"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Tuesday, January 29, 2013

akhirnya, terbongkar jugak...

Jejak bertapak Ezu warkah 1/29/2013 09:55:00 PM 0 kata azimat
Isnin..
Cik aisyah datang rumah..
Alang2 dia nak balik putrajaya, dia singgah rumah...
Memang sangat lama tak jumpa dia..
Tapi aku tak ingat bila last jumpa dia..
Yang pastinya sejak hujung november 2012..

Ajak dia jumpa luar, nak datang jugak pantai..
X pela.. Tetamu dialukan..
Dia warning tak payah ape2..
Hahaha.. Ape la yang ada pon kat umah ni..
Dapat la dia makan aiskrim n air ribena je..

Aku pulak dapat kerongsang dari sabah.. Cantik!
Wehehe...
Crepe durian jugak! 
Untung ada orang sayang..
Itu dah cukup membahagiakan..

Bestkan ada kakak..terasa disayangi..
Diakui, aku budak manja..tak nampak macam anak sulung..
Jarang orang tahu aku anak sulung..
Kebanyakan akan cakap aku anak bongsu..

Well... Sebab tu la kot, ramai sangat tersinggung dengan aku..
Dengan perangai cepat terasa, emo semacam, baran tiba2, cepat tarik muka..
Entah la..aku pon takpaham perangai aku..
Apetah lagi orang lain..

Tengahari tadi terbongkar la cerita..
Semuanya berlaku sebab aku..
Tarik muka tiba2.. Sebelom2 ni pon, aku cepat tarik muka..
Sebab tu semua terasa..
Ahh.. Keras sangat hati ni rupanya..

Ada sebab aku tarik muka.. Tapi malas nak burukkan sesiapa..
Dan aku jugak malas nak membela diri...
Aku redha je la..
Memang salah aku pon..

Tapi thanks kak lidia..
Masih nak bersemuka..walaupon aku malas nak bukak cerita lama..
Pada aku, lantak la apa nak jadi.. Dah ok, ok la...
Tapi dengan dia, soft betol pendekatan dia..
Aku dah agak dah sebab apa.

Tapi, bila dia kata aku ada tempik dia, 
Hah, gila kejap aku..
Aku memang tak sedar saat aku tempik dia..
3 kali katanya.. Dari pagi sampai petang katanya..
Terasa betol dia..
Lillahitaala, aku memang tak perasan bila aku tempik dia..
Yelah, siapa yang kena tempik, memang merajuk sakan la..
Cumanya, takde la aku cakap kat dia, lillahitaala aku tak perasan..
Aku diam tersengih je..

Kadang2 bila ego aku ni dah melambung tinggi, memang tu la jadinya..
Yang ralat sangat bila dia kata aku tempik dia..
Dan paling walang hati ni, alone betol aku dua bulan kebelakangan ni..
Dengan dia plak tu..
Kalo dengan orang lain, memang aku tak heran..
Sebab aku memang sayang dia..kakak yang paling memahami aku kiranya..

Susah untuk aku percaya orang..
Hanya kak lidia dan kak aisyah je yang aku boleh percaya..
Yang lain tu, kalo aku rasa nak cerita, aku cerita la..
Mulut masing2 bukan boleh percaya..

Then, cerita ni sattle la..
Aku pon dah malas nak ulas cerita ni..
Pada aku, sume sama je...

Ha... Tengok...
Still lagi ego kan...
Taknak ngaku kalah..
Cukup lah..cukup setakat ni.. 
Penat dah nak hadapi masalah hati ni..
Tekanan perasaan, sakit jiwa, mereng otak..

Aku tak nafikan, semakin kita rapat dengan seseorang,
Allah akan uji erti ukhwah tu..
Itulah ujian yang aku dapat tepat dalam lobang hidung.
Perit sangat rasanya..





I blog with BE Write

Sunday, January 27, 2013

sudah2 la mengenang...

