kembali dalam hati..
Sukar untuk aku lupakan kau sebenarnya..

Sudahlah..
Aku penat..

Andai kau milik hati..
Tuhan akan satukan kita juga..



Sunday, December 21, 2014

Kasihanilah

Jejak bertapak Ezu warkah 12/21/2014 09:42:00 PM 0 kata azimat

Ku bermohon kasih
Ku bermohon sayang
Pada mu wahai kumbang
Dalam rindu kasih
Hamba tak berdaya
Menempuh jiwa siksa

Kasihanilah hamba
Merayu sehingga merana
Wajah mu menawan
Hingga tertawan
Menjadi igauan

Hai muda bistari
Kumbang madah suci
Yang menawan hati
Hamba mohon kasih
Harapan nan bersih
Kupuja dikau saja

Kasihanilah hamba
Merindu balasan darimu
Hatiku tertawan
Tak dapat kutahan
Dikaulah idaman

Mohon

Jejak bertapak Ezu warkah 12/21/2014 09:29:00 PM 0 kata azimat

Tuhan
Tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan
Aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat kamu kala duka ku

Namun hanya kamu
Yang mampu membuka
Pintu hatinya tuk cintaku

Malam
Kau bawalah rinduku
Untuk dirinya
Yang jauh dari ku

Agar
Dia tidak kesepian
Selalu rasa ada
Cinta agung

Jarak

Jejak bertapak Ezu warkah 12/21/2014 04:05:00 PM 0 kata azimat

Kebencian yang tercipta
Yang sengaja aku reka
Bukan untuk kemarahan
Tapi "jarak"

Jarak yang sengaja aku bina
Untuk menjauhkan diri dari engkau

Seperti amaran2 yg engkau bagi
Bukan aku tak memahami
Memang sengaja aku langgar

Aku tahu
Engkau sedang mengkotakan
Amaran yg engkau beri
Engkau semakin tidak mesra alam
Engkau semakin mendiam
Engkau semakin menjauh

Aku melihat perubahan yg berlaku
Dalam diam
Engkau memarahi
Dalam diam
Engkau membenci

Sedang aku
Umpama manusia tiada hati
Semakin mengusir engkau pergi
Semakin ego menentang amaran
Semakin gembira melukakan

Aku tahu
Riak wajah engkau
Yg semakin menjauh
Yg semakin sepi
Yg semakin keliru

Sebenarnya

Dalam diam
Aku meneliti setiap inci perubahan
Aku mencuri pandang
Aku merisik khabar

Dan
Dalam diam aku merana
Dalam diam aku merindu
Dalam diam aku menderita
Dalam diam aku sengsara

Tidak mudah utk aku menjadi begini
Bukan kerana sengaja menyakiti

Aku  terpaksa!

Sementelah hati aku terusik
Pada engkau
Yang nyata diperlukan dia

Wajarkah aku bermesra dgn engkau
Sedang aku terobek
Dgn luka yg dibuat sendiri!

Genting untuk aku menghadapi
Engkau dan dia
Sakit mata aku melihat
Engkau bersama dia
Luka jiwa aku mengetahui
Engkau ada dia!

Kebodohan nyata aku
Sengaja melepas hati
Lantas aku mati

Engkau apa tahu?
Engkau hanya tahu kebencian
Yg mula bersarang dalam hati
Untuk menidakkan aku

Aku?
Sepantasnya
Mengutip kembali hati yg bertabur
Mengendong nyawa yg layu
Menguburkan engkau tanpa nisan
Agar aku
Tidak keterlaluan dibayangi
Sayang yang tak berkesudahan..

Engkau,
Aku mohon maaf..
Aku kecundang..
Terimalah jarak ini..
Aku perlu waktu
Untuk menetapkan
Bahawa engkau punya dia!

Kemesraan kita
Dia akan terluka
Kemesraan kalian
Aku undur diri

Maaf!

Tuesday, December 09, 2014

Lagi

Jejak bertapak Ezu warkah 12/09/2014 08:17:00 PM 0 kata azimat

Aku
Tak berniat langsung nk buat kau
kecik hati atau marah tiba2..

Faktanya,
Aku tak tahu
Kenapa kau marah sangat pd aku
Kau cepat terasa sangat  pd aku
Walau sekadar gurauan!

Aku lemas
Aku tak faham
Kau mahu aku meroyan?

Tolonglah! Tolonglah!

Aku sepatutnya
Yg marah dan kecil hati dgn kau

Marah
Kerana dia milik kau
Kecik hati
Kerana dia milik kau
Dan
Dia bersama-sama kau
Saban waktu!

Aku hanya ada cemburu!

Aku seakannya
Tidak mau kau mengerti
Kerana aku memang harap
Kau takkan tahu
Ape rasa hati!

Sakit tahu
Merobek hati kau
Dlm masa sama
Aku toreh jiwa aku!

Ah!
Ni jalan aku yg  lalu
Kau apa tahu
Perih getir merindu
Kau apa peduli

Sedang kau,
Mengulit cinta bersama dia
Aku pula,
Menikam jantung sampai lumat.

Sunday, December 07, 2014

Arjuna

Jejak bertapak Ezu warkah 12/07/2014 08:36:00 PM 0 kata azimat


Aku titipkan rindu ini,
Melalui Mu Rabb..



Arjuna..
Moga rindu ini sampai pada kamu.



Walau aku tahu..
Kau tak mungkin merasakannya..



Maaf arjuna ku,
Aku keserabutan..

Wednesday, December 03, 2014

Hilang

Jejak bertapak Ezu warkah 12/03/2014 09:19:00 PM 0 kata azimat

Aku hilang lagi
Dalam keadaan yang aku sendiri tak pasti..

Entah apa yg aku rasa
Seakan dunia hilang dalam arah

Aku benci rasa ini
Rasa yang membuatkan batin aku kontang
Ingin meraung meratap nasib diri
Air mata sukar mengalir
Apakah aku tawar hati sudah

Rabb
Kenapa rasa ini yg hadir
Kenapa aku lemah menghadap  takdirmu
Seakan hampir tidak aku redhai dgn apa yg jadi

Ah!
Silap engkau juga zulaikha
Sudah tahu, dibiarkan mekar
Bila mekar, kau yg tak keruan..
Hadir pula sosok itu
Memang gundah akhirnya..

Bakal sakit
Bakal terluka
Memandang kemesraan depan mata
Kau merana zulaikha!
Padan muka!
Sedang engkau boleh menolak..
Tapi tetap menerima..

Aku tak kuasa menolak hajat orang
Aku juga tak kuasa merebut hak orang
Sedangkan jelas nyata
Dia juga tak perlukan kau!

Usah bmain hati zulaikha
Padah merana engkau jalani
Ubat sembuh sukar btemu
Engkau redho je lah.
Redah selagi boleh..

Dah tak boleh nanti
Nangis sajalah tanpa ragu..

Allah bersama
Carilah dia..

Allah
Lemahnya aku tika ini..

Tuesday, December 02, 2014

Kelebihan2 kalamullah

Jejak bertapak Ezu warkah 12/02/2014 07:20:00 PM 0 kata azimat

Surah al-Fatihah:-

Membaca Fatihah kitab (al-Quran) mendapat pahala seperti membaca sepertiga al-Quran.

