"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Friday, November 30, 2012

Moga tidak Bosan..

Jejak bertapak Ezu warkah 11/30/2012 07:56:00 PM 0 kata azimat
Bosan itu kehidupan..
Bukan dinamakan kehidupan bila tiada secebis kebosanan..
Tarkadang bukan secebis kebosanan.. Tapi bercebis2..

Takanan, masalah dan benda2 yang entah apa hadir...
Lama kelamaan, kebosanan melayan semua yang datang...

Mungkin aku perlu mencari semula identiti yang hilang..
Atau mungkin, kita perlu menjauhkan diri dari kehidupan sekarang??
Entah ye...

Aku tak tahu kat mana lagi nak hilangkan kebosanan yang melanda..
Betol kata dia..
Cari program luar, kewan dengan orang lain...
Pedulikan apa yang orang kata... 
Takkan nak jadi anak dara kampung yang duduk kat rumah menunggu pinangan orang..
Memang agak sentap bunyinya!!!

Aku perlu pikirkan apa yang dia kata, dan apa yang orang lain kata..

Aku kena keluar dari rumah ni secepat mungkin!

Ahaha.. Nampak macam nak lari dari rumah..
Tapi hakikatnya, aku rasa aku lagi bebas duduk dengan ibu n abah berbanding duduk dengan nenek dan pakcik makcik..
Tuhan je yang tahu..
Apa yang dibuat serba tak kena..
Salah sikit, cerita tetang aku akan tersebar ke seluruh kampung..



Mulut orang tak boleh nak tutup..
Tapi diorang belom dengar mulut aku berkata..
Jalan terbaik adalah berdiam diri sahaja..

Rutin harian hari isnin:
Bangun tido, p kerja, merayau, balik kerja, duduk dalam bilik, tido.
Rutin harian hari selasa :
Bangun tido, p kerja, merayau, balik kerja, duduk dalam bilik, tido.
Rutin harian rabu, khamis dan jumaat :
Bangun tido, p kerja, merayau, balik kerja, duduk dalam bilik, tido.
Rutin hari sabtu dan ahad :
Bagun, sarapan, tido, tengok tv, tido. Kalo dah bosan sangat, memang aku keluar. Macam2 alasan yang aku buat..

Keluar rumah salah, duduk terperap salah, tak masak salah, makan salah..

Ok senang cite, memang aku buat perangai malas sekarang.. Semua tak boleh..

Betol kata ibu: ko tau la nanti bile ko duduk dengan nenek ko.. Ibu dah rasa.. (Betol ibu!!!)

Nak pindah... Tapi abah tak bagi.. Abah suruh tunggu.. Nanti mahkamah dah siap, baru boleh pindah... Tak sesuai nak keluar rumah tu sekarang... Hurmmmmmm.....

Au bosan bosan bosan dengan semua ni.......


Semoga ada yang terbaik untuk aku...




I blog with BE Write

Monday, November 26, 2012

Dia pemilik hatiku...

Jejak bertapak Ezu warkah 11/26/2012 09:47:00 PM 0 kata azimat
Walau langit itu semakin mendung...
Awan semakin tebal menampung air...
Kalau bukan disitu turunnya hujan...
Ia akan berlalu pegi...

Sunnatullah itu benar..
Perancangan hebat yang Maha Kuasa..
Bukan sesuatu yang sia-sia..
Hikmah terbaik untuk setiap yang tercipta..

Hidup dalam dunia ni, kita harus meraikan kepelbagaian sikap dan sifat manusia..
Seperti yang selalu aku khabarkan sebelum ni..
Orang akan menerima kebaikan kita dengan mudah... 
Tapi bukan mudah untuk orang menerima keburukan kita..

Tak dinafikan, fitrah manusia...waima jahat kutuk macam mana sekalipon
Mesti dia suka pada kebaikan, kelembutan, dan segala barang baik punye...

Dan! 
 Sebenarnya, kita juga memang tak boleh menerima keburukan orang!
Betol atau tidak??
Aku juga manusia seperti kamu.. Masakan aku mampu berbohong...



Kembali pada diri sendiri..