Jejak bertapak Ezu warkah 1/27/2013 08:05:00 AM 0 kata azimat
Rentetan dari cerita yang berlaku semalam..
Membuatkan aku seperti orang hilang sauh..
Nampak tenang diluaran..
Dalaman aku hancur bak tsunami..

Mujur juga semalam cuti..
Seharian aku terperap didalam bilik..
Tanpa berbuat ape2..
Lebih kepada tido sebenarnye...

Aku tak tahu kenapa aku harus berfikir lagi..
Aku juga tak tahu kenapa aku macam orang sakit..
Kemurungan kah?



Saat pelbagai benda menyesakkan akal dan emosi
Tido adalah terapi yang aku rasakan paling baik..
Yup, sehingga seharian aku boleh bangun tido bangun tido
Tanpa sebarang sakit kepala..

Orang kata , kalo banyak tido, sakit kepala..
Benarlah...
Tapi, saat yang genting macam ni, berjaga lebih menyakitkan kepala.

Entah apa yang aku pikir
Dan entah apa yang aku ingin buang!

Dah macam mayat hidup..
Diri tak terurus, baju tak berbasuh, bilik tak terkemas..
Teruk..

Dah la zulaikha...
Kembali pada tuhan..
Buang sifat marah dan benci tu jauh2..
Insyaallah, semuanya akan pulih..
Walau bukan macam dulu, asalkan hati tenang...

Ok..sila bangkit dengan aman dan redha!

Banyak baju tak berbasuh ni...



I blog with BE Write

Friday, January 25, 2013

kalau aku berubah, maaflah..

Jejak bertapak Ezu warkah 1/25/2013 09:17:00 PM 0 kata azimat
Saat yang aku rasakan sekarang, adalah saat yang entah ape2..
Aku seakan hilang punca dan hilang percaya..
Andai aku termenung sekalipun, apa yang aku dapat..
Kalau aku mngeluh sekalipun, apa yang aku boleh buat..

Aku akui, dua bulan kebelakangan ni, aku membawa diri..
Sendiri menjalani aktiviti harian
Sendiri tanpa teman disisi
Dan sendiri tanpa sesiapa memujuk hati..

Gencatan suara yang aku lancarkan pada dia,
Yang aku anggap sebagai kakak tersayang
Betol2 membuat hati aku tak keruan..
Kebetulan yang memungkinkan masalah peribadi sendiri
Dan terbawa pada emosi sendiri
Menyebabkan salah faham timbul..
Akhirnya kedua2nya menderita..
Ingatkan hanya sekejap, rupanya berlarutan hingga 2 bulan!

Sesuatu yang masih belum sempat aku rungkaikan bersama dia..
Hanya beberapa perkara yang terbongkar tadi..
Selebihnya, masa tak mengizinkan untuk berbincang..
Hanya tunggu waktu itu tiba..


Sepanjang tempoh itu, aku mengeraskan hati..
Diam membatu tanpa banyak bicara..
Baik dengan dia, atau dengan yang lain..
Sungguh, aku terasa hati dengan mereka..
Maka, jalan dan keputusan yang drastik aku ambil
Aku membawa haluan hidupku di mahkamah itu secara sendirian..

Apa yang berlaku pada aku, aku diamkan..
Apa yang berlaku pada orang lain juga, aku diamkan..
Aku tiada kuasa untuk bercerita dan beramah-tamah seperti dulu..
Perkara paling utama,
Aku hilang rasa kepercayaan pada mereka!

Entah, hati kecil aku berbisik, usah percayakan lagi pada sesiapa..

Bila bersendiri, aku akui, terasa kehilangan
Tarasa sunyinya tanpa teman disisi
Terasa peritnya bila aku menghadapi ujian yang getir berseorangan..

Aku rasa rimas bila kisah aku yang pernah aku kongsikan bersama 
Diketahui orang lain!
Aku sangat benci keadaan ni!
Aku benci dengan orang bermuka2!
Apakah salahnya simpan sahaja perkara itu dalam hati..
Kenapa harus ada orang lain yang tahu!

