"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Wednesday, December 25, 2013

Happy annyversary!

Jejak bertapak Ezu warkah 12/25/2013 05:01:00 PM 0 kata azimat
Tahap kelazyan yang menggunung tinggi
Menyembabkan aku malas berkongsi cerita

Banyak je hal yang terjadi..
Cumanya aku betul2 menghadapi
Situasi kemalasan berganda..

Jumaat mau balik kampung..

Owh ya..
25hb ni annivarsary my ibu n abah..
Apa pun yang jadi, diorang tetap mak bapak yang aku sayang..

Selamat hari ulangtahun perkahwinan yang ke 29!
Semoga dimurahkan rezeki dan berkekalan sampai hujung usia..


Sunday, December 01, 2013

Demam sakit hati!

Jejak bertapak Ezu warkah 12/01/2013 02:07:00 PM 0 kata azimat
Sejak khamis sampai ahad..
Aku mengalami demam yang pelik..
Kejap demam.. Kejap elok..

Aku akui, aku tetap bekerja khamis dan jumaat..
Kerana hari jumaat aku ada program sambutan maal hijrah dan hitea..
Nampak macam aku orang penting..
Sebenarnya, biasa2 aje..
Aku perlu uruskan mana yang patut..
Sebab tu aku hampir tumbang 
Tapi tetap bangun..

Sabtu pulak..
Aku yang pening2 ni,
Bawak pulak ibu ngah abah p kuala pilah
Urusan kenduri..
Kang kalo aku tak bawak, kecik hati plak diorang..
Tapi.. Aku diamkan aje..

Memang kalau aku ikut rajuk dan keras hati aku
Tak hingin aku p kenduri tu..
Dia jiran ibu je dulu..
Nak lagi kereta aku tu dah had di sevice major..

Makcik2 aku sibuk tanye aku tak p ke kenduri tu..
Tau tak aku tak larat ni!
Takkan aku nak canang aku ni sakit kepala, tak larat!
Dah aku terlepek kat kerusi tu tak paham!!
Memang la badan aku da kurang panas!
Kesannye masih ada!

Bapak aku ada kan.. 
Bawak je la kereta dia tu..
Alasan tak tau jalan.. 
Dah nama konvoi, ikot je la..

Susah cari aku..
Senang, diam..
Tak de duit cari aku..
Dapat duit, hulur kat aku pon tak..
Pepandai la aku nak hidup..
Makan ke, tak ke lantak la kan..
Tapi hati dia nak kena jaga..
Hati aku ni??

Patot la ramai anak buang mak ayah dalam dunia ni..
Aku bukan anak yang baik pon..
Mujur je la aku ni ada rasa hormat sikit..

Aku memang sayang kereta aku..
Pada aku, hidup aku dengan kereta ja..
Kalau dia dah buat hal kang, aku nak mintak tolong dengan sape??
Aku nak korek duit tang mana..

Harap ibu ngan abah??
Duit naim yang keje kedai air tu pon di pala!

Ye, aku memang geram sangat!
Dari dulu sampai sekarang 
Tak de duit memanjang!
Anak2 besar dah!
Abah tu keje kerajaan.. Bukan keje tanam ubi!
Mana p duit gaji itu!!!

Lelaki ni kalu dapat jenis yang menyusahkan,
Sampai ke mati la dia asyik menyusahkan hidup!
Ada tak menambah, takde lagi baik!

Makin hari makin melampau!
Makin hidup makin menyusahkan!
Apa nak jadi pin tak tau la!
Bosan aku!!!

Friday, November 22, 2013

Hilang kasih itu benci!

Jejak bertapak Ezu warkah 11/22/2013 03:05:00 PM 0 kata azimat
Kalau mampu bertahan dengan diam
Ambillah hikmah berdiam diri..
Bertekak pun bukannya selesai masalah
Menyakitkan hati sendiri adalah..


Dengan penuh rasa geram, sakit hati dan kebencian
aku postkan benda tu di FB
dengan harapan dia membaca! harap sangat dia baca!
dan aku tak mau peduli perasaan dia!

saat dia aku jaga hatinya
saat dia aku jaga perasaannya
bukan bermakna dia boleh melempiaskan kemarahannya pada aku

ketinggian egonya yng melangit
menghilangkan rasa hormat aku
menghilangkan rasa kasih aku pada dia!

benar,
kebencian ini semakin mekar untuk dia!
hilang kasih aku pada dia
hilang juga sayang aku pada dia.

pergilah kau!
sebagaimana orang2 yang aku tinggalkan
aku juga akan tinggalkan kau..

bukan mudah untuk aku membuang rasa ini
tapi,
andai begitulah cara kamu
pergilah dari hati aku!

pantang hidup aku untuk orang memperlekehkan aku!
mentanglah aku selalu sabar dan berdiam diri
bukan bermakna aku boleh sabar sampai mati

biarlah orang mengata aku yang terlebih ego.
kerana orang-orang seperti kamu yang mengajar aku untuk keras dan ego.

aku tewas..
dan aku mengaku..
kita takkan mampu bersama..
sedang engkau dengan ego yang semakin melangit
dan aku yang selalu keliru dengan identiti kamu!

pergilah
pergilah!
aku bosan dengan kamu!

terlalu lama retak hati ni..
yang retak dicantum, mana kan elok hasilnya..
mungkin saat tadi, 
hancur berkecai setalah cantuman yang ada semakin nipis..
hancur sudah hati ini..

pergilah..
dan akhirnya aku rasakan
semakin ramai mengambil kesempatan pada aku
dan semakin hancur hati ini!

buatlah sesuka hati kalian..
aku sememangnya akan diam..
diam yang tak merelakan apa yang kalian lakukan!

Monday, November 11, 2013

Ibu..

Jejak bertapak Ezu warkah 11/11/2013 12:39:00 AM 0 kata azimat
Melayani The Last Blossom

Cerita korea d malam hari..
Melayani kisah hidup berkeluarga..

Air mataku deras laju..
Terlalu menghayati mungkin..

Saat yg membuatkan aku teringat pd ibu..
Yg kuat semangatnya,
Yg tabah menghadapi karenah suami dan anak2..

Bangga aku pd ibu!
Dia tiada galang gantinya,
Walau aku selalu culas pd kehendaknya..

Maafkan aku ibu!
Aku syg ibu!
Selamanya!

Risau aku,
Mampukah aku mjadi sebaik ibu..

Saturday, November 09, 2013

Kau dalam hati

Jejak bertapak Ezu warkah 11/09/2013 10:51:00 PM 0 kata azimat
Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya

Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu

Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya

Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu

#####################################################

Lirik lagu tersebut
Sangat membuai perasaan..
Teralun angan bersama doa pada Ilahi..

Sama seperti yang dilalui sekarang..
Mungkin dia tahu
Atau mungkin dia betul2 tak tahu..

Kebaikan dia, menerjah otak satu persatu..

Sesungguhnya, dia insan yang terbaik selepas Adam..
Ku akui keihsanan hati dia pada manusia lain..
Lembut hatinya, kadang2 tak tersampai hati ingin membuli..
Walau kadangkala mulutnya menyakitkan jiwa..

Aku takut ingin menyulam angan lagi..
Biarlah takdir yang menjawabnya..

Rabb, 
jagakan dia..
Semoga dia sentiasa tabah mengharungi kehidupan
Dan semoga dia redha dengan ujian yang datang..
Rabb...
Aku rindui dia saat ini...



Tuesday, November 05, 2013

Tahun berganti angka

Jejak bertapak Ezu warkah 11/05/2013 12:37:00 PM 0 kata azimat

Hari selasa yang dimulakan dgn cuti..
Sebegitu enak sekali duduk bermalasan di rumah..
Berlengkor atas katil sampai kol 10 pagi..
Menghadap FB n twitter..

Siap membasuh baju,
Baru ke rumah nenek..
Sebelah je pun..
Tersempak dengan nenek dgn siapa tah kat penanggah..
Baru bangun ke nenek tanye..
Memang suka malukan aku..
Tapi paham je la..
Aku menyengeh je..haha
Kol 12 kot bru nk bangun..
Bukan aku ler..

