"mintalah fatwa dari hatimu yang paling dalam. dalam ketenangan, jawapannya akan muncul." .:ezukama:.

Monday, December 31, 2012

share lagu...

Jejak bertapak Ezu warkah 12/31/2012 12:34:00 PM 0 kata azimat
Nak share lagu jap..
tajok : ku yakin berlaku...

Yang ku panggil kasih
Ku kenang selalu
Riuh atau sepi
Rinduku padamu

Dalam kesibukan
Dalam kelapangan
Tiada ku lekang
Ingatan yang suci

Tertumpu mendambakan
Disatukan denganmu

Di hari yang indah
Ku yakin berlaku
Kita bertemu di jambatan kasih
Setelah dipisah lama

Di hari yang indah
Tiada sedetik
Akan terlewat mahupun tercepat
Kutatap wajahmu duhai kekasihku

Garisan pemula
Jauh kutinggalkan
Semangat ku sama
Mencapai impian

Kau ku panggil kasih
Dulu dan selamanya
Tidakkan berubah
Perasaan ini

Aku makin sensetip! jangan kacau!

Jejak bertapak Ezu warkah 12/31/2012 11:35:00 AM 0 kata azimat
Semakin meninggalkan tahun 2012 dalam beberapa jam lagi...

Bagus!
Aku sangat berbesar hati untuk meninggalkan tahun ni dengan penuh rasa syukur dan rasa entah ape2..

Agak semacam perasaan aku akhir penggal tahun ni..
semuanya serasa tak kena..
mungkin salah aku...
atau mungkin salah aku jugak..
dan hampir terpenggal jugak aku rasa..

malas aku nak tujukan kesalahan tu kepada manusia lain..
sebab, sesuatu yang berlaku tu, hasil tindakan kita jugak..
walau kita tahu, manusia tu buat perkara bongok dengan kita..
biarkan lah... bukan aku mati kalo tak dapat hidup dengan korang...

kerana salah aku, walang rasanya..
kerana salah aku, buntu rasanya..
kerana salah aku, libang libu rasanya..

bila kita selalu bercerita hal kita pada orang yang kita percaya
rupanya, perkara tu tak mudah untuk dia simpan..
maka bermulalah segala cerita..

bila kita terlalu rapat dengan seseorang yang kita anggap kakak,
rupanya, keakraban tu tak mudah untuk kita kekalkan..
maka, bermulah episod pertelingkahan..

maka,
denga rasminya aku semakin
HILANG KEPERCAYAAN PADA MANUSIA!

kerana segala rasa yang ada tu, buat aku nekad
nekad untuk keputusan yang membahagiakan nyawa aku..

aku terbang ke vietnam pada saat raya korban menjelma..
membawa hati dan jiwa yang melayang entah kemana..
bertitik tolak dari itu..(amboi...macam cikgu BM dah..)
aku semakin kerap mengambil cuti
dan kerap juga ke luar negeri untuk melancong..

bukan sebab banyak duit..
tapi, boleh la untuk menghilangkan rasa sengal otak..


sebab tu, aku semakin bersendirian..
malas untuk bercampur gaul dengan manusia..
aku membawa diri masuk ke kelompok manusia lain..
bercerita tentang kejadian alam dan suasana harian..
bukan lagi hal personaliti aku..

dan aku..
semakin aktif bertwitter..
macam artiskan??

x pe la..
takkan ada yang marah kalau aku post ape2 dalam twitter..

maka, jangan follow aku!

kerana aku bebas untuk memaki manusia dengan nama penuh
kerana aku bebas untuk menyongsangkan akal aku..
kerana aku bebas untuk mengorat dan memanjakan diri kepada manusia lain!

semoga sepanjang 2013 akan membawa 2001 kebaikan dan keceriaan untuk aku dan keluarga aku!

adiosssss!!!
adiosss kau...hahhahah
kite bagi oppssss gitu...propaganjil!

#sangat bermasalah aku sekarang ni bila selalu tengok Jozan dan ML, MLM...



Saturday, December 15, 2012

Bab cerai berai ni, jangan main2!

Jejak bertapak Ezu warkah 12/15/2012 05:32:00 PM 0 kata azimat
"hoii! Lepaskan aku! Ceraikan aku sekarang! Fade up aku hidup dengan ko lah! "

Ehhh budak ni!!! 
Mujur la bukan adik aku! Kalo tak, memang makan penampar aku!

Haila...
Orang kawen, nak kawen..
Orang bercerai pon, nak bercerai jugak!

Benda2 sensetif laki bini ni...
Settle la berdua...
Dok post yang bukan2 kat fb ni... 
Hangat hati aku!

Kalo ko nak gaduh ke, nak maki ke laki ko, buat lah.
Tapi kalo dah masuk hal cerai berai ni,
Aku sound je!

Weh budak! Untung ko umor 20 tahun da kawen!
Anak pon da ada!
Akak ni yang tak kawen2!

Syukur la dapat rahmat yang allah dah bagi tu..
Sempurna dah!
Untung sangat kau tu..



Haila! Pening dengan budak2 sekarang!
Ape tah yang tak cukup walopon dah kawen!

Terima je lah pasangan tu seadanya..
Memang susah nak paham orang..
Sebab orang memang akan berubah walau sesaat..

Diri dia pon dia susah nak paham..
Lagi la ko yang jadi pasangan hidup dia...

Kalo ko tak sayang dia, tak cinta dengan dia, ko takkan kawen dengan dia....
Sebab sayang, cinta dan rindulah ko kawen dengan dia..
Lahir dah permata hati tu dari perut ko..

Semoga allah panjangkan usia perkahwinan ko..
Dunia akhirat..
Sudah2 buat perangai kanak2...

Thursday, December 13, 2012

Semuanya kerana bola tadi!

Jejak bertapak Ezu warkah 12/13/2012 10:50:00 PM 0 kata azimat
Nak update kat sini,

Aku tak puas hati betol malam ni, bila orang cakap,
Pemain malaysia telah bermain bersungguh-sungguh!

Hahah!

No! No! No! 

Asal kejar bola je jatoh,
Asal dapat bola, pegang lama- lama
Asal bola datang je terhegeh2 tak tau nak bagi siapa..

Hailaaa!

Selalu dah macam ni...
Memang tak kemana la weh...

Harap gaji je la beribu..
Skill, stamina, ketenangan, sume hampeh!

Memang emo dapat kad merah..
Tapi lagi emo kalo kalah!!

Tak do la tu do....
Baik balik yo la malam ni....
Ngabihkan duit rakyat yo...

Tuesday, December 11, 2012

Kenangan ku bersama mu..

Jejak bertapak Ezu warkah 12/11/2012 07:59:00 PM 0 kata azimat
Tiba2 aku tak tau nak mulakan ungkapan ape..
Ok..
Emmm...

Tahniah kak izi n zulfadhli!



Kawen dah sahabat sorang ni!
Amboi...
Bulan depan, nas pulak nak tunang!
Eh...
Aku bila lagi!!!

Macam sedih plak..
Hehe..

X pe la...
 Jodoh masing2...

Aku selamat sampai di pasir mas 7hb pagi..
Apih yang amik..
Terus ke rumah nas..

Aku jumpa kampung! Yup baru betol kampung!
Tenang, segar, redup dan damai!
Lain sungguh perasaan ni..
Hilang terbang segala masalah..

Tak susah untuk aku menjamah makan mereka..
Mungkin aku dah terbiasa dengan nas..
Masakan pon ok.. Tak lah semanis yang disangka..

Pagi2 dah makan nasi..
Nasi gulai la, nasi kerabu la..
Orang lain makan roti canai kan..
Tapi aku tak kisah..sebab aku memang jenis makan nasi pagi2..

Main guna air paip yang di korek dari telaga..
Masih terasa payau air tu.. Sejuk!
Hahaha!

Sekitar rumah yang penuh pokok buah!
Pokok buah asam jawa, pokok manggis, pokok mangga, pokok langsat
Lupa nak amik gambar! Seronok sangat menikmati alam yang belom diteroka sepenuhnya!

Jiran yang ramah..
Tapi, aku tak reti bersembang..
Mungkin sedikit tak paham, tapi yang lebihnya memang aku x pandai bersembang!
Pendiam mungkin.. Tapi kawan2 aku kata aku bising, bukan pendiam! Pelik!
Aku memang agak kekok kalo berjumpa kali pertama..
Aku lebih suka tersenyum dan tersengeh..
Cewahhh.. Tayang kelebihan lain plak! Haha

Pergi ke rantau panjang sebelum p kenduri kak izi...
Murah jugak la barang2 kat sana!
Rugi tak memborong! Hadoi!
Naik flight x pe.. Ada troli.. Naik bus, menjunjung! Tak payah!



Hari akhir sebelum balik..
Merempit dengan nas p pekan pasir mas!
Waduh2!!!
Dapat sehelai kain corak batik harga rm65 je! Siap batu kilat2!
Agak gila!
Perempuan kan! Ya allah... Jauhkan lah aku dari sifat2 pembaziran!

Beli satu je.. Sebab, dah la tengah bulan! Duit mana de banyak pon! 
Alasan paling kukuh, tak nak mengangkut time turun bus!

Serius! Mata dah naik buntang tengok kain baju!
Tolonglah zulaikha! Macam nak orong je kedai tu!
Last sekali, nas belikan keropok2 untuk bawak balik!

Nas bagi manggis, petai n buah delima..

Eh buah delima dalam beg!
Memang tak mengemas lagi.. Penat!

Last sekali, time salam mak nas,
Rasa macam sebak je..
Entah! Mungkin jiwa aku di sana..
Mungin hati aku mesra dengan keadaan tu..



I blog with BE Write

Monday, December 03, 2012

Aku Bukan Hamba, Kau Bukan Tuan Aku!