Amalkan membaca al-Fatihah sebanyak 70 kali setiap hari dalam keadaan berwudhu’ dan ditiupkan pada air lalu diminum selama tujuh hari. Insya-Allah akan mudah memperolehi ilmu pengetahuan;
di samping itu dapat mengawal hati dan fikiran daripada perkara-perkara yang merosakkan.

Amalkan membaca al-Fatihah semasa hendak tidur, diikuti membaca Surah al-Ikhlas tiga kali, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas, insya-Allah akan aman tenteram dan terjauh dari gangguan syaitan.

Bagi mereka yang mempunyai hajat yang baik, termasuk untuk mendapat kenaikan pangkat/darjat, untuk mendapat rezeki yang lumayan dari keadaan fakir, untuk dapat menyelesaikan hutang, untuk menyembuhkan penyakit, agar anak menjadi soleh dan berbagai hajat lagi, maka hendaklah memohon kepada Allah s.w.t. dengan membaca al-Fatihah sebanyak 41 kali setiap hari.

Waktunya ialah antara solat sunat Subuh dan solat fardhu Subuh. Amalkan amalan ini sehingga 40 hari, insya-Allah hajat kita akan di kurnia Allah s.w.t.

Amalkan membaca al-Fatihah sebanyak 20 kali setiap lepas solat fardhu, insya-Allah akan memperolehi rezeki yang lumayan, pangkat/darjat yang baik di sisi masyarakat, baik akhlak. Mudah dalam urusan hidupnya dan kaum keluarga mendapat perlindungan Allah s.w.t.

Untuk membuka pintu rezeki yang luas dan mempermudah segala urusan hidup serta terhindar dari segala kesulitan, amalkan membaca al-Fatihah sebanyak 41 kali semasa makan sahur malam. Insya-Allah akan dimakbulkan Allah s.w.t.

Setengah ulama menganjurkan membaca al-Fatihah sebanyak 40 kali setiap lepas solat Maghrib dan sunatnya untuk memohon sesuatu yang baik kepada Allah s.w.t. Insya-Allah hajatnya akan termakbul.

Dianjurkan juga amalan membaca al-Fatihah sebanyak 41 kali, insya-Allah dapat mengubati sakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lain.

  * Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa: 
          “Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkaubukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati……..”Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi didalam kitab‘Qaddasallaahusirrahu’

Surah al-Kahfi:

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat maka terpancarlah cahaya di antaranya dan Baitullah.” (Riwayat Al-Baihaqi dari Abi Said al-Khudri)

Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda’, daripada Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa menghafaz sepuluh ayat permulaan Surah al-Kahfi maka terhindar daripada Dajjal.” (Riwayat Muslim, Abu Daud, An-Nasai, At-Tirmizi daripada Qatadah)

Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda’, daripada Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada Surah al-Kahfi, maka terhindarlah ia daripada fitnah Dajjal.” (Riwayat Muslim dan An-Nasai)

Daripada Muaz Ibnu Anas al-Juhari, daripada bapanya, daripada Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa membaca dari Surah al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” (Riwayat Ahmad

Daripada Umar berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.” (Riwayat Ibnu Katsir)

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam atau siang Jumaat, maka diampunkan dosanya hingga Jumaat akan datang; dan 70,000 Malaikat memohon rahmat kepada Allah s.w.t. hingga waktu Subuh, dan dijauhkan Allah s.w.t. dari terkena wabak penyakit demam panas atau ta’un; penyakit sopak; dan dijauhkan dari fitnah Dajjal

Surah as-Sajdah:

Amalkan membaca surah ini selalu atau sekurang-kurangnya setiap malam Jumaat.

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: “Nabi s.a.w. membaca pada Solat Fajar (Subuh) pada hari Jumaat “Alif Laam Miim Tanzil” as-Sajdah dan ‘Hal Ata ‘Alal Insaan’ Insaan.” (Riwayat Bukhari)

Daripada Jubair, beliau berkata: “Adalah Nabi s.a.w. tidak tidur hingga membaca Surah as-Sajdah dan al-Mulk.” (Riwayat Ahmad)-Melindungi pembacanya dari seksa kubur.

Mendapat pahala yang besar seperti pahal mereka yang tetap solatnya pada malam Lailatul Qadar.

Mendapat hidayah ilmu yang yakin.

Dikurniai cahaya (nur) pada dirinya semasa ia mati.

Surah Yasiin:
Daripada Ma’qal bin Yaasar r.a. bahawasanya telah bersabda Rasulullah s.a.w.: “ Hati al-Quran ialah Surah Yasiin, tidaklah dibaca akan dia oleh seorang lelaki yang mengharapkan Allah dan kampung akhirat melainkan diampunkan oleh Allah dosanya, dan bacalah Surah Yasiin kepada mereka yang hampir akan mati dan selepas mati.” (Riwayat Ahad, Abu Daud dan An-Nasai)

Daripada Jundub r.a. berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang membaca Yasiin dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredhaan Allah nescaya akan diampunkan dosanya.” (Riwayat Malik, Ibnus-Sunni dan Ibnu Hibban)

Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Surah Yasiin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “al-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan tuannya (pembacanya) dengan kebaikan dunia dan akhirat dan yang menanggung segala bala dan kesusahan dunia dan akhirat dan dinamakan juga sebagai perisai dan penunai hajat, yang melindungi pembacanya dari setiap keburukan dan kejahatan dan yang menunaikan bagi pembacanya segala hajat dan kemahuan.” (Riwayat Said bin Mansur dan Al-Baihaqi dari Hasan bin Aziah)

Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: “Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati al-Quran ialah Surah Yasiin;sesiapa yang membaca Surah Yasiin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai 10 kali membaca al-Quran seluruhnya.” (Riwayat At-Tirmizi dari Anas r.a.)

Surah al-Mu’min (Ghaafir), Fussilat, asy-Syuraa, az-Zukhruf, al-Jaathiyah dan al-Ahqaaf:

Mereka yang mengamalkan membacanya mendapat pahala yang besar dan mendapat pembelaan di akhirat kelak.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Di dalam al-Quran terdapat 7 surah yang dimulai dengan “Ha Miim”, akan datang di depan setiap pintu neraka jahanam dan memohon kepada Allah: “Ya Allah! Janganlah Engkau masukkan (ke dalam neraka ini) orang yang percaya kepada aku dan membacaku.”” (Riwayat Al-Baihaqi dari Khalil)

Surah ad-Dukhaan:
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah Ha Miim ad-Dukhaan setiap malam, maka pada esok harinya 70,000 Malaikat memohonkan keampunan baginya.” (Riwayat At-Tirmizi dari Abu Hurairah)

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah ad-Dukhaan pada malam atau hari Jumaat, maka Allah akan membinakan sebuah rumah dalam Syurga.” (Riwayat At-Tabrani dari Umamah)
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Di dalam al-Quran terdapat 7 surah yang dimulai dengan “Ha Miim”, akan datang di depan setiap pintu neraka jahanam dan memohon kepada Allah: “Ya Allah! Janganlah Engkau masukkan (ke dalam neraka ini) orang yang percaya kepada aku dan membacaku.”” (Riwayat Al-Baihaqi dari Khalil)-Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata, Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa membaca Ha Miim ad-Dukhaan pada malam Jumaat, maka diberi keampunan baginya.” (Riwayat Ibnu Katsir)