Dunia ni mahu terbalik aku rasakan
Satu persatu kisah itu terkeluar!
Aku sudah berubah katanya!
Dan
Sehingga ada yang menyebut mahu melagakan kami!

Apakah ini????!!!
Ya Allah!! Itu sahabat atau apa???
Aku ni apa pada korang ha?
Aku ni hina sangat ke pada korang?
Aku ni dah berubah sangat ke?

Maaf, aku tak pernah nampak aku berubah!
Dan maaf kalau aku ada menyakiti!
Tak semena2 hubungan baik kami menjadi bertambah hancur!
Dek mulut kalian!

Benarlah...memfitnah itu lebih teruk dari membunuh!

Ya, hati dan jiwa aku hampir mati!
Aku hidup dengan tenang hanya kerana aku ada tuhan sahaja!
Aku tak perlu bergantung pada kalian!

Maaf.. Seandainya benar aku berubah..
Aku benar2 mohon maaf....
Aku tak tahu dimana silapnya keadaan ni sampai kalian katakan aku sudah berubah..
Dan aku juga tak tahu kenapa aku berubah..
Sedangkan, kalian kenal aku lebih dari segalanya..

Maaf juga seandainya sepanjang aku berubah 6 bulan lalu,
Aku terlalu banyak menyakitkan hati kalian..
Kita sama2 mendiamkan diri..
Mana tahu apa yang terjadi sebenarnya...

Kerana itu,
Dan kerana kejadian 2 bulan lalu...
Aku mengambil sikap bersendiri..
Aku menjadi orang lain...
Menjadi seorang yang pendiam
Menjadi seorang yang perahsia
Dan menjadi seorang yang betol2 berubah seperti sangkaan kalian..

Perit yang aku tanggung, menggunung dihati..
Siapa kata aku bhagia dengan keadaan itu
Siapa kata aku gembira menjadi orang lain..
Walang hati aku, aku pendam sendiri..

Norlidiawatie.. Kanda, maafkan aku...
Aku kehilangan selama 2 bulan!
Aku keseorangan selama 2 bulan!
Aku menjadi orang lain selama 6 bulan!
Keadaan yang memaksa aku untuk menurut kata hati!

Yang menjadi paparazi, aku harap, kau berhentilah bersikap begitu..
Sesuatu perkara itu, akan menjadi terlalu serius bila orang lain mendengar...
Silap aku terlalu mempercayai kau...
Mungkin kau hanya ingin bercerita kepada mereka, 
tapi soal peribadi aku janganlah dijaja sekali...

Porak peranda aku rasakan sekarang..



I blog with BE Write

Saturday, January 19, 2013

aku pon banyak masalah!

Jejak bertapak Ezu warkah 1/19/2013 09:53:00 PM 0 kata azimat
Listen! Listen! Listen!
When i speak, u listen!
Lets me speak now!

Haaaa...
Fenomena listen! Kelakar jugak bila tengok video tu..
Sakit hati, sewel dan semua perkataan yang tak baik terbit..

Bila mempolitikkan semua yang ada,
Tak kira dari sistem pendidikan hingga sistem kawin lain,
Tu la habuannya pada yang buta mata hati..
Buta mata, tak nampak x pe lagi..
Kalo dah buta hati, memang susah la nak paham apa yang orang kata..

Aku memang teruja nak komen pasal tu..
Teruja dengan speaker dia, teruja dengan student dia, dan teruja kepada pemberi soalan..


Biasalah student, kalo berdebat, nak menang je..
Lantang mulut tu bersuara..
Hebatnya dia, dia berani bersuara
Soalannya berdasarkan fakta.. 
Mungkin terdedah pada minor law, maka, tak dinafikan kebolehannya..

Kalo student di malaysia ni, diberikan hak untuk bersuara
Mungkin pemikiran meraka tak tepu..
Yes, ada pro n con..
Tapi tu biasa.. Masa muda ni la nak didik jiwa, semangat dan ehsan mereka untuk sayangi negara..
Auku bukan simbol student sayangkan negara!
Lawak tu.. Haha..