Muhasabah tentang diri...
Apa hebat sangat kita dibumi ni sehingga angkuh dengan kelebihan diri?
Apa handal benar kita dibumi ni sehingga kita menolak pertolongan orang?
Apa mulia benar kita di bumi ni hingga kita paksa orang sanjungi kita??

Aku akui aku semakin bosan dengan rutin harian..
Aku makin tak bermaya untuk membuat kerja yang sama saban masa..
Aku menjadi semakin sensetif dengan tindakan orang lain!

Apakah faktor usia menjadikan aku semakin tidak setabil?
Atau rembesan hormon aku semakin tidak sempurna?

Monolog aku mungkin tiada jawapan..
Hanya kembalikan dan serahkan pada Khaliq ku sendiri..
Dia yang menjadikan.. Dia yang mengaturkan...
Kejadian setiap manusia itu bukan sia-sia...



I blog with BE Write

Sunday, November 25, 2012

tak tau tajok!

Jejak bertapak Ezu warkah 11/25/2012 10:00:00 AM 0 kata azimat
Eh... Pukul satu pagi suda...
Mata tak mau terlelap...
Mungkin banyak tido...
Atau mungkin banyak berangan..

Lame betol tak update blog ni..
Malas nak menaip..
Yang rajinnye tido..
Tido, sambung tido dan terus tido...
Memang paling rajin dan paling efektif untuk aku..
Haila.... Bak kata atok..

Aku tak tau pe yang aku pikir sekarang..
Aku nak p jauh la dari sini...
Macam bosan je dok negeri sembilan ni lama2...
Kerja yang sama..
Kawan yang sama...
Bosan betol la....
Tak fun langsung!!
Memang bosan tahap infiniti dah ni...lagi2 hujung tahun ni..
Nak cuti je kejenye...

Nak dating, pakwe takde..
Nak kawen, orang tak nak...
Nak tido, memang tu je la kerja paling senang buat..
Tapi bosan la plak x de benda yang mengubah hidup ni...
3 tahun buat benda yang sama, x de perubahan langsung... 
Makin teruk adalah.. 

Pe nak buat? 
Berangan dah puas.. Menghadap internet dah puas..
Tido pon dah agak puas... Po laie kan...

Time bosan ni, macam rasa yang ada..
Rasa nak melompat, nak joget, nak melalak, nak guling2
Macam2 rasa tau tak!
Haila... Nak marah pon ada!!!

Betol la x stabil dah aku ni...

Semoga allah melindungi aku dari melakukan perkara2 yang sumbang
Serta perkara2 yang tidak bermanfaat!
Back to Him.. Always to him.. He know me deeply...



I blog with BE Write

Friday, November 16, 2012

Telok Batik mengukir kenangan...

Jejak bertapak Ezu warkah 11/16/2012 10:03:00 PM 0 kata azimat
Sehari selepas 1000 kes di Cameron,
Aku masih bersama dengan raja..
Tidak dengan ibu aku atau mak dia..
Bonda kami malas ingin mengikut serta..
Banyak kerja katanya..

Maka kami yang tiada halu tuju untuk hidup
Telah mengambil keputusan untuk ke telok batik keesokan harinya.

Maka, kami bertolak jam 6.30 pagi
Sama seperti ke cameron juga..
Kali ni raja yang drive..
Badan aku terasa sengal memandu seharian semalam..

Sampai di telok batik tepat jam 8.
Syukur.. Masih kurang umat manusia yang bangun pagi.
Maka, kami berdualah insan melayu islam perempuan bertudung,
Terjun ke laut pagi2 buta..
Sekitar kami hanya ada sekumpulan india yang sedang bermandi manda..

Menanti kehadiran penjaga banana boat, marble boat n boat..

Maka dengan semangatnye mengambil banana boat!
Kombinasi kami dan orang india tu..
Maka, meluncurlah banana boat tu ke tengah lautan..
Tapi kami minta dijatuhkan di tepi..bukan di tengah!
Perempuan india tu, dah menjerit2.. 
Aku dengan raja rilek je.. Pandang kiri kanan.. Gelak2..
Aku tanya raja "perlu ke jerit2?" Dia gelak.. 
Memang x de ape.. Budak yang jaga banana boat tu duduk belakang aku..
Dia siap meluncur atas air.. Jeles ok!

