"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Friday, November 02, 2012

Hati Ku Tertinggal Di Vietnam!

Jejak bertapak Ezu warkah 11/02/2012 05:02:00 PM
Khamis 25 Okt 2012

Memulakan pengembaraan ke negara Vietnam.
Jujur sekali aku katakan, ni kali pertama aku menjejakan kaki ke negara orang.
Menjejakkan kaki ke dalam kapal terbang! 
Bertolak dari Keramat jam 8 pagi bersama ajun, mami n sue.
Sampai di LCCT jam 9.30. Kereta aku tinggal kat rumah bibik ajun.
Sattle semua urusan, jam 12.30 aku sudah berada di langit biru bersama 2 krew TV AlHijrah..

Perasaan yang ada ketika tu, masyaallah!! Sangat teruja!
Aku tersenyum dan tersengih sambil memuji2 kebesaran tuhan!
Allahu akbar! Setelah 26 tahun, akhirnya aku berjaya ke negara orang!


Sampai di terminal Saigon, kami dijemput oleh Ust. Abdul Rahman.
Alhamdulillah!
Sampai dah!!! Masa untuk melupakan semua kenangan pahit 
Dan buang segala harapan yang tak masuk akal.

Suasana di sini.. Nauzubillah!
To crowded dengan motosikal, lori dan habuk.
Bersyukur lagi duduk di Malaysia..


Ah! Tidak2.... Aku kene serasikan diri untuk beberapa hari yang sangat suntuk ni..
Maka, aku redha..
Redha tak redha, mulut menyumpah jugak bila toilet kat rnr hanya sediakan tisu!

Terus bertolak ke Ninh Thuan. Perjalanan sejauh 200km selama 8jam!
Owh! Rupanya dalam van tu ada juga dari Alif Consultan.
Tak dinafikan, perjalanan yang panjang ni, membuatkan mata semakin tertutup.
Sampai di rumah anak murid ustaz rahmann aku terus berbuka puasa.. Jam 5.30pm.
Matahari semakin gelap dan baki perjalanan adalah sejauh 100km selama 4 jam!

Sampai di hotel Ninh Thuan, jam 12... 
Mata semakin layu akibat kepenatan berada dalam van dgn keadaan jalan yang teruk.

Jumaat 26 Okt 2012

Salam eid adha!
Seawal jam 7 pagi telah bertolak ke Ninh Thuan untuk melakasanakan ibadah korban.
X sempat nak solat hari raya berjamaah.. Sebab dah lambat sangat. Maka, solat la sensorang..
Takbirnya pon biasa dan tegas! X de terlenggok2 macam kat malaysia.
Thats great! Macam tu la!
Memang x ingat dah malaysia.. Best je rasa.

Selepas tu kami dijamu dengan makanan untuk sarapan pagi..
Su'un Sup, roti cicah telur dan kopi pekat!
Tekak mula2 x boleh terima.
Tapi makan jugak.. 
Rasa x jauh beza dengan malaysia..cuma ada tambahan lada hitam dan limau nipis dalan masakan.


Selepas makan, barulah kami membuat korban.
Ish, agak kasar diaorang buat lembu tu..
Disebat2.. Sedih aku tengok binatang yang nak menghadap tuhan mcm terseksa.
Yang kat sini ok lagi..
Kat masjid satu lagi, memang x sanggup tengok.
Ditarik2, disebat2, ditolak2, disepak2..
Allah...nak gugur air mata! Jadi kesian sudahnya tengok lembu tu..
Sebab tu aku x suka tengok binatang kena sembelih!
Pakcik2 aku buat, ok je.. X yah nak sebat ke apa ke..


Lepas selesai, kami pulang ke ho chi minh.
Singgah di po klong ngrai..
Sila search gambar sendiri..
Just tengok peniggalan khazanah lama macam kat melaka tu..


Malam baru sampai di ngan ha hotel..
Membuta sampai ke pagi..