Azam tahun ni?
Takde..
Cume nak renew azam lalu..
Menjadi perempuan solehah.
Setiap tahun azam tu. Tp tak jugak solehahnye..
Ape nk jd tak tau..huahuahua..

Rasa mcm sepi..

Sunday, October 20, 2013

Manusia tak sama

Jejak bertapak Ezu warkah 10/20/2013 06:59:00 PM 0 kata azimat
Dari semua yang kita kenal
Ada yang bicara manis

Pandai juga memujuk rasa
Sempat pula mengirim pujian

Andai kita jatuh
Adakah mereka ini akan berlari
Menyelamatkan dan melindungi kita?

Terkadang manusia lupa
Orang yang di benci dan tidak diperlukan
Dialah yang sudi mendakap kita
Saat kejatuhan diri berlaku

Semoga
Yang sedang berdiri di sebelah kita
Takkan hanya menyelamatkan diri sendiri..
Wahai diri sendiri
Berbuat ihsanlah pd makhluk di sekeliling mu..

Saturday, October 19, 2013

Senyumlah pujaan ku

Jejak bertapak Ezu warkah 10/19/2013 11:05:00 PM 0 kata azimat

Setiap insan
Memiliki kesedihan tersendiri
Terkadang tanpa sebab munasabah
Tiba-tiba sahaja bertandang menghiris hati..

Semoga tidak terlalu lama dalam kesedihan ini..

Ramai yang bahagia dgn tawa mu
Aku juga begitu..

Tanpa kita sedari
Kita mempengaruhi wajah hari
Juga manusia di sisi..

Senyumlah..

Dunia seperti kehilangan sesuatu
Tanpa suara kebahagiaan mu..

Sunday, October 06, 2013

semoga pulih semangat mu!

Jejak bertapak Ezu warkah 10/06/2013 10:28:00 PM 0 kata azimat
Bersabarlah duhai hati...
seandainya ingin menangis
Menangislah...
Usah dipendam kerinduan dan kesedihan..
Biarlah ia mengalir sehingga kering...

Allah itu ada..
Seandainya hati berkocak
Istighfar sebanyak mungkin..
Kerana istighfar itu penyembuh derita seorang hamba..
Percayalah...

Mudah berkata tapi...
Bahu yang menanggung lebih berat menghadapi..
Usah berputus harap..
Ramai yang menyayangi dan mendoakan mu..

Rayulah pada Allah yang satu..
Serobek mana hati mu..
Sesakit mana jiwamu..
Dia maha penyembuh kekecewaan
Dia maha tahu kekuatan dan kudrat hambanya..

Leraikan tangisan rindu mu 
Pada tikar tahajjud..
Serahkan segala takdir mu pada Dia..

Carikan pahala untuk bonda di sana..
Sebanyak mungkin yang boleh
Dan berterusan lah istiqamah untuk membantu bonda..

Kasihi ayahanda sebaik mungkin
Selagi dia masih di sisi
Berikan yang terbaik untuknya..

Bukan mudah untuk menerima kondisi yang asing..
Cubalah yang terbaik..
Ambillah masa..
Cari semangat yang hilang..

Aku tahu,
Kau mampu hadapinya..
Cuma usaha dan waktu yang menentukan..

Tabahlah..
Allah mendengar rintihan mu..

"... Sesiapa bertawakkal kepada Allah,
Maka Allah cukup baginya."- surah al-thalaq 3

Semoga 
Aku kembali menemui kamu
Pada kadar yang semakin pulih semangatnya
Dan semakin kuat hatinya
Untuk menempuh dugaan hidup tanpa bonda di sisi..

Maaf
Sekiranya kasar bahasa ku..
Sebolehnya aku ingin melihat kau yang dulu..
Yang kuat semangatnya..
Yang penuh senda gurau..

Semoga 
Dipermudahkan segala2 urusan mu
Untuk bonda
Untuk ayahanda
Untuk keluarga
Untuk diri mu sendiri...
Ameenn ya rabb..
########################################################
Khas untuk S..
Saat coretan ini kuhadiahkan padanya..
Air mata ku kembali deras!

Rabb..
Kuatkan dia!!


I blog with BE Write

Saturday, October 05, 2013

Sabarlah wahai pujaan ku...

Jejak bertapak Ezu warkah 10/05/2013 12:00:00 AM 0 kata azimat
Bagaikan camar pulang senja,
Patah sayapnya terbang jua,
Menampung sepi jiwa nan hiba,
Rindu berolek membawa sendu..

Terukir senyuman di bibir lesu
Robek hati mu tak siapa tahu
Derita buat mu ada hikmahnya
Semogakan bertemu ketenangannya

Rabb...
Andai saat ini dia hilang kekuatan
Andai saat ini dia hilang erti hidup
Pandulah dia kembali ke jalan Mu

Rabb...
Kuatkan semangatnya
Cekalkan hatinya
Pelihara dia dari sebarang kesedihan tak berpenghujung

Rabb..
Yakinkan dia
Takdir Mu adalah yang terbaik untuknya

##################################################################

4 okt 2013, 
Perginya bonda kesayangan S
Untuk selamanya..
Takziah untuk mu dan keluarga...

Sejak 3 hari yang lalu, FB nya memang selalu menjadi intaian ku,
Tak ku tahu ibunya di masukkan ke CCU
Berita itu di pagi hari
Namun aku ketahui setelah senja mengintai tabir..
Ahhh!!
Bukankan FB nya menjadi kegemaranku!

Lantas, hal yang demikian
Aku nekad untuk membiarkan wall FBnya terbuka di ipad
Sepanjang waktu ini..

Saat yang berlalu
Tiba2 instinct aku kuat mengatakan
Jumaat ini akan menjadi sesuatu yang menakutkan pada mereka
Doaku, semoga semuanya akan pulih sediakala..
Namun, ia semakin terbayang
Saat aku berjumpa S untuk membeli makanan..

Logiknya, aku harus menegur dia
Dan bertanya tentang bondanya..
Tapi, aku sekadar tersenyum dan berlalu..
Untuk mengenyangkan perut yang semakin berkeroncong..
Rupanya, dia berada dibelakang..
Ku imbas wajahnya sedetik bila berdekatan..
Ya.. Wajah itu terlalu sayu pada pengamatan ku..

Tidak ku tanya kondisi bondanya..
Kerana apa?
Kerana aku tak mahu mengocakkan kesedihan Dalam sanubarinya..
Terus aku tinggalkan dia di situ selepas selesai urusan makanan ku..

Dan awal subuh ini
Fbnya ku intai!
Nah! 
Bondanya telah kembali menemui Ilahi selamanya!

Aku tak keruan!
Entahlah! Aku yang tak keruan secara tiba2!
Aku khabarkan pada nenek
Dan aku nekad untuk cuti..

8.30 pagi, aku bertandang ke rumahnya bersama nenda ku..
Masih tiada tetamu yang hadir..
Hanya keluarga terdekat dan kakaknya..
Seperti biasa,
Au akan buat seperti rumahku sendiri..
Aku ke dapur untuk bersama kakaknya
Rasa janggal! 
Aku pedulikan perasaan itu..

Tak lama kemudian,
Bondanya sampai dirumah untuk kali terakhir..
Siap semua urusan di hospital
Syukur Rabb!
Kau permudahkan urusan bondanya! Ameennn!

Dan dia
Menahan tangis dan sebak sewaktu bersalaman dengan saudaranya..
Aku hanya kaku
Tak rela untuk melihat kesedihannya
Dan aku tak mampu untuk menegur dia!
Aku sebak!
Ada sahabatnya mengiringi!
Dia ada kekuatan disitu walau bukan bersama aku...

Tadi ku buka fbnya la..
Dia mula merindui!
Dan, instinct ku juga menjadi!
Dia akan bangun dan memanggil bondanya!
Apakah ini rabb!!
Kenapa semuanya benar untuk dia!