Jejak bertapak Ezu warkah 12/03/2012 07:43:00 PM 0 kata azimat
Innalillah...
Ergghhhh... Rasa tak sedap badan plak.. Balik tadi kena hujan.. Lambat mandi..
Ok, dapat hadiah la jawabnye..
Badan pon da start sakit, kepala da nak start berdenyut dengan lebih kencang, kaki dah sejuk2...

Time2 ni la cepat nak mengalirkan air mata ni...
Aduhai... 

Esok ada bengkel audit la..
Ada makan freeeee...
Banyak kerja kena buat plak...
Kesian...
Jadi setiausaha audit, jawatan ls, tapi duduk unit bsk...
malang la nasib nama tak naik p muzakarah ls......
Dalam tentatif program ada plak pasal audit...

Sangat kecewa kan...
Kita buat kerja macam nak tergolek
Sampai demam2 dan risau tak tentu pasal
Tak terpilih kita ni...

Ye la...
Orang menumpang memang macam ni..
Kerahan tenaga diminta,
Tapi keperluan memperoleh sumber tenaga disekat..

Ok foine....
Memang akan buat pemberontakan secara senyap dan perlahan..

Cakap lebih2 kang, orang marah..
Banyak bunyi kang, orang tak suka...
Buat je la kerja sendiri
Dan duduk je la kat bsk tu sampai muntah

Memang patotla orang cakap, orang kerja gomen ni, pemalas!
Asyik mengular je!
Kerja kemana orang ke laut!

Yelah..kadang2 kite beria nak buat benda tu..
Tapi orang tak nak bagi kerjasama...
Dah la tak de kerjasama, 
Bila kita bagi pendapat tak nak terima!



Manusia bila selalu sangat duduk dalam zon selesa
Memang dia susah nak paham masalah orang lain!

Lagi2 kalo bos...
Perempuan plak tu! Memang tak kemana la...
Kerja dia sebagai bos, hanya bagi arahan.
Pastu, main taram je sesiapa yang dia nak hambakan demi melangsaikan nafsu bossy dia!

Heh! Polak pulak dengan ko ni!
Ko guna aku untuk mahkamah baru tahun depan,
Memang tak dapat la nak nolong!

Peduli,, bukan ko nilai SKT aku, pempuan!

Tahun 2013, letak jawatan jadi setiausaha audit dan juruaudit! 

Sekian!

Bukan mintak habuan bila buat kerja sampai tertonggeng
Tapi harap ko paham derita hamba abdi yang kena buat sesuatu tugas berat
sedangkan dia x tahu pon tatacara tugas tu..
Kerana dia membantu! Hanya membantu meringankan!
Bukan diperhambakan!


I blog with BE Write

Friday, November 30, 2012

Moga tidak Bosan..

Jejak bertapak Ezu warkah 11/30/2012 07:56:00 PM 0 kata azimat
Bosan itu kehidupan..
Bukan dinamakan kehidupan bila tiada secebis kebosanan..
Tarkadang bukan secebis kebosanan.. Tapi bercebis2..

Takanan, masalah dan benda2 yang entah apa hadir...
Lama kelamaan, kebosanan melayan semua yang datang...

Mungkin aku perlu mencari semula identiti yang hilang..
Atau mungkin, kita perlu menjauhkan diri dari kehidupan sekarang??
Entah ye...

Aku tak tahu kat mana lagi nak hilangkan kebosanan yang melanda..
Betol kata dia..
Cari program luar, kewan dengan orang lain...
Pedulikan apa yang orang kata... 
Takkan nak jadi anak dara kampung yang duduk kat rumah menunggu pinangan orang..
Memang agak sentap bunyinya!!!

Aku perlu pikirkan apa yang dia kata, dan apa yang orang lain kata..

Aku kena keluar dari rumah ni secepat mungkin!

Ahaha.. Nampak macam nak lari dari rumah..
Tapi hakikatnya, aku rasa aku lagi bebas duduk dengan ibu n abah berbanding duduk dengan nenek dan pakcik makcik..
Tuhan je yang tahu..
Apa yang dibuat serba tak kena..
Salah sikit, cerita tetang aku akan tersebar ke seluruh kampung..



Mulut orang tak boleh nak tutup..
Tapi diorang belom dengar mulut aku berkata..
Jalan terbaik adalah berdiam diri sahaja..

Rutin harian hari isnin:
Bangun tido, p kerja, merayau, balik kerja, duduk dalam bilik, tido.
Rutin harian hari selasa :
Bangun tido, p kerja, merayau, balik kerja, duduk dalam bilik, tido.
Rutin harian rabu, khamis dan jumaat :
Bangun tido, p kerja, merayau, balik kerja, duduk dalam bilik, tido.
Rutin hari sabtu dan ahad :
Bagun, sarapan, tido, tengok tv, tido. Kalo dah bosan sangat, memang aku keluar. Macam2 alasan yang aku buat..

Keluar rumah salah, duduk terperap salah, tak masak salah, makan salah..

Ok senang cite, memang aku buat perangai malas sekarang.. Semua tak boleh..

Betol kata ibu: ko tau la nanti bile ko duduk dengan nenek ko.. Ibu dah rasa.. (Betol ibu!!!)

Nak pindah... Tapi abah tak bagi.. Abah suruh tunggu.. Nanti mahkamah dah siap, baru boleh pindah... Tak sesuai nak keluar rumah tu sekarang... Hurmmmmmm.....

Au bosan bosan bosan dengan semua ni.......


Semoga ada yang terbaik untuk aku...




I blog with BE Write

Monday, November 26, 2012

Dia pemilik hatiku...

Jejak bertapak Ezu warkah 11/26/2012 09:47:00 PM 0 kata azimat
Walau langit itu semakin mendung...
Awan semakin tebal menampung air...
Kalau bukan disitu turunnya hujan...
Ia akan berlalu pegi...

Sunnatullah itu benar..
Perancangan hebat yang Maha Kuasa..
Bukan sesuatu yang sia-sia..
Hikmah terbaik untuk setiap yang tercipta..

Hidup dalam dunia ni, kita harus meraikan kepelbagaian sikap dan sifat manusia..
Seperti yang selalu aku khabarkan sebelum ni..
Orang akan menerima kebaikan kita dengan mudah... 
Tapi bukan mudah untuk orang menerima keburukan kita..

Tak dinafikan, fitrah manusia...waima jahat kutuk macam mana sekalipon
Mesti dia suka pada kebaikan, kelembutan, dan segala barang baik punye...

Dan! 
 Sebenarnya, kita juga memang tak boleh menerima keburukan orang!
Betol atau tidak??
Aku juga manusia seperti kamu.. Masakan aku mampu berbohong...



Kembali pada diri sendiri..

Muhasabah tentang diri...
Apa hebat sangat kita dibumi ni sehingga angkuh dengan kelebihan diri?
Apa handal benar kita dibumi ni sehingga kita menolak pertolongan orang?
Apa mulia benar kita di bumi ni hingga kita paksa orang sanjungi kita??

Aku akui aku semakin bosan dengan rutin harian..
Aku makin tak bermaya untuk membuat kerja yang sama saban masa..
Aku menjadi semakin sensetif dengan tindakan orang lain!

Apakah faktor usia menjadikan aku semakin tidak setabil?
Atau rembesan hormon aku semakin tidak sempurna?

Monolog aku mungkin tiada jawapan..
Hanya kembalikan dan serahkan pada Khaliq ku sendiri..
Dia yang menjadikan.. Dia yang mengaturkan...
Kejadian setiap manusia itu bukan sia-sia...



I blog with BE Write

Sunday, November 25, 2012

tak tau tajok!

Jejak bertapak Ezu warkah 11/25/2012 10:00:00 AM 0 kata azimat
Eh... Pukul satu pagi suda...
Mata tak mau terlelap...
Mungkin banyak tido...
Atau mungkin banyak berangan..

Lame betol tak update blog ni..
Malas nak menaip..
Yang rajinnye tido..
Tido, sambung tido dan terus tido...
Memang paling rajin dan paling efektif untuk aku..
Haila.... Bak kata atok..

Aku tak tau pe yang aku pikir sekarang..
Aku nak p jauh la dari sini...
Macam bosan je dok negeri sembilan ni lama2...
Kerja yang sama..
Kawan yang sama...
Bosan betol la....
Tak fun langsung!!
Memang bosan tahap infiniti dah ni...lagi2 hujung tahun ni..
Nak cuti je kejenye...

Nak dating, pakwe takde..
Nak kawen, orang tak nak...
Nak tido, memang tu je la kerja paling senang buat..
Tapi bosan la plak x de benda yang mengubah hidup ni...
3 tahun buat benda yang sama, x de perubahan langsung... 
Makin teruk adalah.. 

Pe nak buat? 
Berangan dah puas.. Menghadap internet dah puas..
Tido pon dah agak puas... Po laie kan...

Time bosan ni, macam rasa yang ada..
Rasa nak melompat, nak joget, nak melalak, nak guling2
Macam2 rasa tau tak!
Haila... Nak marah pon ada!!!

Betol la x stabil dah aku ni...

Semoga allah melindungi aku dari melakukan perkara2 yang sumbang
Serta perkara2 yang tidak bermanfaat!
Back to Him.. Always to him.. He know me deeply...



I blog with BE Write

Friday, November 16, 2012

Telok Batik mengukir kenangan...

Jejak bertapak Ezu warkah 11/16/2012 10:03:00 PM 0 kata azimat
Sehari selepas 1000 kes di Cameron,
Aku masih bersama dengan raja..
Tidak dengan ibu aku atau mak dia..
Bonda kami malas ingin mengikut serta..
Banyak kerja katanya..

Maka kami yang tiada halu tuju untuk hidup
Telah mengambil keputusan untuk ke telok batik keesokan harinya.