Kerana auku, mereka hanya diam menerima tanpa bantahan..
Akhirnya, mereka malas untuk ambik tahu kejadian yang terjadi..
Dan amik final just untuk dapat degree kelas pertama..
Bila bekerja, meraka angkuh dan kosong
Walau menjawat jawatan sebagai pegawai..
Sebab, tak pernah tahu apa terjadi dan cara untuk bersosial dengan orang ramai..

Tengok sendiri pegawai yang ada..
Semakin tinggi pangkat, semakin ego dan bongkak..

Cerita sedikit pengalaman aku..
Mungkin aku dulu terlalu aktif dalam persatuan dan kolej..
Bersama rakan yang lain..
Di situ saat perkenalan dengan manusia lain yang sangat berlainan dengan diri kita..

Aku belajar untuk memahami dan mengerti kehendak orang lain..
Begitu juga rakan yang lain..
Disitu, terpupuknya sikap toleransi, kasih sayang dan respect!

Bila masuk alam pekerjaan, masing2 bercerita tentang pengalaman lalu dan keadaan sekarang..
Mana yang menjadi pegawai atasan, mereka dihormati..
Mana yang jadi kuli macam aku, disayangi..
Kerana sikap dan sifat yang terbina selama berjauhan dari keluarga..
Cara berkomunikasi dan tanggungjawab yang berbeza, itu yang membezakan..

Mereka masih humble, masih caring dan masih menerima kekurangan orang lain..
Berlain sekali dengan rakan yang ulat buku..
Jauh sekali untuk beramah tamah dan berkomunikasi dengan baik..

Ya, tidak disalahkan..mungkin itu cara mereka..
Kita hanya perlu meraikan kejadian allah, terhadap orang sombong itu..hahah
Pengalaman seseorang, membawa dia melihat alam yang lebih luas..

Berbalik kepada cerita listen tadi,
Aku akui, mungkin speaker dia bertaraf o-level maka, dia tidak sesuai untuk menerima pendapat orang lain.
Dan yang lebih memalukan, akhlak dia kepada non muslim!
What are shame u!
Dah la tak respect orang, jawapan tak menepati soalan..
Lagi haru biru, jawapan macam orang tak pernah ada o-level! Mungkin zero level! Mana tahu!

Student dalam hall tu pon masalah..
Macam lalang..sekjap sokong member sendiri, sekejap sokong pempuan tu..
Aih, pelik...
Mungkin student tahun satu.. Ahhh.. Tahun satu ke, tahun akhir, apasal macam x de pendirian??
Dah tua bangka, takkan tak paham isu?? Ke main masuk je hall tu sebab terpaksa??
Takkan tak paham bahasa inggeris? Atau....
Memang dah buta mata hati??

Ya!!! Mereka lah bakal student yang akan jadi rakyat menerima sahaja!
Kerana yang menjawab soalan tu, kemain kemah keming bunyinya
Kerana yang menjawab tu, perempuan yang lebih berusia
Kerana yang menjawab soalan itu, nak bagi galaxy note pada akhirnya??

Listen ya!
Walaupon kamu memili PHD sekalipon, bila jawapan tu merapu, orang akan cakap kamu ke laut!
Apatah lagi bila berkomunikasi dengan remaja awal 20-an, bila tak reti nak kasihi dia,
Lebih2 lagi pada non muslim, U are TOO RUDE!
Tak payah bangga sangat dengan o-level yang kamu miliki
Tak payah kamu bangga sangat dengan jawatan yang kamu miliki
Dan tak payah bangga sangat dengan kehebatan mengetahui masalah haiwan, sedangkan, masalah hati kamu sendiri tak selesai...


Kesian.. Ahli politik yang sangat ujub ni, memang selalunya kurang akhlak..
Seperti yang sedia maklum, ahli politik biasanya memmiliki taraf pendidikan yang tak sampai PHD..
Kalo dapat sebarang anugerah pon atas ehsan universiti yang terbabit..