Saat ini, air mata ku mengalir bertali arus
Mengenang dia yang bukan sebegitu orangnya..
Saat ini juga, air mata ini seakan tidak ada penghujung..
Masakan aku yang libang libu hatinya!!
Walau aku tak belum lagi merasainya kesedihan yang amat parah ni..
Aku merasai kehilangan itu...
Sangat!

Terasa ingin sekali aku menemani dia!
Berada disamping dia!
Membelai dia sebagaimana bondanya pernah membelainya!
Aku ingin menjadi bahunya saat dia menangis!
Dan aku ingin menjadi pendengar yang terbaik untuk dia!
Tapi,
Apalah daya ku..
Dia hanya bayangan
Yang hanya mampu aku pegang dalam rindu..

S..
Sabarlah.. Masih ada yang sayang kamu..
Masih ada yang memerlukan kasih mu..
Jagalah ayahnda mu..
Yang pergi itu, takkan kembali..
Besar mana pun sayangnya,
Relakan dia pergi.. Walau kamu tak mengizini..

Bertabahlah!
Aku sentiasa dibelakang mu..
Walau kau tak pernah tahu..

Semoga bonda mu
Mampu hidup disana
Berbekalkan amalannya dan doa kamu sebagai anak yang soleh!









I blog with BE Write

Saturday, September 28, 2013

saat rindu berbisik

Jejak bertapak Ezu warkah 9/28/2013 11:10:00 PM 0 kata azimat
Kala rindu berbisik
Seakan angin berlagu
Antara kenangan dan khayalan
Aku terpaku

Kala rindu berbisik
Antara sukma dan kalbu
Seakan kasih berbunga
Aku keliru

Kala rindu berbisik
Terbayang seraut wajah
Bermain di mata
Aku pilu

Saat rindu berbisik
Jasadnya entah di mana
Menanti penuh harapan
Aku sendu

Saat rindu berbisik
Terukir sebuah nama
Menjadi melodi hati
Berbaur syahdu

Saat rindu berbisik
Menyulam impian
Antara angan dan sedar
Usah berlalu..

Saat rindu berbisik
Kau ku puja
Kau ku nanti
Entahkan ada
Entahkan tiada

Saat rindu berbisik
Rayuanku pada yang satu
Mohon jagakan hati
Lindungi dia, jagakan dia
Semoga kan baik2 sahaja..

Saat rindu berbisik
Ku himpunkan doa
Moga kau dan aku bersatu
Dalam ijab dan qabul
Penuh harapan dan restu 
Kekal abadi hingga syurgaNya...




I blog with BE Write

Monday, September 23, 2013

penangan orang lain yang kawen..

Jejak bertapak Ezu warkah 9/23/2013 07:17:00 PM 0 kata azimat
Badan ni sakit2..
Demam masih tak kebah..
Penangan kenduri kawen sepupu..

Macam banyak sangat buat kerja..
Walhal duduk je..

Entah la..

Semalam gagah jugak nak balik malam..
Sampai umah kol 10..
Terasa sangat lama drive..
2 jam dari desa petaling ke seremban..
Mana taknya, 80km/j

Akhirnya
Bangun pagi tadi
Badan semua sakit..
Kepala da berpusing2...

Maka, tido je la sampai sekarang..
Nak makan, malas..
Rasa nak tido je..

Seblm ke kemduri, 
Orde pavlova n red velvet..
Sedap..
Kononnye untuk bagi pengantin la red velvet tu..
Lastnye, 
Aku bagi mak2 sedara aku..
Pavlova tu i punye..

Serious sedap!
Tapi, pavlova tu dah bawak dari seremban ke kL
Dia cair..

Terliur tak?
Memang best! 
Tempah kat kak masliana!
Akhirnye! Dapat jugak!

P la cari dalam my FB!



I blog with BE Write

Wednesday, September 18, 2013

jiwa yang menjiwang

Jejak bertapak Ezu warkah 9/18/2013 09:42:00 PM 0 kata azimat
di sini hati yang menanti..
menanti tanpa pasti
di sana dia yang menunggu..
menunggu tanpa jemu

kau, aku dan waktu
kau, aku dan rindu

uh.. Tuhan tolonglah..
aku pinta cuma satu nyawa
agar dapat aku sebut namamu

Tuhan tolonglah..
aku pinta cuma satu cinta
aku sebenarnya rindu
##############################################

Teringin untuk berjiwa di malam hari..

Entah kenapa
Aku rasa rinduku semakin mendapat sambutan
Mungkinkah mendapat jawapan tak lama lagi..

Hahaha!
Ok.. Aku sekadar berangan dalam sedar..

Nanti update lagi...




I blog with BE Write

Saturday, September 14, 2013

inikah takdir ku?? aku benci!!!

Jejak bertapak Ezu warkah 9/14/2013 08:31:00 AM 0 kata azimat
Feeling depressed, sadness, unimportant!

Pagi2 mood dah swing..

Kenapa harus ada perasaan sebegini..

Ya tuhan... 
Anak derhaka kah aku ini!

Aku punya alasan tersendiri

Ya, mungkin alasan kereta paling utama
Tapi, hal2 disebaliknya tetap ada..

Orang kata, apalah sangat berkecil hati dengan ibu bapa sendiri..
Tak kemana..
Aku akui hal itu..

Ahhh... 
Sukarnya aku untuk memahami dan memenangi hati orang tua ku..

Hujan air mata semakin laju mencurah tika ini..

Selamat berangkat ke Lipis wahai ayahbonda..
Menghantar di hari pernikahan anak buahnya..
Tahniah sepupu lelaki ku!
Semoga menjadi suami soleh untuk isterimu itu..

Maaf.. Aku tak dapat menghantar kamu..
Minggu hadapan aku akan ke rumah mu..
Insyaallah..

Aku tak tahu apa yang aku rasa sekarang..

Sudah aku khabarkan
Aku tak dapat menghantar ke Lipis..
Lantaran kereta aku perlu di service major tak lama lagi..
Amaunt yang diperlukan lebih kurang rm500++

Sudahlah majlisnya di tengah bulan..
Hari gaji jauh lagi..
Mana lubang yang harus aku korek untuk rm500 itu..
Aku perlu menabung seketika..

Sudahlah Lipis itu jauh..
Minyak sudah naik 20 sen..
Semua barang semakin naik..
Aku terbeban!

Tapi, wajarkah aku war2 kan keadaan aku?

Aku tahu ibu nak sangat pergi..
Aku katakan, kalo nak pergi, tumpanglah sesiapa..
Aku memang tak boleh nak kemana2 waktu ni..
Abah pula sampai 2 3 kali ulang
Kalo dapat pegi, pegi lah...

Ahhh...
Susarkah untuk memikir kekusutan aku sekarang!

Aku sebanrnya trauma ingin berjalan jauh dengan mereka!
Halnya bila aku menghantar sewaktu bertunang dulu.
Dari sabak bernam, ke Kuala Lumpur
Terus ke Tanjung Gahai balik semula ke kL
Ke Usim pula dan pulang ke sabak bernam!
Aku penat memandu berseorangan!

Abah tidur sepanjang perjalanan
Ke usim mengambil adik yang sedang bercuti semsta
Ibu tak nak tidur di KL..
Alasannya kucing di rumah!
Ya! Kucing itu lebih utama dari aku yang kepenatan!

Manakan aku tak makan hati untuk semua yang terjadi!
Aku ini anak apa??

Anak yang digunakan waktu susah
Dan dibiarkan waktu senang??

Sekarang, waktu ini mereka di kL
Sikit pon aku tak diberitahu!

Aku pada mulanya takut untuk menghubungi mereka..
Takut disembur atas ketidakhadiran
Takut untuk mendengar rajuk si ibu..

Tapi, semua sangkaan aku meleset..
Seumpama aku tidak dihargai walau sedikit pon!

Telah aku rasai semua itu dari dulu..
Tapi aku diamkan saja..
Entah kenapa sekarang pula rasa sensetif yang teramat..

Dalam diam, bila aku renung semula,
Patutlah jodohku sukar sekali..
Parents aku masih mengharap aku untuk segala urusan
Banyak tanggungjawab yang perlu aku penuhi..
Mungkin jauh di hati mereka, mereka tak ingin melepaskan aku..
Bila aku tak mampu penuhi uursan mereka
Tentunya kecil hati..
Maka, doa aku akan terhijab...