Sampai saat untuk dia jatuhkan kitorang, 
Bot berhenti.. Dan tiba2 bot ditarik kuat, budak belakang aku jatuhkan aku..
Pergghhhh!! Jatuh mengiring sebelah kanan sampai menelan air..
Sempat aku pikir, aku pegang raja, kot aku lemas karang dia pon lemas..
Aku lepaskan pegangan aku.. Sempat jugak aku cakap dalam hati 
"banyak aku minum ni"  masinnya air laut tu, x yah bayang!
Yearkkkk! Dah la jatuh dekat dengan orang tengah mandi..
Kot tertelan yang bukan2 tak ke parah!
Dapat je keluar dari air, aku denganraja batuk x henti2..
Perit tekak!
Rupanya, raja sempat sujud dalam air! Hahahah!
Mujur x ape2!

Lepas tu, p mintak plak main marble boat!
Dapat diskaun dari adik2 tu..
Hehe.. 
Aku dengan raja je.. Budak yang dok belakang aku, ikot sekali.. Dok tengah2..
Benda tu naik 3 orang.. Dah datang berdua, nak cari sape lagi..

Ok..dengan bangganya, pemandu tu bawak.. Kami mintak sederhana je..
Tapi aku rasa dia bawak laju..
Sebab, mula2 ok je dia bawak.. Kitorang x de la menjerit.. Rilex je pandang kiri kanan..
Macam x de perasaan ok!
Dia start bawak laju.. Dah terjongket2 bontot aku.. Macam nak jatuh sistem peranakan rasanya..
Tengok kitorang diam lagi.. Dok gelak2.. Adik tu cakap " gelak kak, gelak" 
Sampai la dah nak berhenti, tetiba bot disentap kuat! Terkejot aku..
Laju gila dia bawak kali last ni! Nak tertanggal kepala aku!
Budak ni sakit hati kot kitorang tak menjerit! 
Sebab, time dia bawak boat, dia pandang kitorang!
Hahahaha! Serius.. Macam orang x de perasaan! Gelak je...

Dah habis marble boat, baru la cari boat...
Memang x mencabar.. Tapi, selagi ada, selagi tu la aku nak try..
Memang untung siapa yang niaga dengan aku..

Rupanya kami menjadi perhatian! Hahaha!
Asal sattle je aktiviti, diorang akan tanya, ok ke tak..tak takot ke..
Hahaha.. Memang fun kali ni..
Tapi rasa rugi je tak menjerit!

Gambar dalam air x de.. Sebab x de sape nak amik gambar..
Dua2 dahterjun dalam air, camne nak amik gambar..
Gambar yang ada ni, gambar lepas habis aktiviti..

Dalam kol 10, kitorang dah sattle.
Bahagia bila toilet tak ramai orang..
Siap makeup n jalan2...


Paling menyampah, tempat ya g aku nak amik gambar tu..
Sampai situ, x de plak makhlukyang lalu lalang 
Pegang je henpon nak amik gambar, sorang2 lalu!

Haish! Rimas plak aku!
Tadi x de orang! Time aku je, ramai lak peminat!
Raja suruh buang ilmu yang aku pakai! Hahahaha!
Ilmu ape la plak kan...



I blog with BE Write

Cameron Yang Mengundang 1000 kisah!

Jejak bertapak Ezu warkah 11/16/2012 10:02:00 PM 0 kata azimat
Bercuti adalah satu anugerah yang terindah..

Katakan pada sesiapa sahaja, semua akan mengaku..
Bercuti adalah hal paling indah dalam hidup..
Tak kira lah, bercuti di kawasan peranginan, bercuti di tempat2 shopping
Atau bercuti hanya dengan duduk dirumah berlingkar dalam selimut..

Aku start cuti hari selasa.. Kebetulan cuti tersepit..
Maka, dengan bangganya, aku cuti sampai ahad ni..
Ishh.. Esok sudah sabtu..  Masa mencemburui aku...
Ingin sangat rasanya dapat ke mekah menunaikan umrah..
Oppsss... Cerita jauh tersasar..