Maka, kami bertolak jam 6.30 pagi
Sama seperti ke cameron juga..
Kali ni raja yang drive..
Badan aku terasa sengal memandu seharian semalam..

Sampai di telok batik tepat jam 8.
Syukur.. Masih kurang umat manusia yang bangun pagi.
Maka, kami berdualah insan melayu islam perempuan bertudung,
Terjun ke laut pagi2 buta..
Sekitar kami hanya ada sekumpulan india yang sedang bermandi manda..

Menanti kehadiran penjaga banana boat, marble boat n boat..

Maka dengan semangatnye mengambil banana boat!
Kombinasi kami dan orang india tu..
Maka, meluncurlah banana boat tu ke tengah lautan..
Tapi kami minta dijatuhkan di tepi..bukan di tengah!
Perempuan india tu, dah menjerit2.. 
Aku dengan raja rilek je.. Pandang kiri kanan.. Gelak2..
Aku tanya raja "perlu ke jerit2?" Dia gelak.. 
Memang x de ape.. Budak yang jaga banana boat tu duduk belakang aku..
Dia siap meluncur atas air.. Jeles ok!

Sampai saat untuk dia jatuhkan kitorang, 
Bot berhenti.. Dan tiba2 bot ditarik kuat, budak belakang aku jatuhkan aku..
Pergghhhh!! Jatuh mengiring sebelah kanan sampai menelan air..
Sempat aku pikir, aku pegang raja, kot aku lemas karang dia pon lemas..
Aku lepaskan pegangan aku.. Sempat jugak aku cakap dalam hati 
"banyak aku minum ni"  masinnya air laut tu, x yah bayang!
Yearkkkk! Dah la jatuh dekat dengan orang tengah mandi..
Kot tertelan yang bukan2 tak ke parah!
Dapat je keluar dari air, aku denganraja batuk x henti2..
Perit tekak!
Rupanya, raja sempat sujud dalam air! Hahahah!
Mujur x ape2!

Lepas tu, p mintak plak main marble boat!
Dapat diskaun dari adik2 tu..
Hehe.. 
Aku dengan raja je.. Budak yang dok belakang aku, ikot sekali.. Dok tengah2..
Benda tu naik 3 orang.. Dah datang berdua, nak cari sape lagi..

Ok..dengan bangganya, pemandu tu bawak.. Kami mintak sederhana je..
Tapi aku rasa dia bawak laju..
Sebab, mula2 ok je dia bawak.. Kitorang x de la menjerit.. Rilex je pandang kiri kanan..
Macam x de perasaan ok!
Dia start bawak laju.. Dah terjongket2 bontot aku.. Macam nak jatuh sistem peranakan rasanya..
Tengok kitorang diam lagi.. Dok gelak2.. Adik tu cakap " gelak kak, gelak" 
Sampai la dah nak berhenti, tetiba bot disentap kuat! Terkejot aku..
Laju gila dia bawak kali last ni! Nak tertanggal kepala aku!
Budak ni sakit hati kot kitorang tak menjerit! 
Sebab, time dia bawak boat, dia pandang kitorang!
Hahahaha! Serius.. Macam orang x de perasaan! Gelak je...

Dah habis marble boat, baru la cari boat...
Memang x mencabar.. Tapi, selagi ada, selagi tu la aku nak try..
Memang untung siapa yang niaga dengan aku..

Rupanya kami menjadi perhatian! Hahaha!
Asal sattle je aktiviti, diorang akan tanya, ok ke tak..tak takot ke..
Hahaha.. Memang fun kali ni..
Tapi rasa rugi je tak menjerit!

Gambar dalam air x de.. Sebab x de sape nak amik gambar..
Dua2 dahterjun dalam air, camne nak amik gambar..
Gambar yang ada ni, gambar lepas habis aktiviti..

Dalam kol 10, kitorang dah sattle.
Bahagia bila toilet tak ramai orang..
Siap makeup n jalan2...


Paling menyampah, tempat ya g aku nak amik gambar tu..
Sampai situ, x de plak makhlukyang lalu lalang 
Pegang je henpon nak amik gambar, sorang2 lalu!

Haish! Rimas plak aku!
Tadi x de orang! Time aku je, ramai lak peminat!
Raja suruh buang ilmu yang aku pakai! Hahahaha!
Ilmu ape la plak kan...



I blog with BE Write

Cameron Yang Mengundang 1000 kisah!

Jejak bertapak Ezu warkah 11/16/2012 10:02:00 PM 0 kata azimat
Bercuti adalah satu anugerah yang terindah..

Katakan pada sesiapa sahaja, semua akan mengaku..
Bercuti adalah hal paling indah dalam hidup..
Tak kira lah, bercuti di kawasan peranginan, bercuti di tempat2 shopping
Atau bercuti hanya dengan duduk dirumah berlingkar dalam selimut..

Aku start cuti hari selasa.. Kebetulan cuti tersepit..
Maka, dengan bangganya, aku cuti sampai ahad ni..
Ishh.. Esok sudah sabtu..  Masa mencemburui aku...
Ingin sangat rasanya dapat ke mekah menunaikan umrah..
Oppsss... Cerita jauh tersasar..

Aku kena saman trafik kat cameron hari tu..
Ermmm...parking kat depan kea farm..
Dah ramai sangat orang parking situ, aku pon parking la..
Syok2 kuar dari kea farm, aku nampak polis..
Ahhh... Sudah...
Nah!!!! Amik kau! Memang aku kena saman!
Spoil mood aku.. Terus je aku aku kuar dari cameron kol 1 petang..



P sana dengan raja n ibu..
Memang dah niat nak bawak ibu p sana..
Niat dah baik, tapi dapat hadiah plak dari sana.. Nangis!

Sebelom tu, ada satu kisah lucu..
Punya la kelam kabut sebab minyak kereta dah tinggal 1 bar sebelom sampai Tanah Rata..
Sampai je sana, terus la cari petrol pum..
Petronas je yang ada.. Tak pe la.. Hantam je la..
Dan dek kerana masih ada sisa kelam kabut, aku matikan enjin n tarik kunci kereta..
Biasanya, kunci tu aku masukkan dalam poket.. Tapi poket seluar ni lain macam..
Aku guna seluar jeans adik aku.. Mungkin tak biasa pakai jeans.. Dengan longgar, londeh, macam2..

Kunci aku letak kat atas bonet belah atas.. Kebetulan raja cari barang dia..
Aku terus isi minyak.. Dia terus tutup bonet.. Dah selesai isi minyak, aku nak start enjin nak alih kereta..
Nauzubillah! Kunci aku dalam bonet.. Nak bukak bonet dari depan, dah tak boleh! X fungsi dah!

Alamak aiii.. Banyak kereta plak tu..
Aku bleh terkial2 dok mengorek kunci tu dari luar..
Mintak tolong dgn orang petrol pum tu, lambat plak..
Orang dah pandang2 aku..
Mak aku baru keluar toilet, raja tak muncul2.. Bertambah kalut aku!

Mintak tolong orang lain.. Dia tak tau..
Pastu ada orang tanya kenapa.. Dia tolong bukakkan sit belakang nak amik kunci..
Rupanya, sit belakang x leh bukak..
Orang lain plak datang tengok..dia p tolong carikan dawai nak korek kunci..
Akhirnye dapat! 
Syukur! Ada la dalam 4 orang lelaki... Huhu..
Adoyai pempuan cantik!!! Memalukan saja! 
Jenuh cakap maaf dan terima kasih...


Macam2 kan.. Dulu, orang yang bawak..
P kol 2 pagi dari kL..
Maka, sempatla solat subuh kat surau brinchang..p ladang teh..
Kali ni p sana bawak ibu.. Dari sabak..
Keluar tol bidor.. Kol 8 pagi..
Kol 10 sampai kea farm..
Kol 12 .30 kene saman!

Hidup yang kadang kala diuji dengan ujian ni,
Memang sangat merimaskan sebenarnya..
Tapi kembali pada aturan hidup Ilahi.. Mungkin ada dosa yang tak terhapus lagi..


I blog with BE Write

Friday, November 09, 2012

bolehkah aku mendapat teman hidup

Jejak bertapak Ezu warkah 11/09/2012 07:47:00 PM 0 kata azimat

Sunyi adalah ruang keresahan.
Hati menjerit pilu.
Keresahan yang menerbitkan penderitaan.
Semakin layu dibuai lelah.

Aku tak mencari yang maha sempurna
Krn aku juga tak mampu untuk mjadi yg maha sempurna.
Cukup sekadar dia mampu mencintai kedua org tua ku serta menyayangi aku seumur hidupnya.

Aku tahu,bukan mudah utk aku mendapatkn walau apa yg  aku minta nampak mudah.
Tapi,aku tahu aku tak mampu memiliki krn aku rasa aku tak mampu menyayangi dan mcintai dia dan org tuanya..krn,aku rasa akulah manusia yang paling ego sekali dlm dunia ni.
Andai boleh dia menyentuh hati dgn getaran yg paling lembut utk aku,mana tahu hati akan terbuka..

Entahlah..
Semakin tua,rasa semakin sensetip ulu hati.
Yang lain sudah berteman, sedang aku masih sendiri mengharap ihsan ilahi agar memberikan aku teman hidup dan anak2 untk aku menikmati alam rumahtangga dgn penuh kasih syang..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, November 02, 2012

Hati Ku Tertinggal Di Vietnam!

Jejak bertapak Ezu warkah 11/02/2012 05:02:00 PM 0 kata azimat
Khamis 25 Okt 2012

Memulakan pengembaraan ke negara Vietnam.
Jujur sekali aku katakan, ni kali pertama aku menjejakan kaki ke negara orang.
Menjejakkan kaki ke dalam kapal terbang! 
Bertolak dari Keramat jam 8 pagi bersama ajun, mami n sue.
Sampai di LCCT jam 9.30. Kereta aku tinggal kat rumah bibik ajun.
Sattle semua urusan, jam 12.30 aku sudah berada di langit biru bersama 2 krew TV AlHijrah..