Sepupu lelaki aku ini
Sebaya dengan aku..
Adik beradik kami juga 3 orang
Kenapa dia yang kawen dulu??
Kenapa bukan aku??

Ya, mak ayahnya telah melepaskan dia..
Dia jugak tak punya tanggungjawab yang besar..
Mudahlah jodohnya datang..

Aku ini..
Sudahlah jodoh susah nak dapat
Keluarganya tak mendoakan pula..
Akhirnya tidak kemana2..
Sebegilah sampai hujung usia..

Entah! Aku benci semua yang terjadi!
Aku benci!!!!

Rabbbbb!
Apa semua ini????





I blog with BE Write

Monday, September 09, 2013

igauan atau mimpi.. aku tak pasti..

Jejak bertapak Ezu warkah 9/09/2013 08:24:00 PM 0 kata azimat



Usia yang semakin menginjak tua
Yang merasakan diri semakin hanyut dibuai masa..
Yang merasakan dunia seakan kosong menari depan tabir

Akukah manusia yang malang?
Yang cuba untuk merasai nikmat hadirnya sang suami disisi
Sedangkan dia, entah ada entahkan tiada..

Langkah aku semakin kaku
Meladeni arus yang berlalu..
Sedangkan yang lain sedang menghitung hari
Menari mempersandingkan hari bahagia..

Aku??
Puas berdoa..
Mencari dia.. Menemukan dia lewat doa ku..
Tapi...

Rabb.........
Berputus asakah aku pada takdirmu!
Yang telah kau tetapkan segalanya di luh mahfuz itu!

Rabb.. Aku tak ingin sendiri!
Tolong lah wahai tuhan ku....

Menjeruk rasa, memendam jiwa
Menerima undangan dua hati menjadi satu..

Walau secara lantangnya
Aku tiada kisah untuk hal ini,
Jauh di sudut nyawaku, aku semakin layu..

Arghhh!!! 
Sukarnya aku menyantuni hati sendiri!

Kenangan bersama adam,
Masih utuh di jiwa..
Lelaki itu yang telah ku robek hatinya
Lelaki itu yang terlalu baik pekertinya
Lelaki itu yang terlalu menyayangi dan mencintai aku
Aku tinggalkan dia tanpa kasihan
Kerana ego bertapak di hati..

Jujur aku akui
Takdir ini yang paling aku sesali..
Dia terlalu lembut menyayangi aku
Dia terlalu bagis sebagai penasihat aku
Dia adalah manusia terbaik yang pernah aku jumpa..
Dan aku paling menyesal meninggalkan dia!

Tiada lelaki yang terlalu berlembut pada aku
Tiada lelaki yang terlalu berkorban untuk aku
Tiada lelaki yang terlalu bersabar dengan aku
Tiada lelaki yang terlalu menyanjungi aku

Hanya adam!
Hanya dia melepasi piawaian aku..
Solat dan masjid dalam jiwanya..
Ibu dan ayah dalam hatinya..
Kesabaran dan kekuatan semangat jatung hidupnya..

Dan seandainya dunia bertanya pada aku
Siapa lelaki yang terbaik pernah aku temui selain ayah aku
Tanpa ragu, aku akan laung2kan namannya!

Sesiapa pun takkan mampu mengungguli dia 
Dia yang pertama bertakhta di hati..
Dia memberi aku makna hidup
Dia memberi aku makna akal
Dia memberiku semangat dan dorongan yang jitu..

Dimana lagi akan ku jumpa pengganti seperti dia?
Yang terlalu agung pada aku...

Maafkan aku..
Aku menyesali keegoanku yang dulu!

Rabb..
Kau jagakan muhammad adam itu..
Berikan dia kebahagiaan dan kesempurnaan dalam hidup...
Semoga dia sentiasa dalam jagaanMu..

Dan aku,
Kerana dia pernah menjadi yang terhebat
Aku terlalu memilih kali ini
Kerana, orang kedua 
Telah menghancurkan segala kepercayaan aku pada lelaki..

Seandainya takdir menemukan 
Aku dengan insan seiras pekerti adam,
Lelaki itu, tidak akan aku lepaskan..
Tapi, aku takkan pertahankan insan itu
Andai dia mahu pergi..

Pergilah..
Aku penat berdansa atas pentas dunia 
Untuk memilih dan dipilih!


I blog with BE Write

Monday, August 26, 2013

hari yang bizi

Jejak bertapak Ezu warkah 8/26/2013 09:25:00 PM 0 kata azimat
Dua minggu ni agak bizi..

Hari sabtu lepas, suhaila datang n9..
Beraya di rumah bakal mertua di gemencheh..
Aku yang tak pernah sampai ke sana
Redah je la..
Sampaila aku jumpe sekolah maahad femes kat sini..

Dari 2.30 pm sampai la kol 6.30..
Mujur juga aku boleh lawan cakap
Kalotak maunya aku tarik dia balik lepas je lunch..

Segan beb p umah bakal..
Dok lama2..
Ish..
Aku yang pernah tido umah nenek adam pon rasa x berapa nak selesa..

Hari ahad plak..
P raya umah khalida n rashidah..
Konon je nak p umah aku diorang ni..
Lastnye aku tak bagi..
Hahaha..
Diorang kemarok nak karok, maka p karok la..
Amik ko!
Dua jam rm18 je! Murah tu!
Wow! Bergonjeng aku dalam tu..

Nak cerita pasal keje ke tak?
Kerja banyak beb..
Esok ada meeting audit..
Aku hampir je la terlupa..
Ingatkan rabu esok..
Hadoi la..

Dah tu 2 n 3 sept ada audit dlm kat pD plak..
4hb ada majlis 5s dan jamuan hari raya!
Errrgghhh!!
Serabut pulak.....

Rasa macam nak nangis je..
Boleh ke aku ni..
Tetiba rasa macam tak kuat semangat plak..


I blog with BE Write

Tuesday, August 20, 2013

mengejar mu dalam diam

Jejak bertapak Ezu warkah 8/20/2013 09:25:00 PM 0 kata azimat
Bersama janji kau sentuh rasa percaya
Hangat dinginmu mengundang rindu kecewa
Hanya aku dihuni sepi rasa kasihmu

Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Apakah mungkin berulang janji setia
Apa kan kekal ataupun menyambut duka
Dan dirimu di janji Sang Sempurna
Dan kecewa kini dipulih rasa kasihmu

Dihuni rasa rindu
Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Dingin rasa kasihmu
Bagai bintang bersemi
Rindu janji bicara
Kekal selamanya
Walau sekadar mimpi
Tak pernah ku peduli
Selamanya kan ku pasti merindui dirimu
Hanya aku
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Lirik lagu ni,
Sekena tempek kat lubang idong..

Makin pening layan emosi sendiri..



I blog with BE Write

Wednesday, August 14, 2013

biase je raya ni...

Jejak bertapak Ezu warkah 8/14/2013 08:53:00 PM 0 kata azimat
Bosan betol!
Dah taip hilang pulak!

7 Syawal
Aku baru masuk kerja..
Ok.. Kerja la sangat..

Bertolak dari rumah jam 5.30 pagi
Sampai opis jam 9.00 pagi..
Kat opis yang besar alam tu,
Tak de air..
Dan2 nak membuang la bagai...
Hadoi!

Hari ni dok mengular je kat opis!
Havent sangat rasanya!
Dok kedai..
Pastu p beli barang kedai kat Heo Hin..
Pastu p cari makanan!
Memang best la kerja mengular ni!

Banyak keje..
Tapi aku malas sangat nak buat!
Entah apa yang ada dalam pikiran aku pon tak tau la..

Raya??
Biasa je..
Malas dah..raya pon macam tak raya..
Buat choc chip n choc rice time raya..
Ok je..

Raya pon tak kemana sangat..
Adalah p dalam 3 ke 4 umah je..

Baju raya of coz ada.. 
Untuk ibu, n adik2...