Aku kena saman trafik kat cameron hari tu..
Ermmm...parking kat depan kea farm..
Dah ramai sangat orang parking situ, aku pon parking la..
Syok2 kuar dari kea farm, aku nampak polis..
Ahhh... Sudah...
Nah!!!! Amik kau! Memang aku kena saman!
Spoil mood aku.. Terus je aku aku kuar dari cameron kol 1 petang..



P sana dengan raja n ibu..
Memang dah niat nak bawak ibu p sana..
Niat dah baik, tapi dapat hadiah plak dari sana.. Nangis!

Sebelom tu, ada satu kisah lucu..
Punya la kelam kabut sebab minyak kereta dah tinggal 1 bar sebelom sampai Tanah Rata..
Sampai je sana, terus la cari petrol pum..
Petronas je yang ada.. Tak pe la.. Hantam je la..
Dan dek kerana masih ada sisa kelam kabut, aku matikan enjin n tarik kunci kereta..
Biasanya, kunci tu aku masukkan dalam poket.. Tapi poket seluar ni lain macam..
Aku guna seluar jeans adik aku.. Mungkin tak biasa pakai jeans.. Dengan longgar, londeh, macam2..

Kunci aku letak kat atas bonet belah atas.. Kebetulan raja cari barang dia..
Aku terus isi minyak.. Dia terus tutup bonet.. Dah selesai isi minyak, aku nak start enjin nak alih kereta..
Nauzubillah! Kunci aku dalam bonet.. Nak bukak bonet dari depan, dah tak boleh! X fungsi dah!

Alamak aiii.. Banyak kereta plak tu..
Aku bleh terkial2 dok mengorek kunci tu dari luar..
Mintak tolong dgn orang petrol pum tu, lambat plak..
Orang dah pandang2 aku..
Mak aku baru keluar toilet, raja tak muncul2.. Bertambah kalut aku!

Mintak tolong orang lain.. Dia tak tau..
Pastu ada orang tanya kenapa.. Dia tolong bukakkan sit belakang nak amik kunci..
Rupanya, sit belakang x leh bukak..
Orang lain plak datang tengok..dia p tolong carikan dawai nak korek kunci..
Akhirnye dapat! 
Syukur! Ada la dalam 4 orang lelaki... Huhu..
Adoyai pempuan cantik!!! Memalukan saja! 
Jenuh cakap maaf dan terima kasih...


Macam2 kan.. Dulu, orang yang bawak..
P kol 2 pagi dari kL..
Maka, sempatla solat subuh kat surau brinchang..p ladang teh..
Kali ni p sana bawak ibu.. Dari sabak..
Keluar tol bidor.. Kol 8 pagi..
Kol 10 sampai kea farm..
Kol 12 .30 kene saman!

Hidup yang kadang kala diuji dengan ujian ni,
Memang sangat merimaskan sebenarnya..
Tapi kembali pada aturan hidup Ilahi.. Mungkin ada dosa yang tak terhapus lagi..


I blog with BE Write

Friday, November 09, 2012

bolehkah aku mendapat teman hidup

Jejak bertapak Ezu warkah 11/09/2012 07:47:00 PM 0 kata azimat

Sunyi adalah ruang keresahan.
Hati menjerit pilu.
Keresahan yang menerbitkan penderitaan.
Semakin layu dibuai lelah.

Aku tak mencari yang maha sempurna
Krn aku juga tak mampu untuk mjadi yg maha sempurna.
Cukup sekadar dia mampu mencintai kedua org tua ku serta menyayangi aku seumur hidupnya.

Aku tahu,bukan mudah utk aku mendapatkn walau apa yg  aku minta nampak mudah.
Tapi,aku tahu aku tak mampu memiliki krn aku rasa aku tak mampu menyayangi dan mcintai dia dan org tuanya..krn,aku rasa akulah manusia yang paling ego sekali dlm dunia ni.
Andai boleh dia menyentuh hati dgn getaran yg paling lembut utk aku,mana tahu hati akan terbuka..