Perasaan yang ada ketika tu, masyaallah!! Sangat teruja!
Aku tersenyum dan tersengih sambil memuji2 kebesaran tuhan!
Allahu akbar! Setelah 26 tahun, akhirnya aku berjaya ke negara orang!


Sampai di terminal Saigon, kami dijemput oleh Ust. Abdul Rahman.
Alhamdulillah!
Sampai dah!!! Masa untuk melupakan semua kenangan pahit 
Dan buang segala harapan yang tak masuk akal.

Suasana di sini.. Nauzubillah!
To crowded dengan motosikal, lori dan habuk.
Bersyukur lagi duduk di Malaysia..


Ah! Tidak2.... Aku kene serasikan diri untuk beberapa hari yang sangat suntuk ni..
Maka, aku redha..
Redha tak redha, mulut menyumpah jugak bila toilet kat rnr hanya sediakan tisu!

Terus bertolak ke Ninh Thuan. Perjalanan sejauh 200km selama 8jam!
Owh! Rupanya dalam van tu ada juga dari Alif Consultan.
Tak dinafikan, perjalanan yang panjang ni, membuatkan mata semakin tertutup.
Sampai di rumah anak murid ustaz rahmann aku terus berbuka puasa.. Jam 5.30pm.
Matahari semakin gelap dan baki perjalanan adalah sejauh 100km selama 4 jam!

Sampai di hotel Ninh Thuan, jam 12... 
Mata semakin layu akibat kepenatan berada dalam van dgn keadaan jalan yang teruk.

Jumaat 26 Okt 2012

Salam eid adha!
Seawal jam 7 pagi telah bertolak ke Ninh Thuan untuk melakasanakan ibadah korban.
X sempat nak solat hari raya berjamaah.. Sebab dah lambat sangat. Maka, solat la sensorang..
Takbirnya pon biasa dan tegas! X de terlenggok2 macam kat malaysia.
Thats great! Macam tu la!
Memang x ingat dah malaysia.. Best je rasa.

Selepas tu kami dijamu dengan makanan untuk sarapan pagi..
Su'un Sup, roti cicah telur dan kopi pekat!
Tekak mula2 x boleh terima.
Tapi makan jugak.. 
Rasa x jauh beza dengan malaysia..cuma ada tambahan lada hitam dan limau nipis dalan masakan.


Selepas makan, barulah kami membuat korban.
Ish, agak kasar diaorang buat lembu tu..
Disebat2.. Sedih aku tengok binatang yang nak menghadap tuhan mcm terseksa.
Yang kat sini ok lagi..
Kat masjid satu lagi, memang x sanggup tengok.
Ditarik2, disebat2, ditolak2, disepak2..
Allah...nak gugur air mata! Jadi kesian sudahnya tengok lembu tu..
Sebab tu aku x suka tengok binatang kena sembelih!
Pakcik2 aku buat, ok je.. X yah nak sebat ke apa ke..


Lepas selesai, kami pulang ke ho chi minh.
Singgah di po klong ngrai..
Sila search gambar sendiri..
Just tengok peniggalan khazanah lama macam kat melaka tu..


Malam baru sampai di ngan ha hotel..
Membuta sampai ke pagi..

Sabtu 27 Okt 2012

Pukul 7 bertolak ke delta mekong.
Sampai sana je, terus naik bot. Masa tu orang tak ramai sangat..
Kire ok dan bebas jugak la..
Tengok cara buat gula2 kelapa, minum air madu asli ngan limau, makan buah2 sambil ada orang nyanyi2..haha
Lepas tu, naik sampan untuk keluar dari situ..
Best2.. Pengalaman masa kecik berulang lagi..


Lepas makan kat restoran nelayan kat sana, terus balik ke pelabuhan.
Shopping.. Tengah cari barang nak beli, tetibe ada orang lelaki panggil
'Zu...' Ah sudah, sape plak yang kenal aku kat sini.. Aku berpaling.. La..encik ali.. Camne plak dia tau nama aku..
Au macam konfius kejap..hahhaha.. Terus dia cakap 'beg ni murah' hahaha..
En. Ali tu, adik ipar ust. Tlg guide sebab ust sebok dengan urusan korban.
5usd untuk beg besar!
Aku terus grab je.. Kalo nak banding dengan ben than, kat sini lagi murah! Menyesal x borong banyak2!!!
Erghhhh!!!
Beli baju abah ngan adik. Satu 15usd..jadi 30usd la..lawa!

Lepas tu terus p umah ustaz!
Beli kain telekong ngan kain!
Beli 11 helai kain, sold out kat opis...aku dah amik dua.haha
Telekong 6 helai pon sold out kat opis, aku dah amik dua.
Aku la.. Kalo jadi menantu ustaz ni, memang aku jual kain je!!

Anak laki dia hensem!!! Budak pondok kot.. Air muka tenang je! Memang holeh jatoh cinta kalo tenung lama2..
Dah la menginding je kat aku! Hahai!
Dia suruh amik telekong warna biru, aku xnak.. Cz telekong tu harga mahal sikit dari yang aku amik.
Sampai dia geram, dia campak telekong tu kat aku.. Mak dia gelak je.. Aku dah nak guling2 gelak! Nak bagi free x pe gak!

Lastnye, aku dapat kurung pasang warna kuning n baju jubah untuk ibu..
Masa aku sarung baju tu, dia ok je..setuju je ape yang aku pilih..
Wah!! Dah macam laki aku plak! Redha meredhai! Hahah

Masa sesi nak membayar, dia duduk sebelah aku..sedangkan sebelah aku penuh dengan kain.
Dia ketepikan semua kain, dia dok rapat dengan aku..aku diam je la..
Nak sembang apanye.. Sorang angsa sorang itik.. Azab nak paham!
Siap bagi air kat aku..hahah! Sudah!! Ni kalo orang malaysia, aku dah suruh dia masuk pinang aku! Haha

Ok tutup cerita! Tapi yang dikesalkan x tau nama n tak amik gambar! 

Balik je dari umah ustaz, p pasar malam plak!!
Berjalan, beli luggage satu lagi.. Memang berlebih 20kg..hurmm, bayar je la..
Samsonite dengan harga 45usd. Ok kan!!! Memang murah!
Lepas beli pon kene ngorat! Sebok tanye umur aku..

Ahad 28 Okt 2012

Eh, dah nak balik!! Aku macam mimpi! Kenapa awal sangat! Huaaaa.. X leh lama lagi ke???
Ermm..
Kol 7 am, bertolak ke Chu Chi Tunnel.. Sampai sana pon x ade orang lagi..
Dengan enjoi n bebas masok sana.
Try masuk terowong.. Mulut aku heboh dok cakap 'menyesal aku masuk' sebab kene bongkok sepanjang jalan.
Aku punye la membebel, ingatkan jauh sangat! Lor, sampai dah! Hahaha...



Lepas makan ubi rebus, kitorang dok tunggu van nak balik!
Nak p Ben Than Market!!
Sampai sana dah kol 10! Kol 12 nak check out! Hurmm
Sourvenir budak2 ni x beli lagi.. Jenuh nak tawar lagi!
Memang la, aku x puas nak shopping!


Now, aku kat malaysia!
Serius aku rindukan vietnam! Ergghhhh!


I blog with BE Write

Saturday, October 20, 2012

Jangan Meroyan!

Jejak bertapak Ezu warkah 10/20/2012 10:13:00 AM 0 kata azimat
Aku dah berubah ke?
Aku sendiri tak dapat jawab persoalan yang aku tanya ni...

Perubahan sikap, emosi, cuaca dan alam sekeliling..

Akal dan hati aku sedang bertarung untuk masa hadapan
Aku cuba mengiyakan perkara yang tak akan terjadi
Aku cuba untuk melawan perasaan yang hadir dulu..

Hahaha.. Aku rasa macam sewel pon ada.. Gila pon ada..
Akal aku tak dapat nak menaakul dengan baik sekarang..
Silap je sikit, aku mula nak naik angin..
Buat lawak kasar sikit dengan aku, aku dah mula nak terasa hati..
Sensetif betol sekarang ni!

Penat jaga masalah sendiri
Penat dengan perubahan emosi sendiri..
Penyakit lama aku datang lagi!

Jangan meroyan sudah la...



Hati aku makin lemah..

Ya allah.. Apa dah jadi dengan aku??
Apa yang buatk aku jadi macam ni sekali..

Aku akui, aku jauh dari tuhan...
Hurmmmm...

Jarang sangat aku buat tahajjud...
Jarang sangat aku nak bangun malam..
Memang la hati tak kuat!
Memang la segalanya kacau!

Astaghfirullah!!!

Kalo hajat dan istikharah masih kacau
Tahajjud dan taubat penghilang resah..
Mungkin...
Tapi aku tak pernah plak amalkan!
Ngokssss!!!

Pasni, bangun solat malam ezukama! 
Memang tak tenang la kalo buat hajat n istikharah je..
Nak mintak nikmat dunia, tapi x buat plak pembersihan jiwa dengan tuhan!
Memang tak kemana la ko!



I blog with BE Write

Wednesday, October 17, 2012

Saat Melawan Kehilangan

Jejak bertapak Ezu warkah 10/17/2012 08:30:00 PM 0 kata azimat
Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang bererti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu ku lawan kesepian ku...



 
Heh, aku lemas dengan keadaan diri aku sekarang..
Entah apa yang semakin tak kena...
Entah apa yang semakin mengusik jiwa..

Tentang dia.. 
Semakin aku ingin lari dari cerita tentang dia, semakin ada cerita baru yang tiba..
Semakin aku lawan bayangan dia, semakin aku telihat kelibat dia dimana sana..