Surah al-Fath:

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya telah diturunkan kepadaku pada waktu malam sebuah Surah yang aku cintai lebih dari dunia ini dan isinya.” Pada riwayat yang lain, “yang lebih aku cintai daripada apa yang disinari oleh cahaya matahari.” Dan kemudian baginda membaca: “Innaa fatahnaa laka fatham mubiinaa (ayat pertama Surah al-Fath).” (Riwayat Bukhari)-Hadith Rasulullah s.a.w.: “Sesungguhnya membaca Surah al-Fath maka seolah-olah ia turut menyaksikan pembukaan dan penaklukan Makkah bersama Muhammad Rasulullah.” (Diceritakan oleh Thalabi)

Setengah ulama zaman silam menyatakan bahawa sesiapa membaca Surah al-Fath semasa melihat bulan awal Ramadhan pada permulaan malam, maka Allah luaskan rezekinya pada tahun itu sehingga akhir tahun.Surah al-Waaqi’ah:

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah al-Waaqi’ah pada tiap-tiap malam akan terjauhlah ia dari kepapaan selama-lamanya.” (Riwayat Al-Baihaqi)

Daripada Ibnu Abbas r.a. beliau berkata, Abu Bakar as-Siddiq r.a. berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya tuan berambut putih (kelihatan tua) kerana Surah-surah Hud, al-Waaqi’ah, al-Mursalat, Amma Yatasaalun dan Iza-Syamsul-Kuwwirat.” (Riwayat At-TIrmizi)

Sesiapa yang mengamalkan membacanya sebagai wirid selepas tiap kali solat Asar sebanyak 41 kali, insya-Allah akan mudah mendapat rezeki.

Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit insya-Allah akan ringanlah sakitnya.

Jika dibacakan di hadapan orang yang sedang nazak, insya-Allah akan memudahkan sakaratulmautnya.

Jika dibacakan untuk ahli kubur, insya-Allah akan meringankan seksa kuburnya.

Daripada Fadhil Umu Yassar Al-Muzani berkata, Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa ketika bangun Subuh membaca isti’aadzah (a’udzubillahi minasy-syaitaanirrajiim), diikuti membaca tiga ayat akhir Surah al-Hasyr, maka Allah s.w.t. mewakilkan 70 Malaikat berselawat atasnya hingga ke petang dan jika dia meninggal dunia pada hari itu dikira mati syahid.” (Riwayat At-Tirmizi)

Surah al-Mulk:
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya di dalam al-Quran terdapat 30 ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia mendapat keampunan dosanya iaitu Surah al-Mulk.” (Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasai dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah)

Daripada Ibnu Abbas r.a., seorang sahabat Rasulullah s.a.w. menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. Dari kuburan itu beliau terdengar suara orang membaca Surah al-Mulk sehingga khatam; beliau lalu menemui baginda dan berkata: “Wahai Rasulullah, saya dirikan khemah di atas sebuah kuburan yang saya tidak ketahui, saya mendengar seorang sedang membaca Surah al-Mulk sehingga khatam.” Aka Nabi s.a.w. bersabda: “Itulah yang menahan dan yang menyelamatkan dia dari seksa kubur.” (Riwayat At-Tirmizi)

Daripada Jabir r.a.: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur sehingga baginda membaca Surah Alif Laam Miim al-Sajdah dan al-Mulk.” (Riwayat At-Tirmizi)

Daripada Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Satu Surah di dalam al-Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam Syurga iaitu ‘Tabaarakal-ladzii’.” (Riwayat At-Tabrani)

Dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah al-Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur.” (Riwayat An-Nasai)

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah al-Mulk dan as-Sajdah pada waktu malam maka keadaannya seperti ia menemui malam Lailatul-Qadr.” (Riwayat Anas r.a.)

Surah an-Nabaa’, al-Buruuj, Qaaf dan at-Taariq:

Hadith yang diceritakan oleh Abu Darda’ bermaksud: “Pelajarilah Surah an-Nabaa’; pelajarilah Surah al-Buruuj, pelajarilah Surah Qaaf dan pelajarilah Surah at-Taariq, kerana jika kamu mengetahui fadhilat-fadhilat dan besarnya pahala membaca Surah-surah tersebut, maka kamu akan berhenti dari tugas-tugas kamu lalu mempelajari Surah-surah tersebut; dan juga mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dengan membacanya. Sesungguhnya Allah s.w.t. akan mengampunkan dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dari dosa syirik.

Surah at-Takwiir:-Mengamalkan membaca surah ini menjauhi kepapaan disamping pahala yang banyak. Rasulullah s.a.w. membacanya boleh dikatakan setiap malam.

Daripada Ibnu Abbas r.a. beliau berkata, Abu Bakar as-Siddiq r.a. berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya tuan berambut putih (kelihatan tua) kerana Surah-surah Hud, al-Waaqi’ah, al-Mursalat, Amma Yatasaalun dan Iza-Syamsul-Kuwwirat.” (Riwayat At-TIrmizi)

Surah al-A’laa:

Rasulullah s.a.w. setiap malam membaca Surah-surah yang mengandungi kalimah Tasbih. Sabda baginda: “Sesungguhnya pada Surah yang terdapat kalimah Tasbih terdapat satu ayat yang lebih baik daripada seribu ayat.” Seorang sahabat, ‘Ubai bin Ka’ab mengatakan: “Surah yang utama mengandungi Tasbih ialah Surah al-A’laa.” (Riwayat At-Tirmizi dan An-Nasai)

Surah adh-Dhuhaa:

Menurut ulama, apabila Surah ini diamalkan membacanya menjadi wirid 7 kali pada setiap pagi ketika matahari terbit dan 7 kali setiap matahari terbenam, insya-Allah akan terselamat dari kehilangan atau kecurian.

Sekiranya terjadi kehilangan atau kecurian, maka kerjakanlah solat sunat Dhuha tiga kali (dua rakaat sekali) pada setiap pagi Jumaat sehinggalah yang hilang itu di dapati kembali. Selepas memberi salam, berdoalah memohon kepada Allah s.w.t.

Sesiapa yang mengamalkan membaca Surah adh-Dhuhaa 40 kali setiap hari selama 40 hari dan berdoa memohon kepada Allah s.w.t., insya-Allah hidupnya terjauh dari keadaan fakir.

Surah al-Insyirah:

Mempermudah segala urusan, dan murah rezeki apabila diamalkan membacanya 7 atau 10 kali setiap lepas solat fardhu.

Apabila ada sesuatu hajat yang penting, kerjakan solat sunat hajat atau Tahajjud di tengah malam, dan baca Surah ini 103 kali atau lebih banyak menurut kemampuan. Insya-Allah hajatnya akan tercapai.

Amalkan membaca Surah ini, insya-Allah terjauh dari wabak penyakit panas dan penyakit berjangkit.

Surah al-Qadr:

Mereka yang mengamalkan membacanya hingga menjadi wirid dipandang hebat dan mulia.

Mereka yang mengamalkan membacanya seberapa banyak, insya-Allah akan terhindar dari kefakiran.

Untuk memohon sesuatu hajat kepada Allah, bacalah 141 kali dan berdoa, insya-Allah akan terkabul hajatnya.