Raya ni je si B tu dah sedekah duit raya rm200
Time2 cengginilah pulak nak berservice ye B!
Tak pe la..
Sayangkan..
Dia lah segalanya...

Ok.. Nak update gambar raya!
Aku.. Nampak sangat aku tua!


Sebelah kiri suhailah, raja, den n nazirah..

Semasing dok cerita pasal Bakal semasing..
Hebat pulak tu..
Bakal suhaila account analysist orang n9
Bakal raja master engineering orang ganu
Suami nazirah orang johor.. Keje ape aku lupa..
Hihi..
Bakal aku??
Bakal aku, aku pon tak tau..

Hadoi..
Tak kena gaya tahundepan mau aku beraya sensorang ni..
Dah semasing plan tahun depan..
Risau plak aku!

Sape nak kawen ngan den ni...
Masuk la minang copek..
Dah 27 ni ha.. Laie 4 bulan yo nak bulan 12...
Tak nak ko kawen dengan den?? 


I blog with BE Write

Monday, August 12, 2013

semoga 27 ini ada keberkatannya

Jejak bertapak Ezu warkah 8/12/2013 04:27:00 PM 0 kata azimat
5hb Ogos 1986 - 5 Ogos 2013
Genap umur aku 27 tahun..
Ok, happy besday to me!

Thanks pada yang wish..
Macam2 jenis wish yang aku dapat..

Nak cakap nye
27 adalah no yang aku suka..
Aku punye besday tahun ni pon jatuh pada 27 Ramadhan 1434
Dan sebenarnye
Aku punye target nak kawen umor 27 tahun.. Amin..

Kawen?? Hekhekhek..
Camne nak kawen..
Kawan pon tak do..
Heuheuheu..

X pe..
Ada 4 bulan lagi untuk tamatkan zaman bujang.
Hahaha!
Zulaikha, plez be serious ok...

Kawen bukan perkara main2..
Komitmen, kasih sayang dan tolak ansur diperlukan sepanjang hayat..
Bukan tu je.. Macam2 lagi...
Pening pikir pasal kawen..
Boleh ke aku berkepit je dengan laki aku..
Kehidupan yang aku lalui ni
Penuh dengan keseorangan..
Bak kata orang, berdikari atas diri sendiri..
Segalanya atas bahu aku..

Munkin sebab itu, 
Aku tak boleh kawen lagi..
Masih ada tanggungjawab yang mengikat..

Takpe la..
Semoganya jodoh aku
Dengan orang yang mampu bersabar
Dan mampu menasihati aku..
Semoga dia itu adalah yang terbaik untuk aku dunia akhirat..

Dalam soal ini sememangnya aku sangat memilih..
Sangat memilih untuk kehidupan masa hadapan aku..
Bukan aku mahukan yang maha perfect! Tidak!
Cukuplah dia yang mampu menjadikan aku seorang manusia
Atau lebih kepada menjadi muslimah yang solehah.. Amin..

Bukan untuk mengungkit kisah lama..
Tapi muhammad adam itu adalah insan terbaik yang pernah aku jumpa.. 
Sehingga saat ini aku masih mengagungkan dia..
Tapi aku tak mampu bersama dengan dia..
Kerana aku yang memusnahkan segalanya..
Rugi kan??

Harapnya jodoh ku nanti
Lebih baik dari adam n azri.
Dan aku dapat rasa, semua itu, 
Ada pada dia.. 
Tapi, aku tak layak untuk dia yang terlalu inginkan segala yang perfect!
Aku tak mampu menawarkan segala yang aku tak mampu untuk dia..

Andai benar dia jodoh ku,
Semoga allah permudahkan urusan ini..
Amin ya rabb..

 


I blog with BE Write

Thursday, August 01, 2013

buka pose kite2 je...

Jejak bertapak Ezu warkah 8/01/2013 11:31:00 PM 2 kata azimat
Alhamdulillah..
Hari ni genap malam 24 ramadhan 1434h/1 ogos 2013..
Masih lagi berpuasa penuh seadanya..
Amin...

Semalam...
Aktiviti berbuka puasa "kite2 je"
Kenapa macam tu??
Okey.. Ada beberapa sebab..
1. Aku nak p dengan orang yang aku nak je..
2. Aku taknak pegawai join..

Lepas bincang dengan apiz, dia suruh aku cari member sape yang aku nak bawak..
Tempat area seremban 2 or sendayan..

Ada plak makhluk sebok tanya bila nak buka pose..
Okey, aku pon on je la rancangan tu, sebab ramai dah dengar..
Maka, dengan geramnye aku pon tulis la kat whiteboard..
Eee.. Rasa nak je suruh dia handle pgram tu sampai akhir..
Kepoh sangat!

Time tu, tn.mizan plak nampak ape yang aku tulis..
Maka, keluarlah idea dan tempat2 yang terbaik utk iftar ni..
Seminggu punya perancangan..
Arakian kisah, nazri tomyam menjadi pilihan..


Kami tak amik buffet..
Makan ramai2, bayar sendiri2..
Sebab mengenangkan ada budak praktikel yang join..
Tak sedap plak la nak soh diorang bayar 25/= kan..
Kesian plak..

Macam2 menu yang diorang ni order..
Hari rabu hantar order..
Dalam 18 orang jugak dalam senarai yang aku buat..
Heh, tau2 sorang pegawai ni nak mengikut..
Dah siap bagi menu, tp menu dah dihantar..
Aku la....
Geram je dengan minah sorang tu..
Beria2 dia mengajak.. Orang tu on je plak.. 
Mula2 tak nak join kalo tempat tak klass.. Ciss!

Memang x de aku nak mengajak dia dari awal sampai la kesudah...
Si suhairi, yang aku ajak pon tak nak..
Lastnye nak pulak..
Semua yang mengada2 ni, memang la aku tak mo layan..
Tapi, last sekali aku ok je..
Takkan nak menghalang kot..
Banyak hati nak kena jaga...

Sampai je tempat tu dalam kol 6.45..
Tak lama tu azri sampai..
Hah.. Ni lagi sorang.. Aku tak ajak kang, kecik hati!
Dia sampai je. Dia dok sebelah aku!
Hailaaaaa...
Ko duduk la selang sebuah kerusi ke...
Selamba je..tarik kerusi, duduk.
Lastnye kaki alia aku pijak.. Dia dah gelak2..


Pe lagi, aku dok la susun kuih yang aku beli..
Pastu, suruh la azri amik gambar..
Dalam syok2 nak tersengeh amik gambar tu,
Pegawai tu tepon!
Alaaaaaa! Hapo la nak eyyy!
Napo tepon den.. Tepon la zila.. Tak pon, azri ko..
Zila yang beria2 ajak kan! Bukan aku!

Ghupo eh, tak tau jalan! Osah plak la...
Ingatkan tahu.. Den ni memang la x tau..
Soh dia cakap dengan wazir..
Sampai ke sudah, nak dekat berbuka, x yo sampai laie..
Mano la plak poie pakcik n d geng tu..
Hati ni risau jugak..
Sobab, dio nak buko kek mano..
3 minit laie nak buko..
Whatsapp x reply.. Konfom cari jalan tu..

Sampai orang dah nak separuh makan, baru la dio sampai..
Terus lega hati, n boleh makan!
Kalo tak, kuietiow ladna tu, tak berusik!
Ego kan!
Tapi, memang sebenarnye, kalo kat umah pon, buka dengan air n kuih..
Then terus solat maghrib..
Rehat jap, baru boleh makan dengan tenang...

Macam2 kan.. 
Punyalah aku tak mo orang tu, orang ni join
Join jugak... Selamba je kan...
X pe.. Aku tak kesah..
Masing2 yang bayar...
Ingatkan, kot la pakcik tu nak belanja air ke.. Ape ke..
Tak do..... Melopong la...


I blog with BE Write

Tuesday, July 30, 2013

lirik lagu ni..

