"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Friday, May 16, 2008

khahwin, kawin, kawen

Jejak bertapak Ezu warkah 5/16/2008 02:23:00 PM
Rasa Nak Kawin
Main Faktor:

1- Ada kawan2 sekeliling yang dah bertunang @ berkahwin
2- Ahli beyt dah mula kemas barang sbb nak pindah duduk rumah baru. Katanya nak kawen
3- Parents bg lampu hijau
4- Org lain ada awek tp yg die ni takde awek.
5- Asek dengar org sembang bab kawen
6- Asek mimpi akad nikah

Tanda-tanda:
Asek termenung sorg2Dalam buku@nota penuh dgn ayat2 jiwang dan gambar love.Tersenyum dan tersengeh bile tgk cermin tanpa sebab. Setiap 5 minit, perkataan kahwin@isteri@suami akan terpacul dr mulut

Treatement:
Just NON-DRUGS THERAPY ONLY.

1- Sediakan cermin yg besar- tgk diri dari muka sampai kaki dan tanya pada diri. Layak ke aku nak kawen dgn keadaan diri aku camni? Tgk atas ke bawah. Ulang 3 kali. Pastu tnya kawan bilik sebelah pulak soalan yg sama.
2- Ingat pesan ni: “Kahwin ni 6 bulan je nak seronok2 pon, selebihnya adalah tanggungjawab”
3- Jangan asek pikirkan perkara yg seronok pasal kahwen. Cube berkembang sikit. Pikir yg lebih dr itu. Yang susah tentang kawen. Cth:
- Setiap kali barang rumah abes aku la yg kena beli.
- Setiap minggu aku yg kena pi pasar
- Duet rumah,letrik, air,gas aku kena bayar
- Tiap2 ari aku kena masak utk laki aku (isteri)
- Kang dapat anak kena spend duit utk anak2 pulak
- Kalu takde duet nak makan ape? Pasir@ timun goreng tiap2 hari? Mampukah?

- Jgn la asek gune ayat2 sebegini terutamanya lelaki: “kalu aku kawen nnt ade org jage makan minum, tlg kemas bilik, tempat tidur dll. Sian la bini tu kwn2.Pikir2 la utk tlg ringankan kerja die gak ye ” Maksud saya kat sini, kita kenalah belajar kemas2 bilik pas tidur, belajar masak sedap2. Sapu sampah ke ape ke. Baru bahagia kan bila kawen nnt?Takde la dok harap kat bini je buat sumer bende tu..

4- Ajak kawan2 ubah topic perbualan dari bab kawen, wanita, suami dll ke perkara yg lebih bermanfaat. Cth: Isu Palestin. Cara nak kuat hafalan dll
5- Bina peribadi yg kuat. Kalau nak isteri solehah, kita kena soleh dulu. Kalu nak yg penyayang, kita kena sayang org lain dulu. Kalau nak yg penyabar, kita kena kurangkan marah dulu. Kalau nak yg sentiasa ceria, kita kena banyakkan senyum dulu. Kalau nak yg cantik, kita kena hensem dulu?? Cantik dan hensem itu adalah bonus.. Bukan matlamat utama. Allah tak tgk pada rupa paras kamu, tapi Allah nilai pada hati kamu. (cth vs if women)
6- Sembang dan tanya pada org yg lebih berpengalaman. Cth: Mak ayah. Abg kakak. Atok nenek. Pakcik makcik. Moyang. Opah dll.
7- Kalau dah tak mampu rasanya TIDUR adalah jalan penyelesaian terbaik kot. Biasanya lepas tidur ni org dah tak pikir2 apa2 masalah dah. Kalau bangun pun still terfikir lagi. Dlm mimpi pon same, alamatnya mmg dah sampai seru dah la tu.

Pesanan:

1- Cinta itu buta.
Membutakan manusia yg hakikat mampu melihat. Apabila dibutakan mata oleh cinta, semua perkara buruk turut dilihat baik. Maka, tusukan jarum si Syaitan durjana akan mula menikam perlahan2.

2- Jgn la menggatal nak guna istilah Islamic couple.
Itu semua bohong sgt la. Cth yg selalu kite dgr pasal Islamic kapel ni camni la kot.“Awak dah bace mathurat?; Harini baper juzuk ngulang quran?;Solat jemaah kat masjid tak arini?; Kerja yg saya bagi awak dah siapkan? Kalu letih biarkanlah dulu. Saya takut masa ibadat awak terabai pulak nnt..; Kang pukul 4 pagi kejutkan saya bangun ye..kite qiam same2..awak miscall saye..”
Nampak mcm Islamic kan? Inilah cara tusukan syaitan utk golongan yg ada asas agama.

3- Serahkan hati dan cinta pada Allah.
Allah takkan zalim nak biarkan kita mencintai dan dicintai oleh org yg tak sepatutnya. Silapnya segelintir antara kita bile dah mula menyerahkan perasaan cinta tu sebelum tiba masanya. Maksudnya sebelum ikatan sah melalui pernikahan.
Tu yang memasing mula angau.Menggelabah. tak keruan. Pastu dah mule la panggil abg-sayang, abi-umi, mama-papa. Ape lg? Ntah la. Sebut sndiri. Alangkah bagusnya kan kalu kita guna istilah2 disebutkan dalam keadaan kita dah ada hubungan suami-isteri dgn si dia? huhu. aku la dlu tuh..Nak ke kite tgk anak2 kite nnt buat perkara jahiliah yg sama kita buat ini? (sekiranya ada)

4 - Kurang2kanlah sembang bab2 perempuan@ lelaki bile bertemu@berkumpul ramai2.
Takde faedahnye. Gejala ni agak kritikal. Kalau kat depan perempuan@laki jalan tunduk sampai terlanggar tiang. Terpaling tgk muke pun dah rase macam dah berdosa.Tapi kalu kat blkg sembang gelak, kutuk, gosip lainan jantina sakan. Padankan org itu org ini. Siap bukak frenster grab gambar dll.(cth vs if women) Ade tak kwn kite yg camni? Sudah2 la tu kot. Pesanan utk diri ini juga.. Jgn jadi hipotalamus!

5- Berkahwin itu adalah segala-galanya tentang TANGGUNGJAWAB.
Kalu rasa mcm diri masih tak bertanggungjawab lg eloklah mula membina sifat itu mulai detik ini sebelum terlambat.

6- Allah ciptakan nafsu bukan utk kita turuti.
Allah ciptakan nafsu tu sebenarnya utk kita kawal. Jgn silap. Tu sebab jihad yg paling adalah memrangi hawa nafsu kan?

7- Pesanan utk kaum Adam :
Saat kehancuran hati seorang lelaki adalah apabila cinta seorang wanita telah masuk ke dalam hatinya sebelum dia mendapat cinta Allah. Anda dan saya bagaimana?

8- Istikharah bila rasa dah tiba masanya.
Tak rugi org yg beristikharah kan? Moga ilham dari Allah itu menjadi keutamaan dlm membuat pilihan. sekarang pun aku tgah malakukan istikharah itu..
Sekian.

0 kata azimat:

 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review