Mereka yang membaca Surah al-Qadr ini semasa keluar dari rumah, insya-Allah akan pulang dengan selamat.

Mereka yang membaca Surah al-Qadr 10 kali maka akan terhapuslah 1000 dosanya.Surah al-Bayyinah:-Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah s.w.t. setelah mendengar orang membaca surah ini lalu berfirman kepada pembacanya: “Bergembiralah kamu hai hamba-Ku; dengan kemuliaan-Ku, Aku tidak akan melupaimu dalam setiap gerak tingkah lakumu di dunia dan di akhirat; dan Aku tempatkan kamu di dalam Syurga atas keredhaanmu.”

Surah az-Zalzalah:

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah az-Zalzalah, maka bandingannya seperti membaca separuh al-Quran.” (Riwayat At-Tirmizi dari Anas)

Surah al-‘Aadiyaat:

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah al-‘Aadiyaat, maka bandingannya seperti membaca separuh al-Quran.”

Surah al-Fiil:
Sesiapa yang dizalimi orang, kerjakanlah solat Tahajjud atau Hajat di tengah malam. Selepas membaca al-Fatihah pada rakaat pertama baca Surah al-Fiil 40 kali dan pada rakaat kedua Surah al-Kaafiruun sekali.

Untuk tertunai hajat, bacalah Surah al-Fiil 20 kali sehari selama 7 hari, insya-Allah termakbul.-Baca Surah al-Fiil 1000 kali setiap hari selama 40 hari untuk memudahkan mendapat rezeki

Surah al-Kautsar:

Menurut sebuah Hadith Rasulullah s.a.w., sesiapa yang membaca Surah al-Kautsar maka Allah akan memberinya minuman dari sungai Syurga.

Sesiapa yang membaca Surah al-Kautsar 1000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkatnya.

Sesiapa yang mengamalkan membaca Surah al-Kautsar 7 kali semasa dalam keadaan ketakutan, maka Allah s.w.t. akan memberikan perlindungan terhadapnya.

Sesiapa yang membaca 1000 kali Surah al-Kautsar selepas solat fardhu Isya’ hingga ia tertidur, insya-Allah dapat melihat Nabi Muhammad s.a.w. dalam tidurnya.

Surah al-Kaafiruun:

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah al-Kaafiruun maka bandingannya seperti membaca seperempat al-Quran; disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristimewa bencana yang mengejutkan.” (Riwayat At-Tirmizi dari Anas)

Surah an-Nasr:

Sesiapa yang mengamalkan membaca Surah ini akan mendapat pahala yang besar, bandingannya seperti membaca seperempat al-Quran.

Bacalah Surah ini apabila hendak melakukan kerja-kerja yang rumit atau berat; ataupun semasa hendak keluar rumah, insya-Allah akan mendapat pertolongan Allah s.w.t.

Surah al-Ikhlas:
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah al-Ikhlas ini satu kali, maka Allah s.w.t. memberi pahala sebanyak pahala 100 orang pahlawan syahid.” (Maksud Hadith dari Ubai bin Ka’ab)-Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membacanya 10 kali setiap lepas solat Subuh maka tidak akan terjadi kepadanya suatu dosa pun, walaupun syaitan bersungguh-sungguh menggodanya.” (Maksud Hadith dari Ali bin Abu Talib r.a.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah al-Ikhlas satu kali maka seolah-olah ia membaca sepertiga al-Quran.” (Maksud Hadith dari Anas bin Malik)

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah al-Ikhlas tiga kali maka seolah-olah ia membaca keseluruhan al-Quran.” (Maksud Hadith dari Anas bin Malik)

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah al-Ikhlas dalam solat-solat fardhu maka Allah s.w.t. mengampuninya berserta kedua ibu bapanya dan orang-orang yang celaka lalu menuliskannya dalam buku daftar orang-orang yang berjaya. (dari sebuah khabar-Majalis)

Dari Hadith Rasulullah s.a.w. pula bermaksud: “Sesiapa yang membaca Surah al-Ikhlas 10 kali maka Allah s.w.t. akan membinakan untuknya sebuah rumah di dalam Syurga.”

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa membaca Surah al-Ikhlas semasa dalam sakit yang membawa kepada kematiannya maka ia tidak akan terkena fitnah kubur dan aman dari himpitan kubur dan ia akan dibawa oleh Malaikat dengan tapak tangannya hingga melepasi sirat menuju ke Syurga.” (Riwayat At-Tabrani)

Sebuah lagi Hadith Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Sesiapa yang membaca Surah al-Ikhlas di atas perkuburan sebanyak 11 kali dan pahalanya dihadiahkan kepada umat Islam yang telah meninggal dunia, maka diterimakan kepadanya pahala sebanyak mereka yang telah meninggal dunia.”

Surah al-Falaq dan An-Naas

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ingatlah saya beritahu kepada kamu tentang ta’awuz (doa memohon perlindungan) yang paling berkesan ialah ‘Qul a’uudzu birabbi’.” (Riwayat Ahmad dari Ibnu Abbas r.a.)

Untuk menyembuhkan orang terkena sihir atau yang seumpamanya, bacakan sebanyak 41 kali setiap hari selama 3 hari, 5 atau 7 hari berturut-turut. Insya-Allah akan sembuh.

Untuk menaikkan semangat berani membela kebenaran dari kekejaman orang-orang memegang kuasa, orang-orang jahat dan sebagainya, bacalah kedua Surah ini 100 kali.

Juga bacalah kedua Surah ini seberapa banyak apabila kita sesat jalan seperti dalam gelap atau dalam hutan, insya-Allah akan terselamat.

Amalkan  membaca kedua Surah ini 3 kali, pagi dan petang didahului membaca Surah al-Fatihah dan Surah al-Ikhlas, insya-Allah segala keperluan hidupnya akan cukup dan sempurna.

Monday, December 01, 2014

Result

Jejak bertapak Ezu warkah 12/01/2014 09:14:00 PM 0 kata azimat

Hari pertama di bulan Disember

Result exam KPSL
Alhamdulillah..
Walaupun bahagian A-kandas
Bah B dgn bah C - lulus

Sujud syukur padaMu, Rabb!
Hampir tlupa utk laksanakan.
Terima kasih rezeki itu!

Manakan tidak
Senior lain punya susah nk lulus
2 ke 3 kali amik exam..
Tp
Tuhan bg kmudahan pd aku
Alhamdulillah!

Tahun depan repeat..
Bab hukum syarak yg fail tu..
Nampak benor kesengalan kat situ..

Takpelah zulaikha
Ruang dan peluang masih ada!

Sadolah hati
Jangan mereput sendiri
Hikmah tuhan tidak kau ketahui..

Wednesday, November 26, 2014

Perasaan ganjil

Jejak bertapak Ezu warkah 11/26/2014 09:18:00 PM 0 kata azimat
Dan satu lagi perasaan yang aku alami
Aku hilang rasa kasih
Dan juga hilang rasa sayang
Seakannya aku rimas dengan lelaki sekeliling
Hampirnya
Tiada perasaan lagi

Aku juga menolak perkahwinan sekarang
Yang aku rasa
Perkahwinan itu satu beban
Menambah serabutkan masalah yang sedia ada!

