"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Sunday, July 29, 2012

Percaya jodohku denganmu..

Jejak bertapak Ezu warkah 7/29/2012 12:01:00 AM
Hari ni hari ke 7 ramadhan.. Syukur.. Allah masih berikan nafas untuk memperbaharui taubat dan memakbulkan doa.

Ramadhan ni, bulan rahmat, bulan keampunan, bulan ketenangan, bulan rezeki dan segala nikmat yang ada.. Suka sangat!!! Saat ramadhan datang, rasa x ingin dia pergi.. Syukur masih dipertemukan ramadhan tahun ini.. Sukar dibayangkan dengan kata- kata nikmatnya pada insan yang menghayati.. Rasa ringan, rasa rajin, rasa bahagia, rasa damai, segala macam rasa yang ada.. Menjalani hari ke hari dengan penuh ikhlas dan redha.. Entahlah... Tapi itu yang dirasakan.. Tenang benar hati ni.. ;))

Dan ada doa untuk seseorang.. ;)) hati ni berbunga saat mengingati dia.. Hati ini rasa tenang bila mendoakan dia. Cintakah??? Hahaha.. Rasa macam janggal dan geli pulak bila sebut cinta ni.. ;)) tapi kalau dia yang terbaik, insyaallah, dialah peneman yang terbaik sepanjang perjalanan hidup ni dunia dan akhirat.. Kalau bukan, kita berserah sahaja dengan penuh kesyukuran.. Ada yang lebih baik dari dia.. "nak dapat yang soleh, kena jadi solehah dlu.. Untuk dapatkan yang terbaik, ada pengorbanan diperlukan"

Benar, ada rasa rindu diserambi jiwa, ada rasa cinta jauh di kolam hati, ada rasa kasih bersalut sayang, ada rasa hormat sanjungan terulung, ada rasa tenang bersulam redha, moga tuhan merestui... ;)) lain benar rasa ini..

Istikharah... Mimpi/gerak hati/tindakan.. Terkadang kita mohon jawapan dari Dia.. Tapi Dia berikan penyelesaian melalui timbang tara agar kita dapat memilih dan menilai dengan akal serta mata hati bukan dengan nafsu semata..

Agar sukar seorang perempuan untuk
Memilih.. Kerana pilihan itulah yang akan menjadi pendampingnya dunia akhirat.. Tiada dua, tiga atau empat seperti lelaki setelah lafaz nikah dimeterai... ;))

Awak... Moga jawapan itu akan memberikan kebaikan antara kita tidak kira samada positif atau negatif..;)) Allah itu Maha Tahu..

0 kata azimat:

 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review