Jejak bertapak Ezu warkah 7/30/2013 09:02:00 AM 0 kata azimat
Aku menyedari telah jatuh cinta
Tapi aku tak bisa mengungkapkan
Terasa bahagiaku mencintaimu
Walaupun kau belum mencintaiku
Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang terakhir
Semakin ku bisa untuk menyayangi
Semakin ku bisa untuk mengerti
Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu

Monday, July 29, 2013

penat vs bosan

Jejak bertapak Ezu warkah 7/29/2013 10:51:00 PM 0 kata azimat
Untuk beberapa menjak semenjak ni
Kenapa makin malas nak p keje...
Rasa macam bosan sangat dok opis..

Kalo balik dari opis plak,
Rasa weak sangat..
Sampai tertido2..

Ke sebab aku dah tak amik cocoa collagen?
Mungkin jugak..
Dah dekat 3 bulan aku tinggalkan benda tu..

Nak2 lagi time pose camni..
Pe ke teruk sangat penatnye..
Kalah orang kerja angkat batu..

Kalo boleh, 
Time pose ni nak baring je..
Tido ke..
Benda lain tak nak buat.. 

Teruk kan?
Semakin berusia, 
Semakin lemah plak sistem badan..

Ok.. Esok nak p opis lagi..
Entah kerja apa aku nak buat pin x tau la..
Bukan xde keje..
Belambak!!
Tapi aku,takde mood!
Serius! Aku bosan!

Mungkin suasana opis tu yang menyebabkan aku penat..
Mungkin terlalu besar?
Terlalu jauh dari manusia sekeliling?
Terlalu sejuk?
Stress??

Entah!
X de mood nak kerja n p kerja!
Rasa nak pencen je sekarang!


I blog with BE Write

Sunday, July 28, 2013

poket tak masyuk la..

Jejak bertapak Ezu warkah 7/28/2013 10:55:00 PM 0 kata azimat
Patot pon hari ni panas semacam..
Mungkin jap lagi nak hujan..
Lembek betol hati ni..
Macam budak batu lajar pose..

Sementelah semalam tido lepas subuh,
Maka tido sampai kol 9..
Lepas je mengemas, tido lagi..
Sampai la kol 4..

Buka je tadi, dok pulun air yang bermacam2 atas meje..
Makcik2 n pakcik2 aku punya kerja..
Air teh, fnn anggur, fnn strawberry, air kelapa, air soya
Kembung dek air je..

Time berbuka aku memang minum air n amik seketul dua kuih..
Pastu, aku solat maghrib.. Dok berangan2 kat bilik sampai isyak..
Kalo ikot, aku kenyang je.. Tapi, kalo tak makan, ape plak kata nenek..
Kang kalo dah makan, nasi bertambah 2 pinggan..
Tu yang malas tu! Hahaha! Acane nak diet!

Tadi p amik kuih samperit kat maksu..
Ingat nak amik untuk nenek n makngah je..
Rupanya aku tetap tergoda..
Bukan sebab tengok orang beli kuih, aku nak beli..
Tapi memang berhantu sikit dengan samperit nih!


Sejak kecik kot..
Ibu kata, kalo p umah orang time kecik2 dulu, 
Habis sebalang samperit tu aku kerjakan..
Yup, aku memang teringat tu... Haha..
Kalo umah orang lain ada samperit jugak, habis jugak aku kerjakan..

Tapi nak samperit panjang..
Tak nak samperit bunga tu..
Tu pon jadi masalah kat aku..
Walhal rasa sama je..
No no no..
Cara makan tu berbeza..
Samperit bunga kena makan terus masuk dalam mulut..
Sekali tersedak, tersembur sembur keluar dari mulut..eeewww..
Kalo yang panjang boleh makan sikit2...
Sopan gituw...

Entah kenapa tu yang menjadi pilihan..
Sampai sekarang, paling tak pon, ibu akan buat samperit time raya..
Lepas tu almond london..tu je la..
Yang lain beli..
Sebab tu kegemaran anak2 dia..

Aku kurang suka yang cokelat2 ni..
Kalo beli pon, untuk adik2 aku je..
Tart nenas aku tak minat.. Sebab nenas..
Tapi ibu suka.. Tahun ni, tak tahu nak beli kat mana..
X de plak yang menjual..

Kuih2 raya sekarang ni, banyak dah urban style..
Aku ni citerasa kampung lagi..
Kuih sepit la, biskut suji la..

Tapi, malangnye, aku tak tahu buat samperit..
Sebabnye, ibu jarang buat kuih raya..
Lagi satu, aku tak tahu gune oven!

Ibu niaga kat bazar ramadhan sejak umur aku 13tahun..
Makanya, aku memang tengok kuih berbuka pose yang dia buat tu tetiap tahun..
Sampai aku naik hafal..
Aku tahu yang kukus2 je.. Bagi aku yang kena bakar,
Alamat memang tak terbuat la..

Aku teringin nak cube gune oven nenek..
Sekali ibu tak bagi..
Dibuatnye rosak, mampos aku kene leter dengan nenek sampai kiamat..
Hahaha.. 
Makanya, hasrat aku menggunakan oven, terpendam jauh dilubuk hati..

Bukan tak nak belajar kalo kat umah..
Tapi, ibu ada.. Ibu yang lead semua...
Makanya, aku bersenang kaki lah..

Walauape pon, dia tetap ibu aku..

Jap2 nak kire..
Kuih ape je aku beli tahun ni..
Ermm...
1. Stick strawberry =rm25
2. Samperit =rm15
3. Suji=rm15

4. Kuih sepit asli=rm16(makngah)
5. kuih sepit butter=rm20

6. Kek coklat = rm11
Jumlah rm102. Cukup. Tu budget kuih raya.. Terlebih rm2..

Tu belom baju raya ibu ngan baju raya naim..
Jannah ngan abah dah ada aku belikan time p indon hari tu..
Ibu ngan naim pon da ada.. Tapi, aku nak belikan jugak..
Tu pon, mau rm120.. Duit raya memang x de.. Sebab aku sengkek rasanye..

My B tu pon nak duitraya tu..
Dah 30000km tu... Mau dapat rm300 kat dia..
Lesen pon mati.. Berape eh?? Ada kot dalam rm 50


Duit raya sepupu, 
Rm20 je x 4 =rm 80
Nenek n makngah rm20 x 2 =rm40

Tu untuk orang je..
Duit bonus x cukup weh...
Dapat rm500 je..
Defesit oiii...

Nak balik kampung lagi 
Tol p balik dalam rm26
Minyak p balik rm100
Duit beli barang dapor ect :rm100++
Tambah tolak dekat rm1000 ni belanja bulan 8!


Aku nak tambah duit camne ni!!!

Ok, pening!


I blog with BE Write

kejayaan dan kehilangan!

Jejak bertapak Ezu warkah 7/28/2013 02:02:00 AM 0 kata azimat
Okey!
Tahniah sebab dah berjaya long in semula.. 
Dan connect dengan ipad!

Betollah kata orang, kalo kita nak kan sesuatu kita kena korbankan sesuatu..
Yang ni dah boleh connectted,
Habis semua gambar, lagu n segala macam nota kat henphone hilang!
Tahniah!

Ok now at 1.58am!
Mata den segar bugar lagi..
Mengerjakan hp dengan ipad..

Bukan la reti nak buat solat hajat ke istikharah ke,
Solat isyak pon belom lagi!
Bagos!

Seronok sangatkan!
Ha... Memang camni la jadinya..

Ok, dah ada berita 2 pagi kat radio..

Selamat solat isyak, tahajjud n sahur!



I blog with BE Write

Wednesday, July 17, 2013

Puasa 2013

Jejak bertapak Ezu warkah 7/17/2013 01:27:00 PM 0 kata azimat
Salam Ramadhan 1434H

Masih belom terlewat rasanya untuk mengucapkan selamat..

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan!
Semoga kehadiran mu kali ini menambahkan iman dan taqwa pada Ilahi..