Ya, itu yang aku rasa sekarang!
Kasih pada entiti yang aku simpan dalam hati??
Pupus!
Tiada rasa langsung aku pada dia yang telah tersimpan lama di hati!
Tiada rasa
Tiada hati
Seakannya aku membenci tanpa sebab..

Maaf juga pada yang hadir disisi
Maaf juga pada yang ku cari kau disisi
Bukan menggunakan kamu
Tapi aku perlukan seseorang...
Untuk menjauhkan aku dari resah dan gelisah
Tak mengapalah kau tak bersuara
Asal aku tahu kau disisi

Seseorang yang aku tak mahukan cintanya
Tapi aku perlukan disaat aku susah dan resah
Sekali lagi aku ulangkan
Aku perlukan seseorang saat aku kesusahan
Bukan simpati atau cinta!
Hanya menjadi pendengar 
Dan bahu untuk tangisan aku!

Kalau kau menaruh hati
Itu hak kamu
Aku tak berkuasa menghalang

Doakanlah agar hati aku kembali normal
Terbuka untuk menerima jodoh sedia ada..

Keadaan sekarang terlalu rumit
Aku sendiri sukar untuk menguruskan diri aku
Aku tak berdaya memikirkan hati manusia lain

Bantulah aku untuk kembali kepada keceriaan aku dahulu
Bantulah aku untuk kembali sihat seperti dulu

Sekarang,
Cepat benar untuk aku menyakitkan manusia lain
Cepat benar untuk aku membenci manusia lain
Cepat benar untuk aku  menyalahkan manusia lain

Bantulah aku
Bantulah aku
Bantulah aku


Sihatlah hendaknya

Jejak bertapak Ezu warkah 11/26/2014 09:18:00 PM 0 kata azimat
Selaut kecelaruan minda
Untuk sebulan november ini
Aku harapkan kebaikan yang mendatang
Untuk kesihatan diri yang semakin tidak tentu dek hala..

Seperti yang pernah aku khabarkan dulu
Kisah seram yang menyelubungi aku..
Seram atau tidak
Aku pun masih mencari sebuah jawapan yang tak pasti

Demam yang tidak tentu waktu
Pada setiap hari
Disertakan pula dengan sakit kepala yang membingungkan
Terkadang malam, petang dan tengahari..

Debaran yang tak tahu hujung pangkal
Sehingga sakit dada
Dan melemahkan badan

Kadang2 hilang dalam dunia sendiri
Termenung tiba2..
Memandu tapi terlupa arah destinasi
Dan terlupa jalan

Kalam Allah itu
Merangkak untuk aku lafazkan..

Seakannya kronik
Tapi aku rasa biasa
Mungkin hanya aku yang tak kuat..

Aku cuba untuk ubatkan diri
Menghilangkan rasa resah yang ada
Walau tewas dengan perasaan sendiri..

Kerana ketidakwarasan ini
Aku seakan ingin menjauh dari orang sekeliling
Sementelah aku bekerja
Manakan boleh aku bersikap begitu..

Ada yang terasa
Bila aku tidak mengendahkan dia..
Maaf..
Bukan sengaja menyakitkan
Tapi aku yang sedang sakit..
Sakit dengan penyakit sedia ada
Dan sakit membuat kau terasa..

Kampung pun tidak ku jejaki bulan ini..
Aku rindu ibu!
Manakan hendak memandu sejauh itu
Sering khayal dan terkadang lupa..
Tak konfiden aku untuk memandu 3 jam tanpa henti 
Berseorangan pula..
Aku takot..

Bayangan kereta yang perlu diservice
Memakan duit yang banyak
Henfon yang kadang2 rosak kadang2 baik
Semua tu memeningkan kepala aku..

Semoga aku tabah berseorangan..



Tuesday, November 25, 2014

Cuti lagi..

Jejak bertapak Ezu warkah 11/25/2014 07:59:00 PM 0 kata azimat
Selepas seminggu ke tioman
Aku ke melaka pula..
Serasanya ke sana
Membawa pulang hati nan lara..

Makan malam di buscafe klebang
Pengalaman menarik..
Berjalan malam di jonker street pun menarik..

Cumenya
Sampai diseremban
Henpon tertinggal dalam kereta member..
Aku tak senang duduk
Sementelah
Itu saje penghubung aku dengan dunia luar..

Aku terpaksa membeli sim baru..
Untuk telepon aku yang satu lagi ni..
Call shah untuk ke kl malam tu jugak..
Kalo dia tak dapat temankan
Aku nekad pergi sendiri..

Manakan tidak
Esok member itu kerja luar..
Bila masa pulak aku nak jumpa dia..

Mujur shah penyelamat keadaan..
Memang kene bebel la dengan dia..
Aku gelak je la..
Salah sendiri..
Masa ke cameron dulu pun, 
Ic dengan lesen memandu kat n9..
Bagus kan!

Yup, penyakit lupa aku ni semakin teruk..

Sampai kL dalam kol 10 lebih..
Sampai seremban dalam kol 11..
Something ok.. Sebab shah bawak 140-150..
Aku tak kesah dia tekan selaju tu..
Sebab aku pun bawak selaju tu..

Selamat henpon berada dengan aku..
Punya dia bising sebab
Aku boleh tersengeh2 bila dapat henpon
Time tak de henpon, aku diam je..

Shah, aku ni dengan henpon time malam je..
Siang2 henpon dalam meja
Kalo kat umah, atas katil..
Dah malam baru la aku selesa nak tersengeh sendiri
Menghadap telepon..
Whatsapp dengan kengkawan..
Bukan dengan sapa pun..

Dan esoknye,
Aku dapat cite seram
Pasal diri aku jugak..
Haiyarkk.. 
Macam tak leh terima akal pun ada..


Sunday, October 26, 2014

Berputik dalam diam

Jejak bertapak Ezu warkah 10/26/2014 07:22:00 PM 0 kata azimat
Berputik dalam diam
Cinta suci kupendam
Kasihku nan membara
Malu atasi segala
Tak pernah ku cuba bersuara

Kita sering bersama
Tanpa mengungkap cinta
Arah dan minat sama
Dan aku jadi lupa
Kita hanyalah teman biasa

Engkau terlalu istimewa
Buat ku tiada celanya
Dikau tampan idaman semua

Tapi kucuma gadis desa yang setia
Cinta dan diriku jadi pinggitan hati
Masih adakah ruang buat diriku
Mengecap bahgia bersamamu

Akan kusetia menunggu
Ucapan cinta kasihmu
Di saat aku tersiksa begini
Fahamilah sayang




Wednesday, October 22, 2014

Tioman kau dihati

Jejak bertapak Ezu warkah 10/22/2014 09:15:00 PM 0 kata azimat
Mersing..















Aku dibayangi kenangan semalam..
Deruan ombak menyapa pantai..
Ngauman bot membelah laut..
Tarian makhluk didasar laut..
Sungguh...
Aku rindu..

I was there, Dumba Bay














Tioman..
Betapa sukar untuk aku ungkapkan..
Subhanallah!

Rabb, kau beri aku peluang
Untuk melihat kehebatan ciptaan mu..

Colorful of fishes













Damainya hati aku di sana..
Terima kasih, rabb..

Bersama dia disisi..
Walau tidak senantiasa..
Kau beri aku peluang untuk mengenali dia..
Kau beri aku peluang untuk mengenali yang lain..