Jadi isu ke??? Ni hanya pendapat..
Kalo tak terima, x pe lah..


I blog with BE Write

Wednesday, January 16, 2013

kerana aku bukan siapa pon..

Jejak bertapak Ezu warkah 1/16/2013 12:38:00 AM 0 kata azimat
Lama giler tak update..
Mujur la tak gila..
Since dapat penyakit hari tu, kepala agak mereng...

Penyakit ape?
Bukan la ape pon, tapi..
Since rabu lepas, lepas je breakfast laksa,
Aku mengalami sakit tekak yang tibe2.. 
Dioarang beli kat penghulu cantik..
Walopon rasanya tidaklah sesedap nama tempatnye,
Tapi dah lapar, makan je la...
Sebenarnya, aku bukan ruwet dalam bab makan ni..
Sebab tu bedal je..

Lepas je makan, tekak aku pedih sangat..
Rasa macam kena sakit tekak..
Lepas je hahsolat zuhor, terus suara aku jadi parau dan besar gitusss...
Ala2 suara ramli sarip kau...haaaaaa..

Khamisnye plak, memang dah berubah la..
Ada yang kata seksi..haaaa itu pelik!
Ada yang tak bagi aku cakap.. Tapi aku boleh gelak2 lagi..
Tang tengahari, badan aku mula panas..Heh..tanda2 nak demam muncul..
Pe lagi, aku terus amik halfday..

Bukan aku p klinik,tapi aku bawak B, p klinik untuk service..haha
Sebab aku pikir nak ke pahang je..
Malamnye, aku kena demam teruk menggigil2..
Macam nak mati dah!
Ada satu kejadian time tu, aku masuk toilet..
Tibe2 alam gelap gelita..
Aku panik!
Ingatkan aku dah mati! Serius! Alam jadi sunyi sepi dan amat malap!
Tak lama tu, dengar makngah panggil!
Baru sedar, aku masih hidup! Hahahaha!



Jumaat tu, dengan rasa yang agak sengal ubi,
Aku drive balik sabak.. Hahaha..
Dengan pening2 lalat, gagah jugak bawak kreta..
Sampai je sabak, terus melepek tengah rumah..
Rasa macam weak sangat..

Sabtu, dari sabak aku ke KL.. Sabak-KL-Tanjung Gahai-KL-Usim-Sabak..
Menghantar sepupu bertunang..
Punyala jauh amat, lagi ceruk dari perkampungan orang asli..
Nak nangis aku drive tak sampai2..
Event p konvoi, aku sorang je pempuan yang bawak kreta..
5 buah kreta lagi sume lelaki..
Pakngah aku heboh tanya boleh ke tak.. Aku jawab je boleh.. Sebab aku tahu kemampuan B!
Ayah aku? Jadi mem besar.. Sakit je hati tengok dia terlentok kat sebelah!
Last2 aku suruh adik aku dok depan. Ada jugak la teman jadi co pilot..
Memang diorang respect cz aku boleh bawak p balik dalam  lapan jam.. Belom campor sabak lagi.. 10 jam!

Aku ingat, boleh la tido kat umah makngah malam tu..
Lepas je amik jannah kat usim, terus aku cakap nak tido situ..
Terus berubah air muka ibu ngan abah!
Hah! Nangis aku depan makngah! Amik kau!
Dia suruh amik jannah, aku amik.. event aku rasa aku weak sangat..
aku nak rehat semalaman pon tak boleh...
Penat aku! Alasan kesian kucing kat rumah!
Hey! Aku ni anak ke, drebar?
Ok fine, aku ikot je.. Balik malam tu jugak kol 11.. Hati aku membara tak terkata!
Penat seh.. Kudrat aku tak sama dengan lelaki..
Kalo aku anak jantan, x pe jugak..
Tak pe la.. Aku sedar diri..








