"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Friday, November 16, 2012

Telok Batik mengukir kenangan...

Jejak bertapak Ezu warkah 11/16/2012 10:03:00 PM
Sehari selepas 1000 kes di Cameron,
Aku masih bersama dengan raja..
Tidak dengan ibu aku atau mak dia..
Bonda kami malas ingin mengikut serta..
Banyak kerja katanya..

Maka kami yang tiada halu tuju untuk hidup
Telah mengambil keputusan untuk ke telok batik keesokan harinya.

Maka, kami bertolak jam 6.30 pagi
Sama seperti ke cameron juga..
Kali ni raja yang drive..
Badan aku terasa sengal memandu seharian semalam..

Sampai di telok batik tepat jam 8.
Syukur.. Masih kurang umat manusia yang bangun pagi.
Maka, kami berdualah insan melayu islam perempuan bertudung,
Terjun ke laut pagi2 buta..
Sekitar kami hanya ada sekumpulan india yang sedang bermandi manda..

Menanti kehadiran penjaga banana boat, marble boat n boat..

Maka dengan semangatnye mengambil banana boat!
Kombinasi kami dan orang india tu..
Maka, meluncurlah banana boat tu ke tengah lautan..
Tapi kami minta dijatuhkan di tepi..bukan di tengah!
Perempuan india tu, dah menjerit2.. 
Aku dengan raja rilek je.. Pandang kiri kanan.. Gelak2..
Aku tanya raja "perlu ke jerit2?" Dia gelak.. 
Memang x de ape.. Budak yang jaga banana boat tu duduk belakang aku..
Dia siap meluncur atas air.. Jeles ok!

Sampai saat untuk dia jatuhkan kitorang, 
Bot berhenti.. Dan tiba2 bot ditarik kuat, budak belakang aku jatuhkan aku..
Pergghhhh!! Jatuh mengiring sebelah kanan sampai menelan air..
Sempat aku pikir, aku pegang raja, kot aku lemas karang dia pon lemas..
Aku lepaskan pegangan aku.. Sempat jugak aku cakap dalam hati 
"banyak aku minum ni"  masinnya air laut tu, x yah bayang!
Yearkkkk! Dah la jatuh dekat dengan orang tengah mandi..
Kot tertelan yang bukan2 tak ke parah!
Dapat je keluar dari air, aku denganraja batuk x henti2..
Perit tekak!
Rupanya, raja sempat sujud dalam air! Hahahah!
Mujur x ape2!

Lepas tu, p mintak plak main marble boat!
Dapat diskaun dari adik2 tu..
Hehe.. 
Aku dengan raja je.. Budak yang dok belakang aku, ikot sekali.. Dok tengah2..
Benda tu naik 3 orang.. Dah datang berdua, nak cari sape lagi..

Ok..dengan bangganya, pemandu tu bawak.. Kami mintak sederhana je..
Tapi aku rasa dia bawak laju..
Sebab, mula2 ok je dia bawak.. Kitorang x de la menjerit.. Rilex je pandang kiri kanan..
Macam x de perasaan ok!
Dia start bawak laju.. Dah terjongket2 bontot aku.. Macam nak jatuh sistem peranakan rasanya..
Tengok kitorang diam lagi.. Dok gelak2.. Adik tu cakap " gelak kak, gelak" 
Sampai la dah nak berhenti, tetiba bot disentap kuat! Terkejot aku..
Laju gila dia bawak kali last ni! Nak tertanggal kepala aku!
Budak ni sakit hati kot kitorang tak menjerit! 
Sebab, time dia bawak boat, dia pandang kitorang!
Hahahaha! Serius.. Macam orang x de perasaan! Gelak je...

Dah habis marble boat, baru la cari boat...
Memang x mencabar.. Tapi, selagi ada, selagi tu la aku nak try..
Memang untung siapa yang niaga dengan aku..

Rupanya kami menjadi perhatian! Hahaha!
Asal sattle je aktiviti, diorang akan tanya, ok ke tak..tak takot ke..
Hahaha.. Memang fun kali ni..
Tapi rasa rugi je tak menjerit!

Gambar dalam air x de.. Sebab x de sape nak amik gambar..
Dua2 dahterjun dalam air, camne nak amik gambar..
Gambar yang ada ni, gambar lepas habis aktiviti..

Dalam kol 10, kitorang dah sattle.
Bahagia bila toilet tak ramai orang..
Siap makeup n jalan2...


Paling menyampah, tempat ya g aku nak amik gambar tu..
Sampai situ, x de plak makhlukyang lalu lalang 
Pegang je henpon nak amik gambar, sorang2 lalu!

Haish! Rimas plak aku!
Tadi x de orang! Time aku je, ramai lak peminat!
Raja suruh buang ilmu yang aku pakai! Hahahaha!
Ilmu ape la plak kan...



I blog with BE Write

0 kata azimat:

 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review