On Ferry from Kuala Mersing Jetty













Rabb..
3 hari bersamanya, 
Aku ingin mendekatinya..
Seperti naluri aku yang biasa untuk bersamanya..
Aku redha akan perwatakan dia..
Segalanya ku serah pada mu..

Rabb,
Sungguh aku bersyukur dengan keadaan itu..
Dengan keadaan alam yang tenang..
Ingin aku kembali ke sana semula

me on green scarf













Memukat ketenangan yang mendamaikan
Menjerut rasa cinta yang didambakan..
Sungguh
Aku asyik dengan keindahan dan ketenangan itu..

I missed this place too much!

Monday, October 06, 2014

That u know?

Jejak bertapak Ezu warkah 10/06/2014 09:47:00 PM 0 kata azimat

Sunday, September 28, 2014

Lepaskanlah dia zulaikha!

Jejak bertapak Ezu warkah 9/28/2014 06:36:00 PM 0 kata azimat
Its hurting me!
Too much!

Aku rasa
Aku perlu lepaskan dia dari hati..

Tolong lah zulaikha..
Lepaskan dia..

Semakin lama, dia semakin jauh..

Berkecil hati dengan last tournament semalam..
Dan sangat pelik
Aku boleh duduk tercongok kat situ
Macam orang bodoh 
Dari tengahari sampai malam..

Seperti biasa, 
Aku dengan hal aku, diorang dengan hal diorang
Tapi p kenduri rashidah
Nak pulak naik kereta aku..
Dasar pempuan!
Nak aku, datang cari..
Tak nak aku, pulau!
What a nonsence things!

Last sekali
Someone tu hantar ajk dia balik!

Dulu cakap dengan aku
"Tak elok bawak anak dara orang"
Malam semalam,
Elok sangat la kau bawak dia!!!

Aku rasa aku dah gila!
Dah cemburu tak tentu pasal!

Sudahlah zu!
Dia tak perlukan kau!
Sudah lahhhhhhhhh!

Aku benci rasa ni!
Aku benci perasaan ni!

Lepaskan lah dia zulaikha...
Lepaskan lah....
Ishk..ishk..ishk...ishk...

Friday, September 19, 2014

sendiri...

Jejak bertapak Ezu warkah 9/19/2014 03:19:00 PM 0 kata azimat
Setinggi seluas gunung dan lautan
Sejuta harapan dipertaruhkan
Beronak berliku jalan kulalui
Selagi berupaya kuteruskan

Alangkah sukarnya memadam bayangan masa silam
Di dalam keberanian terusik jua perasaan
Tidak hentinya memanjang dan semoga jiwa ini terus tabah

Sesungguhnya saat yang terindah hanyalah sementara
Yang terpahat di dalam diri hanya kenangan dan nestapa

Tak rela kuturutkan hati
Menyesali apa yang terjadi
Andainya begitu suratan yang tertulis diazali

Biarlah walaupun kusepi
Sedih pedih dikhianati
Aku kan tetap terus mengorak langkah perjalan ini

###################################################

terasa semacam emosi merundum
ada sesuatu yang menggugat keegooan aku
keegoan sebagai seorang perempuan..

seorang perempuan
yang melakukan segala urusan secara sendiri
menguruskan hati dan jiwa sendiri
menjengah duka dan remuk jiwa sendiri
dan dari dulu,
sendiri itu mengajar aku segala kekuatan
mengajar aku tentang tabah

saat ini
aku seperti terasa
sendiri ini tak membawa aku kemana-mana pun..
hampir aku menyalahkan takdir sendiri
mengapa jadi begini.. 

manakan permohonan untuk memiliki rumah sendiri
atas dasar prima kononnya
namun
apakan daya
pendapatan ku tidak cecah 2k 
langsung!

saat ditolak
aku terasa tercabar!
mentanglah gaji aku sikit
tak layak untuk aku memiliki rumah impian sendiri
too much!

mana keadilah untuk aku yang sebegini
sampai bila harus aku menyewa?
harus menumpang rumah saudara!

seaakan hampir meroyan
sungguh!
ego aku sangat tercabar!

bukan ini yang aku pinta!
dan bukan ini yang aku mahukan!



Monday, September 15, 2014

Madu dan Kayu Manis

Jejak bertapak Ezu warkah 9/15/2014 04:04:00 PM 0 kata azimat

Madu dan Kayu Manis - siapa pernah terfikir?

 Ini di antara kajian dari saintis barat :

Penyakit Jantng :
Buatkan serbuk kayu manis.
Sapukan madu dan serbuk kayu manis pada roti dan makan secara tetap setiap hari semasa sarapan (sebagai ganti dari jem).
Ini akan mengurangkan kolesterol di dalam pembuluh darah (arteri)
dan menyelamatkan pesakit dari serangan jantung (heart attack).
Juga, bagi yang sedia ada atau pernah diserang serangan jantung , apabila amalan ini dibuat secara harian, ianya akan menjauhkan pesakit berbatu-batu dari serangan seterusnya.
Penggunaan secara tetap amalan di atas akan mengurangkan kesukaran bernafas (membetulkan pernafasan) dan akan menguatkan jantung mengepam. 

 Radang sendi (arthritis) :
Pesakit arthritis boleh mengambil secara harian (pagi dan malam)
1 cawan air suam
2 sudu teh madu
1 sdm sudu serbuk kayu manis.
Apabila ini diambil secara tetap , pesakit kronik arthritis juga boleh sembuh. Di dalam kajian terbaru yang diketuai oleh Universiti Copenhagen , mereka mendapati bawa doktor-doktor yang merawat psakit mereka dengan campuran 1 sudu madu dan 1/2 sudu serbuk kayu manis sebelum sarapan pagi, mereka mendapati bahawa di dalam satu minggu (dari 200 orang pesakit yang dirawat) - 73 pesakit hilang kesakitannya di dalam seminggu dan di dalam sebulan , hampir kesemua pesakit yang tidak boleh berjalan atau bergerak disebabkan radang (arthritis) sudah boleh berjalan tanpa sebarang kesakitan.

Jangkitan Pundi Kencing:
2 sdm serbuk kayu manis
1 sdm madu di dalam
1 cawan air suam dan minum. Ianya akan membunuh kuman di dalam pundi.

Kolesterol :
2 sdb madu dan 
3 sdm teh serbuk kayu manis
16 auns air teh
didapati bahawa kandungan kolesterol di dalam badan pesakit turun sebanyak 10% hanya selepas 2 jam. Apabila ini diambil sebanyak 3 kali sehari , sebarang penyakit kolesterol tahap kronik akan sembuh. Melalui maklumat yang diterima dari Journal , madu asli yang diambil secara harian bersama makanan mengurangkan komplen (keluhan) terhadap kolesterol.

Selesema :
1 sudu besar madu
1/4 sudu serbuk kayu manis 3 kali sehari.
Proses ini akan menyembuhkan kesemua batuk yang terus, demam , dan membersihkan sinus (ruang udara di dalam tengkorak sekeliling hidung).

Perut Meragam/ Kembung :
Madu diambil bersama kayu manis menyembuhkan sakit perut dan membersihkan @ menyembuhkan perut dari sebarang ulcers.
Kembung (gas) : kajian yang dibuat di Jepun dan India, mendapati bahawa madu yang diambil bersama-sama kayu manis akan mengeluarkan gas dari perut.