Tidak aku nafikan, walau keras aku menolak dia dari ingatan,
Hati mengizinkan dia terus berada dalam impian dan doa..
Walau aku tau, aku hanya akan menggenggam angan
Dan dia jauh disana entah bagaimana..

Mentertawakan kebodohan diri
Melanyak hati yang seakan tidak faham bahasa
Membunuh saraf akal yang sewel dek angan2...

Sukar untuk aku jelaskan..
Kerana dia, kerana dia..

Dan kemurungan serta ketidakcelaruan minda yang terjadi semua kerana dia..

Mungkin aku tak mampu menghadapi dugaan hati
Mungkin juga aku seorang yang buta mata jiwa
Mungkin juga aku terlalu tinggi menganyam angan yang semakin kabur!

Yap..
Aku tau...
Aku tidak layak untuk dia..

Hanya ada doa untuk dia...

Semoga dia bahagia dan temui apa yang dia cari selama ini...
Semoga juga dia mampu menghadapi dugaan yang mencabar ni..

Semoga dia tidak tahu, ada hati yang semakin kecewa dan semakin hilang arah..


 

Monday, October 15, 2012

Memang dah gila!

Jejak bertapak Ezu warkah 10/15/2012 09:26:00 PM 0 kata azimat
Kalo dah dua kali post benda yang sama...

Maksudnya,

Gila!!!

Aku tak tau apa nak jadi dengan diri aku!!



Aku.... entah!

Jejak bertapak Ezu warkah 10/15/2012 09:12:00 PM 0 kata azimat
Betol.. 

Lately ni, aku rasa makin dan semakin teruk!
Aku sendiri tak tau apa yang dah jadi pada diri aku sebenarnye..

Entah apa yang aku pikir
Entah apa yang aku kenang
Entah apa yang aku dah buat!

Erghhhh!!!
Aku tak tau kenapa aku jadi macam ni!!

Aku tak tau apa yang aku nak
Aku tak tau apa yang aku buat
Aku tak tau ape dah jadi

Serius!

Aku kosong
Aku hilang
Aku .... Entah!!












Aku meniti hari2 mendatang ni dengan tiada rasa
Aku bagaikan terawang2...
Aku hilang tumpuan
Aku takde kesungguhan untuk bekerja sekarang!

Aku bosan!!
Terlalu bosan dengan gaya hidup macam ni!
Takde apa yang boleh aku buat selain kerja!

Tergolek kiri nampak dinding
Tergolek kanan nampak almari baju
Terlentang nampak syiling rumah
Tertonggeng..... Haish!! Terlentang balik!

P opis pagi2 sarapan, buat kerja, rehat, solat, buat kerja balik...
Balik umah menghadap ipad, tido..

Hari2 buat benda ni!

Ehhhh!! Dah x de benda lain ke nak buat?

Mcam2 yang aku rasa sekarang!

Macam nak mati pon ada...
Emmm.....



I blog with BE Write

Wednesday, October 10, 2012

Awak, selamat ya di sana!

Jejak bertapak Ezu warkah 10/10/2012 08:33:00 PM 0 kata azimat

Hadapi dengan tenang jiwa,
Semuanya kan baik2 saja,

Inilah ketetapan tuhan
Semua yang terjadi, tetaplah sudah..

Saat tiba kejatuhan yang maha besar, langkah menari longlai
Mencari jejak yang hilang, bersama harapan yang layu
Runtun hati membungkam sanubari
Pada aku insan yang hilang teguhnya..

Saat hadirnya dia menghiasi mimpi malam, umpama taman astakona menghiasi
Rindu pada senyum dan tingkahnya
Igauan setiap mata yang merenung

Saat dia ingin terbang menjauh, apalah daya tangan menghalang
Langkah demi langkah menghilang tanpa berpaling lagi
Dan bertebaran lah hati yang kekecewaan



Saat hari semakin menjauh melenyapkan impian
Ada hati yang semakin akur dan pasrah menyambut teguran ilahi
Bersama doa istikharah yang semakin kabur

Saat ujian yang datang bukan sekadar menguji
Rapuh jiwa mencari nur yang semakin sirna
Pada jalan yang semakin berliku tak kala banyak jasad akan pergi

Menjeruk rasa memendam jiwa
Biarlah diri yang tahu hakikat kejadian sebenar
Tidak untuk menolak ketentuan ilahi
Terkadang jiwa teruji mempersoalkan takdir

Hujan diluar, derasnya didalam hati
Jiwa yang dididik menjadi keras
Berteguh menerima takdir yang diberi
Ingin bersatu, tapi bukan jodohnya...

Bila nanti esok hari, kutemukan dirimu bahagia
Izinkan aku titipkan, salam kebahagiaan buatmu...

Doakan aku supaya kuat dan tabah seperti sediakala!


I blog with BE Write

Tuesday, October 09, 2012

try, test, n luck??

Jejak bertapak Ezu warkah 10/09/2012 09:00:00 PM 0 kata azimat
Meh try nak tengok pe dah jadi lepas update ios 6 ni.. 
Jakun kan.. Meh tengok..


Heh! Macam cantik!

Menghupdate blog dengan try error guna applikasi blog terbaru..
Sambil dengar lagu rindu pada yang tak sudi..
Baru save by dengan itunes..

Kalo pandai guna gadget ni, memang best!


I blog with BE Write

Sunday, October 07, 2012

Stabil dalam khayal!

Jejak bertapak Ezu warkah 10/07/2012 01:17:00 PM 0 kata azimat

Kita dah cuba untuk jadi yang terbaik.. Tapi... Mungkin belum cukup baik... Tak cukup hubungan baik dengan tuhan...

Banyak benda yang mengganggu saraf otak serebum dan serebelum... Aku betol2 rasa tak kuat.. Aku rasa hilang... Jasad ada,tapi roh entah kemana melayang... Dan kerana desakan dan tekanan yang aku rasakan cukup keterlaluan aku pernah melarikan diri minggu lepas... Lari dari opis lari dari rumah. Nampak sgt tragis.. Aku tak boleh nk tahan..

Hari selasa,aku buat tindakan drastik menuju ke kolumpo. Bukan opis.. Aku hilang mencari arah.. Dan aku tak tahu,hari itu juga hari malang lagi melampau untuk aku.. Tu la,elok2 p kerja,lari buat apa.. Entah! Ini kali pertama dalam hidup,aku lari..

Dengan berbaju kurung, keluar susur pD, sampai kL.. Parking, makan, window shoping, kena  saman tak bayar parking, beli baju tinggal kat kedai, buat pasport tak sempat, nak gunting rambut tak jadi... Allah... Nak lari dari masalah, dapat masalah lain...

Sorang2 tinggalkan aku... Kenapa ni! Dalam masa tak sampai sebulan.. Ida,k.aishah,apid n mgkin k.lidia. Kenapa sume yg aku syg, sume nak tinggalkan aku... Hidup aku ni, memang asyik ditinggalkan ke?  Memang takdir kena tinggal ke??

Yela yela.. Aku dah penat! Pergilah!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, September 30, 2012

Aku makin sebati dengan sikap kau!

Jejak bertapak Ezu warkah 9/30/2012 09:29:00 PM 0 kata azimat
Setiap sorang dari insan, ada kecenderungan dan ada kelemahan tersendiri.. Benar kata orang, rambut sama hitam atau sama putih, hati mesti lain..

Isnin dapat bos baru.. Masih tak mampu nak menilai beliau.. Nampak
macam ok, tapi tak tau la dia tak ok ke... Ada manusia yang masih lagi menjalankan aktiviti gila..

Aku tak paham dan tak tau apa matlamat dia sebenarnya! Jumaat hari tu, dah kena sorang.. Pasal jadual pada pliding yang dikatakan salah.. Macam mana ye?? Benda yang dibuat bersama bos lama, dah dapat bos baru, tentu lain kaedahnya.. Mengapa pula perlu dipertikaikan.. Maka, bila ada hal berbangkit, selesaikan saje mengikut kapasiti bos itu sendiri.. Tak perlu memburuk2kan orang lain..

Dan, aku juga telah diintai.. Katanya aku banyak sangat buat kerja mahkamah sampai tak buat kerja hakiki. Hihi.. Sebab aku sedang bekerja dengan dia! Aku tak nak tolong orang hipokrit tu! Biar dia buat sendiri! Dia perfect bos! Sume kerja dia boleh buat sendiri.. Dia x de nak bagitau nak buat ape pon bos... Makanya, baik tolong mahkamah kan.. Atleast, time KpsL, boleh la jawab sikit.. Saya tak pandai macam dia bos.. Dia tau sume yang jadi, tapi, saya kene belajar... Kalo saya dok kat bsk je, otak saya tepu bos.. Saya bosan buat kerja yang sama bos..

Kalo macam nilah keadaannya yang akan mengulang sejarah lama, sila letakkan aku berhimpit dengan semua budak bsk dalam tu! Biar aku tak tolong atau jenguk2 muka kat kaunter.. Sampai hati ke membiarkan orang lain macam nak mati mengerjakan kaunter dan pendaftaran tu kalo kita duduk di kawasan yang sama waktu dengannya?? Kalo tak de perasaan mungkin boleh.. Aku masih ada rasa malu sebab menumpang di tempat orang.. Dan orang yang datang tu pon, bukan dia tau aku unit bsk.. Pada diorang sume sama je.. Asalkan diberi layanan.. Kalo kes diseremban tu 100 setahun, memang aku biar.. Tapi, kalo kes seremban dah cecah 17++ bersamaan kuderat yang sangat terbatas, biarkan saja kah mereka tu bekerja sampai tudung senget??? Bos oh bos.. Aku harap engkau akan jadi seorang bos lelaki yang adil dan mentap dalam penilaian.. Bukan jadi bos lelaki yang terikut2 dan terkesan dengan aduan pegawai pengadu domba!