Berpuasa di opis baru..
sangat janggal rasanya..
manakan tidak, jauh dan uas pemandangan mata sewaktu pergi dan balik kerja,,
34-45 minit jauhnya dari rumah..

kenapa tak pindah?
kiraaan kos tu sama je..
duit minyak je dah RM300 sebulan..
dok umah sewa RM150 + minyak RM150 = RM300.00..

mulanya ingat nak beli umah flat je..
dalam anggaran RM60k..
flat 4 pintu 5 tingkat, bawah sekali..
dah siap ada grill n bumbung tempat sidai baju..
sangat teruja nak beli..
tn. mizan yang rekomen kan rumah tu..

pastu mintak la pandangan kat someone ni..
dia kata, tak payah..
keselamatan kereta tak terjamin..
kalo ulang alik pon sama je nak kena bayar..

oleh kerana aku dah terpikir masalah yang bakal jadi
maka aku tak de la nak beli umah tu..
kebetulan penyewa pon ada lagi kat umah tu..
tak sedap plak nak suruh dia cari umah lain..
dah la nak puasa n raya.. kesian..

dan masalah yang sangat menyakitkan hati sekarang
sepanjang jalan seremban-sendayan ni
jalannye kemain macam haram!
kepak jugak la tyre kreta aku..
konon nak buat balancing je.. terus kena tukar skru ape benda tah..
masuk dalam komputer dia, merah je..
sebelum tu, tyre da masuk paku..
bertukar..
tetiap bulan dok kerjakan kreta tu je..
masak jugak rasanya..

tu pasal kereta..
yang diri sendiri pon masalah jugak...

asal dok opis je sakit kepala..
macam di sentak2 dekat sebelah kepala bahagian atas telinga..
lepas tu bawak ke belakang kepala..
dah habis belakang kepala, dia naik plak kat kepala sebelah lagi..
dah kenapa...

entahla.. perubahan yang mendadak ni membuatkan aku
ting tong!

fizikal dan mental tak sedia lagi nak terima perubahan..
haishhh..

btw, semoga aku sihat dan selamat..




Saturday, June 29, 2013

Aku tewas kali ni!

Jejak bertapak Ezu warkah 6/29/2013 12:52:00 PM 0 kata azimat
Tahap kesihatan masih lagi di paras lama..
Semakin tiada tanda untuk sembuh..
Hari ni menjadi teruk lagi..

Sementelah mendengar kabar bahawa dia akan bertunang esok..
Dia sendiri yang menjemput ke rumahnya..
Dia sendiri yang memberitahu kenduri itu dia bertunang..
Tidak menjemput rakan kerja yang lain kerana, 
Rumah kami yang paling hampir.. Aku dan fahmi..

Kalau sekadar kenduri arwah dibulan2 ni, 
Tak mungkin kami dijemput..
Ini kenduri dia.. Wajarlah kami dijemput..

Hati luar masih ego membiarkan apa yang terjadi..
Dengan ucapan semoga selamat semuanya dan selamat bertunang..

Dalam sepi,
Aku menangis...
Tapi aku redha..
Bukan jodoh ini yang tertulis dengan dia..
2 tahun aku menyembunyikan rasa..
Akhirnya dia milik yang lain...

Tewas juga dek pemikiran luar kawal..
Mengapa ini yang selalu terjadi?
Tidak layakkah aku berdampingan dengan mana2 lelaki..
Yang sesuai untuk menjadi suami..

Kenapa orang lain begitu senang memperoleh pasangan hidup,
Sedangkan aku sukar sekali..

Rabbb...
Tolonglah aku...
Aku hampir tewas...

Friday, June 28, 2013

Moga sihat

Jejak bertapak Ezu warkah 6/28/2013 11:07:00 AM 0 kata azimat
Dah penghujung bulan Jun..
tak banyak yang dapat aku update since ada problem connection between my Ipad n my phone number..

jerebu semakin hampir ke penghujung..
tapi aku plak yang sedang menaggung sakit tekak, batuk dan selesama yang sangat sikit..
elok juga la sikit..
kalo  banyak, penat plak nak melayan..
dah 2 hari demam yang macam tak demam..

badan panas, kepala sakit, badan sakit..
tapi masih ligat..
cuma tak boleh kena aircond..
akibatnya, badan akan jadi lesu..
serba tak kena..
bersabar atas dugaan..
moga ada yang terbaik untuk aku..



Monday, June 24, 2013

hujan tak turun lagi..

Jejak bertapak Ezu warkah 6/24/2013 11:12:00 AM 0 kata azimat
lama tak post kan...

bukan tak nak post cerita..
iPad nak link dengan blog ni ada problem la plak
dah tulis tak boleh nak publish plak,,

ni kat opis..
hahaha!
nasib la....

hari ni isnin..
jerebu..
teruk betol dah ni..

tapi pelik apesal kami tak dapat cuti lagi..
mood cuti sangat la bagos dalam keadaan ni...

bawak kereta asyik terbersin..
mata dah gatal2..
badan pon start tak sedap..
macam nak tido je..

semoga Allah menurunkan hujan di seluruh malaysia..

sangat bangang orang yang membuat pembakaran hutan ni..
berapa hektar hutan ko bakar oiiii..
pandaikan ko jangka angin bertiup ke arah utara dan timur, kan...
ko tak nak tempat ko kena, kan...
menyusahkan orang lain betol!

Monday, June 17, 2013

nikah sudah kamu, nasruha!

Jejak bertapak Ezu warkah 6/17/2013 09:59:00 PM 0 kata azimat

Tanggal 3 jun 2013..
Bermulalah episod baharu kehidupan sahabat baik ku dan abang angkat aku
Nasruha Che Man dan Ahmad Hafidz menjadi suami isteri..

Kedua- duanya ku kenali ketika di UTMKL..
Sewaktu bersama- sama menjadi AJK Kolej Pertama..

Indah kenangan di waktu dahulu..
Masih terbayang saat manis, suka dan duka bersama..

Nasruha, dia adalah sahabat yang paling baik, paling memahami 
Dan paling bertolak ansur dengan aku..
Keperibadiannya yang sangat mengujakan aku..
Sebab itu, aku mampu bertahan dengannya  sehingga sekarang..

Dia bukan lagi sahabat, tapi dia adalah saudara paling rapat bagi aku..
Begitu juga suaminya.. Sama seperti dia...
Aku dimanja, dijaga dan dikasihi seperti saudara kandung sendiri!
Tuhan, aku bersyukur dikurniakan insan seperti mereka!

Barakallahu lakuma wa baroka alaikuma wajamaa baina kuma fil khair..!
Uhibbukum fillah!

Semoga mahligai yang kalian bina, kekal utuh dan abadi sehingga syurga!
Moga dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah
Dan diberkati kehidupan kamu dunia akhirat wahai mempelai..



Keberangkatanku pada hari khamis malam jumaat..
Aku sungguh teruja dengan pernikahan itu..

Sementelah aku dipaksa menjadi pengapit,
Maka, wajib juga lah aku bertolak awal..

Aku hadiri malam akad nikah tersebut bersama seorang lagi teman
Erat genggaman tangannya pada ku, saat lafaz sakinah itu termetrai..
Mungkin sedikit sebak padanya..
Aku apatah lagi...


Sedikit rasa kelakar sebelum waktu persandingan..
Sesi makeup berjalan..
Ramai yang ingin melihat pengantin..
Itu perkara biasa..
Bila bilik itu sudah padat, aku keluar untuk mengambil angin luar..

Tiba2 ada yang menegur dan ingin bersalam..
"Inikah pengantinnya?
Aku terkedu dan terus ketawa sambil menafikan!
Mana mungkin aku yang biasa2 ini dianggap pengantin!
Make up pon tidak..walau telah dipaksa untuk di make up...
Tak hingin aku... Nanti aku tak berseri masa persandingan aku pula! Hhahaha!

Pengantin ini, tinggi orangnya..
Pakai pula high heel... 
Maka, aku yang sememangnya sudah pakai heel tetap nampak kemetot..
X pe la..
Yang penting, dia bahagia..

Selepas dia disandingkan, aku kerumah sahabat lain pula..
Nuriziani.. Ya...Aku pernah kesana sewaktu persandingannya..
Jauh dibawa aku berjalan..
Pantai seri tujuh, kawasan bebas cukai.. Aku lupa di mana... 
Berjalan sahaja aku...