Entahlah..
Semakin tua,rasa semakin sensetip ulu hati.
Yang lain sudah berteman, sedang aku masih sendiri mengharap ihsan ilahi agar memberikan aku teman hidup dan anak2 untk aku menikmati alam rumahtangga dgn penuh kasih syang..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, November 02, 2012

Hati Ku Tertinggal Di Vietnam!

Jejak bertapak Ezu warkah 11/02/2012 05:02:00 PM 0 kata azimat
Khamis 25 Okt 2012

Memulakan pengembaraan ke negara Vietnam.
Jujur sekali aku katakan, ni kali pertama aku menjejakan kaki ke negara orang.
Menjejakkan kaki ke dalam kapal terbang! 
Bertolak dari Keramat jam 8 pagi bersama ajun, mami n sue.
Sampai di LCCT jam 9.30. Kereta aku tinggal kat rumah bibik ajun.
Sattle semua urusan, jam 12.30 aku sudah berada di langit biru bersama 2 krew TV AlHijrah..

Perasaan yang ada ketika tu, masyaallah!! Sangat teruja!
Aku tersenyum dan tersengih sambil memuji2 kebesaran tuhan!
Allahu akbar! Setelah 26 tahun, akhirnya aku berjaya ke negara orang!


Sampai di terminal Saigon, kami dijemput oleh Ust. Abdul Rahman.
Alhamdulillah!
Sampai dah!!! Masa untuk melupakan semua kenangan pahit 
Dan buang segala harapan yang tak masuk akal.

Suasana di sini.. Nauzubillah!
To crowded dengan motosikal, lori dan habuk.
Bersyukur lagi duduk di Malaysia..


Ah! Tidak2.... Aku kene serasikan diri untuk beberapa hari yang sangat suntuk ni..
Maka, aku redha..
Redha tak redha, mulut menyumpah jugak bila toilet kat rnr hanya sediakan tisu!

Terus bertolak ke Ninh Thuan. Perjalanan sejauh 200km selama 8jam!
Owh! Rupanya dalam van tu ada juga dari Alif Consultan.
Tak dinafikan, perjalanan yang panjang ni, membuatkan mata semakin tertutup.
Sampai di rumah anak murid ustaz rahmann aku terus berbuka puasa.. Jam 5.30pm.
Matahari semakin gelap dan baki perjalanan adalah sejauh 100km selama 4 jam!

Sampai di hotel Ninh Thuan, jam 12... 
Mata semakin layu akibat kepenatan berada dalam van dgn keadaan jalan yang teruk.

Jumaat 26 Okt 2012

Salam eid adha!
Seawal jam 7 pagi telah bertolak ke Ninh Thuan untuk melakasanakan ibadah korban.
X sempat nak solat hari raya berjamaah.. Sebab dah lambat sangat. Maka, solat la sensorang..
Takbirnya pon biasa dan tegas! X de terlenggok2 macam kat malaysia.
Thats great! Macam tu la!
Memang x ingat dah malaysia.. Best je rasa.

Selepas tu kami dijamu dengan makanan untuk sarapan pagi..
Su'un Sup, roti cicah telur dan kopi pekat!
Tekak mula2 x boleh terima.
Tapi makan jugak.. 
Rasa x jauh beza dengan malaysia..cuma ada tambahan lada hitam dan limau nipis dalan masakan.


Selepas makan, barulah kami membuat korban.
Ish, agak kasar diaorang buat lembu tu..
Disebat2.. Sedih aku tengok binatang yang nak menghadap tuhan mcm terseksa.
Yang kat sini ok lagi..
Kat masjid satu lagi, memang x sanggup tengok.
Ditarik2, disebat2, ditolak2, disepak2..
Allah...nak gugur air mata! Jadi kesian sudahnya tengok lembu tu..
Sebab tu aku x suka tengok binatang kena sembelih!
Pakcik2 aku buat, ok je.. X yah nak sebat ke apa ke..


Lepas selesai, kami pulang ke ho chi minh.
Singgah di po klong ngrai..
Sila search gambar sendiri..
Just tengok peniggalan khazanah lama macam kat melaka tu..


Malam baru sampai di ngan ha hotel..
Membuta sampai ke pagi..