Manusia kalo biasa makan kambing golek, dia akan sentiasa mencari peluang untuk mendapatkan kambing golek juga walaupon hakikatnya amat payah.. Bila dapat, satu kepuasan yang maha hebat pada diri dia! I will kill u again killl!!!!!!!

Sunday, September 23, 2012

Pokok kek kau lah...

Jejak bertapak Ezu warkah 9/23/2012 11:37:00 PM 0 kata azimat
“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang hilang dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan Allah kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri” (QS. Al Hadid: 22-23)

Memulakan sesuatu dengan tafsir ayat AlQuran, surah AlHadid ayat 23-24. Benarlah kata2 Allah yang Maha Besar.

Umpama kehilangan.. Entah.. Tapi Allah bagi jawapan melalui ayat ni.. InsyaAllah, tenang jiwa yang separuh hilang melayang2 ni..

Ni sume gara2 kenaikan pangkat pegawai2 ni.. Habis cacamarba semuanya.. Eh, emo plak kan.

Hurmmm.. Kene plak kat bos sendiri.. Lagi haru biru.. Dah elok2 dapar bos jbg, nak sambung stdy plak.. Ada kat opis 2 minggu je.. Esok dah ada pegawai baru.. Dari pendakwaan penang.. Elok2 dah ada nama tn.Hafid jadi bos aku, dia mengacau plak! Terpaksalah mengalah ye tn.hafid.. Orang tu da kawen, bini pon nak bersalin tak lama lagi... Tu la, sape suruh tak de bini nak bersalin.. Hahaha.. Sepanjang bos baru ni masuk, aku tak berapa nak tertekan sangat la.. Yang lain mungkin. Ada ke patut dia tak bagi kitorang terlibat dengan mahkamah. Gila! Dah la menompang! X nak terlibat,sewa bangunan sendiri. Disebabkan aku tau dia nak kuar, aku sebok dengan audit n aku tak hirau dengan arahan dia. Degil kan! Setakat ni dah 3 bos bertukar.. Dari 2009 sampai sekarang.. Aku je setia jadi kuli..

Lagi sape ye? Hah, suhairi! Sebab bertukar hakim, dia dah tak bawak kes kat seremban. Tapi aku akan pastikan, dia akan bawak jugak kes kat seremban. Setakat jelebu, berapa la la sangat kesnye.. 10 kali ganda dari kes seremban. Kes seremban dah 16++. Diorang baru 1++.

Lagi sorang, kak aishah! Dah nak p hq plak.. Aku harap dia bahagia dengan apa yang dia akan dapat nanti.. Mana tau jodoh dia ada kat sana.. Untung2 ada la jodoh yang lekat.. Aminnn..

Lagi sorang, cinta baru nak semai... Dah poie plak deh!!! Jauh ke seberang sinun!! Hahhaa! X leh blah ayat sey.. Xpo la... Kalo bukan jodoh ngan ekau, apo lah yang sey bulih buek.. Usoho dah.. Doa dah.. Ekau plak diam yo.. Sey doakan yg terbaik jo la yo.. Walau dalam hati sey ni macam nak putus urat nadi sobab ekau nak poie jauh, Allah tau apo yang terbaik untuk kito.. Sey ado gambar konangan rayo beramai2 jo dengan kau dan kenangan beraya bersamo ekau tanpo didugo.. Arakian kisah eh lopeh ni, bopisah lah kito... Sodeh den..

Sorang2 nak ninggalkan sey.. Mengoloh pon x do makno dah.. Cumo sey tak pernah nak sokat2 orang punyo perjalanan hidup.. Poie lah.. Kuar air mato darah sekali pon, kalo rezeki dio kek tompek lain, sey x do hak nak halang.. Kot pakwo sey pon x nak kek sey, sey suruh yo dio poie.. Wek po mengadap orang yang tingga kan kito kan.. Hah! Poie.. Kebahagiaan masing2 sey x nak halang... Pokok kek kau lah.. Macam ado pakwo yo kan!

Sorang2 dah poie ni, sey plak topikir, bilo plak sey nak ningga kan sume orang ni... Asyik den yo kono tinggal, den pon nak yo tingga kan orang.. Den yo yang setio, orang lain sumo dah poie..

Errggghhh!!! Den nak poie dari malaysia ni!! Den nak bawak hati yang makin banyak luko ni!!! Den nak poie jauh dari sumo orang..walau den tau ramai sayang den! Kot adolah yang sayang den... Tak kiro! Den teringin gak nak ningga kan orang!

Friday, September 21, 2012

Hadirlah pengubat jiwa!

Jejak bertapak Ezu warkah 9/21/2012 09:22:00 PM 0 kata azimat
Hati membungkam...
Menyusun retak yang menjalar...
Menghiris nurani yang suci...

Entah apa yang berlaku..
Entah apa yang terjadi..
Entah apa yang menggamit..

Badai melanda
Umpama taufan menyerang
Jiwa hampa
Umpama tsunami menghempas

Satu persatu meninggalkan..
Semua yang ada dalam jiwa..
Semakin kontang dan tandus..

Hina sangatkah aku?
Zalim sangatkah aku?
Salah sangatkah aku?

Layu aku pada takdir Mu..
Lemah aku pada janji Mu..
Kecundang aku pada ketentuan Mu..

Rabbbbbb!!!!!!!
Bukan aku menyalahkan takdir ini..
Bukan aku menolak ketentuan Mu..
Bukan aku mempertikaikan kejadian Mu..

Aku hilang dalam dunia ku!
Aku sesat dalam impian ku!
Aku kabur dalam diri ku sendiri!

Rabbb...
Andai ini ujian Mu..
Sekuat mana aku menghadapi?
Setakat mana keikhlasan ku?
Sejauh mana kemampuan ku?
Setinggi mana kesabaran ku?

Rabbbb...
Aku terlalu lemah...
Tolonglah aku...
Aku tak ingin bersendiri lagi..

Monday, September 17, 2012

Terasa nak kawen jugak!

Jejak bertapak Ezu warkah 9/17/2012 11:04:00 AM 0 kata azimat
16hb berada di sabak meraikan walimah seorang kawan. Syukur, akhirnya si kaki buli terhebat di sekolah ini, menamatkan zaman anak daranya semalam..

Bertemu sahabat yang sudah menjadi isteri orang juga adalah satu kegembiraan yang tak terhingga.. Yang telah mempunyai anak juga, datang memeriahkan suasana. Masing2 meninggalkan suami sendiri untuk sementara waktu... Hahaha... Sejam jugak la...

Berada di samping bonda tercinta adalah satu nikmat yang tak terhingga... Rumah terasa bagai di syurga...

Malasnye nak balik n9... Haish!!!

Sunday, September 09, 2012

Apabila perempuan cantik jatoh!

Jejak bertapak Ezu warkah 9/09/2012 09:29:00 PM 0 kata azimat

Adalah menjadi kemarahan orang  tua,apabila cucu dara jagaanya menjadi terjal dan keras kepala yang amat sangat! Dan menjadi kebencian dia apabila cucu dara yang duduk kat rumah dia selalu balik lewat  malam.

Sabtu kelmarin. Aku ke kL untuk menghadiri jamuan raya kakak housmate lama. K.ezai.. Lama janji yang dibuat. Maka, aku harus tunaikan. Dan sebenarnya, waktu tu, ada kakak sedara ibu,buat walimah anak dia.. Oleh kerana ada benda yang jadi, aku memang nekad takkan p majlis tu.

Apa yang terjadi antara aku dengan yang aku kira makcik sedara ni,tak de lah ape pon. Anak yg dia nak kawen kan ni,mohon wali hakim. Sebab anak angkat. Dia dtg mahkamah, trus cari aku. Ok la. Aku layan baik,bagi borang,terangkan sume, n daftarkan skali smpai dapat tarikh sbutan. Aku ckp la ape yg patot secara baiknye walaupon aku tau cerita budak pempuan ni mcm mana.. Aku tak kesah la,perangai dia mcm mana. Masing2 punya hal,dan aku memang tak nak campur apa yang da jadi..nanti kata aku busy body plak.. Sampailah masa tarikh sebutan... Makcik aku ni,nk p sebutan tu, p je la. Nak jumpa aku wat ape..aku ckp dgn zila,aku tengah bekpes.zila soh dia p dewan.. Kali kedua dtg bicara,nak jumpa aku lg. Aku mula naik rimas.. Entah ape yg dia nak. Aku boleh wat tak tau je,dok kat pc aku wt keje.. Zila dtg lg,ckp mak sdara aku dtg. Aku diam je..malas la aku nk dengar cite2 ni. Byak keje lain. Aku pon,bukan hakim nk buat ape2 kputusan..memang aku tak jumpa sampai ke sudah. Aku pon xtau ape kputusan hakim. Tau2 dah nikah je khamis lepas. Aku x pegi pon.

Yang menjadikan aku marah sangat, dua kali dia tanya makngah aku,dia wat salah ke kat aku..dia mintak maaf banyak2..tu,pertama. Aku diam je.aku ckp kat makngah xde ape la.. Kali kedua masa raya. Tu jugak soalannye..sampai nenek aku ckp,bdosa tak maafkan. Hari raya ni.. Tapi, masa ni,aku xde jugak. Balik kampung. Makngah aku cakap tu,time aku baru je sampai dari sabak. Hangin satu badan aku. Terus je aku ckap, " ni yang kak ika tak suka ni ada sedara mara datang mahkamah. Dah macam k.ika plak yang buat salah besar. Takkan k.ika nak layan dia je. Keje k.ika pon byak. Ramai je yg ada kat mahkamah tu. " hah! Amik! Diam makngah aku dgn pakteh. Diam2 aku, ingat aku ni xde perasaan ke!