Kenapa abah tak bawak? Aku dah suruh dia bawak dari sabak sampai kL.. Dia tak nak..
Time nak balik dia offer nak bawak dari kuala selangor ke sabak..
Memang aku tak bagi! Alang2 dah nak sampai, biar aku bawak je.. Sakit nyawa aku!

Hari ahad, seharian aku tido.. Aku terlalu wea sangat..kebetulan hujan je seharian..
Memang membuta la aku.. Malamnye, aku demam balik..
Teruk plak aku rasa sekarang..

Isnin pon, aku tido..pesal tah... Pagi dah elok,
Malam panas badan balik.. Petang tu p buat allingment n blancing B..
Ingatkan nak balik seremban selasa pagi,
Tapi aku tak larat nak drive subuh2 tu..
Terus aku amik el.. Teruk betol..

Then, kol 11 tadi baru bertolak balik seremban..
Pelahan je aku bawak..

So, esok kerja.. Badan aku ni masih panas lagi..
Batok pon, biasa je sejak hari tu..
Cuma aku je tak tau bile nak p klinik..

Aku memang tak suka p klinik!Nanti dia bagi ubat je pon..
Menghabiskan duit aku ada la..


I blog with BE Write

Sunday, January 06, 2013

bakal suami aku ustaz??

Jejak bertapak Ezu warkah 1/06/2013 02:59:00 PM 0 kata azimat
Melayan novel..
Perkara yang ditinggalkan sejak 4 tahun lalu..
Sejak keluar dari Utm..
Mengadekan.. Time nak study, kemain lagi beli novel..
Dah kerja, x teringin plak nak membaca kan...

Tahu novel ape yang aku baca sekarang? Yang tak habis2 dari hari khamis hari tu?
"Suami aku ustaz"
Macam geli geleman je nak tulis..
Tapi buku tu la yang aku hadap tak hadap 4 hari ni..

Tajuk blog kemain hot kan..
sekali novel la....hahhahahah!!!

Buku tu, aku rasa dah keluar tahun lepas..
Pernah la jugak aku nampak kat kedai buku kal kL..
Sekadar tengok..
Nak baca sinopsis pon tak teringin..
Baca tajuk pon dah mual..eeee...

Dalam eeee tu, tahun ni aku jumpa kt seremban plak..
Ape punya lambat la penghantaran ke branch..
Setahun dah buku tu kat kL..
Kat seremban baru sampai berkotak2...
Eh..aku bukan kerja kat kedai buku tu..
Kebetulan masuk popular aeon seremban dua hari tu, banyak buku sampai...
Sekali tengok, banyak buku yang aku beli tahun 2010, baru sampai..
Emmm... Lembab! Orang dah sampai bintang kejora, diorang baru nak belajar pasal kejora..

So pe lagi, aku ni tergedik2 plak nak beli buku ni..
Aku naik pelik dengan diri aku...
Kemain lagi meronta2 nak beli, dulu pandang pon tak nak...
Hari khamis hari tu, jadilah buku tu hak milik aku..


Amboi, bila dah lama tak baca novel, aku rasa buku ni perli aku..
80% perangai budak perempuan ni kene atas bahu aku..
Erghhhh...
Dengan pemalas bertan2, tak pandai masak, menjawab, memang sebijik..

Aku harap, benda macam ni x jadi dalam hidup aku..
Masak weeiiiii dapat laki ustaz...
Lagi la kalo jenis ustaz yang memang ortodok...
Pergghhh... Mau pakai purdah aku...selubung satu badan...

Tak de la aku nak hina ustaz2 dan pempuan yang berpurdah ni...
Bagus, baik dan sangat mulia..
Dan jauh kat sudut hati, biarlah aku dapat sorang suami yang dapat ajak aku ke jalan Allah..
Tak mahu la ustaz yang ortodok yang macam aku pernah kenal sebelom ni...
Haishhh rigid!

