"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Monday, July 09, 2012

Terima kasih :))

Jejak bertapak Ezu warkah 7/09/2012 12:44:00 AM
Alhamdulillah... Baru selamat tiba di seremban.. Tadi atas highway pada jam 8 malam dari MS Garden Hotel Kuantan.. Wah... Ayat skema kau!!! Haha

Atas urusan ilmu dan semangat, maka bermusafirlah aku bersama sahabat seperjuangan yang lain ke sana.. Penat usah dikira, andai pulangan bayarannya berganda- ganda!!! :)))

Nowdays , wah speaking paris you!! Hehe.. Aura tadi lah punya cerita!! Ramai yang perasan kebahagiaan aku! Katanya dari sinar wajah, kata yang lain pula, dari bentuk badan, kata yang lain lagi, dari segi material, dari lain- lain hal, usah di kira sementelah LV dan iPad di genggaman!

Rezeki Allah untuk aku dan keluarga! :)) maka dikongsikan kegembiraan itu dengan raut wajah yang ceria.. Satu sahaja rahsianya, ada pendorong pembangkit semangat disekeliling aku!!

Aku sendiri terasa perubahan dalam diri.. Yang dahulunya kurang semangat, kembali bersemangat.. Yang dulu pendiam, sekarang bising, yang hampir hilang semangat, kembali menjana keyakinan diri, yang sangat penakutt kini menjadi insan yang sangat berani berbanding dulu! Tahniah pada diri aku!

Tapi yang paling penting, zahara!!! Terima kasih yunk!!! Jasa mu tak terbalas!! Semoga Allah memberikan rezeki yang lebih baik dari sekarang dan hidup dalam keredhaan Allah!!

0 kata azimat:

 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review