Aku kat umah nenek,memang tak la aku nak bergaul dgn sedara mara aku. Mulut masing2 mcm tempayan. Satu kampung heboh pasal aku. Mcm aku ni pempuan jalang sangat! Orang negeri sembilan ni, kuno benar agaknye! Myampah plak aku! Pasal aku balik keje lambat heboh,x bagi duit heboh, bjalan heboh, x bercampur heboh. Dah mcm ni,baik aku wt hal sendiri. Ada sedara pon macam tak de je.. Baik aku cari sedara lain. Bosan aku!

Ok,since aku ckp dgn nenek aku nk p kenduri kawan kat kL, nenek aku sound aku "ooo.. P kenduri kawen makngah bariah ko tak nak. Kawan,poie. Hah, nanti, sok ko nak kawen,soh kawan2 kL dtg masak" aku sengeh je, kuar umah,start enjin, blah! Semak aku!

Aku xtau la,kenapa aku keras hati sgt dgn nenek n sdara aku ni. Memang aku da nampak mcm duduk umah sewa. Balik umah,dok dlm blik,sok p keje. Kalo cuti, aku kuar atau dok kt umah nenek dr kol 3 smpai 7 n trus dok bilik. Aku xde hati nak bgaul dah.. Dlu,aku xbeli kreta,soh beli. Dah aku beli, xbg plak aku p mana2.dah mgata aku dah besar.dah senang.. Silap aku jugak..balik umah dekat kol 10. Tu sbb aku kuar dgn member..bukan selalu. Sminggu skali. Aku dok umah nk crita dgn sape? Nenek? Satu kampung nanti tau crita aku. Aku dah kena sekali,cukup la. Malu aku!

Aku dah merapu jauh sangat ni.. Sbtu,lepas p umah k.ezai, aku p naik genting kol 4 ptg! Mbawa hati yg luka dan bserabut. Makan burger king, mac flurry..jalan2 je.. Tapi bjalan smpai tempat kasino,nite club.. Aku x wat ape pon. Saje nk tgk.. Mremang jgk la bulu roma masa lalu  tempat2 tu.. Turun dari genting, kol 10. Trus p braya umah k.citi. Dah puas dia bcerita,ktorg trus tido umah dia koz da kol 2pg.. Masa syok bcerita,ada org bg salam suruh alihkan kreta.. Masa nk p kt kreta,ada pempuan cantik tjatoh! Woi, saham jatoh! Da la jejaka ada 2 org! Cover bgun n terus masuk kreta! Sakit bontot woi!!! Punya la jalan sehabis baik, boleh tjatoh!! Hahahha! Sakit! Bgun kol 7,balik umah ajun,beli bekpes,smbung tdo smpai kol 1tghri. Terus bangun p jusco alpha angle, mkn kt secret recepies n balik seremban. Balik td dekat 2 jam baru smpai cz hujan n kreta banyak.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, September 02, 2012

Bila saat akan tiba...

Jejak bertapak Ezu warkah 9/02/2012 01:11:00 PM 0 kata azimat
Jodoh itu tak hanya milik segelintir orang..
Tak juga hanya untukku,
Tak juga hanya untuk Kalian,
...Apa lagi hanya untuk mereka.

Jodoh itu telah tertuliskan,
Jodoh itu telah ditentukan,
Jodoh itu telah ditakdirkan,
Jodoh itu telah ditetapkan,
Walau pun hal itu tetap menjadi rahsia_Nya.

Terkadang aku begitu risau..
Ketika aku belum mendapatkan,
Ketika aku merasa sudah waktunya,
Ketika sebagian teman mendapatkan,
Ketika Orang tua bertanya setiap harinya.

Aku tak hanya sekadar mencari jodoh yang baik...
Aku tak hanya sekadar mengejar jodoh yang baik...

Ada yang lebih penting dari kesemuanya itu,
Aku ingin menjadi pasangan yang terbaik,
Aku ingin menjadi jodoh yang terbaik,
Aku ingin menggapai jodoh dengan niat yang baik..
Aku ingin menggapai jodoh denga cara cara yang baik..
Dengan tak melupan do'a dan ikhtiar lalu menunggu keputusan_Nya.

Menikah dengan waktu yang sedikit tertunda akan jauh lebih baik daripada menikah dengan terburu buru tapi mendapatkan pasangan yang kurang baik.

Untuk itu tetaplah menebar senyum...
Yakinlah..
Allah adalah sebaik baiknya Perencana bagi makhluk_Nya... Aamiin..

Saturday, September 01, 2012

Ada satu nama...

Jejak bertapak Ezu warkah 9/01/2012 04:53:00 PM 0 kata azimat
Ya ALLAH…Peluklah hati ini di saat ku mulai gelisah dlm penantian penuh kesabaran ini, terkadang hatiku merasa rindu pd dia insan yg ku cintai dlm diamku…

Ya Rabb...Biarlah ku simpul dlm stiap doa-doa dlm istikharahku kpdMU rasa ini agar kelak Engkau satukan hatinya dan hatiku yg akn bertaut bertahta dan brsemi indah krn RedhaMU…

Ya Rabb…Tuntunlah hati hmba agr hnya mahu mnrima CINTA seorng insan yg benar2 PilihanMu bukan semata-mata Pilihan Nafsuku…

Ya Rabb…Bila dia memang baik utk kami, agama kami, masa depan dunia dan akhirat kami, mmpu mmbimbing dan mmbawa kami lbih dekat kpdMu, maka dekatkanlah diri dengannya dan satukanlah kami dalam prnikahan yg sakinah, mawaddah, warrahmah…

Tapi klau bukan dia yg trbaik, maka jgn biarkan kekaguman kami mnjadi suka apalagi cinta…Jadikanlah kekaguman kami spt org lain kagum kpdnya…Engkaulah Maha membolak-balikkan hati kami, maka kami titipkan rasa ini, kami serahkan semuanya kpdMU, krn semua ini adalah milikMU…

Amin Ya Rabbal A’lamin

Saturday, August 25, 2012

Hali layya...

Jejak bertapak Ezu warkah 8/25/2012 01:19:00 AM 0 kata azimat
Masih belum terlambat lagi rasanya untuk ucapkan selamat hari raya kepada semua...

Alhamdulillah.. Masih berkesempatan untuk merajinkan diri update blog yang hampir menebalkan sawang.. Ok pukul berapa sekarang? 1.15 pagi masuk raya keenam...

Masih berada dirumahku syurgaku.. Esok balik ke lubuk puaka.. Hahaha..
Aku malas la nak balik esok!!!! Tak mo, tak mo!!! Erghhhhh!!! Nak cuti sampai bile2 rasanya...

Baru selesai berprojek kek coklat n kek pelangi.. Laksa dah siap tadi... Hahaha.. Dah raya keenam baru nak buat macam2... Tu biasa... Hurmmm.. Btw, tak sempat lagi nak puasa 6... Entah ape kekangan la sampai malas tahap thunder cat ni!!! Dah makin bulat muka den la ni...

Wargggghhh!!! Malas nak balik esok! Camne ni?? Ermm sok nak singgah umah pakngah dlu.. Kat desa petaling... Entah celah mana plak nak redah.. Gasak lah aiii... Nak harap abah p? Tak payah.. Aku lah segalanya... P umah sedara aku, bagi duit raya aku, beli barang aku, sume aku.. Sok, aku nikah kat masjid je.. Habis cite.. Sebab sumenye aku... Maka, suke aku je la...

Ok, selamat balik esok ye ezukama!

Tuesday, August 14, 2012

Mata buntang kerana audit!

Jejak bertapak Ezu warkah 8/14/2012 04:59:00 AM 0 kata azimat
Ya allah!!! Kenapa tak boleh tido ni!!! Dari kol 1 tadi sampai sekarang... Mata ni terkebil2 mengantok.. Tapi tak mampu nak tido...

Risau pasal audit esok dan lusa.. Tak mampu nak hadap rasanya... Menakutkan.. Bukan ada apa pon...

Hurm.. 1st time jadi macam ni risau kan sesuatu.. Kepala dah sakit.. Tapi mata terkebil2 je...

Aku risau fail... Fail masih lagi berterabur.. Aih, melampau plak dah.. Bukan aku sepatutnye yang kerjakan fail tu. orang lain. Tapi aku stil tolong atas dasar nak audit dan kemanusiaan.. Kemanusiaan ke kalo claim? Masih bleh usaha lagi hari ni.. Esok memang tawakkal je la..

Ada orang p keje kol 7 plak kang kejap lagi...

Hari ni audit MTS.. Esok MRS..

Semoga semuanya berjalan dengan lancar.. Jangan sebab MRS gagal, semua x dapat sijil.. Aku tak nak hadap lagi benda ni.. Letih!! Bulan puasa plak ti.. Memang menahan sabar je dengan orang2 sekeliling!

Sunday, August 12, 2012

Mimpi dan memeningkan akal waras aku.

Jejak bertapak Ezu warkah 8/12/2012 08:52:00 AM 0 kata azimat
Selamat pagi, selamat menghadapi hari2 terakhir ramadhan.. Hari ni dah 23 ramadhan... Tak lama lagi ramadhan akan pergi meninggalkan kita...

Ramadhan tahun ni, aku tak buat ape2 persediaan pun... Tau2 dah nak raya je.. Khatam quran ke mana, tarawikh ke mana, solat2 sunat ke mana... Ya allah, tak pernah jadi macam ni.. Main2 je... Kenapa ye?? Macam rugi sangat je tahun ni...

Semalam dan hari ni akan ke opis untuk menuelesaikan minit2 pada fail yang bertimbun tu.. Isnin ni akan ada audit dari sirim sampai rabu.. Sebab audit ni kot, sume jadual aku berterabur... Aku penat dan sangat penat... Dan aku jugak risau untuk diaudit.. Walaupon aku langsung tak masuk bahagian untuk diaudit, tapi aku pikul tanggungjawab untuk memastikan semuanya berjalan dengan tenang dan sempurna.. Wah... Macam pegang pangkat besor je kan... Emm.. Aku setiausaha audit dalam.. Dalam banyak2 orang jawatan federal, aku yang berkilau2 nampaknya.. Dan aku juga makin kurus jawabnya..