Kalo orang biasa dan sifat macam ustaz tu ok...
Tapi, aku risau dengan perangai aku yang terjal ni,
Yang sengal mengal ni, yang kuat melawan, 
kepala batu dan segala macam pakej lengkap yang tak elok pada aku ni
Masak dia nak betolkan aku... Silap2 dia surrender, terus ikot perangai aku.....Haaaaaaa kauuuu.....
Aku plak yang masak...... Hangus rentung bagai....
Elok2 dia dapat masok syurga, aku plak tarik dia p neraka..
Haissshhhh... Kesian...

Nampak tak kat sini??
Aku memilih....nak super duper perfect?!?
Dia buat tak boleh, aku buat tak pe....
Kau kurang tak boleh, aku kurang tak pe... Haaaaaaa... 

Hai zulaikha, kata azam pertama nak jadi perempuan solehah..
Hah! Bila lagi nak buat!!
Cakap kemain berdegar2...
Pelaksanaan???

Eh, lately ni, aku memang rasa aku sangat memilih..
Kenapa eh...
Lain macam dah selera aku..
Macam la aku ni bagosssss sangattttt!!
Hahahhaha!

Tapi kalo dapat orang yang perfect tu ok jugak kan...
Sape yang tak nak dapat laki super duper perfect..
Doa banyak2...
Macam ustaz azhar pernah nasihatkan,
Kalo kite nak seseorang tu, kita doa je..
Insyaallah... Kalo allah tak bagi dia, allah akan bagi yang lebih terbaik untuk kita..

Zizan rajalawak tu pon, ok kan... Hahaha! Contoh ok...contoh...


I blog with BE Write

Saturday, January 05, 2013

selepas seminggu 2013

Jejak bertapak Ezu warkah 1/05/2013 09:23:00 PM 0 kata azimat
Seminggu sudah awal tahun 2013 berlalu..
Aku masih sihat dan memulakan awal tahun baru dengan penuh rasa kesyukuran..
Perlukan azam ke?
Setiap tahun ada azam yang selalu diperbaharui..

Tahun ni, aku nak berusaha jadi wanita solehah!
Yup.. Walaupon dressing aku semakin dasyat (aku sedar),
Aku harap, Iman, islam dan ihsan aku semakin bertambah...
Insyaa allah, aku akan jadi yang terbaik untuk diri aku..
Dak de lagi sifat terasa hati, x de lagi sifat kecik hati, xde lagi rasa malas..(Termasuk ke?? Boleh la..)

Keduanya, aku berazam nak buat duit lebih tahun ni..
Walau apa pon jadi, aku kena usaha untuk tambah pendapatan..
Makin hari, aku semakin boros rasanya..
Seminggu boleh habis rm200... Naya kalo macam ni...

Ketiga, aku nak enjoy sakan tahun ni..
Apa yang bakal jadi tu, pandai2 la aku preparekan..
Enjoy dengan kehidupan, enjoy dengan perasaan, enjoy dengan kerja..
Enjoy dengan kerja??? Owhhhh... Semoga aku ikhlas...

Last sekali, aku nak kawen..
Azam yang aku baharui setiap tahun tanpa ada usaha!
Serius.. Aku nak kawen.. Tahun ni aku dah 27 tahun, tuan2 dan puan2!!
Hahaha.. 27???? 
Rasa macam tak sedia lagi nak kawen sebenarnye..
Memang zero.. Kalo dulu mungkin tak sabar nak kawen..
Tapi tahun ni, memang x rasa dah.. 
Mana nak handle sifat kebudak2 aku,, mana nak handle kerimasan aku dengar benda yang hisisng2
Mana nak hanlde aku yang selalu tido je kerjanya, mana nak handle sikap malas yang semakin menjadi2...
Sebab tu, kawen ni, jadi azam last! 
Aku tak boleh pikir kalo aku jadi isteri orang! Mati kebulor anak orang tu..
Lagi2 kalo ustaz!!!

Apa yang jadi, aku harap, tahun ni tahun yang terbaik untuk aku dan semua ahli keluarga aku..
Semoga yang baik2 juga untuk kalian...




I blog with BE Write

 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review