Imun Sistem :
Penggunaan harian madu dan serbuk kayu manis menguatkan sistem pertahanan (imun) dan melindungi badan dari serangan kuman dan bakteria. Saintis mendapati bahawa madu mempunyai pelbagai vitamin dan zat besi dalam jumlah yang besar. Penggunaan madu secara tetap akan menguatkan korpuskel sel darah putih (dimana mengandungi dna) untuk melawan penyakit yang disebabkan bakteria dan kuman (virus).

Tak Hadam :
Serbuk kayu manis
2 sudu besar madu yang diambil sebelum tidur
akan merembeskan asid dan menghancurkan makanan berat.

Influenza :
Saintis dari sepanyol membuktikan bahawa madu mempunyai kandungan semula jadi yang membunuh kuman influenza dan menyelamatkan pesakit dari flu.

Umur Panjang :
4 sudu teh madu
1 sudu teh serbuk kayu manis
3 mangkuk kecil air panas untuk membuat teh.
Minum 1/4 mangkuk - 3-4 kali sehari. Ini akan mengekalkan kesegaran kulit, kelembutan dan ketegangan. Jangka hayat dipanjangkan , dan mereka yang berumur 100 tahun sekalipun boleh memulakan aktiviti seperti berumur 20 tahun. (dalam Islam , kita ada beberapa amalan untuk panjang umur - amalkan di atas + bersedekah dan menyambungkan silaturrahim - in sya allah, umur kita akan panjang)

Sakit tekak :
1 sdm madu dan kulum sambil telan sedikit demi sedikit sehingga habis.
Ulang setiap 3 jam sehingga tekak hilang simptom sakit/ketidak selesaan.

Jerawat :
3 sdb madu
1 sdm teh serbuk kayu manis.
Sapukan paste ini di atas jerawat sebelum tidur dan basuhnya tika bangun keesokan pagi dengan air suam. Jika diamalkan selama dua minggu , ia akan membuang jerawat dari akarnya.

Jangkitan Kulit :
Sapukan campuran madu dan serbuk kayu manis dalam ratio yang sama pada kulit yang terkesan , akan menyembuhkan ekzema , dan semua jenis jangkitan kulit.

Hilangkan Berat Badan :
Pagi , sejam setengah sebelum sarapan pagi dan tika perut kosong
Malam sebelum tidur , minum madu dan serbuk kayu manis di dalam air suam.
Jika diambil secara tetap, ianya akan mengurangkan berat walaupun pada mereka yang berlebihan berat badan. Jika minum secara tetap , ianya tidak akan membenarkan lemak untuk berkumpul dalam badan walaupun individu tersebut mengambil makanan yang tinggi kalori.

Kanser :
Kajian terbaru di Jepun dan Australia mendedahkan bahawa kanser perut dan tulang telah berjaya dirawat dengan jayanya. Pesakit yang mengidap penyakit ini perlu mengambil setiap hari
1sdm madu
1sdm teh serbuk kayu manis
3 hari sekali selama satu bulan.

Lemah :
1/2 sdb madu
1 gelas air yang
1 sdm serbuk kayu manis,
diambil setiap hari selepas gosok gigi dan tengah hari (sekitar 3 petang) -
akan mengembalikan kecerdasan badan dalam masa seminggu.

Sukar Bernafas :
Penduduk di Amerika selatan berkumur dengan
1sdb madu
1 sdb serbuk kayu manis
1 gelas air suam ,
sebagai rutin harian pertama pada waktu pagi , bagi membolehkan pernafasan mereka sentiasa segar sepanjang hari.

Kurang @ hilang pendengaran :
Pagi hari dan malam -
madu
serbuk kayu manis
diambil pada sukatan yang sama boleh mengembalikan pendengaran.

Saturday, September 06, 2014

Terbang, tunduk...

Jejak bertapak Ezu warkah 9/06/2014 03:44:00 PM 0 kata azimat
Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi

Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana

Payah payah semalam
Moga mudah selama

Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu

Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu

Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati.

Suke lagu ni..

Thursday, September 04, 2014

Memerlukan atau Terdesak

Jejak bertapak Ezu warkah 9/04/2014 09:29:00 AM 0 kata azimat

Pernah tak anda alami perasaan keliru untuk membuat pilihan?

Tatkala hati anda teguh dengan satu pilihan, tiba-tiba hadir pula pilihan lain yang membuatkan anda ragu-ragu dengan keputusan anda.
Hati menjadi bolak-balik. Fikiran pun menjadi tidak tenang.
Di kiri menyayangi anda, di kanan juga sama. Ah, pasti keliru untuk membuat pilihan kan?

Pilihan yang datang itu membawa dua tujuan. Sama ada yang datang itu sebenarnya pilihan yang tepat ataupun yang datang itu sebenarnya hadir untuk menguji kekuatan anda dan pilihan anda.

Pasti sedikit sebanyak hati kita merasa goyang kerana ini soal yang sangat besar, kerana separuh dari hidup kita bergantung kepada pilihan calon hidup yang yang tepat.

Padah membuat pilihan yang salah!
Jangan sampai tersalah orang dalam membuat pilihan teman hidup. Berkahwin dengan orang yang salah lebih memeritkan daripada tidak berkahwin sama sekali.
Kerana seumur hidup waktu kita terbuang bersama orang yang salah. Orang yang tidak akan dapat bersama kita  dalam mencipta bahagia.

Bagaimana ingin membuat pilihan yang tepat supaya kita tidak tersalah langkah?

1. Istikharahlah
Beristikharahlah dan mintalah petunjuk dari Allah kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita. Mohonlah pada Allah supaya hati kita dibimbing dan dihalakan pada orang yang betul tepat buat diri kita.

Petunjuk dari istikharah juga tidak semestinya berdasarkan mimpi sahaja. Ia boleh datang dalam pelbagai bentuk. Boleh jadi dalam bentuk ketenangan hati terhadapnya, dimudahkan urusan dengannya dan sebagainya.

Tapi istikharah juga kadangkala boleh menyebabkan hati semakin keliru

2. Dia mampu membimbing ke jalan yang lebih baik

Pilihlah insan yang mampu membawa anda menjadi insan yang lebih baik. Pilihlah insan yang mampu menegur anda untuk kebaikan dan mempunyai pegangan agama.
Jika ketua keluarga tidak mempunyai pegangan agama, pasti sukar baginya untuk mengemudi bahtera perkahwinan kan?

Sebolehnya, pilihlah yang tidak merokok.

3. Pilihlah orang yang mampu bersusah – payah dan berkongsi kesenangan bersama kita.

Bak kata orang tua, ‘mencari teman ketawa itu mudah,tetapi mencari teman menangis itu yang sukar’.

Fikirkan kembali adalah insan yang anda pilih itu sentiasa berada di sisi anda di saat anda susah mahupun senang.

Jika dia hanya mampu menjadi teman di kala anda senang, pastinya dia bukanlah pilihan yang terbaik.

4. Dia serius dalam perhubungan

Setiap hubungan pastinya mempunyai matlamat. Setiap perhubungan pastinya ingin diakhiri dengan perkahwinan.

Sekiranya dia tidak mempunyai matlamat yang jelas dan sekadar ingin bermain-main, dia bukanlah pilihan yang terbaik.