Dalam keletihan yang macam kelakar je ni, bulan puasa ni aku mimpi yang pelik dan makin pelik.. Semua mimpi tu usai solat sunat.. Dan aku semakin dan makin buntu.. Mimpi yang memerlukan aku membuat pilihan di alam nyata.. Walaupun aku tak tau apa maksud mimpi tu, tapi sangat meresahkan aku..

Mimpi pertama, aku makan buah kurma.. Sedap, tenang dan nyaman je.. Lepas tu, aku bagi someone untuk makan buah tu, tapi buah tu jadi buah anggur pada dia..

Mimpi kedua, aku p pasar untuk membeli tudung dengan sorang budak opis, dalam banyak2 selendang tu, aku nampak selendang purple bling2.. Tapi aku taknak..sebab kusam, lastnye aku terpandang selendang yang tinggi sikit dari aku, warna purple jugak, tapi ada line2 putih berkilau.. Aku nak sangat selendang tu, tapi dia tinggi aku tak usaha pon nak amik.. Yang aku harap, ada orang kedai yang tolong amikkan untuk aku.. Dalam masa aku nak cari orang kedai tu, tetiba member ni, pintas aku yang dia nak satu tudung warna merah putih.. Dia nak sangat tudung tu, terus dia peluk tudung tu sambil tersenyum bahagia... Dah aku punye selendang terus hilang..spoil betol la...

Mimpi ketiga, aku mimpi aku mengandung!! Oh!!! Tapi aku dapat rasa, ada baby dalam perut! Aku pegang perut aku.. Memang best rasanya!!! Tapi, aku keguguran.. Sedih tau.. Tapi baby tu selamat di kebumikan dengan cara paling baik dan sempurna..

Mimpi keempat,aku cium pipi sorang lelaki yang aku kenal!! Kejut untuk bangun sahur mungkin.. Dia ok dan aku senang dengan apa yang dia buat..

Mimpi kelima, aku p pasaraya dengan member opis juga.. Sampai satu tempat, nak pilih kasut..Tibe2 muncul ayah dan pakcik aku.. Diorang sibuk pilihkan kasut untuk aku.. Kasut yang diorang pilih, memang lawa.. Tapi aku tak berkenan.. Tak tinggi! Last2 aku cari sendiri kasut tinggi.. Ada 2 yang lawa, tinggi dan menarik perhatian.. Lastnye aku jumpa satu kasut, yang memang tinggal satu tu je.. Tempat kasut tu, kat rak paling atas.. Tinggi, color hitam putih, design lain dari yang lain.. Memang aku ambik kasut tu dengan berpuas hati..

Berkali2 aku pikir, pe makna semua ni.. Semua stok yang pergi shopping dengan aku, semua stok bujang.. Yang aku cium tu pon bujang..

Tak pernah seumur hidup aku mimpi pelik macam ni.. Tapi aku dapat rasakan sesuatu..sesuatu yang aku sendiri tak pasti jadi atau tidak.. Walaupon orang kata mimpi mainan tidur dan jangan bagitau orang, tapi aku rasa ada jawapan dalam mimpi2 ni..

Agaknye, ada sesiapa yang tahu tak apa makna semua ni..

Thursday, August 09, 2012

Selamat berpuasa dan tambah pahala!!!

Jejak bertapak Ezu warkah 8/09/2012 10:25:00 PM 0 kata azimat
Salam 21 ramadhan...

1stly nak ucap ribuan jutaan billioan terima kasih yang tak terhingga pada semua yang wish besday saya 5hb ogos hari tu.. Maka dengan rasminya, umur saya genap 26 tahun dengan jayanya! Yeah!!!

My beloved babah mesej "amanlah hidup anakku. Cepatlah jodohmu mendatang" wahhhh!!!! Sentap-sentap!!! Dah tak nak jaga kak ika lagi ke abah??? Huaaaaaa!!!! Ok doa diterima dengan hati separuh terbuka!!

Yang wish kat fb, hp, whatssap and email, tq... Semoga kalian aman bahagia di dunia dan akhirat kelak..

Maaf... Lama dah tak update.. Even ipad sentiasa dekat tangan, tapi, nak menulis ni, perlukan kekuatan fizikal dan emosi!! Tak caya??? Kalo dah mengantok tahap infiniti, cam ne nak mengarang... Asal lepas isyak je dah collapse... Pe hal kan... Maka, hal terbaik adalah membuta hingga subuh...

Tarawikh??? Memang tak pernah pergi pon sejak dok n9 ni... Tak reti nak p sensorang... Buat sensorang kat umah je.. Dua rakaat je pon... Huhuhu... Entah apa nak jadi dengan aku sekarang! Pemalas yang amat! Camne nak kawen kan??? Wallaweh!! Nak kawen, tapi aku tak sedia lagi ni...

Nak tau ape sebab penat macam orang keje angkat batu pikul kayu api sabit rumput ni?? Banyak keje... Macam orang lain x de keje kan?? Entah la, tapi aku memang rasa macam tu pon.. Hahaha.. Aku sorang je poyo banyak keje, orang lain makan gaji buta! Hahah! Taklah...

Penat dengan melayan orang yang tak habis2 nak bercerai berai. Asal nak puasa je, nak cerai.. Benci benar gamaknye sampai x sempat tunggu habis raya. Dulu masa bercinta, kemain... Kau kejora di langit lazuardi la, kau umpama mimpi dalam nyata la, kau ku sayang sampai semput la, kau umpama mutiara dalam buluh la, kau lah nyawa, kau lah macam bagus selamanya la....Dah benci, macam2 alasan yang dibagi.. Kentut busuk la, tido berdengkur macam bunyi lori hantu rosak la, ketiak masam la, mulut asyik mengunyah sirih la, gigi palsu tertanggal waktu makan la, terbersin sampai tercabut atap umah la... Macam2 hal yang sangat tak munasabah kan... Nak kawen tak menyempat2 nak bercerai pon x menyempat2... Pastu, masalah ko, ko marah2 orang lain kan!! Haishhh!! Aku laaa. Benci sungguh dengan perangai orang panas baran ni!! Cakap ikot sedap dia je! Tak hormat orang lain!

Benda2 ni lah buat aku semakin fobia nak kawen dan semakin tak sedia nak berkahwin! Owh noooo!!! Aku memang takot menghadapi sume ni!! Elok2 dah kawen, cerai! Mudahnya erti berkahwin tu.. Macam kapel je kan.. Dah bosan, pisah... Woiii korang, kalo kawen tu pakai duit rm10 je, memang tak pe lah sangat! 75885 kali nak kawen pon, lantaklah....Ni, nak tunang pon dah habis 2 ribu, kawen tak ke 20 ribu??? Dah tu, 6 bulan kawen nak cerai pulak.... Apalah nasibbbbb!!!! Hutang tak habis bayorrr... Habis manis sepah bersepah sepah!

Penat kedua audit plak. Sungguh!! Aku rasa lemas dengan audit ni. Hari isnin depan start audit sirim sampai hari rabu...nazak tak nazak, hadap sampai botak. Eeee!!! Aku tak de mood la nak buat audit ni!!! Aku nak puasa dengan aman! Bace quran sampai habis, wat qiam betol2,.. Tapi since audit nak buat bulan pose ni, sume jadual bersepah! Aku, dah penat, membuta la. aku nak raya, nak beli barang raya. Sampai kuih raya pon aku tak sempat nak tempah!!! Sakit hati tahu tak!!! Tau2 esok dah 21 hati puasa! Mana ada orang nak terima tempahan lagi!!! Gila KP ni!! Heboh nak kejar iso. Bagi naik nama dia Bulan 11 punya muzakarah! Yang tunggang terbalik orang audit!!! Benci aku! Harap tudung je labuh! Hati, tak nampak langsung macam orang tudung labuh! Hipokrit! Menyusahkan! Eeee!!! Memang sakit la buat banyak keje time pose ni... Uwaaaaaa!!!!! Makin dia ada, bukan makin tambah pahala aku. Makin tambah dosa ada la... Tengok la... Memang nasib baik je nanti keputusan audit ni... Pulun tak pulun, aku dah surrander sebenarnye...

Disebabkan kepenatan yang melampau, berat badan aku turun mendadak. Dari 65kg ke 59kg. Wow!!! Kurus aku seh!! Baju sume dah menjadi semakin besar.. Nak tak nak, aku terpaksa buat dat sendiri kat baju.. Kalo tak, dah macam baju pinjam.. Saiz baju dah jadi saiz 40 ke 42. Memang menakjubkan! Memang la best kurus... Nampak cantik... Tapi, kurus sebab penat, memang kelakar la... Haha.. Btw, da ramai bgtau aku dah semakin kurus. Ok, aku tau itu. Dan paling tak tahan ada orang tanye aku pakai susuk ape!!!! Semakin berseri2 katanya!!! Wahhh!! Susuk tu kan impian setiap wanita!!! Hahaha!! Berseri ke??? Biase je kot... Sabtu ahad dok umah memang tido je... Tak tau la kenape penat sangat rasanya. Nak buat ape2 pon malas!

Sebenarnya, manusia semakin hilang kemanusiaan dalam diri sendiri.. Semua yang dibuat adalah untuk kepentingan diri dan nafsu sendiri. Nak kawen x sabar, nak cerai x sabar, nak audit pon x sabar, yang menulis ni, lagi kurang sabar dengan sume ni! Hampeh lak aiiiii~~~~~~
 

UtuSan PerSenDiriAn Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review