Sabtu 27 Okt 2012

Pukul 7 bertolak ke delta mekong.
Sampai sana je, terus naik bot. Masa tu orang tak ramai sangat..
Kire ok dan bebas jugak la..
Tengok cara buat gula2 kelapa, minum air madu asli ngan limau, makan buah2 sambil ada orang nyanyi2..haha
Lepas tu, naik sampan untuk keluar dari situ..
Best2.. Pengalaman masa kecik berulang lagi..


Lepas makan kat restoran nelayan kat sana, terus balik ke pelabuhan.
Shopping.. Tengah cari barang nak beli, tetibe ada orang lelaki panggil
'Zu...' Ah sudah, sape plak yang kenal aku kat sini.. Aku berpaling.. La..encik ali.. Camne plak dia tau nama aku..
Au macam konfius kejap..hahhaha.. Terus dia cakap 'beg ni murah' hahaha..
En. Ali tu, adik ipar ust. Tlg guide sebab ust sebok dengan urusan korban.
5usd untuk beg besar!
Aku terus grab je.. Kalo nak banding dengan ben than, kat sini lagi murah! Menyesal x borong banyak2!!!
Erghhhh!!!
Beli baju abah ngan adik. Satu 15usd..jadi 30usd la..lawa!

Lepas tu terus p umah ustaz!
Beli kain telekong ngan kain!
Beli 11 helai kain, sold out kat opis...aku dah amik dua.haha
Telekong 6 helai pon sold out kat opis, aku dah amik dua.
Aku la.. Kalo jadi menantu ustaz ni, memang aku jual kain je!!

Anak laki dia hensem!!! Budak pondok kot.. Air muka tenang je! Memang holeh jatoh cinta kalo tenung lama2..
Dah la menginding je kat aku! Hahai!
Dia suruh amik telekong warna biru, aku xnak.. Cz telekong tu harga mahal sikit dari yang aku amik.
Sampai dia geram, dia campak telekong tu kat aku.. Mak dia gelak je.. Aku dah nak guling2 gelak! Nak bagi free x pe gak!

Lastnye, aku dapat kurung pasang warna kuning n baju jubah untuk ibu..
Masa aku sarung baju tu, dia ok je..setuju je ape yang aku pilih..
Wah!! Dah macam laki aku plak! Redha meredhai! Hahah

Masa sesi nak membayar, dia duduk sebelah aku..sedangkan sebelah aku penuh dengan kain.
Dia ketepikan semua kain, dia dok rapat dengan aku..aku diam je la..
Nak sembang apanye.. Sorang angsa sorang itik.. Azab nak paham!
Siap bagi air kat aku..hahah! Sudah!! Ni kalo orang malaysia, aku dah suruh dia masuk pinang aku! Haha

Ok tutup cerita! Tapi yang dikesalkan x tau nama n tak amik gambar! 

Balik je dari umah ustaz, p pasar malam plak!!
Berjalan, beli luggage satu lagi.. Memang berlebih 20kg..hurmm, bayar je la..
Samsonite dengan harga 45usd. Ok kan!!! Memang murah!
Lepas beli pon kene ngorat! Sebok tanye umur aku..

Ahad 28 Okt 2012

Eh, dah nak balik!! Aku macam mimpi! Kenapa awal sangat! Huaaaa.. X leh lama lagi ke???
Ermm..
Kol 7 am, bertolak ke Chu Chi Tunnel.. Sampai sana pon x ade orang lagi..
Dengan enjoi n bebas masok sana.
Try masuk terowong.. Mulut aku heboh dok cakap 'menyesal aku masuk' sebab kene bongkok sepanjang jalan.
Aku punye la membebel, ingatkan jauh sangat! Lor, sampai dah! Hahaha...



Lepas makan ubi rebus, kitorang dok tunggu van nak balik!
Nak p Ben Than Market!!
Sampai sana dah kol 10! Kol 12 nak check out! Hurmm
Sourvenir budak2 ni x beli lagi.. Jenuh nak tawar lagi!
Memang la, aku x puas nak shopping!


Now, aku kat malaysia!
Serius aku rindukan vietnam! Ergghhhh!


I blog with BE Write

0 kata azimat:

 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review