Jujur aku katakan, ramai dikalangan sahabatku adalah orang kelantan..
Kalau ke sana, aku mungkin mudah utuk bergerak..
Orang kata, mereka berpuak.. Entah, pada aku itu biasa..
Sesiapa pon kalau jumpa member negeri sendiri akan melekap terus dengan kenegeriannya..

Walau apapon, terima kasih kerana sudi menerima aku sebagai sahabat"
Aku akui, aku bukanlah orang yang bagus dalam hidup kalian..
Tapi kalian telah menyempurnakan aku sewaktu kita bersama!

Selamat berbahagia wahai sahabat2 ku!
Semoga allah melimpahkan rezeki dan keberkatan dalam hidup kalian!



  


I blog with BE Write

Saturday, May 11, 2013

Round2 di Padang n Bukit Tinggi

Jejak bertapak Ezu warkah 5/11/2013 03:38:00 PM 2 kata azimat
Agak lama tidak memblogkan cerita..
Nak kongsi pengalaman ke Padang
Pada 26april -29 april 2013

Sangat lambat untuk update 
Kerana melayan depression yang datang..

Ni tiket penerbangan..

Masih teringat waktu untuk ke Padang,
Satu benda pon tak buat... Baju tak kemas, pasport x tau kat mana
Purse entah kemana2.. Luggage berhabuk.. 
Petang sebelumnya demam plus sakit kepala yang datang menggila
Bahana daripada amukan opis baru!
Pukul 4 pagi bangun, baru nak siapkan apa yang patut..
Tak enjoy pon p sana... 
Orang kata, betul2 bawak hati walang...

Pada asalnya ke sini nak enjoy
Beli barang n baju raya
Dan juga carik makan
Lastnye, entah ape2 yang dibeli,
Makan yang banyak..
Melayan perasaan yang berkecamuk
Memang tu la jadinya...

Sangat sedih!

Ni terminal di Padang.. Terminal Minangkabau..

Kawan ayah pakcik zila yang amik kitorang..
Terus je bawak kitorang p makan

Sarapan pagi : nasi air n air mata pengantin..

Nasi air tu, nasi putih dengan sup daging panggang..
Daging tu rangup sangat.. Sup pun sedap.. Xde rasa ajinamoto..
Katanye, restoran ni, restoran paling sedap..
X tau plak nama restoran ni..
Time makan ada plak orang main gitar nyanyi dekat kitorang..
Lagu salem.. Juwita.. Terhibur hati...

Kebetulan memang perut dah sangat pedih..
Memang lapar sampai lembik rasanya..
Semalamnye tak makan pon..
Makan seketul ayam kfc n 2 ulas kentang cheezy wedges yang tn.suhaizad belanja..



Lepas makan, diorang dok bawak kitorang p round pantai..
Apetah nama pantai tu..
Naik jambatan siti nurbaya..
Aku dok melayan perasaan dengan amik gambar semua yang aku nampak..
Macam jakun..
Tapi tu yang aku buat..
Aku tak nafikan, sepanjang kat sana, aku banyak diam..
Aku hilang perasaan...

Kat sini memang kami dijaga betol..
Semua ditanggung oleh keluarga tersebut! 
Shopping je la..

Jus apokat

First time kat sini, aku minum jus apokat.
Dalam bahasa melayu avokado..
Jus yang diorang buat, memang pekat dan piau!
Avokado ni, terasa pahitnye! Orang da belanja, telan je..


Area makanan di Padang ni, banyak makanan seafood..
Semuanya bakar.. Ikan bakar, udang, sotong...
Cara masakan memang terbaik!
Memang rasa sedap! Tak macam malaysia..
Nak untung je, rase entah ape2..
Lagi satu, diaorang amalkan minum air suam.. 
Setiap meja memang disediakan air suam..
Patutla perut diorang kempis! Tak buncit!
Makan plak guna tangan.. Xde nak sudu bagai... X kenyang...

Seharian berjalan dan makan saja..
Dapatlah murtabak bandung
Murtabak bandung cheez jagung n cheez pisang!
Sedap!

Sama je macam apam balik kat malaysia..
Cuma malaysia guna margerin, gula n jagung..
Kat sana letak cheez n bahan2 lain..
Benda ni yang paling aku nak cari..
Syukur, dapat!

Hari kedua dan hari ketiga ke Bukit Tinggi..
Sebelum sampai kat bukit tinggi,
Kitorang singgah kat istana pagar ruyung..
Tapi istana tu tak bukak lagi.. Belum ada perasmian. 
Sebab baru pulih dari pembinaan yang baru.. Dek terbakar sebab petir..

Dihadapan istana pagar ruyung..

Dalam perjalanan dapat tengok Gunung Merapi..
Gunung tu tak berapa tinggi.. Puncaknya dilitupi awan tebal..
View sangat cantik..

Dalam kereta dok dengar lagu minang je..
Sampai malaysia, terus cari kat utube..
Memang ada..
Lagu best yang ada, pulanglah uda, cinta jan dibali, ampun yo mandeh..
Ha.. Sampai aku paham la maksud lagu tu..
N tau sikit2 speaking minang..

Sampai je bukit tinggi,
Episod kengkawan membeli belah..
Aku blurrr...
Tengok diorang belikan kain yang dikirim..
Dok survey2..bannyak kain dipotong 3m stengah..
Maka, akau tak la membeli..sebab, aku x boleh pakai 3meter setengah..
4meter boleh la..ukuran standart orang malaysia..

Gambar membeli belah x de kat sini..
Sebab aku tak de mood nak bergambar..
Hari pertama shopping, aku dapat baju biru..
 Ok, cantik tak baju biru tu??
Jangan tengok tang perut! Memang buncit!

Masa beli elok je longgar,
Sekali dah basuh, dia mengecik plak!
Nak sangat pakai baju baru kan, pakai!

Ok, ni roti neraka namanya!

Roti neraka ni pi panggang atas bawah..
Sebab tu nama dia macam tu..
Rasa dia macam putu bambu..
Sedap.. Besar..
Kembung perut!

Asyik makan je dok sini..
3 hari dok sini, pagi tengahari malam wajib makan!
Sampai naik 4kg!
Amik ko..

Kat malaysia makan sekali dua je..
Tu pon x de ikot time..
Makan bila lapar, malas tak yah makan..

Last sekali,
Memang rasa pilu..
Pagi sebelum balik,
Silva dah merajuk dengan aku..time nak p sekolah, tak nak dia pandang muka aku..
Salam pon muka ke lain.. Masam je muka dia..
Sebelum dia balik, sempat aku cium pipi dia n bagi kata semangat kat dia..
Dia angguk n masuk terus dalam kereta..
Tak tau la dia nangis ke tak..
Malam tu, dia nak tido dengan aku, kakak dia tak bagi sebab sempit..
Lambat dia masuk tido malam tu..
Perasaan budak.. Aku pon pernah jadi budak..

Silva & erdin

Kat sana, memang dia kepit aku je..
Dibuli2 je aku..
Mana ada aku kat situ dia menyelit..
Dipeluk2 nye la..diusiknyelah.. Makan nak dekat2..
Duhai anak... Manja sungguh!
Sedangkan aku tak la terlalu melayan..

Since kemana pon, 
Even dengan adik sepupu aku,
Aku dibuli2..kemana saja dengan aku..
Nak kata aku ni manjakan budak tak..
Garang tu pasti...

Kalau salah memang kena dengan aku..
X de chance la nak mengada2 dengan aku..

Betul la kata orang,
Kalau kita ada masalah, tengok budak2 
Hilang rasa gundah dan masalah..
Kat sana pon, aku dengan budak2 ni je..
Aku tak layan sangat zila n ain..
Maaf la..
Aku memang dalam tekanan..

Family ni memang baik!
Sangat baik dan sangat pemurah..
Dia layan kami memang macam saudara..
Sangat ramah dan sangat friendly!
Kalau ada orang datang minta sedekah, memang dia bagi..

Aku sangat menghargai kebaikan diorang..
Semoga kita ketemu lagi..
Terima kasih atas layanan dan kemurahan hati 
Terhadap kami...


I blog with BE Write

 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review