"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Friday, November 16, 2012

Cameron Yang Mengundang 1000 kisah!

Jejak bertapak Ezu warkah 11/16/2012 10:02:00 PM
Bercuti adalah satu anugerah yang terindah..

Katakan pada sesiapa sahaja, semua akan mengaku..
Bercuti adalah hal paling indah dalam hidup..
Tak kira lah, bercuti di kawasan peranginan, bercuti di tempat2 shopping
Atau bercuti hanya dengan duduk dirumah berlingkar dalam selimut..

Aku start cuti hari selasa.. Kebetulan cuti tersepit..
Maka, dengan bangganya, aku cuti sampai ahad ni..
Ishh.. Esok sudah sabtu..  Masa mencemburui aku...
Ingin sangat rasanya dapat ke mekah menunaikan umrah..
Oppsss... Cerita jauh tersasar..

Aku kena saman trafik kat cameron hari tu..
Ermmm...parking kat depan kea farm..
Dah ramai sangat orang parking situ, aku pon parking la..
Syok2 kuar dari kea farm, aku nampak polis..
Ahhh... Sudah...
Nah!!!! Amik kau! Memang aku kena saman!
Spoil mood aku.. Terus je aku aku kuar dari cameron kol 1 petang..



P sana dengan raja n ibu..
Memang dah niat nak bawak ibu p sana..
Niat dah baik, tapi dapat hadiah plak dari sana.. Nangis!

Sebelom tu, ada satu kisah lucu..
Punya la kelam kabut sebab minyak kereta dah tinggal 1 bar sebelom sampai Tanah Rata..
Sampai je sana, terus la cari petrol pum..
Petronas je yang ada.. Tak pe la.. Hantam je la..
Dan dek kerana masih ada sisa kelam kabut, aku matikan enjin n tarik kunci kereta..
Biasanya, kunci tu aku masukkan dalam poket.. Tapi poket seluar ni lain macam..
Aku guna seluar jeans adik aku.. Mungkin tak biasa pakai jeans.. Dengan longgar, londeh, macam2..

Kunci aku letak kat atas bonet belah atas.. Kebetulan raja cari barang dia..
Aku terus isi minyak.. Dia terus tutup bonet.. Dah selesai isi minyak, aku nak start enjin nak alih kereta..
Nauzubillah! Kunci aku dalam bonet.. Nak bukak bonet dari depan, dah tak boleh! X fungsi dah!

Alamak aiii.. Banyak kereta plak tu..
Aku bleh terkial2 dok mengorek kunci tu dari luar..
Mintak tolong dgn orang petrol pum tu, lambat plak..
Orang dah pandang2 aku..
Mak aku baru keluar toilet, raja tak muncul2.. Bertambah kalut aku!

Mintak tolong orang lain.. Dia tak tau..
Pastu ada orang tanya kenapa.. Dia tolong bukakkan sit belakang nak amik kunci..
Rupanya, sit belakang x leh bukak..
Orang lain plak datang tengok..dia p tolong carikan dawai nak korek kunci..
Akhirnye dapat! 
Syukur! Ada la dalam 4 orang lelaki... Huhu..
Adoyai pempuan cantik!!! Memalukan saja! 
Jenuh cakap maaf dan terima kasih...


Macam2 kan.. Dulu, orang yang bawak..
P kol 2 pagi dari kL..
Maka, sempatla solat subuh kat surau brinchang..p ladang teh..
Kali ni p sana bawak ibu.. Dari sabak..
Keluar tol bidor.. Kol 8 pagi..
Kol 10 sampai kea farm..
Kol 12 .30 kene saman!

Hidup yang kadang kala diuji dengan ujian ni,
Memang sangat merimaskan sebenarnya..
Tapi kembali pada aturan hidup Ilahi.. Mungkin ada dosa yang tak terhapus lagi..


I blog with BE Write

0 kata azimat:

 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review