5. Dia mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga anda
Berkahwin bukan sahaja bermakna kita bersatu dengan orang yang kita kahwini, malah kita juga bersatu dengan keluarganya.
Jika dia tidak mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga kita terutamanya kedua ibu bapa kita, pastinya sesuatu hubungan itu akan menjadi sukar tanpa restu keluarga.
Jika dia tidak mempunyai usaha untuk menambat hati keluarga anda, lebih baik anda berfikir semula tentang pilihan yang anda lakukan.

6. Rasa tenang apabila berfikir tentangnya

Apabila mendengar namanya, hati terasa tenang. Apabila dia bersama anda, anda berasa selesa dan terasa waktu seperti tidak berjalan.

Ketika memikirkannya, anda pasti akan tersenyum. Itulah salah satu tanda yang dia adalah pilihan yang tepat.

Yang paling penting, tanyalah hati kecil anda. Apa yang terdetik di hati anda itulah sebenarnya pilihan anda kerana hati kita tak pernah menipu.
Buatlah pilihan yang bijak kerana tersalah mengorak langkah, kita mengkin akan menyesal di kemudian hari.

7. Istisyarah – meminta pendapat orang lain

Ramai diantara kita yang terlupa perkara yang satu ini, iaitu Istisyarah. Istisyarah adalah kita meminta pendapat orang lain.

Sebagai contoh, ibu bapa. Mengumpul maklumat dan pandangan pada situasi yang sedang kita hadapi. Dalam konteks kita sekarang, situasi mahu memilih pasangan.

Dengan bertanya mereka yang lebih berpengalaman seperti ibu bapa dan keluarga, atau yang mereka yang kita yakin (seperti ustaz), insyaaAllah mereka akan dapat memberikan pencerahan dan panduan kepada kita dalam membuat pilihan.

Bentangkan pilihan-pilihan yang ada, dan bincangkan pro dan kontra setiap pilihan. Dari situ kita menilai dan menimbang.

Penutup

Dalam soal ini, sangat penting untuk kita memperhalusi pilihan kita.

Saya bukan ingin menakut-nakut anda tentang perkahwinan, tetapi ada baiknya kita mengambil sedikit masa untuk membuat pilihan yang terbaik buat diri kita.
Biasanya, sebelum berumah tangga, kebanyakkan kita semua seakan terdesak untuk segera menikah. Tetapi, setelah berumah tangga, akan terasa hambar kerana semua keburukan sudah diketahui dan terbuka.

Memang tiada orang yang sempurna, tetapi kita semua mempunyai hak untuk menentukan siapa yang paling sesuai untuk kita. Kerana selepas perkahwinan, kita mesti merima setiap apa yang menjadi kekurangannya, sebagaimana kita menerima setiap kelebihannya.
Oleh itu jangan terlampau terburu-buru, bertenang dan buatlah keputusan dengan pertimbangan yang sesuai.

Yang paling penting adalah kita sentiasa menjaga dan memperbaiki diri sendiri dari masa ke semasa. Kerana lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan lelaki yang jahat adalah untuk perempuan yang jahat. Itu janji Allah terhadap hambaNya.


Wednesday, August 20, 2014

Kawen la kau

Jejak bertapak Ezu warkah 8/20/2014 09:02:00 PM 0 kata azimat
Semenjak dia meluahkan rasa jengkel pada seseorang
Dan aku menjadi tempat penghambur kemarahan dia
Terasa benci sungguh aku pada dia..

Engkau yang terlalu beremosi
Engkau yang terlalu mudah menyalahkan orang lain

Aku akui
Aku sangat terkilan dengan kamu..
Bukan sebegitu meluahkan ketidakpuasan hati
Sedangkan semuanya dalam keadaan yang baik saja
Tapi kamu yang menyukarkan..

Hormatilah aku
Sekurangnya sebarang keputusan ahli kami..
Walhal keputusan itu berpihak pada kamu..
Sekadar pertanyaan yang majukan..
Atas alasan apa kamu sebegitu marah!

Kamu mengungkit kejadian lalu
Kamu memarahi sesuka hati

Mohon tunjukkan kredebiliti kamu sebagai seorang pegawai
Pegawai yang senantiasa tenang
Pegawai yang berfikir sebelum bersuara..

Sementelah aku sebagai staff bawahan
Bukan bermaksud aku boleh dimaki sesuka hati
Bukan bermaksud aku boleh dihamun sesuka hati

Aku bosan dengan kamu
Kamu yang selalu aku pertahankan diantara mereka
Kamu yang selalu aku dahulukan antara mereka
Kamu yang selalu aku utamakan antara mereka
Tapi, kamu takkan pernah tahu..
Malah sehabisnya menyalahkan aku..

Puas sudah hati kamu?
Melihat aku berjuraian air mata?
Itu yang kau mahu kan?

Menjunjung ego yang terlalu tinggi
Mengheret baran yang tak berkesudahan

Semakin lama
Aku semakin berkecil hati
Pergilah kau!
Aku bosan!

Aku doakan 
Semoga segera kamu berumahtangga
Agar segala emosi kamu yang berkucar kacir
Segera dihilangkan
Dan
Semoga isteri kamu
Menerima buruk baik diri kamu keseluruhannya
Ameennn..

Friday, August 15, 2014

Raya dengan orang Opis

Jejak bertapak Ezu warkah 8/15/2014 04:56:00 PM 0 kata azimat
11 Ogos..
Jamuan raya opis aras G. 1 dan 2..

Balik dari Cameron,
ada plak jamuan raya..
semuanya berjalan dengan lancar, meriah dan happy saja..

jamuan beserta sambutan hari lahir Ogos..

some of my colleaguege  












She's one of my sis, leader n fren

our august birthday

the birthday's cake


Wednesday, August 13, 2014

Kursus audit

Jejak bertapak Ezu warkah 8/13/2014 07:32:00 PM 0 kata azimat
6-8 ogos..
Bekerja sambil beraya di cameron..
Berkumandang sahaja lagu raya,
Terasa sebak dihati..
Macam beraya diperantauan pula..

Layan je la audit ni..
Audit pematuhan syariah..

Sampai je kat cameron dalam kol 4..
Berkonvoi, biase la..
Lagi la si hafiz yang bawak..
Memang banyak tempat persinggahan..
Berdua je dengan dia plak tu..

Mulanya, aku nak p sorang..
Sebab nak balik sabak..
Lastnye, hafiz x de member nak tumpang..
Aku kesian, ajak dia tumpang..
Tapi dia plak bermasalah nak balik nanti..

Pikir2, tak pe la..naik je kreta dia..
Balik nanti mintak tolong member amik..
Sattle masalah tu..

Malam ada kelas..
Memang ke laut la..
Dah la orang yang bagi talk pun sangat x teruja..
Semasing tengok phone sampai ke sudah..

Dapat lak penceramah esoknye,
Semasing jadi mereng..
Apetaknye, awal lagi da warning nak panggil orang yang kelaut!
Memang tak la aku..
Sangat bersemangat waja mendenga talk tu..
Dah tu plak, tak paham nak baca klausa!
Mendapat la.. Semua menganga..

Tak kesah la..
Asalkan dapat jauh dari orang yang tak suke aku..
Orang pulaukan aku pun,
Aku dapat gak p cameron.. 
Kau hado???



 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review