"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Tuesday, September 01, 2009

terlalu mencintai mu

Jejak bertapak Ezu warkah 9/01/2009 10:56:00 AM
1] Aku yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa aku mencintai kamu. aku juga tidak mengharap cinta dibalas. Yang aku tahu di hati dan mata hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, aku tidak perduli! Bagi ku yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impian.- wahh, bahaya ni...

3] aku yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya, di hati dan mata kamu selalu yang terbaik.

4] aku yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini.
5] aku yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS 'selamat pagi', 'selamat malam', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas. kerana dengan kiriman SMS itu lah aku menyatakan cinta.

6] Jika kamu menyambut ulangtahun kelahiran, setidak-tidaknya aku akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] aku yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang di lalui bersama. bahkan mungkin kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuk aku. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] aku yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana aku menyematkan kata-kata mu di hati, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan pada ku, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan aku yang mencintai kamu.

9] aku yang mencintai kamu akan belajar menggemari apa kegemaran kamu.walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya aku berjaya.

10] aku akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu kerana aku bimbangkan tentang kamu.

11] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripada aku atau memberi reaksi menolak, aku akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu,walaupun hal itu membunuh hati ku..

12] Jika suatu saat aku merindui mu dan ingin mengambil semula kesempatan adakah kau akan menunggu ku?kerana sebenarnya aku tak pernah mencari orang lain.aku sentiasa menunggu kamu.

13] aku yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberi sebab dan alasan, walaupun hatia ku meronta ingin mengetahui, kerana aku tidak mahu kamu terbeban dengan karenah ku. saat kau pinta aku berlalu,aku pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana aku benar-benar mengerti apa itu cinta.

**************kerana aku terlalu mencintai mu*******************

1 kata azimat:

rabiatul adawiyah said...

cinta jgn cuba di elak atau dilupakan kerana itu akan lebih mengingatkan bahkan boleh terpahat.

akak ada jumpa buku best. Mensyukuri Musibah krgn imam ibnu qayyim al jauziyah. best. doakan akak juga

 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review