Sabtu 27 Okt 2012

Pukul 7 bertolak ke delta mekong.
Sampai sana je, terus naik bot. Masa tu orang tak ramai sangat..
Kire ok dan bebas jugak la..
Tengok cara buat gula2 kelapa, minum air madu asli ngan limau, makan buah2 sambil ada orang nyanyi2..haha
Lepas tu, naik sampan untuk keluar dari situ..
Best2.. Pengalaman masa kecik berulang lagi..


Lepas makan kat restoran nelayan kat sana, terus balik ke pelabuhan.
Shopping.. Tengah cari barang nak beli, tetibe ada orang lelaki panggil
'Zu...' Ah sudah, sape plak yang kenal aku kat sini.. Aku berpaling.. La..encik ali.. Camne plak dia tau nama aku..
Au macam konfius kejap..hahhaha.. Terus dia cakap 'beg ni murah' hahaha..
En. Ali tu, adik ipar ust. Tlg guide sebab ust sebok dengan urusan korban.
5usd untuk beg besar!
Aku terus grab je.. Kalo nak banding dengan ben than, kat sini lagi murah! Menyesal x borong banyak2!!!
Erghhhh!!!
Beli baju abah ngan adik. Satu 15usd..jadi 30usd la..lawa!

Lepas tu terus p umah ustaz!
Beli kain telekong ngan kain!
Beli 11 helai kain, sold out kat opis...aku dah amik dua.haha
Telekong 6 helai pon sold out kat opis, aku dah amik dua.
Aku la.. Kalo jadi menantu ustaz ni, memang aku jual kain je!!

Anak laki dia hensem!!! Budak pondok kot.. Air muka tenang je! Memang holeh jatoh cinta kalo tenung lama2..
Dah la menginding je kat aku! Hahai!
Dia suruh amik telekong warna biru, aku xnak.. Cz telekong tu harga mahal sikit dari yang aku amik.
Sampai dia geram, dia campak telekong tu kat aku.. Mak dia gelak je.. Aku dah nak guling2 gelak! Nak bagi free x pe gak!

Lastnye, aku dapat kurung pasang warna kuning n baju jubah untuk ibu..
Masa aku sarung baju tu, dia ok je..setuju je ape yang aku pilih..
Wah!! Dah macam laki aku plak! Redha meredhai! Hahah

Masa sesi nak membayar, dia duduk sebelah aku..sedangkan sebelah aku penuh dengan kain.
Dia ketepikan semua kain, dia dok rapat dengan aku..aku diam je la..
Nak sembang apanye.. Sorang angsa sorang itik.. Azab nak paham!
Siap bagi air kat aku..hahah! Sudah!! Ni kalo orang malaysia, aku dah suruh dia masuk pinang aku! Haha

Ok tutup cerita! Tapi yang dikesalkan x tau nama n tak amik gambar! 

Balik je dari umah ustaz, p pasar malam plak!!
Berjalan, beli luggage satu lagi.. Memang berlebih 20kg..hurmm, bayar je la..
Samsonite dengan harga 45usd. Ok kan!!! Memang murah!
Lepas beli pon kene ngorat! Sebok tanye umur aku..

Ahad 28 Okt 2012

Eh, dah nak balik!! Aku macam mimpi! Kenapa awal sangat! Huaaaa.. X leh lama lagi ke???
Ermm..
Kol 7 am, bertolak ke Chu Chi Tunnel.. Sampai sana pon x ade orang lagi..
Dengan enjoi n bebas masok sana.
Try masuk terowong.. Mulut aku heboh dok cakap 'menyesal aku masuk' sebab kene bongkok sepanjang jalan.
Aku punye la membebel, ingatkan jauh sangat! Lor, sampai dah! Hahaha...



Lepas makan ubi rebus, kitorang dok tunggu van nak balik!
Nak p Ben Than Market!!
Sampai sana dah kol 10! Kol 12 nak check out! Hurmm
Sourvenir budak2 ni x beli lagi.. Jenuh nak tawar lagi!
Memang la, aku x puas nak shopping!


Now, aku kat malaysia!
Serius aku rindukan vietnam! Ergghhhh!


I blog with BE Write

 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review